CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aizawa

Lama dan Baru

[Copy link]
 Author| Post time 27-1-2012 03:41 PM | Show all posts
Reply 39# none88

haha kejam sungguh kau none nak diorang mati.. jap lagi aku tempek yg sambungan. aku nak buat kerja kejap..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2012 03:46 PM | Show all posts
Reply  none88

haha kejam sungguh kau none nak diorang mati.. jap lagi aku tempek yg sambungan. a ...
aizawa Post at 27-1-2012 15:41



    hehe..kejam2 manja...
ok tt..nnt tempek banyak2 taw..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2012 04:00 PM | Show all posts
"Hei bodoh sudahlah,lepas tangan aku. Sakitlah!!"  Sha menarik tangannya kasar. Seni mepertahankan diri yang dipelajarinya 2 tahun lalu cukup membuatkan Zam tersentak.

"Ok,ok sori sayang" Zam yang menyinga mula kelihatan kesian dengan Sha. Jelas pergelangan tangannya merah akibat digenggam dengan paksaan.

"Apa kau nak lagi hah?" Menyampah aku dengan kau ni. Kan kita dah tak ada apa-apa hubungan. Kenapa kau jadi setan ni. Kau tak tahu malu ke?" Terhambur kata-kata Sha yang begitu marah.Tangannya digenggam. Mahu sahaja lelaki di depannya itu ditumbuk sekuat hati. Dia memang panas baran. Mukanya merah menahan marah yang semakin beraja di hatinya,dendam juga membuak-buak.Kerana panas barannya itu la atuknya tidak membenarkan dia meneruskan silat yang sudah sebati dalam dirinya selama cucunya itu belajar.

"Really sori sayang,aku cuma risau dengan sayang. Aku jelous tengok mamat celaka tu peluk sayang" Suara Zam ditekan,tanda cemburu yang meluap-luap.

"Lagipun sayang dulu janji tak akan pegi kelab lagi. Ni sampai merah muka sayang. Mesti minum ni kan?" Kata-kata Zam meletupkan kemarahan Sha umpama gunung berapi yang memuntahkan isinya.

"Bukk" Badan Zam terdorong kebelakang. Sha menolak lelaki itu sekuatnya. Tersandar Zam di dinding kelab itu. Berkerut dahinya.

"Kau ni tak reti bahasa ke?? Kita dah putus. Aku benci kau,aku tak nak kau panggil aku sayang dan jadi macam gila halang aku enjoy. Kau ni betul-betul buat aku naik darah la!" Kencang dada Sha menahan amarahnya. Buntang matanya memandang Zam.Seperti ingin dimakannya lelaki di hadapannya kini. Dia betul-betul marah kerana moodnya sudah hilang.

"Tapi aku cintakan sayang" Please terima aku balik" Zam cuba untuk memeluk dan mencium Sha.

"Pang!" Satu tamparan melekat di pipi Zam. Turun naik nafas Sha menahan marah. Geram betul dia dengan lelaki yang dulu memusnahkan harapannya. Sama seperti Riz.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2012 04:01 PM | Show all posts
ok rest dulu,nanti i continue balik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2012 04:11 PM | Show all posts
Jgn lupa komen..senang nak tahu repon korang ngan penulisan aku ye. karang kalau sempat aku tempek. bos aku ni tak senang kalau aku menaip kengkonon rajin sangat
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 04:27 PM | Show all posts
pergh! memang berani betullah SHA nie...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-1-2012 04:56 PM | Show all posts
"Err..sampai hati sayang tampar" Zam yang tadinya seperti jaguhan mula menikus. Dia benar-benar terkilan perempuan kesayangannya itu telah menamparnya. Matanya mula berair. Entah kenapa hilang kejantanannya saat itu. Dia tahu Sha amat keras kepala. Dia tahu dia silap kerana memberi Sha harapan dan memusnahkannya.

