|
wwaaahh... best best.. tp xbrani nk bce mlm2 ni..
kne tggu bos blk then br bole sambung bce hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 39# lilinputih
wokeh ..bbayak ermintaan akan terus menambah cerita lagi..tunggu yekk |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 40# six_points
sabo2 ni dugaan peminat cerita hantu..hakhakha ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Peristiwa yang tak akan aku lupakan ialah semasa bekerja di sebuah syarikat pengiklanan swasta di Damansara Heights, Kuala Lumpur. Aku bekerja sebagai setiausaha kepada satu bos Mat Saleh dari New Zealand. Bos aku adalah seorang yang open minded, kuat bekerja dan bolehlah dikatakan tiap-tiap hari aku terpaksa balik lewat untuk menyiapkan tugasan yang berlambak-lambak. Paling lewat pun aku balik pukul 11.00 malam.
Besoknya seperti biasalah aku datang kerja. Sampai je kat ofis, bos interkom aku untuk masuk ke ofis dia. Dengan muka yang agak malas aku pun masuk dan mengucapkan "Good morning Sir".
"Morning, have a seat please," jawabnya dengan loghat pekatnya. Aku pun tanpa berlengah-lengah lagi pun memberitahunya serba sedikit jadualnya pada hari itu dan dia hanya mengangguk saja.
"Well, I hope you’re free today coz we’ve to stay back until late night again to finish this assignment. The client need it by tomorrow evening," katanya padaku dengan tegas.
Emmmm…. Macammana pun aku terpaksa buat jugak kerana takde sapa yang tau sangat pasal projek ni.
Aku dan bos sedaya upaya menyiapkan projek itu sehingga tak sedar jam dah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Orang lain dah lamabalik dan tinggallah kami berdua kat ofis tu. Ruang pejabat kami agak luas dan dinding luarnya pula bercerminkan kaca di setiap pelusuk pejabat. Tengah bos aku berdiri di tepi tingkap untuk mencari failnya, tiba-tiba dia menjerit terperanjat sambil melihat ke arah luar tingkap.
"What’s that ugly thing doing there?" laungnya. Akupun berkejar kearahnya dan melihat apa yang ada di luar sana. Masya Allah, aku jadi terpegun melihat satu lembaga berambut panjang sedang merenung ke arah kami sambil mengilai-ngilai. Aku cuba bergerak tapi tak boleh, begitu juga bos aku. Lembaga itu menuju laju ke arah kami dengan muka yang sungguh menyeramkan dan tiba-tiba aku dapat satu kekuatan yang luar biasa lalu aku menarik bos aku menyorok di bawah meja. Kami mendengar bunyi asing yang amat menyeramkan sambil mengilai-ngilai. Aku lihat bos aku dah terkencing-kencing ketakutan dan mulutnya terus terkunci. Aku cuba melawan lembaga itu dengan surah kursi dan apa-apa lagi yang aku ingat. Lembaga seperti pontianak itu berterbangan di atas meja kami dan aku sempat melihat bajunya jarang berwarna hitam berbintik-bintik. Aku mengintai lagi dan melihat hantu itu cuba mencari kami tapi masih tak jumpa. Aku lihat semangat bos aku dah hilang dan mukanya dah terlampau pucat macam takde darah langsung.
Lebih kurang dalam 15 minit aku mengintai lagi ke atas meja. Aku tak nampak lembaga itu lagi lalu aku terus bangun untuk check kat mana dia pergi. Setelah semua ruang pejabat aku intai dan lembaga itu pun takde, aku terus pergi mendapatkan bos aku. Aku lihat bos aku dah pengsan, akupun call guard kat tingkat bawah dan suruh datang ke pejabat aku di tingkap enam. Sampai je pak guard aku pun ceritakan apa yang telah berlaku sebentar tadi. Pak guard yang berumur itu suruh aku ambilkan segelas air dan dia membaca sedikit ayat Quran dan merenjiskan kat muka bos aku. Bos aku tersedar dan melihat aku dan pak guard ada kat sebelah dia. Tiba-tiba dia menjerit-jerit seperti terkena histeria dan mengatakan "It’s a ghost ! I saw a ghost just now." Kami cuba mententeramkan dia hingga semangatnya pulih balik. Kemudian aku hantar dia balik ke rumahnya dengan menaiki teksi.
