CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: chit_ana

[Penerbit] ** SR PUBLICATION **

[Copy link]
Post time 22-5-2012 12:44 PM | Show all posts
SINOPSIS BIDADARI SALJU
Penulis : MIA KIFF
Terbitan : SR Publication
Harga : SM : RM 36.90 /  ...
chit_ana Post at 15-3-2012 14:39



    best x citer ni? terpikir nak beli tapi tak tau best ke tidak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2012 03:36 PM | Show all posts
best x citer ni? terpikir nak beli tapi tak tau best ke tidak
zennaya Post at 22-5-2012 12:44


baru je beli novel ni sebentar tadi.. ada terbca komen dari those yg dah baca novel ni, ckp best n sedih gak.. siap lagi pesan sediakan tisu bynk2.. hehe.. x sabar lah plak nak baca.. klau nak bli time ni time yg sesuai cos ada diskaun 20% kat popular till 24 jun..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2012 02:41 PM | Show all posts
Reply 40# chit_ana


    da abis baca buku ni..start mlm jumaat..ptg ahd da abis
    pendapat? agk slow jln cite yer
    plus xleh pegang buku yer..teballl
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2012 09:14 PM | Show all posts
Reply 43# honey_su

bidadari salju lagi tebal dari takdir itu milik aku.. lagi lenguh tangan ni pegang buku bidadari yg sebanyak 1260 mukasurat.. mak oiii!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2012 10:23 PM | Show all posts
Reply 44# ccdj


    kenapa buku sekarang terrrrlebih tebalnya...kadang kala meleret-leret ceritanya
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 08:03 AM | Show all posts
Reply 45# sapp73


    betul la..bila tebal..
    jd meleret cite yer...dah la lenguh nk pegang
    buku bidadari salju 2 best ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2012 11:43 AM | Show all posts
Reply 46# honey_su


    tak tau la su belum baca lagi...buku keluaran SR sekarang ni semakin tebal, masa baca 7h mencintaiku dulupun lenguh memegang...dan harga pun semakin mahal
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 02:30 PM | Show all posts
Short review - TAKDIR ITU MILIK AKU (SITI ROSMIZAH)

Dian Zara, gadis lurus bendul yang mengganggap apa sahaja yang dikatakan padanya adalah sesuatu yang positif. Hidup Dian nie agak terseksa disebabkan mak saudara dia yang macam gila kuasa. Pastu suka plak mendera Dian. Pantang tersilap sikit, memang teruklah Dian. Perlanggaran dengan Zarif Adha telah menimbulkan rasa cinta dalam dirinya. Tapi bila berada dalam dunia yang berbeza, perkara itu hanya tersimpan dalam hatinya.

Zarif Adha, lelaki yang agak sombong disebabkan oleh kekayaan yang dimilki oleh keturunannya dah rupa paras yg ada. Pertama kali bersua dengan Dian, terus perasaan benci ada dalam dirinya. Melihat gadis yang comot, miskin, buat Zarif rasa jijik sangat dengan Dian. Atas dasar keterpaksaan oleh desakan mamanya, Datin Munirah, mereka berkomplot untuk mempergunakan Dian untuk mendapatkan zuriat. Ini bagi membolehkan mereka membolot harta yang banyak dari ibu mertua Datin Munirah.

Dian sangka Zarif sayangkan dia. Tapi apa saja yang dilakukan oleh suaminya di pandang positif walaupun bagi Dian dia merasakan dirinya dilayan seperti perempuan jalang. Bila disahkan kandungan Dian cacat, Zarif dan mamanya mendera Dian dengan bermacam2 cara. Sumanya bagi membolehkan zuriat itu mati daripada mereka terpaksa menganggung malu melihat kehadiran si kecil di dunia. Akhirnya impian mereka tercapai bila si kecil meninggal semasa dilahirkan. Dian yang terpaksa menanggung segala penderitaan. Sehingga Zarif terlibat dengan kemalangan, baru dia sedar ketika itu hanya Dian yang dia inginkan. Tapi bukan mudah Dian untuk menerima Zarif kembali. Bermacam halangan, bermacam cara, tapi akhirnya andai itu takdirnya, takdir itu milik Dian.

