CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

Tujuh Hari - Tamat

[Copy link]
Post time 27-11-2011 09:43 PM | Show all posts
ajis + didi =
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-11-2011 03:39 PM | Show all posts
Post Last Edit by dammerung at 28-11-2011 20:08

Nadira memacu keretanya menuju ke arah lebuhraya. Dia hanya memandu berdasarkan panduan Ajis yang merahsiakan destinasi yang hendak dituju. Jika orang lain, mahu sahaja ditempiknya tetapi dengan Ajis dia berasa sedikit teruja dengan 'kerahsiaan' tempat misteri itu. Sepanjang mengenali Ajis sejak dari Isnin lalu ada sahaja benda baru yang diketahuinya. Jauh di dalam hati Nadira dia terasa seronok pula dengan kehadiran lelaki geek bernama Ajis ini.

"Awak masuk simpang kiri yang kat depan tu" Ajis memberi petunjuk tetapi Nadira seakan mengetahui destinasi mereka. Pemandangan di luar kereta dan jalan-jalan yang di ambil menunjukkan hanya satu tempat sahaja. Tanpa menunggu petunjuk seterusnya, Nadira meningkatkan kelajuan kereta. Dia membelok masuk ke arah sebuah pintu gerbang besar berwarna perang keemasan. Di atas pintu gerbang tertera nama 'Syahbandar'.

Taman Tema Syahbandar merupakan antara yang terunggul di dunia. Di nobatkan taman tema terbaik di Asia, Syahbandar menjadi tarikan utama pada pengunjung yang singgah di Kuala Lumpur. Hampir semua pelancong mahu dari luar negara ataupun tempatan yang mengunjungi Kuala Lumpur wajib menjejakkan kaki ke Syahbandar.

"You nak bawak I pergi Syahbandar...okay" Nada kecewa kedengaran dalam ayat Nadira. Apabila Ajis mengatakan dia hendak menunjukkan sebuah tempat istimewa, dia tidak mengharap yang 'tempat istimewa' itu ialah taman tema yang sudah beratus kali dikunjungi. Lebih-lebih lagi taman tema itu hanya terletak 30 minit dari rumahnya.

"Awak pernah sampai sini ke?"

"Humm..pernah..dalam beratus kali"

"Wah beratus kali?...bestnya"

"Maybe sebab rumah I just 30 minutes from here? Hello?"

"Oh ye ke...he he" Ajis mengaru-garu belakang kepalanya yang tidak gatal.

"Istimewa la sangat tempat you ni" Nadira memerli.

"Mana la saya tau awak pernah sampai sini...he he"

"You ni nak kena ketuk kepale ke?...masa you datang rumah I takkan tak nampak signboard besar gedabak tu sebelum simpang masuk rumah I"

"Laa..ha'ahkan...camane boleh tak perasan eh?"

"Dah la...I nak balik" Nadira menghidupkan enjin kereta.

"Eh takkan nak balik dah kot...baru je sampai" pujuk Ajis.

"You tau tak nak masuk Syahbandar ni mahal..you ingat I bawak duit banyak ke? you tu dah la tak berduit"

"It's okay...saye belanje?"

"Jangan nak mengade..dah la!" Nadira memasukkan gear untuk mengundur ke belakang.

"Saye tak mengade laa...serius ni..dah sampai dah pun..takkan nak balik...please?"

Nadira diam sebentar. Walaupun dia sudah jelak dengan taman tema yang boleh dilihat dari tingkap biliknya, kali terakhir dia mengunjungi Syahbandar adalah 2 tahun lepas bersama papa, mama dan Aini. Itulah kali terakhir dia melihat papa dan mama begitu gembira berdampingan antara satu sama lain sebelum mereka mula bertengkar dan akhirnya...

Dada Nadira terasa perit. Dia mematikan enjin dan membuka pintu kereta. Dari jauh replika istana Seri Melaka yang menjadi pintu masuk utama tersergam indah menghiasi landskap Syahbandar. Sebuah bas perantaraan berkuasa elektrik berhenti untuk membawa pengunjung dari kawasan letak kereta ke pintu masuk utama. Nadira, Ajis dan berpuluh pengunjung yang lain menaiki kenderaan itu.