Besoknya, bos aku datang dengan pakaian yang agak simple dan terus menuju ke meja aku. Beliau memberitahu aku bahawa projek yang tergendala semalam akan di K.I.V. pada minggu depan. So, aku tak payah le lagi menyiapkannya secepat mungkin. beliau membisikkan pada aku supaya tidak menceritakan kejadian semalam pada staff yang lain. Tiba-tiba kami terdengar ada orang menjerit, "Ooi, sapa buang air kecik kat tempat aku hah!" aku memandang bos aku sambil tersenyum dan beliau pun macam paham je dan terus blah pegi cuti dengan kawannya selama seminggu." |
|
|
|
|
|
|
|
Mall berpuaka! Itulah gelaran diberi kepada kompleks beli-belah terbengkalai Kemayan City di Tampoi apabila beberapa keluarga rakyat Singapura terjebak membeli-belah di situ sebelum pulang ke negara asal mereka dengan membawa daun kering atau barangan dibeli lenyap begitu saja.
Cerita pelik dan menyeramkan berkaitan aktiviti paranormal di kompleks Kemayan City bukan lagi asing di kalangan masyarakat bandar raya ini, malah misteri alam ghaib di pusat beli-belah terbengkalai lebih 10 tahun lalu itu menjadi buah mulut penduduk Singapura.
Bagaikan badi kepada warga Singapura, cerita menggerunkan di Kemayan City dikatakan popular kalangan warga republik berkenaan yang mendakwa mengalami peristiwa dianggap susah diterima akal seperti berbelanja dan makan di pusat beli-belah yang sebenarnya tidak pernah beroperasi selepas projek itu terhenti pada 1998.
Kejadian menyeramkan di pusat beli-belah berkenaan pernah dialami sekeluarga rakyat Singapura dari kawasan perumahan di Woodland pada Jun tahun lalu.
Semuanya bermula apabila keluarga terbabit dikatakan mengunjungi pusat beli-belah terbengkalai terletak di tepi Jalan Johor Bahru-Air Hitam pada satu malam, ketika mereka dalam perjalanan pulang menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka.
Sebaik tiba di Kilometer 13 Jalan Johor Bahru-Air Hitam menghala pusat bandar raya kira-kira jam 9 malam, keluarga terbabit tertarik ke arah bangunan di sebelah kiri jalan berkenaan yang bergemerlapan dengan lampu aneka warna dan meriah dengan kunjungan orang ramai.
Tarikan itu menyebabkan keluarga terbabit membuat keputusan singgah dan mendapati kemeriahan itu adalah majlis pembukaan pusat beli-belah yang diadakan secara besar-besaran.
Menyangkakan Kemayan City dipulih dan memulakan operasinya, keluarga berkenaan tidak melepaskan peluang singgah memandangkan malam masih awal.
Selepas berada lebih setengah jam di situ, keluarga berkenaan beredar kerana mempunyai satu lagi destinasi yang perlu singgah sebelum balik ke Singapura.
Mereka menuju rumah saudara di Kampung Pasir yang terletak tidak jauh dari pusat beli-belah berkenaan.
Ketika berada di rumah saudara, seorang ahli keluarga terbabit bercerita mengenai kehebatan majlis pembukaan Kemayan City ketika singgah di situ.
Sungguh mengejutkan apabila keluarga malang itu mendapat berita daripada saudara mereka bahawa bangunan yang didakwa beroperasi sebenarnya masih terbengkalai sehingga kini, bahkan semakin usang.
Pengalaman yang ditempuhi keluarga terbabit diceritakan sendiri mangsa kepada pegawai di Unit Falaq Syarie Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak.
Menurut Hanafiah, beliau dihampiri mangsa ketika menyampaikan kuliah agama bulanan di kawasan perumahan berkenaan, beberapa hari selepas kejadian menyeramkan itu.
“Lelaki itu sering mengikuti kuliah agama saya dan pada satu hari dia bertanyakan kepada saya apakah yang berlaku di Kemayan City kerana ada ahli keluarganya mendakwa berbelanja di pusat beli-belah itu.