Ceh! Ayat last sgt tak boleh blah kan. Hehehe... Appy ending. Biasalah. Jarang jumpa citer yg sad ending kan. So komen aku, memula pasal ketebalan buku nie. Sangatlah tebal. Pegang tak peganglah sgt sebab aku lagi suka letak kat kosi, tilam. Ada mukasurat aku missing plak. Banyak jugaklah dalam 20 pages. Agak2 kalau aku tepon SR Publications diaorang akan tukar tak? Jalan citer bagi aku macam ada persamaan sikit dengan Andai Itu Takdirnya. Anak meninggal. Pastu husband excident baru menyesal. Baru rasa isteri tu lah yang terbaik. Walaupun tebal, tapi mcm tetap teruja nak tau apa jadi seterusnya. Cuma dah part2 ujung, aku just baca dialog jek

Cuma ada 1 buat aku rasa mcm eh! aku tak sukalah benda nie. Perasaan tu ada bila aku baca watak heroin, tapi lepas tu mcm ada org dok buat ulasan. Cth heh : Dian tiba-tiba rasa nak termuntah. Pastu kat ayat seterusnya boleh plak jadi kenapa Dian rasa nak termuntah? Mungkinkah sebab rasa meluat dengan Zarif? Tidak. Semuanya kerana dia tersalah makan. Hah! Mcm tu lah salah 1 contohnya. Rasa mcm buat spoil pun ada. Part romantik, mcm terlebih2 sampai aku rasa meluatnya. Xperkan aku cakap mcm tu. Hahahaha.... Dan ada part bila Dian sedih, penulis suka gunakan ayat, Dian tercebik-cebik menahan tangis. Rasa mcm tak best jek. Dok explain emosi heroin tu dalam cerita. Kalau just bagitau sedih hingga mengalirkan airmata boleh jer kot. Weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.... Jangan ada yg lahar aku sudah bila buat komen mcm nie. Hahahaha... Bukan tak suka. Cuma kekurangan mcm tu mcm buat jalan citer jadi tak best plak. Tapi apa2 pun, aku tetap dah abis baca

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2012 04:49 PM | Show all posts
Reply 46# honey_su

Novel Bidadari Salju kita dah khatam dah minggu lpas dlmmasa 2 hari.. Punyalah lenguh tangan ni pegang buku ni dari posisi baring katkatil membaca,meniarap, pusing sana pusing sini sampai tak sedar hari dah naksiang. Nasibbaik time baca, next dy was a public holiday so boleh lah bangunlewat..hehhee...


My review:


Story is abt this gadis kpg bernama Kayra Illias yg selalukena buli, cerca& di hina semahunya oleh mamat kaya yg angkuh, bongkak nkurang ajar bernama Hariz Azman. Wlaupun Kayra ni serba kekurangan dari segikewangan,rupa tapi dia kaya ngan kasih sayang kerana kedua orng tuanya sgntmenyayangi nya tambahan lagi si Kayra ni ringan tulang. Kayra sanggup buat apa2je kerja yg halal untuk tlng ringankan beban famili.


Dek krn rasa dengki & x puas hati ngan Kayra, mcm2 ygHariz lakukan kat Kayra dari surat cinta palsu yg di reka2 sampaikan Kayra kenarotan ngan cikgu sehingga kepada tersebarnya gambar separuh bogel seorang gadisyg konon2nya ialah gambar Kayra although gambar tu x jelas kerana wajah dlmgambar tu digelapkan ngan dakwat hitam. Bukan saja kat sekolah gambar itu disebarkan tapi juga kat seluruh kmpung.Bapa Kayra percaya bulat2 ngan fitnahtersebut pabila di tunjukkan kpdnya gambar palsu itu sehingga dia sampai hatipukul Kayra dengan teruknya. Dituduhnya Kayra tampung hidup dorang ngan duitharam. Tergamak gak si bapa mengatakan andai dia tahu dia akan di aibkansebegitu rupa oleh si anak, lebih baik dia bunuh je si anak sejak dari kecik.


Hancur luluh hati Kayra time tu n dia percaya bnr bawa dia mmg membawamalang kat her family lantas dia ambik keputusan bunuh dirisupaya x susahkan hati sesiapa lagi. Namun sblm sempat di telannya racunserangga, dia pengsan lah plak cos of tekanan darah yg rendah, kekurangan air& tenaga dlm badan.