Sebaik tiba di perkarangan pintu masuk, Ajis menuju ke kaunter pembayaran. Nadira melihat Ajis memasuki pintu yang dikhaskan untuk pekerja sahaja. Beberapa minit selepas itu Ajis keluar dan menuju ke arah Nadira sambil tersenyum.

"Okay..jom!" Ajis berkata dengan girang.

"Eh..camane you..eh?" Nadira terkejut dan tidak berganjak dari tempat dia berdiri.

"Eh kenape awak tercegat kat situ lagi? jom le"

"Wooo..hold on...how on earth you can get us in without tickets?"

Ajis memandang wajah Nadira dan berkata...

"Magik!"

"He really is something..." Hati Nadira terdetik. Dia tersenyum dan seperti kanak-kanak yang baru pertama kali tiba di Syahbandar, dia memasuki pintu masuk utama sambil mengagumi senibina istana Seri Melaka yang mengalu-alukan kedatangan mereka.

Binaan-binaan laluan roller-coaster yang menjadi tanda mercu panorama Syahbandar begitu memukau sekali. Nadira terpaku melihat struktur-struktur rel roller-coaster yang tinggi seperti arca di angkasa. Walaupun dia sendiri sudah tidak ingat berapa kali dia memasuki Syahbandar, inilah kali pertama dia perasan akan kehebatan senibina dan struktur binaan taman tema yang hanya terletak beberapa kilometer dari rumahnya.

Maskot Syahbandar merupakan karekter kartun lelaki separuh abad berbadan gempal dan memakai uniform seorang ketua pelabuhan (Syahbandar) bersama-sama karekter-karekter kartun yang lain kelihatan berjalan-jalan di halaman taman tema sambil menghibur pengunjung-pengunjung kecil.

"9 roller-coaster rides..." Ajis berkata sambil merujuk kepada 9 jenis permainan roller-coaster yang disediakan oleh Syahbandar untuk mereka yang mendambakan kepuasan adrenalin tahap tinggi.

"You nak naik roller-coaster?...I don't think that's a good idea" Nadira melontarkan pendapat.

"Yea...saye nak naik...semua 9 roller-coaster!"

Belum sempat Nadira membuka mulut, Ajis sudahpun beratur untuk menaiki roller-coaster yang diberi nama 'Hang Lekir'. Hang Lekir merupakan satu-satunya roller-coaster yang diperbuat daripada kayu di Syahbandar. Mempunyai ketinggian 57 meter dan kepanjangan 1300 meter ini akan membawa mereka-mereka yang ingin mencabar diri masing-masing dengan kelajuan 110km/j berserta daya jatuhan sedalam 54 meter di mana penumpang akan merasa tekanan sehingga 4.4G dan ini bukanlah roller-coaster paling menakutkan yang terdapat di Syahbandar.

"Ajissss...I really think this is a bad idea" suara Nadira seakan memujuk Ajis untuk melupakan hasrat menaiki Hang Lekir.

"Jom laa...awak takut ke?"

Sebaik sahaja mendengar ayat 'takut ke?', darah Nadira seperti panas mendidih, memang kepantangan Nadira apabila orang memanggilnya penakut. Sepantas kilat dia sudah beratur di sebelah Ajis.

"He he...saye ingatkan awak.."

"SHUT UP!!"

Gerabak-gerabak yang akan membawa mereka yang berani mencabar kegilaan Hang Lekir mula dipenuhi. Pekerja-pekerja di stesen roller coaster Hang Lekir memastikan semua penumpang berada di dalam keadaan paling selamat.

Perlahan-lahan gerabak mendaki bukit pertama dan...

1 minit 35 saat kemudian...

Nadira dengan tenang mengangkat pengadang besi keselamatan dan bangun meninggalkan gerabak tetapi Ajis masih lagi kaku di tempatnya.

"Ajis?" Nadira memanggil Ajis yang kaku seperti kayu.

Perlahan Ajis bangun dari gerabak. Wajahnya pucat lesi seperti baru ternampak hantu.