“Namun, semua barangan dibeli itu termasuk pakaian, didapati hilang sebaik mereka tiba di rumah dan keadaan itu menimbulkan gangguan emosi kepada keluarga berkenaan selepas melalui detik dianggap pelik dan menyeramkan itu,” katanya. Menurut Hanafiah, beliau turut pernah diajukan soalan yang meminta penjelasan berhubung alam ghaib oleh orang ramai yang mengikuti kuliah agamanya di negara republik itu, terutama berkaitan kejadian aneh di Kemayan City.
“Dari segi pandangan Islam, kejadian dialami segelintir pihak di bangunan terbengkalai itu angkara syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk memperdaya dan menyesatkan umat Nabi Adam.
“Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Adzkar menerangkan beberapa jenis syaitan termasuk bernama Zalanbur berkeliaran di bandar untuk melalai dan melekakan manusia termasuk mendalangi kejadian individu yang pernah tersesat ke bangunan terbengkalai Kemayan City itu,” katanya. Katanya, dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad ada menerangkan bahawa rumah atau bangunan yang dibiarkan kosong dan kotor untuk satu tempoh lama akan menjadi kediaman syaitan kerana lumrah makhluk yang dilaknat Allah itu menyukai benda kotor dan busuk.
“Namun, umat manusia amat bertuah kerana dikurniakan hadiah yang tidak ternilai oleh Allah iaitu al-Quran mengandungi ayat yang boleh dijadikan pendinding dari diganggu mahkluk halus seperti jin dan syaitan iaitu ayat Kursi,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# dorby
pergh, meremang bulu romaku. alhamdulillah sepanjang dari KL nak balik kelantan takde apa-apa. aku harap, takde apa-apa berlaku laa. tapi, aku pernah dengar juga derang duk cerita-cerita pasal bukit 7 ni. memang bahaya sikit area tu.~ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply dorby
pergh, meremang bulu romaku. alhamdulillah sepanjang dari KL nak balik kelant ...
mekbudu Post at 15-2-2012 09:21 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
huhu dorby belom berkesempatan nak ke kelantan lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 49# dorby
nanti datanglah kelate! wiuwiuwiu.
promote kelate sikit! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply dorby
nanti datanglah kelate! wiuwiuwiu.
promote kelate sikit!
mekbudu Post at 15-2-2012 11:29 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
bule2 nanti buleh datang tp pegi time siang jek..malam2 tak berani takot ...lariiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 19# dorby
hahahaaa... yg nie memang xle blah... ingat kan betol r seram rupanya pakai breeze.... cam hampeh.... ![](static/image/smiley/onion/thumb.gif) ![](static/image/smiley/onion/laugh.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by dorby at 15-2-2012 12:56
edit semula..siaran ulangan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 54# dorby
ha3 enci TT sudah pening
kenapa diulang crita ni lagi ha3 ...dah baca yg ni page lepas,astro ni![](static/image/smiley/default/1.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply dorby
ha3 enci TT sudah pening
kenapa diulang crita ni lagi ha3 ...dah baca yg ...
mrjinggozzz Post at 15-2-2012 12:29 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
hakhak dah jadi astro la..ade siaran ulangan...yang mane ek ulang? saya edit balik |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita Seram Kat jalan Lama Bentong - Kuala Lumpur
Cerita ni berlaku kira² sebulan lepas berhampiran Karak. Suatu malam, seorang lelaki memandu kereta dari Kuala Lumpur menuju Kuantan dan dia membuat keputusan untuk tidak melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) kerana mahu menikmati pemandangan sepanjang jalan lama.
Malang menimpa, keretanya tiba² rosak dan dia terperangkap di sebuah jalan sunyi. Di kiri kanannya hutan. Hujan turun dengan lebat dan hari bertambah gelap. Masa berlalu, namun masih tiada sebuah kereta pun yang lalu.
Kemudiaan dia membuat keputusan untuk berjalan kaki meredah hujan ke pekan paling hampir.
Akhirnya setelah lama berjalan kaki, dia melihat sebuah kereta menghala ke arahnya. Kereta tersebut bergerak perlahan dan akhirnya sampai di sisinya. Tanpa berfikir panjang dia terus membuka pintu dan duduk di seat belakang.