Mmg dasar lelaki yg kejam si Hariz ni sbb makinmenjadi2kekejaman yg Hariz lakukan trhadap Kayra lagi2 Kayra seakan membiarkansaja diperlakukan begitu biarpun berkali2 dia merayu agar Hariz menghentikan perbuatannya.Kayra ni sbnarnya malas nak cari pasal ngan Hariz tapi Hariz nimmg x fahambahasa betul. Bencinya si Hariz ni kat Kayra sampaikan dia sanggup upah orngutuk rogol Kayra tapi nasib Kayra sempat di selamatkan olh sorang pakcik ni.


Wlaupun Kayra marah sakan ngan Hariz cos of this incident butshe still x nak buat perhitungan ngan Hariz sehinggalah pada satu hari,Harizmencuri diari Kayra .Di hadapan semua, di bongkarnya isi diari especially abtKayra’s feelings towards Aiman, who is supposedly Kayra’s boyfren.


Kayra dah kenal ngan Aiman 2 tahun tapi x siapa they are kapel xcept for Kayra's best friend, Diana. Tapi sejak Aiman join teambolasepak, Aiman mula berubah sikap seakan2 malu jadi bf Kayra.


Di cercanya lagi si Kayra, di pijak2 nya maruah Kayra,dikata nya juga perempuan x bermaruah seperti Kayra melambak tersadai di tepi jalan,dahrosak katanya lagi. Di suruhnya juga si Kayra ni bunuh diri darimenyusahkanorang lain.


Tapi kali ni Kayra merasakan Hariz dah melampau sgnt dantanpa di duga dgn keberanian yg muncul entah dari mana di tamparnya si Harizdengan kuat. Menikus si Hariz dgn perlakuan Kayra. Tak cukup ngan tamparan tu,di hinanya plak Hariz sampaikan Hariz x mampu untuk berkata-kata lagi.


Kayra tekad untuk membenci Hariz sehingga ke akhir hayat darisaat itu. Kayra berubah 360 darjah sejak kejadian itu dari seorang yg lemahlembut, sopan santun, kurang keyakinan kini berubah menjadi seorng ygkasar, bermulut laser & tak akanteragak2untuk kenakan balik sesiapa je yg nak kenakan dia.


Di didik hatinya juga untuk tdk di bukakan hatinyautk mana2 lelaki sehinggakan akhirnya dia menghidap sejenis penyakit alergik bila mana tiap kali ada lelakisuarakan isi hati dorang kat Kayra, mulalah si Kayra ni tergaru-garu badannyamcm kera kena belacan. Akan di cari nya mcm2 alasan & cara untuk patahkankeinginan mana2 jejaka yg nak tackle dia.


Sbgaimana brubahnya Kayra dr kejadian itu, bgitujuga yg terjadi ngan Hariz. Hariz mula insaf dari saat tu. Hilang sudah keangkuhannya,percakapannya pun x sekasar dulu. Hariz sebenarnya sudah jatuh cinta ngan Kayrasmnjak peristiwa kena tampar tu. Namun krn malu n hina rasanya ngan dirisendiri krn slalu mnghina, mencaci Kayra dia x berani nk minta maafngan Kayra till dia brtemu semula ngan Kayra kat ofis bapa Hariz sbbkebetulan plak Kayra bekerja untuk syarikat bapa Hariz.


Hariz bukan main gembira lagi dpt bertemu kembali nganKayrawlapun dia tahu Kayra kini membencinya sampai nak di cincang2 lumat2 siHariz ni.Kayra nak berhenti kerja d next dy tapi kerana ikatan kontrakkerja (dia trpaksa byr ganti rugi if langgar kontrak kerja), trpaksa juga shetahan hati yg sarat ngan dendam. Klau dulu Kayra yg selalu kena hina, kena caci,now it is the other way ard. Betul lah kata orng, what goes ard comes ard.


Pada mula2nya mmg Kayra tak nak bagi peluang utk Harizto seek forgiveness from her but as time goes by, di tambah lagi Hariz xjemu2 minta di beri peluang tebus dosa silamnya, lama2 Kayra lembut hati wlaupunketika itu dia belum lagi mampu memaafkan Hariz dgn sepenuh hati.