"Heh kau ni bukan setakat bodoh tapi kau memang pekak! Berapa kali aku cakap kat kau jangan berani panggil aku sayang!" Tepat jari Sha ke dahi Zam. Badan Zam ditolaknya kasar. Kebetulan Mia dan lainnya sudah keluar. Pandangan Amir tajam. jari jemarinya digenggam erat melihat Zam. Geram dia dengan lelaki yang terlalu banyak mengecewakan sepupu kesayangannya itu. Rasa hendak dilunyainya lelaki itu.

Zam tunduk. Air matanya mengalir. Dia tahu kali ini dia terpaksa mengalah. Dia menangis kerana Sha begitu membencinya.Airmatanya diseka. Baru pertama kali airmatanya tumpah untuk seorang perempuan.

"Sha please forgive me" Zam tidak peduli lagi dengan amarah Sha. Dia mengenggam erat kedua tangan Sha. Dia mencium tangan itu bertalu-talu. Jason yang memandang mula ras jelik dengan perlakuan lelaki itu.

"Wei,lepas la. Jijik aku dengan kau ni!" Tangannya direntap lagi. Tubuh Zam ditolaknya kasar buat sekian kalinya.

Zam tersandar lesu melihat sha berlalu ke arah Mia dan yang lainnya. Dia terus menjerit "Sha,aku akan dapatkan kau balik. Aku tak akan benarkan mana-mana lelaki dapatkan kau. Aku akan buktikan"

Bengkak hati Sha mendengar kata-kata Zam. Dia terus berjalan tanpa menoleh sedikitpun. Lengan Jason dipautnya erat. Dia sengaja melakukan itu. Jason agak terkejut. Macam mengeti gelodak di jiwa Sha yang membara. Dia terus mengeratkan pautan Sha dengan menggengam tangan Sha kejap. Bergetar juga hati Sha walaupun itu hanya sandiwaranya. Semua lelaki harus diajar! Katanya dalam hati.

"Its ok Sha,tak perlu minta maaf,kitorang semua faham keadaan kau. Memang menyakitkah hati betul si Zam tu." Berkepul-kepul asapa keluar dari hidung Azlan. Sambil merokok dia memintas kata-kata Sha yang memohon maaf tadi.

"Pasni korang balik ke? Masih jam 1 ni?" Soal Nita lagi. Dia tahu Sha amat tertekan pada waktu tu. Mereka semua berkumpul berdekatan kereta Jason.

"Lebih baik i hantar u,u rehat kat rumah ya?" Jason simpati melihat Sha.

"Ish..apa pulak nak balik. I nak lepak kejap. Jom kita sambung minum kat tepi pantai. Best ni. Mir kau kalah kan tadi? Kau belanja beer" Kedengaran ceria suara Sha yangtadinya murung. Bertukar wataknya secara drastik. Pelik betul Jason dengan gadis itu.

Pantai yang berhampiran hotel lima bintang itu begitu indah dengan suasana yang diterangi cahaya bulan yang penuh. Mereka bertujuh duduk di bawah pokok-pokok kelapa di tebing pantai yang ditembok bongkah-bongkah simen itu. Beer sekotak itu mereka minum dengan cepat. Habis satu,satu lagi disambung. Ahirnya mereka sudah mula mabuk.

"Eh dah hampir jam 3 lebih la. Jom kita balik. Aku dah tak larat la." kali ni Sha mengalah dengan minuman itu. Dia memang alah dengan beer. Cepat dia mabuk.


"Bukan kau je mabuk,aku pun mabuk sekali la" Nita menyahut kata-kata Sha. mereka semua ketawa melihat Nita yang terumbang ambing mengimbangi badannya yang bangun untuk berdiri.

