Dari apa yang dikatakan Ketua Setiausaha Negara, pelbagai pekara baru akan diwujudkan dalam skim SBPAini.
antaranya
1. “Exit Policy”
mana-mana kakitangan kerajaan yang di nilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan di sarankan supaya berhenti.
2. Pengredan semula jawatan
Akan wujud pelbagai lapisan gred spt berikut (secara kasar)
i. Premier
ii. Jusa
iii. Pengurusan Tinggi
iv. Pengurusan dan Profesional
v. Pelaksana
ikutkan gred Premier dan Pelaksana tu adalah gred baru yg di wujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yg di gred semula mengikut keperluan organisasi. maksudnya kalau ambil gred bawah sekali; Pelaksana, seseorang yg sekarang ini hanya bertugas sebagai Pemandu, kena la ada multiskill, jadi tukang bancuh kopi, tukang photostat, tukang taip tukang angkat telepon lepas ni….
3. Penilaian Markah Penjawat Awam
markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam, secara kasar akan di nilai seperti berikut
a. Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
b. Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
c. Markah 75 % – tiada kenaikan
d. Markah 70 % – di syorkan tamat perkhidmatan
4. Struktur Gaji Baru
mengikut formula yg JPA dah kaji, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula dari KSN adalah spt berikut
KSN – 50k
Premier – 40k
Jusa C – 12k
Pengurusan & Profesional – 6k
Pelaksana – 3k