Hariz also happen to be the only guy whom she is not allergic too. Tapi shebelum ada feeling walau sebesar hama pun ngan Hariz masa tu even tho they gotmarried eventually. Kayra sbenarnya di di paksa kahwin ngan Hariz.


Dlm keterpaksaan Kayra melalui hidup sebagai isteri Harizdgnhati masih besisa dendam dosa silam Hariz namun Hariz sedikit pun x prnahberhenti berharap agar suatu hari kemaafan dari Kayra akan menjadi miliknya.Lpas kahwin Hariz bertambah syng ngan Kayra. Kalau blh sepanjang masa dia nakberkepit jengan Kayra namun sebaliknya plak ngan Kayra. Perangai cemburu hantu&obsesif si Hariz towards Kayra plak x bynk membantu dlm menjernihkanhubungan yg semmgnya dah keruh.


Macam2 peristiwa n dugaan dorang hadapi sepanjang their marriageincluding the appearance of Jeany, Mohd Khaliff dan juga Aiman. Klau nak tahusiapa dorang ni kenalah baca sendiri… hehehe… Ada juga part Marissa, exawekHariz time sekolah dulu cuba nak rosakkan Hariz & Kayra’s marriage dgn fitnahkonon2 nya Hariz x ikhlas nak kahwin ngan Kayra & that Hariz cuma nak balasdendam kat Kayra gara2 kena tampar Hariz dulu..Tak dilupakan juga part Hariz & Kayra kena culik nalsothe part how Kayra hv to live her life among the puak asli. Hehehe…


Wlaupun ada yg mgkin x setuju ngan tindakan Kayra memaafkan Hariznamun bagi saya tak ada manusia yg sempurna kat dunia ni. Jadi pendendam cumaakan buat diri sendiri lagi sengsara. It is not ez to forget one’s wrongdoingsbut if you learn to let it go, hidup akan lbih bermakna. Bynk lagi saya nakshare tapi tak best lah if terlalu bynk spoiler. . hehehe.. nak tahu kesudahanciter ni, baca & judge for urself..


Kesimpulannya saya amat berpuas hati ngan the whole story althoughthe progress is a bit slow. Saya yg mula2nya benci ngan sikap Hariz time hestill jahat, pas tu when he dah insaf jadi baik, suka lah pulak nganhis watakplus he syng sgnt ngan Kayra, but a bit geram after dat cos Hariz kuat konkonghidup Kayra n if bleh semua bnda yg Kayra lakukan harus ikut peraturan siHariz. But then lpas part he is supposedly beralih kasih, saya rasa x puas hatin I almost hate him balik but upon knowing the real story, I can’t help fallingin love ngan his character. Sedih sampai tak sedar menangislah plak kat part healmost gave up on his marriage.. wuhuhu… I got carried away for awhile kat thispart..


My emotions were up then down, then up, then down again nlastly high above the whole time I baca novel ni. Pandai Mia Kiff bermain nganemosi pembaca.. will be looking forward to reading bynk lagi karya dari MiaCuma if dpt, jgn lah tebal sgnt.. Lenguh betui tangan  oiii.. Hehehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 11:21 PM | Show all posts
Tajuk : Takdir Itu Milik Aku
Harga : RM 33.90 ( SM ) & RM 36.90 ( SS )
Penulis : Siti Rosmizah ...
chit_ana Post at 24-4-2012 12:53



   huhuhu..aku terbeli gak buku ni masa PBAKL...tak tahan ngan godaan sungguh...tapi sampai la ni..masih cantik lg..baru bc 2-3 bab..dah tak leh masuk...adoiiiiiii....kenapa..bior ler rahsia..hehehe..karang ada org lahar aku .....aku nak lelong...pm aku kalo nak.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 12:33 AM | Show all posts
Reply 50# kaypo

kak kay, lagi best diluahkan...
kiranya review buku dari sudut akak...
nanti saya kasi tacang seketul
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 01:21 PM | Show all posts
Reply 50# kaypo

hahahaha... aku rasa aku tau kenapa. mungkin apa yg ko rasa tu sama mcm apa yg aku rasa kot. kat atas tu aku ader buat review sikit pasal novel nie. walaupun nie dah novel ke5 penulis yg aku ada, aku rasa mcm aku baca novel penulis baru. naper ek? huhuhu... sedikit keciwa lor
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 01:40 PM | Show all posts
3 drp novel SR ni sy dah baca....entah knp x rasa nak baca novel terbarunya mgkn jln cerita novel2nya x kena ngan selera sy.....ni hanya pendpt saya shj, tiap2 org ada taste tersendiri, klu x mana nak laku novel kat pasaran.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 03:16 PM | Show all posts
mijot...kacang pls...akak dah lama tak mengarang..sampai lupa camne nak buat karangan..