Gembira kerana diselamatkan dari kesejukan dan kepekatan malam. Dia pun mahu mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah menyelamatkannya .. membongkokkan badannya ke hadapan.
Alangkah terkejutnya lelaki tersebut kerana kerana kereta tersebut tiada pemandu!!!!
Walaupun kereta tersebut tiada pemandu, tanpa kedengaran bunyi enjin namun ianya masih lagi bergerak perlahan. Dari cahaya lampu kereta itu, lelaki tersebut melihat satu selekoh tajam di hadapan. Dia yang menggigil ketakutan dan tak henti2 memanjatkan doa kepada tuhan. Ya Allah, ampunilah diriku dan selamatkanlah diriku dari jatuh ke dalam gaung di hadapan!!!
Ketika dia masih lagi dalam ketakutan dan terkejut, kereta tersebut tiba di selekoh dan tidak semena-menanya muncullah satu tangan dari tingkap kereta dan memulas stering kereta tersebut. Maka bertambahlah ketakutan di dalam dirinya. Dirasakan dirinya hampir lumpuh dan lemah longlai kerana ketakutan yang amat sangat.
Di kejauhan dia ternampak cahaya lampu dari pekan di hadapan. Dengan saki baki kekuatan yang ada dalam dirinya, dia menggagahkan dirinya melompat keluar dari kereta tersebut dan berlari sekuat hati ke pekan itu.
Akhirnya dia berhenti di sebuah kopitiam dan memesan minuman. Setelah melepaskan lelahnya, dia mula bercerita mengenai pengalamannya tadi kepada beberapa orang yang ada di kopitiam tersebut.
Keadaan di dalam kopitiam tersebut sunyi dan sepi mendengarkan cerita lelaki tersebut.
Tiba² kopitiam tersebut dimasuki oleh dua orang Nigeria, Joshua dan Nigel. Joshua menundingkan jarinya kepada lelaki tersebut dan berkata…. “Look Nigel - that's the idiot who got into our car when we were pushing it.” |
|
|
|
|
|
|
|
huhu aku pun cam baru tahu gak..selalu dok ulang alik kelana jaya ke sungai buloh pegi n b ...
dorby Post at 14-2-2012 17:19 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
ui yeke mcm best je..kalo tau cite la dorby..best gak |
|
|
|
|
|
|
|
ui yeke mcm best je..kalo tau cite la dorby..best gak
sil-khannaz Post at 15-2-2012 14:17 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
hoho aku takda cerita disana.aku duk ulang alik alhamdulillah ..aku pun tkmo gak die memunculkan diri..aku tak tahu le kalo jadi cam orang tu tak tahu ade kekuatan nak pusing balik ataupun aku sendiri yang kuar dr kete tu..huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
new story.... aku update yek.. by the way hari ni birthday aku.. huhuhuhu
saja jek nak bagi tahu hakhak ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita Hantu Kat Hostel
Korang mesti tak pernah dengar cerita hantu dari Russia kan.. Entah la.. aku bukan tak nak cerita, masalahnya aku tak nak ambil tahu pun. Yelah. Dulu kat bilik lama aku selalu duduk kat dalam bilik sorang-sorang. Nanti tak pasal-pasal je.. Apa-apa pun ni cerita yang dialami sendiri oleh kawan aku. Budak Malaysia gak
Kawan aku ni dia ada awek kat Malaysia. Jadi ada kalanya mestilah nak Skype dan berwebcam bagai untuk melepaskan rindu. Biasalah tu kan, long distance relationship macam tu la. Tak tau dah berapa lama diorang couple, tapi aku rasa maklumat tu takde kaitan la dengan cerita hantu ni.
Dia ni selalu bangun awal pagi untuk chatting dengan awek dia. Tak pasti awal macam mana, sebab aku tak sempat lagi interview mangsa. Cuma dengar cerita ni daripada mulut ke mulut je. Diceritakan satu hari tu dia bangun awal macam biasa untuk chatting dengan kekasih hati dia. Kawan-kawan sebilik semua dah tidur. Maka duduklah dia seperti biasa kat meja, chatting sambil buka webcam.