"Ajis? you okay ke?" Nadira mula risau melihat keadaan Ajis.

Tiba-tiba dengan tidak semena-mena...

BLUEERRKKKK!!

Segala isi perut Ajis membasahi lantai konkrit. Kesemua pengunjung memandang dengan seram Ajis yang sedang memuntahkan makanan tengaharinya untuk tontonan umum. Kejadian ini menyebabkan beberapa pengunjung membatalkan terus hasrat mereka untuk menaiki Hang Lekir sebaik sahaja melihat Ajis muntah.

Muka Nadira merah padam menahan malu. Jika tidak kerana orang ramai mula mengerumuni mereka, sudah lama dia meninggalkan Ajis keseorangan.

"Itulahhh...I dah kate...jangan naik...you tu baru lepas makan..ngade sangat nak naikk..kan daahhh!!! Nadira berbisik kepada telinga Ajis dengan nada keras. Ajis masih lagi terbongkok sambil kedua belah tangannya memegang kepala lutut.

"Hee..he he...sor..." tidak sempat Ajis meminta maaf, sekali lagi..

BLUERRRKKKK!!!

Nadira hanya mampu tersengih sumbing ke arah orang ramai sambil mengosok belakang Ajis dengan tangannya.

(bersambung)
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2011 08:27 PM | Show all posts
sgt best!
don't let the 7 hari ends too quick..
luv nadira...n ajis too!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2011 01:02 AM | Show all posts
Post Last Edit by dammerung at 29-11-2011 01:07

Seorang gadis datang ke arah Nadira dan Ajis. Mukanya yang bulat dipadankan dengan kain tudung berwarna lembut menyerlahkan lagi kecomelannya. Sambil tersenyum dia menghulurkan sehelai t-shirt biru berbalut dengan plastik kepada Nadira.

"Ini untuk kawan cik" mungkin sebab mereka berdiri agak rapat antara satu sama lain, gadis itu terpaksa mendongak kepalanya untuk berbicara dengan Nadira yang mempunyai ketinggian 175cm.

"Terima kasih" Nadira menerima pemberian pekerja separuh masa itu dengan mesra. Dari raut wajah seakan keanak-anakan dan saiz tubuh badannya yang genit, gadis itu mungkin sedang menunggu keputusan SPM sambil mencari wang saku dengan berkerja di taman tema itu.

"I sorry sangat-sangat pasal ni..." Nadira meminta maaf sambil kedua belah tapak tangan dirapat dan didekatkan pada bibir.

"Oh takpe cik...selalu macam ni..dah biase" kata gadis itu sambil tersengih.

"Ye ke?..so this idiot is not the first time huh, I'm glad"

Terkekek-kekek gadis comel itu ketawa mendengar Nadira dengan selamba mengutuk Ajis. Nadira mengalihkan pandangan kepada Ajis yang masih lagi tercungap-cungap.

"You're done?"

Ajis hanya menganggukkan kepala.

"Tumpang tanye ye dik..toilet paling dekat mane ye?" Nadira terpaksa membongkokkkan badan untuk berbisik kepada remaja berusia 18 tahun di hadapannya.

"Toilet kat depan tu je cik...jalan terus nanti nampak signboardnya"

"Ohh ok..thank you ye dik..thank you"

Nadira meninggalkan stesen roller coaster sambil menarik kolar baju Ajis secara paksa.

"Adehh tercekikk erkkk!!" Ajis meronta-ronta minta dilepaskan tetapi genggaman kemas gadis yang mengikuti kelas kickboxing dua kali seminggu ini terlalu kuat untuk dilawan. Akhirnya Ajis membiarkan saja dirinya diseret dan dicampak ke dalam tandas lelaki.

"CLEAN YOURSELF!!!" jeritan Nadira bergema kuat di dalam tandas lelaki.

Hatinya mendidih. Geram betul Nadira. Boleh pula lelaki tak guna itu meletakkan dia dalam situasi begini. Tunggulah sebentar lagi Ajis keluar, tahulah bagaimana dia hendak mengajarnya. Kemarahan jelas terpancar dari wajah Nadira membuatkan mereka yang lalu lalang di hadapan tandas lelaki mula menjarakkan diri seperti terdapat aura melingkari Nadira memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan menganggu ruangan 'zen' nya .