yg pasti...semua karya SR ni aku bace...semua nya ada je tak kena ngan akal logik aku..huhuhu...cuma yg ni..dah sampai tahap otak aku tak leh nak proses kot..tu yg tersimpan elok jer kat rak buku tu...
tapi aku perasan.penulis lain  terbitan SR   pun pasti ada  penderaan mental dan fizikal...cuma maybe tak se xtreme buku SR kot...mungkin tu benchmark/trademark terbitan dia kot..kan setiap publisher ada dia punya benchmark kan....even yg penerbit tangkap muat tu pun ada...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 08:22 PM | Show all posts
Reply 50# kaypo
Kasi la review skit
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 11:29 PM | Show all posts
AIT = TIMA... lebih kurg jek ceritanya... cuma TIMA tu lebih merepek dan meleret sket la, tu psl tebal... intipatinya sebijik sama... aku bli sbb karya siti rosmizah, mmg main bli jek. baca pun langkah2 skrg ni. nasib baik penulisnya sr, so, aku mampu bersabar. sebenarnya tym baca ni aku dah rasa mcm ni -->

penulisan dalam novel TIMA tu lain mcm jek aku rasa... tetibe lepas dialog/kesah psl watak. tetiba ada pertanyaan/rumusan yg biasanya kita pbaca akan fikir (susah nak explain mcm mana melainkan korg dah baca la, mungkin fhm)... bgi aku tak perlu la mcm tu coz akan menjadikan novel tu tak menarik. mmm.

AIT tu je la novel sr yg aku rasa terbaik setakat ni. yg lain mcm takleh diterima. adei. bila la nak ada novel yg best ni... penat dowh bli novel, tp novel tak best2... rugi... tpi malas la nak jual balik, jd koleksi jek la. mmm.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2012 09:49 PM | Show all posts
Reply  kaypo
Kasi la review skit
midar Post at 8-6-2012 20:22



   tak mo komen...mijot kedekut kacang......boleh tak bg alasan gini...huhuhu...harus kena kejor ngan mijot....larriiiiiiiikkkk dulu yea...
mijotttt...jgn marah...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2012 02:03 AM | Show all posts
Tajuk : Takdir Itu Milik Aku
Harga : RM 33.90 ( SM ) & RM 36.90 ( SS )
Penulis : Siti Rosmizah ...
chit_ana Post at 24-4-2012 12:53


dah baca cerita nie - rasa meleret2 & a bit frustrated. Tak logik pun ye .
So cam malas dah nak baca novel by SR nie
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2012 09:25 AM | Show all posts
Saya baru baca "Kelat-kelat Sayang" karya Izzul Izzati. Pada saya novel ini x menghampakan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2012 03:59 PM | Show all posts
selesai novel SR-takdir itu milik aku..
komen?terseksa sgt nk mengabihkan novel ni..1000 lebih ms...
merepek,x logik pon ada gak..pastu meleret2..(hampunn peminat2 SR)
mcm filem hindustan zaman dulu2..watak jahat tu sejahat-jahat manusia..yg baik tu alahaiii..dgn lurus bendulnya.baik yg amat la plak...
hero tu lepas eksiden insaf la...mmg x de beza pon dgn novel andai itu takdirnya..cuma yg tu blehla diterima akal sbb x tebal mana pon...

sayang sgt kan..penulis ni dh ada nama..so dr segi jualan mmg xde masalah pon nk jd best seller..tp bila baca hasil karya terbaru ni,xde nmpak peningkatan pon..1 jer yg meningkat...harga buku tu

soriiiii...ni pendapat ai ja..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.071314 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list