"Jomlah balik" jason pula menyampuk. Mereka mengangguk. Tidak lama civicnya meluncur begitu juga dengan Nissan Sentra milik Azlan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 05:03 PM | Show all posts
erm...bebas ya hamat hidup depa nie ek...
teruskan tt...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2012 10:30 PM | Show all posts
next n3...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2012 12:00 AM | Show all posts
Reply 48# none88


  itu realiti kehidupan kebanyakkan remaja masa kini.cuma tidak semua hidup dalam keadaan macam tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2012 12:01 AM | Show all posts
Reply 49# nhid_tam


    ok. malam ni update,tp lambat sikit. tq sbb membaca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2012 12:52 AM | Show all posts
Bab 7

Sha dan Mia hanya berkurung pada hujung minggu itu, peristiwa minggu lepas membuat mereka bertahan. Apa tidaknya amukan abang sulung Sha iaitu Fikri membuatkan mereka insaf seketika. Mereka tidak jadi hendak keluar pada malam esoknya taktala kakak Sha,Sarah telah memaklumkan abangnya bahawa adik bongsu mereka hendak keluar malam lagi.

Malam tu juga riuh suasana rumah Pak Amri kerana anak sulungnya naik berang dengan perangai Sha yang melawan. Sepatah ditanya sepuluh patah dia menjawap. Pertelingkahan terjadi apabila abangnya tahu bahawa Sha hendak keluar dengan anak buah tauke kelab. Marah sungguh abangnya.

"Kau ni dah sesat ke,dah tak ingat hukum agama sampai nak berkawan dengan orang kafir?" Bentak abangnya. Geram sungguh dengan adik kesayangannya itu. Pertama kali Sha melawan kata-kata dia.Marah sungguh dia pada malam itu.


"Sha masih lagi Islam la. Dia Islam jugak,kenapa abang nak halang.Abang ingat Sha ni gila ke???" Melawan Sha. Panas sungguh telinganya mendengar abangnya membuat tuduhan tidak berasas itu.

Abangnya sudah meradang,dikepal tangannya. Mau saja dipecahkannya mulut adiknya yang lancang itu.Tangkas dia menumbuk muka Sha. Pantas Sha mengelak. Mereka berdua memang mahir bersilat.

"Kurang ajar betul kau ni!!" Jerit abangnya. Pantas melayang lagi tangannya.terkena lengan Sha. "Bukk..." Tepat di lengan. Menjerit Sha. Keras sungguh tangan abangnya. Selama 22 tahun umurnya,pertama kali abang kesayangannya memukulnya.

"Zasss" Melayang lagi satu penumbuk dari abangnya. Sha sempat mengelak. Serentak abangnya dirangkul ayah mereka dari belakang. Ayahnya yang juga berang tadi turut bersimpati dengan Sha yang sudah menangis. Dia sendiri tidak pernah memukul Sha walaupun dia amat marah denagan kelakuan Sha selama ini.


"SUdah lah Fik,mak merayu...sudah nak" Rayu mak kepada abang. Kakak juga menangis sama. Kakak Sha mememeluknya erat. Perlahan dia membawa Sha masuk ke dalam biliknya. Dikunci pintu bilik tersebut. Sha terus merebahkan badannya ke atas katilnya. Badannya terhenjut-henjut menangis. Tangannya lebam dan sakit.

"Sha,kak Sarah minta maaf ya. kalau bukan kakak yang maklumkan kepada abang kamu hendak keluar tadi,semua ni takkan berlaku." Sarah merasa amat bersalah. Diurut-urutnya lembut badan Sha. Dia terpandang kesan lebam itu. Dia tahu Sha menahan sakit. Tapi dia tahu hati SHa lebih sakit.

"Sha tertekan kak berada dalam rumah ni,kakak sendiri tahu apa puncanya kan. Walaupun Sha pegi kelab,tapi Sha bukan melacur." Semakin kuat esakan Sha. Hatinya benar-benar diruntun pilu. Terbayang-bayang muka abangnya yang menyinga tadi.

"Kakak minta maaf lagi sekali. Kakak bubuh ubat ya" Lantas Sarah mengambil ubat gamat dalam laci Sha. Perlahan-lahan dia menyapu di tangan Sha. Lebam tersebut besar menunjukkan pukulan tersebut amat kuat. Kalau terkena di muka,alamat terhambur la darah daripada mulut.