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan 2 tahun setengah mendekati Nadira sambil menjilat ais krim coklat. Pada mulanya Nadira tidak mengendahkan kehadiran anak kecil itu tetapi matanya yang bulat berserta sisa-sisa ais krim yang bersememeh di pipi adalah terlalu comel buat Nadira untuk tidak memberi perhatian kepadanya.

Nadira turun mencangkung sambil kedua tangannya memeluk lutut yang dirapatkan. Segarang-garang Nadira, hatinya mudah tersentuh dengan kanak-kanak, apatah lagi bayi. Tiada perkataan yang dituturkan, cuma sepasang mata bertentang mata. Api yang membara di dalam hati mula reda dan terus menghilang apabila kanak-kanak itu menghulurkan ais krim kepada Nadira. Dia serba salah, jika dia merasa ais krim, terdapat kemungkinan dia mencemari makanan kanak-kanak ini tapi jika dia tidak menerima pelawaan 'lelaki gentleman' di hadapannya, kasihan pula. Mahu tidak mahu, Nadira menjilat sedikit sahaja dengan hujung lidah. Dia kemudian membuat mimik muka menunjukkan rasa sedap. Gembira sungguh kanak-kanak itu apabila Nadira menerima jemputannya. Senyuman yang terukir di bibir kecil comel mencairkan hati Nadira. Dia sudah lupa akan kemarahannya terhadap Ajis.

"Minta maaf ye dik...dia ni memang kuat merayau sikit" seorang wanita berusia 30an menghampiri mereka dan mendukung anak lelakinya.

"Oh takpe..it's okay...siapa name die?" tanya Nadira sambil bermain-main dengan tangan kanak-kanak lelaki itu.

"Budak nakal ni name dia Nazreen"

"Ohh..Hi Nazreen...Nazreen tak naughty kan?..Nazreen ni gentleman"

Nazreen mendepakan tangan ke arah Nadira, minta didukung. Dengan senang hati Nadira menerima Nazreen dari ibunya.

Dari jauh Ajis berdiri sambil menyandarkan bahu bersilang tangan pada sebatang pokok. Dia memerhatikan dari tadi bagaimana Nadira bermain-main dengan Nazreen. Tak sangka gadis bengis itu mempunyai sifat keibuan.

(bersambung)
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2011 09:42 AM | Show all posts
Salam.

Sungguh tak macho ler watak hero.... Muntah tu.... Bak kata anak auntie,"Eeeuuuwww".

Anyway, cerita dammerung (bunyi cam OneMenerung pulak!) mmg one of the short stories yg auntie tunggu entry seterusnya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2011 05:04 PM | Show all posts
damm... mana der cite shit shit la damm... cite ni suwet suwet la sgt damm oiiii...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2011 05:07 PM | Show all posts
hok alohhh tak macho langsung budak ajis nih... ade ke pi muntah ijo depan nad... geli makkkk...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2011 05:19 PM | Show all posts
boring la hero macho...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2011 06:18 PM | Show all posts
antara cerita terbaik yg pernah akak baca kat sini - interesting conversations between hero dgn heroin
watak2 yg tak perfect tp akak suka
two thumbs up!
sambung lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2011 12:39 AM | Show all posts
Post Last Edit by dammerung at 30-11-2011 00:48

Nazreen melambai kepada Nadira. Perkataan "bye bye" diulang-ulang setiap kali ibunya bertanya "cakap ape kat kakak tu? cakap ape sayang?". Nadira memulangkan lambaian Nazreen sehinggalah anak kecil dan ibu hilang dari pandangan.

"Bye bye" suara lelaki kedengaran di belakang mengejutkan Nadira. Seraya dia menoleh ke belakang untuk melihat suara jantan manakah yang merosakkan suasana harmonis di antara dia dan Nazreen. Hampir menjerit Nadira melihat Ajis sedang melambai ke arah Nazreen dengan memakai t-shirt Taman Tema Syahbandar berwarna biru pekat lengkap dengan karekter-karekter kartun maskot taman tema tersebut.