Hari tu sejuk dia lain sikit. Tinggal kat hostel ni, kalau duduk kat floor yang lagi tinggi, kesejukan tu makin kurang terasa. Tak taulah kenapa malam tu sejuk dia memang lain macam sikit walaupun bilik dia kat tingkat 15. Rasa macam ada angin tiup je.. perlahan. Dingin. Kadang-kadang kalau angin kuat sikit rasa macam ada orang je tiup kat tepi tengkuk. ishh.. Tapi kawan aku ni relax je. Dah bermalam-malam kot dia online waktu-waktu ni, jadi benda macam ni dah boleh kata biasa pada dia bak kata orang dah jadi alah bisa tegal biasa. Untuk menghilangkan sikit kesejukan malam, dia bancuh Nescafe 3-in-1. Waktu sejuk ni memang best dapat minum air panas.
Lepas bancuh Nescafe, dia terpandang kat tingkap. Tingkap takde langsir jadi memang boleh nampak hutan belakang yang besar dan paya. Belakang hostel ni ada paya, tapi air dia kotor sangat. Kalau tengok dalam Google maps pun boleh nampak paya tu. Bila datang musim sejuk paya tu beku, tapi awal-awal ni belum beku sepenuhnya. Bahaya kalau main-main atas paya yang tak cukup beku ni.. Malam tu bulan mengambang penuh. Jadi memang terang semacam je hutan belakang tu. Baru kawan aku perasan tingkap tu tak tutup rapat. Patut la sejuk je..
Dia duduk menghadap laptop Acer tu balik. Webcam terbuka dari tadi. Jadi si awek nampak la apa yang berlaku kat sini. Mereka sambung chatting. Lampu ditutup, barulah ada feel sikit kan. Tengah chatting sekali si awek bukak baju tanya:
“Eh kawan you pun tak tidur lagi eh?”
“Mana ada, semua dah tidur la..”
“Tapi ada je I nampak orang lalu lalang belakang you”
“….”
Bila ditanya balik, sepanjang mereka chatting sebelum tu memang si awek nampak kelibat orang belakang kawan aku tu. Tapi tak nampak siapa sebab gelap kan. Ingatkan kawan sebilik yang tak tidur lagi padahal dah lama diorang tidur. ish.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum tu, aku nak bagitahu korang. Ini kisah benar yang dialami oleh kami sekeluarga. Tiada rekaan atau sebagainya. Cerita memang cukup panjang dan seram, kalau tak berani baca, jangan baca. Takut nanti ada yang demam 1 minggu pulak.
Mami pernah bagi tahu, ada satu hari tu masa dia tidur, dia rasa macam ada sesuatu yang menindih badan dia. Nak bergerak, dia rasa susah. Nak celik mata, tak boleh celik. Nak bukak mulut, keluarkan suara pun, seakan-akan macam ditekup mulut.
*ish..ish..* sound efek sikit
Sebelum kami berpindah ke rumah yang kami diami sekarang ni, rumah ini telah ditingalkan agak lama oleh pemiliknya dan tidak disewakan kepada sesiapa pun. Mungkin ada sebab-sebab tertentu.
Bukan mami saja pernah mengalami peristiwa pelik, malah aku pun pernah jugak. Ni nak story mory la ni. Seperti biasa, setiap malam selepas makan malam, aku akan melepak sambil menonton TV di ruang tamu atas. Seorang diri. Manakala mami dan cik man di bawah. Nak jadikan cerita, tekak aku rasa haus, air dalam botol pun dah habis. Maka aku ambil botol dan turun ke bawah untuk isi air. Lalu depan bilik mami, lampu menyala, macam kelibat mami sedang duduk di atas katil. Aku hairan, sebab waktu-waktu macam ni selalunya dia menonton Tv di bawah. Aku patah balik, sekali lampu bilik tidak dinyalakan pun. Dan mami pun sebenarnya tiada di dalam bilik. Aku hairan, tapi diam je. Orang tua-tua pesan, nampak benda pelik jangan tegur. IngatJANGAN TEGUR!