"Kak Sarah,Sha nak tidur dan bersendirian ya. Tolong kunci pintu tu kak" Sayu suara Sha. Kesedihan masih berbaki..Dia merapatkan matanya apabila kakanya menutup pintu. Perlahan dia tertidur dengan esak tangisan yang syahdu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2012 12:53 AM | Show all posts
ok cukuplah dulu buat malam ni ya.nnti aiza update lagik
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2012 11:18 AM | Show all posts
nape kat umah SHA...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2012 11:57 AM | Show all posts
perut besi ke derang ni?
minum sakan

sambung lagi ya
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2012 01:05 PM | Show all posts
ok2...sambung lg ye...hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2012 08:22 AM | Show all posts
Reply 54# shahrinas

shahrinas...dalam rumah ada cerita,tu la pasal. cerita apa.?? tungggguuuuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2012 08:23 AM | Show all posts
Reply 55# sang_arjuna


kalau perut besi, mesin penghadam pun besi jugak ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2012 08:24 AM | Show all posts
ok2...sambung lg ye...hehe
nhid_tam Post at 28-1-2012 13:05



    baiklah..harap bersabar. idea melambak-lambak pada pagi ni akibat makan coklat..hhuhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2012 09:58 AM | Show all posts
"dear please,kenapa u tak jawap i call? at least reply my msg. I risau sebab Amir bagitahu U sakit" Sms dari Jason dibaca. Seharian Sha terbaring. Jam sudah menunjukkan 2 petang. Tapi dia masih berkurung di biliknya. Alat kawalan jauh Astro ditekan berulang-ulang kali. Laptopnya dipandang lesu. Penat berfikir,Sha pejam mata dan perlahan airmatanya keluar lagi. Kali ini hatinya bertambah tergores kerana abangnya masih belum menegurnya sejak peristiwa minggu lepas itu.

"Kenapa syg tak kerja,syg dimana?" Satu lagi sms. Kali ni bukan daripada jason,tetapi dari Zam. Lagi meluat Sha dibuatnya. Dia perlahan bangun dan menyalakan rokok. Tingkap dibuka seluas-luasnya. Rokok jenama Dunhill disedutnya dalam,sedalam kesedihannya kini. Perlahan rokok tersebut dihembusnya kasar. Rambutnya yang lurus jatuh ke dahi,dikuaknya ke belakang. Matanya dipejam lagi. Kali ini airmatanya mengalir. Ayah...ini semua gara-gara ayah. Rintihnya dalam hati.

Pantas telefonnya dicapai,kekunci telefon ditekannya laju. "Riz,aku nak cas badan aku. Aku letih" Walaupun sangat benci dengan lelaki itu,dipendamnya kebenciannya agar tidak dihidu oleh Riz. Dendamnya membara kepada lelaki itu. Lelaki itu yang mengajarnya tentang muzik dan dadah. Cas badan yang dimaksudkannya adalah mengambil dadah jenis syabu dan ganja.

"Tit..titt" Sms daripada Riz berbalas. "Ok sure,bila ayg nak? Syg belanja ok." Di balasnya lagi sms itu "Ok jam 4 bagi dengan Amir kat ofisnya. Tak boleh keluar rumah. Jangan tanya kenapa." Ringkas sms Sha tapi Riz amat paham dengan keadaan gadis itu yang selalu tertekan akibat masalah keluarga.

"Mir,kau bagi Sha. Kau hati-hati. Barang ni harga hampir seribu tau" Bisik Riz. Riz memberikan satu kotak rokok kepada Amir. Pantas kotak rokok itu dicapai dan dimasukkannya ke koceknya. Amir mengangguk.Dia terus berlalu naik kek kereta untuk pulang ke rumah.