"There's no wayyy you gonna wear that while being near me...no wayyy"

Ajis mengerut kehairanan. Dia menundukkan kepala melihat apa yang tak kena dengan t-shirt saiz XXL di hiasi karekter-karekter kartun maskot Syahbandar. Apa yang dirasanya menambah kepada kecomelan t-shirt itu ialah karekter ikan lumba-lumba berwarna merah jambu dengan kotak dialog 'I Looooveeee you!'.

"Okay jee...tengok dolphin ni ade cakap  i love you...cute kan?" jawab Ajis sambil menunjuk kepada karekter kartun yang bernama Lulu Si Ikan Lumba-lumba.

"NOoooooooOOOooooOOOO" hanya perkataan ini yang mampu diucapkan Nadira akibat terkejut yang amat sangat. Mahu sahaja di rentap t-shirt itu dari tubuh Ajis, dikoyak-koyakkan ke seribu cebis dan membakar cebisan-cebisan itu sehingga tiada sezarah pun yang tinggal.

Dengan pantas Nadira menarik t-shirt hodoh yang teramat sangat itu. Seperti lembu ditarik tuan, Ajis mengikut sahaja arah tujuan Nadira.

"Ehhh awak ni...janganlah tarik-tarik...koyak nanti"

Nadira memekakkan telinga. Dia berjalan pantas menuju ke pusat membeli belah yang di bina bersebelahan dengan taman tema Syahbandar.

Sebaik sahaja Ajis melihat papan tanda 'Harvey Nichols', dia mula rasa tak senang hati.

"Errr Nadira...kite nak buat ape kat sini?"

"Cari baju you"

"Baju saye?....I don't think I can even afford the toilet fee in here!"

"Diam je lah...tau la I"

Mereka memasuki sebuah butik pakaian. Dari rekabentuk dalaman yang serba minimalis, Ajis seperti dapat mendengar dompetnya menjerit-jerit merayu minta supaya Ajis melarikan diri sejauh yang boleh dari outlet ekslusif ini. Seorang lelaki berbangsa cina menyambut kedatangan Nadira dan Ajis.

"Hi Nadira..didn't expect to see you this early?" sapaan mesra lelaki metroseksual kepada Nadira jelas menunjukkan mereka adalah kenalan. Mendengar lenggok suara lelaki itu Ajis pasti terdapat 'seksual' lain yang diamalkan olehnya.

"Hi Leon...I know this might sound weird but I'm not coming for me...it's this guy"

"Emm..hmmm" Leon si eksekutif jualan memandang Ajis dengan sebelah kening terjongket persis Ziana Zain.

"Soooo..what can I do for this....friend..of yours?"

"You see that shit he's wearing? I need something that can make him at leeasttt passable to walk next to me"

"Buttons? T's?, Polos?"

"No Polos and definitely not a T's...he's not 11"

"No worries darl...I got few incomings that might suits him" Leon berputar bak model catwalk lalu berjalan menuju ke belakang butik. Beberapa minit kemudian dia kembali sambil membawa tiga helai kemeja.

Eksekutif jualan itu kemudiannya mengacu salah satu dari kemeja yang di bawa ke badan Ajis.

"How bout this one?"

"Ed Hardy? Seriously Leon?"

"What's wrong with Ed Hardy?"

"Leon...don't make me burn this place down"

"Okay..okay..jeez...I gurau saje tawww"

Nadira mengambil kemeja berwarna hitam dan cuba memadankannya ke badan Ajis.

"Neahhh...I don't think he needs to wear black...he already got this toned lean body cut...black just make it redundant...he need something bright.." Leon memberi pendapat.

Lelaki cina itu merapatkan kemeja terakhir ke tubuh Ajis.

"I think this is nice"

Nadira mengangguk tanda setuju.

"You can change at the back"

Ajis tidak banyak soal, terus sahaja dia ke bilik persalinan. Dia sebolehnya tidak mahu menurut tetapi dia tahu sebarang tentangan dari pihaknya akan memanjangkan lagi durasi mereka berada di syurga orang kaya ini. Maka dengan itu dia akur sahaja 'perintah' Nadira dengan harapan ianya akan mempercepatkan lagi proses mereka berambus dari situ.