*buat ape tu kak?*
Satu malam, sebelum aku tidur, aku pergi gosok gigi di tandas bawah. Aku nampak macam kelibat orang lalu belakang aku. Cik Man kot. Aku diam. Tapi bila aku nak naik atas balik, aku tengok cik man tengah syok tengok Ong Bak 2. Kencang betol diorang punya aksi pukul-memukul. Tip-top. Macam biasa, aku diam JANGAN TEGUR orang tua-tua kata.
Beberapa minggu lepas tu, aku balik kampung. Isnin malam tu mami cakap dengan aku. Rupa-rupanya dalam rumah yang kitorang duduk ni ada makhluk hitam yang tinggal. 2 ekor. 1 dalam bilik mami dan 1 kat bahagian belakang pintu berdekatan bilik air. Ok, sekarang aku paham. Kenapa aku boleh nampak kelibat mami dalam bilik dia, sedangkan dia takda. Dan mami ditindih masa waktu tidur. Dan objek yang lalu belakang aku masa kat dapur.
Mami cakap, abang aku bawak kawan dia datang sini, kira kawan abang aku ni macam orang Seekers la. Yang hebatnya, dia ni boleh tangkap makhluk-mahluk tersebut dan dimasukkan dalam botol. Abang aku tunjuk video tu kat aku, macam mana kawan dia tangkap makhluk tersebut. Aku takdalah takut sangat, cuma meremang sikit je. Dan aku mintak abang aku send gambar-gambar yang dia ambil kepada aku. Hasilnya, sampai sekarang, aku simpan gambar tu nak tunjuk kat korang, readers semua.
Lagi satu cerita, kat rumah arwah nenek aku, yang sekarang pak cik aku duduk dengan family dia. Dulu kawasan rumah nenek aku ni, memang dikelilingi pokok-pokok, tapi bukan hutan. Sebab rumah nenek aku ni kat bandar. Sekarang, pokok-pokok ni dah ditebang, sebab kawasan tu nak dibangunkan. Depan rumah nenek aku adalah rumah sedara kitorang jugak. Belakang rumah dia ada 1 pokok ara yang besar sangat.
Satu hari, anak jiran kitorang tengah tunggu bas subuh-subuh nak pergi sekolah. Tiba-tiba dia cakap dengan mak dia, dia nampak benda terbang dari pokok besar tu ke arah tiang lampu. Budak kecik mana tahu takut. Lagi sekali kawan abang aku jadi penyelamat. Rupa-rupanya benda terbang tu adalah pontianak. Kat bandar pun ada pontianak, kau jangan main-main. Rumah dia dah ditebang, tu yang dia main terbang sana-sini.
*hi..hi..hi..hi..*mengilai sikit
Sebelum tu, sepupu aku pun ada jugak cakap. Malam-malam kalau dia belajar sampai lewat malam macam ada orang bisik-bisik kat telinga dia. Pastu bulu roma tengkuk akan meremang. Dia diam je, macam aku. JANGAN TEGUR. Ada 6 ekor pontianak yang duduk menginap kat pokok-pokok buah mempelam disekeliling rumah nenek aku tu.
Bila tangkap, nampak la figure dia. Aku simpan 1 je gambar, sebab yang lain tu macam tak berapa nampak sangat. Tak clear orang putih cakap. Siapa yang berani nak tengok, klik la sini..–> http://x-rider.com/
Alhamdulillah, sepanjang aku duduk kat rumah tu, aku tak pernah pulak kena ganggu atau apa. Lagi aku sorang. Kadang-kadang tu ada la jugak rasa bulu roma tiba-tiba meremang, tapi aku diam je. Aku mengaji dalam bilik, halau dia keluar kot-kot dia masuk dalam bilik aku. Kadang-kadang aku mengaji kat ruang tamu atas, kasi dia panas sikit. Aku takdalah rasa takut, cuma cuak sikit je.
Terpulang la korang nak percaya atau tak. Tapi hakikatnya cerita ni semua memang benar, takda reka-reka. Dan gambar tu pun memang betul, abang aku yang capture sendiri. Cuma ingatlah, kat dunia ni memang ada makhluk lain yang diciptakan oleh Allah. Dan kita kena percaya, mereka ni wujud. Percaya saja bukan takut. Sebabnya yang perlu kita takutkan adalah yang DI ATAS tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|