"Eh Mir,aku nak tanya kau sikit. Sha masih stress?"Amir menoleh dan angguk. Dia terus berlalu. hatinya pilu mengenang nasib Sha. Walaupun dia tahu jalan yang sipilih Sha tidak baik,tapi dia cukup memahami masalah yang dilanda oleh sepupunya itu. Kotak rokok di rabanya. Dia tahu barang itu mesti diberikan segera kepada Sha.

Sampai saja ke kampung mereka, Amir pantas berjalan menuju ke rumah Sha. Dia memberikan salam. Salamnya disambut ibu Sha.

"Ya Mir,masuk lah. Cuba pujuk Sha tu. Dah berapa hari berperap kat bilik dia. Keluar kalau nak ke tandas dan mandi sahaja. Makan pun tak nak." Sayu suara Ibu Sha mengadu kepada AMir. Amir merangkul separuh badan wanita berusia itu. "Mak Na jangan risau,pandai la Amir pujuk dia nanti. Biasalah Sha,dia kan kuat merajuk" Kata Amir menyenangkan hati orang tua itu.

"Tok...tok..Sha,aku ni Amir." Perlahan suara Amir. "Erm,masuk la Mir." Sha pantas mengunci kembali pintu biliknya. Amir duduk di kerusi berdekatan meja Sha. Sha pula duduk di katilnya.

"Sha muka kau buruk betul lah,macam orang mati laki la" Amir ketawa. Sha juga tersenyum kelat. Amat payah untuknya ketawa pada waktu itu. Airmata sudah mengalir di pipinya spontan.Dia menunjukkan wajahnya.

"Ishh..sudahla tu Sha. Janganlah menangis lagi. Sejak bila kau jadi budak kecik ni" Amir tahu Sha amat sensitif pada waktu itu.

"Mir abang tak mahu bercakap dengan aku." Luah Sha perlahan. Amir bingkas bangun dan duduk sebelah Sha.

"Sha buka pintu,aku ni Mia" Ketukan didengari di pintu biliknya. Pantas Amir bangun dan membuka pintu.

"Eh kau pun ada Mir.Aku ingat kau belum balik kerja" Mia terus bersuara. Dipandangnya Sha yang mukanya kemerah-merahan itu. Dia tahu Sha menangis kerana air mata Sha masi bersisa.

"Sha sudahla tu. Aku tak suka kau terus-terus sedih macam ni. Mia pantas merangkul badan Sha. Risau betul dia kerana Sha sudah mngambil cuti sakit selama 3 hari di hospital akibat tangannya yang amat bengkak dan sakit.

"Tangan kau dah ok aku tengok ni" Mia membelek-belek tangan Sha. Sha angguk lemah. Amir mengeluarkan sesuatu dar idalam kocek seluarnya.

"Nah Sha dari si Riz bongok" Amir ketawa terkekeh-kekeh. Kali ini senyuman lebar di bibir Sha. Begitu juga Mia. Mia faham sungguh maksud kotak rokok itu.

"Sha aku join sikit boleh tak,rindu aku mau sedut la?" Kata Amir teruja. Lama benar dia tak menagih. Mereka bertiga bukan penagih tegar. Hanya bila mau berhibur dan stress sahaja. Amir dulu mengamalkan syabu semasa dia peperiksaan di tingkatan lima. Waktu itu kawannya yang memberikan cadangan kerana 2 tahun mereka tiada guru sejarah.Hasilnya satu buku sejarah dia hafal,lulus cemerlang lagi. Ada juga kebaikan syabu,sempat Amir terkenang-kenang peristiwa mula-mula dia jinakkan diri dalam dunia dadah.

"No problem. Mia kau simpan mana ek peralatan kita tu?" Sha sendiri tidak ingat kerana Mia yang menyimpan alatan menagih itu.

"Kan kat dalam laci kau tu. Mudah sangat nak lupa" Mia muncungkan bibirnya ke laci almari Sha. Senyumannya juga lebar kerana dia juga teruja menagih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.119415 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list