Ajis membutangkan satu persatu butang baju berjenama Alexander Mcqueen.

Nice... Ajis memang tidak gemar memakai kemeja kerana baginya kemeja adalah untuk yuppie hipster, golongan manusia paling dia menyampah. Namun begitu, Ajis tidak dapat menafikan betapa cantik baju yang sedang dipakainya ketika ini.

Di kala Ajis sedang memeriksa potongan baju, dia perasan tag harga tersemat dalam poket dada. Ajis mengambil tag tersebut dan...

Pintu kayu berwarna putih di buka dan Ajis berjalan ke arah Leon dan Nadira seperti seorang model.

"Voila! C'est parfait" Leon memuji. Terasa bangga apabila baju yang dicadangkan padan sungguh dengan Ajis.

"Looks good?" tanya Ajis kepada Nadira.

"Yea...very good" Nadira mengiyakan.

"Okay..now I'm going to change it back..by the way thanks Leon for the...shirt testing..."

"Huh why?" tanya Nadia. Pelik.

Ajis mendekati Nadira. Di dekatkan mulutnya ke telinga Nadira.

"Why?..you asked me why?..this is 1200 ringgit worth of shirt!! mana saye ade duit!" Ajis cuba berbisik tetapi deheman Leon jelas menunjukkan dia dengar akan perbualan di antara dia dan Nadira.

Nadira hanya memandang Ajis dengan wajah selamba. Sekeping kad kredit dikepit dengan dua jari dihulurkan kepada Leon.

"We'll take it" kata Nadira kepada Leon. Belum sempat Leon mengambil kad kredit dari Nadira, Ajis sepantas kilat sudah menyambar kad kredit itu.

"No no no...no way...I won't let you buy this shirt for me"

Nadira merampas balik kad kreditnya.

"Shut. Up. ...Leon?" Dia kembali menghulurkan kad kredit kepada Leon. Sekali lagi dirampas oleh Ajis.

"No! you shut up!"

"My Card. My Money" Kad kredit bertukar tangan.

"I. Don't. Want. Your. Money"

"Ajis...can you just shut the f*ck up? okay? can you do that?"

"Kalau saye tak nak?"

"Kalau you tak nak...I nak balik...and this will be the last time you will ever see my face!"

Ajis terdiam sebentar. Akhirnya dia mengalah.

"EEeeeeeeeeeerghhhh...ok!..oklah..fine!"

Nadira menghulurkan kad kreditnya kepada Leon.

"Thankkk youuuu~" Leon mengambil kad kredit Nadira sambil menjeling ke arah Ajis.

"Lose the bag...he's going to wear it out" Senyuman nakal dilemparkan oleh Nadira.

Selesai menguruskan transaksi pembelian. Leon kembali kepada mereka sambil memegang t-shirt kartun Ajis dengan hujung ibu jari dan jari telunjuk.

"Your...t's?" Leon menghulurkan t-shirt kepada Ajis.

"Oh yea..thanks" Ajis menerima kembali t-shirt seperti kanak-kanak dipulangkan mainan. Laju tangan Nadira mengambil t-shirt itu dan diletak ke atas tapak tangan Leon.

"We don't need it"

"What should I do with it then?"

"Burn it" jawab Nadira tegas.

"Alaaaaa..." merajuk Ajis apabila Nadira mencadangkan supaya t-shirtnya dibakar. Jelingan Nadira sudah cukup untuk membuatkan Ajis faham bahawa lebih baik dia diam sahaja.

"Thanks Leon...you've been a great help"

"Anytime darl...come anytime soon..oh by the way....Ajis..right?..your name?"

"Yea. What?"

"Just a tiny weeny bitsy of suggestion...you might wanna give that caveman look of yours..a revamp...I mean..just a suggestion though" walaupun 'cadangan' itu diutarakan kepada Ajis tetapi mata, hidung, mulut, kedua belah telinga, pendek kata satu kepala Leon tertumpu pada Nadira.

"Yea...he needs that also"

"If you like I can reccommend my friend...Clarence..he's an uber awesome stylist..got a saloon at the second floor"

"Oh really?...that would be cool"

"Wait..I'll contact him to book an appointment for you guys"

"Geez..thanks Leon...appreciate that"

Ajis sudah tidak terdaya lagi. Dia hanya mendongakkan kepalanya ke siling.

Ohhhh Goddddd

(bersambung)
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 09:12 AM | Show all posts
Ohhhh Goooooddddd   
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 11:28 AM | Show all posts
best!
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 01:06 PM | Show all posts
bestnyer...
sambung lg TT
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 09:36 PM | Show all posts
next..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 11:29 PM | Show all posts
muahahahaaa... abis la ko ajis nak kena make over plak... habis la kejantanan n kemachoan mu iteww...

besttttt.... sambung panjang damm
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 10:57 PM | Show all posts
smbung la lagi...
best la ajis..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2011 10:58 PM | Show all posts
smbung la lagi...
best la ajis..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 11:27 PM | Show all posts
damm... hang pi mana??? pasai pa tak dak sambungan ari nih???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2011 06:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by dammerung at 7-12-2011 18:40

Melihat akan gadis itu sedang rancak berborak dengan rakannya, Ajis perlahan-lahan mengensot tapak kaki menjauhi Nadira. Belum sempat langkah seribu di buka, tangan kanan Nadira sudahpun mengenggam kemas poket belakang seluar jeans Ajis.

"Jangan nak lari..." bersahaja Nadira memberi amaran tanpa perlu menoleh kepala.

Ajis tertunduk sambil mengeluh panjang.

Pipi berlaga di antara Nadira dan Leon dituruti dengan lambaian gedik dari eksekutif jualan itu menandakan Ajis akan memasuki fasa kedua proses makeover di mana lelaki bernama 'Clarence' akan dipertanggungjawabkan untuk tidak sahaja menggunting rambut serabainya malahan juga mencukur jambang yang sudah berusia 8 bulan. Ajis nekad, jika 'Clarence' ini merupakan lelaki spesis Leon maka dia akan menggunakan segala kudrat yang ada untuk berkata 'tidak' pada Nadira. Dia bukan seorang anti-homoseksual, cuma dia tidak selesa kalau lelaki menyentuh kulitnya. Memikirkan bahawa sebentar lagi lelaki bernama 'Clarence' yang masih tidak dikenalpasti jenis spesisnya akan melarikan jari-jemarinya ke kulit muka Ajis membuatkan bulu roma mula terpacak.

"Errr Nadira...saye takde duit tau nak pegi saloon kawan awak ni"

"I bayarkan dulu..."

"Eh..tadi kat parking lot awak cakap tak banyak duit?"

"Memang betul I tak banyak bawak duit pun"

"Then...camane plak awak boleh belikan baju harga beribu ni?..mana datangnye duit awak?"

"Sape kate duit I?"

"Habis tu duit sape?"

"Duit papa..."

Usaha Ajis untuk membuatkan Nadira memikirkan rasionaliti dia menghabiskan duit untuknya tidak berhasil. Dia menyerah kalah.

Mereka berhenti di hadapan sebuah lot perniagaan yang tertera papan iklan "The Art of Manliness". Ajis menarik nafas lega. Walaupun nama premis perniagaan agak poyo tetapi sekurang-kurangnya ianya bukan saloon rambut yang dicemari dengan bauan mousse dan perm chemical.

Seorang lelaki berbangsa india lengkap dengan kemeja butang putih berkolar bulat menghampiri mereka. Stail rambut hitam berkilat disikat ke belakang berserta sepasang misai yang di trim kemas membuatkan lelaki itu tak ubah seperti Clark Gable.

"I'm Clarence, you guys must be Leon's" suara macho Clarence menyambut kedatangan Ajis dan Nadira.

"Yea hi Clarence, Nadira" mereka berjabat tangan. Ajis hanya membatukan diri, leka melihat hiasan barber's pole di luar kedai milik Clarence. Geram dengan Ajis yang tidak memperkenalkan diri, Nadira menyiku perut lelaki di belakangnya.

"Ajis" Perkenalan diri ringkas di antara Ajis dan Clarence.

Ketinggian Ajis yang hampir mencecah 190cm itu membuatkan si penggunting rambut berketinggian kurang dari Nadira terpaksa menegangkan leher untuk memeriksa rambut Ajis.

"This gonna take some times" kata Clarence sambil membunyikan tulang-tulang jarinya.

Ajis bersandar pada kerusi besi yang mengingatkannya kepada kerusi rawatan di klinik gigi. Refleksi lelaki India berumur sekitar 50an dilihat jelas pada cermin besar di hadapan. Sepasang tangan yang berkedut mengurai-ngurai rambut Ajis yang panjang. Dari gerak tangan jelas menyerlahkan pengalamannya dalam menggunting rambut lelaki.

"Mr. Clarence?"

"Just call me Clarence" dia tidak berapa selesa pelanggannya menggunakan gelaran 'Encik' atau 'Mister'. Bagi Clarence itu seolah 'meletakkan dinding' di antara dia dan pelanggan.

"You don't want to ask first what kind of hairstyle that I want?"

"Do I need to?"

"Well..no...but isn't that the formality?"

"Yes but not with you"

"Why?"

"When was the last time you had your haircut?"

"...Can't remember.."

"Last time you had your haircut was 8 months ago"

"Really? how can you tell?"

"By the way your hair grow...and your facial hair too"

"Cool..."

"I've been cutting, shaving man's hair and face for the last 40 years...one look, I know exactly the kind of hairstyle that suits your face...now you have anything in mind?"

"Ermmm no...just I don't want any pretty hairstyle..you know like those boy bands"

"This is a barbershop..not a hair saloon" Clarence memberi jaminan kepada Ajis bahawa dia tidak perlu risaukan apa-apa.  

Hampir sejam suku Clarence melaksanakan magiknya ke atas Ajis. Nadira yang menunggu tidak dapat menahan diri dari terlelap.

Nadira terdengar namanya di panggil. Perlahan dia membuka kelopak mata. Seorang lelaki berdiri di hadapan namun dia tidak dapat mengenal pasti siapakah jejaka berkulit cerah dan berambut pendek sedang tersenyum ke arahnya. Sinaran terang lampu kalimantang membuatkan Nadira terpaksa mengenyitkan mata. Tidak berkelip Nadira apabila dia mendapati lelaki itu ialah...

"Ajis?"

"So camana?" Ajis meminta pendapat Nadira.

Nadira berdiri sambil mendongakkan kepala. Jika dia tidak berbuat demikian, matanya hanya dapat melihat leher Ajis. Mata bertentang mata.

"Well...you look different" kata Nadira sambil menggerakkan kepalanya ke kiri dan kanan, melihat wajah baru Ajis.

"Lain macamana?"

"Lain la...macam..."

"Macam ape?" kian berdebar hati si Ajis menanti jawapan Nadira.

"Macam...sial...hahahahahahahahahahhahahahahahahahahahahahhahahaha" hilai tawa Nadira memecah keheningan  'The Art of Manliness'. Mujur hanya mereka sahaja yang sedang berada di situ ketika itu.

"Oi oi...dah la tu" tension pula Ajis melihat Nadira mentertawakan dia tak ingat dunia. Penat dia berlatih membuat wajah macho di hadapan cermin sebentar tadi. Kini hanya muka ketatnya yang mengiringi bunyi tawa yang tak ubah seperti kuda menjerit.

"Oh God ehe heh hehe...this is epic" hilai tawa Nadira kian reda tetapi tubuhnya masih terhenjut-henjut reaksi dari gelihati yang teramat sangat. Iphone miliknya dihalakan ke arah Ajis dan potret Ajis berambut pendek dan berwajah bersih selamat diabadikan pada smartphone. Nadira mengesat air mata yang mengalir di pipi dan terduduk dia di kerusi sambil memegang perut. Senak.

(bersambung)
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2011 08:28 PM | Show all posts
Salam.

Habis ler ke"slumber"an si Ajis.... Dah jadi metrosexual guy pulak dah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.621836 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list