|
Reply 40# novelloverzz
cik novelloverzz..sy la yg beli ngan novelloverzz tu..sbb ari tu sy post xder reply kt cni..tu yg email kt gmail tu..sbb tgk blog cik novelloverzz...adeh..sy da terconfius ni..hehehe..sy beli mencari suami & mmg intu cinta..pg td ader bt payment. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 41# newrulez88
ha..ha..tgk nick name kat forum ni x tau org yg sm..lps ni dah tau dah.. |
|
|
|
|
|
|
|
panik jap tetiba..hahaha..confuse sm la ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by novelloverzz at 8-7-2012 19:50
Betulkah?
Pengarang: Amanda Aniqah
Penerbit: Buku Prima
Muka Surat: 437
Harga: RM 17 (termasuk pos)
Status: Sold
Sinopsis
Kahwin susah, tak kahwin pun susah. Dilemanya. Tak nak kahwin sebab rasa hati masih belum mahu kahwin. Tapi orang sekeliling dah sibuk tanya siapa pasangan. Bengangnya dunia seorang wanita bila dah cukup umur. Betulkah sekarang masanya yang sesuai untuk berkahwin? Betulkah sudah muncul calon yang telah dipasangkan sejak Luh Mahfuz? Betulkah pemilik tulang rusuk sudah menjelma? Cinta sangat kompleks. Cinta memang sukar dijangka. Maka sampai sekarang berat nak terima cinta. Tapi bila si dia berkata I love U, terus lari sebatu jauhnya. Bolehkah terima cinta dari seorang teman?
"Women are like internet virus. First, they enter your life, scan your pockets, transfer your money, edit your mind, download their problems, delete your smile and hang your life." - Nur Mawarni
"You know you have me. Itulah gunanya kawan. Saling bantu-membantu. Saudara, kita akan peroleh begitu sahaja. Tapi kawan, kita sendiri yang kena cari." - Farhan
"Tuhan bagi anggota kita secara berpasangan. Kenapa TUHAN kurniakan sekeping hati untuk kita? Kerana TUHAN memberi sekeping hati lagi kepada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah cinta." - Anuar
"Hai, tak puas lagikah cipta tension island ni? Baru kena pinang, belum ajak terjun Effiel Tower, tapi dah macam burung tak jumpa sarang yang sesuai." - Melati
"Aku tak layak untuk sesiapa." - Nurul Suhailah
Last edited by novelloverzz on 3-11-2012 09:06 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
A Family Closeness
Author: Emma Richmond Publisher: Harlequin Mills & Boon Page: 188
Price: RM 6
Status: Sold
Synopsis
If Davina's fiance hadn't run off with her best friend, she wouldn't have got involved with Joel Gilman. And now, four years after their disastrous encounter, it seemed that time hadn't dulled their mutual attraction!
Davina was reminded of what she'd lost, especially now that Joel had another woman in his life...his daughter, Ammy. But when Joel asked her to look after the little girl, Davina had a temporary chance to experience what might have been - and what she'd always wanted... Last edited by novelloverzz on 14-8-2012 11:21 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by novelloverzz at 3-7-2012 21:32
Persis Puteri
Pengarang: Ezi Afiza
Penerbit: Fajar Pakeer
Muka Surat: 379
Harga: RM 16 (termasuk pos)
Status: Sold
Sinopsis:
Pertunangan mereka bukan atas dasar suka sama suka. Malah bukan juga atas desakan keluarga. Pertunangan mereka adalah satu perjanjian yang memenuhi kepentingan dua insan.
Rizman diberi masa sebulan untuk memperkenalkan bakal isterinya kepada keluarganya. Jika tidak, hak pemuda itu ke atas syarikat milik keluarga akan dilucutkan. Diyana pula mencari sesiapa sahaja yang boleh menjadi kekasihnya, semata-mata untuk membalas dendam kepada Badrul, lelaki yang telah mempermainkan cintanya. Pertemuan yang tidak diduga menjadikan Diyana pilihan Rizman. Namun, syarat diletakkan dalam perjanjian itu.
“Hanya untuk setahun. Dalam masa setahun ini, tiada sesiapa boleh mengganggu hak peribadi masing-masing.”
Permainan bermula. Lakonan tanpa skrip terus berjalan. Strategi-strategi yang dirancang berjaya menyempurnakan hasrat mereka. Namun, dalam kegembiraan melakonkan watak masing-masing, tanpa sedar ada mata yang memerhati, ada insan lain yang ingin menggagalkan lakonan mereka. Kehadiran Normee yang berjaya mencuri hati Rizman membuatkan Diyana dilanda cemburu. Diyana terpaksa mengundur diri. Tambah apabila lakonan mereka yang selama ini dibongkar. Rizman mula resah.
Dalam kemelut itu, ada insan lain yang sedang tertawa. Gembira menyaksikan semuanya. Siapakan gerangan insan itu? Apakah yang akan terjadi pada kepentingan Rizman dan Diyana setelah rahsia mereka terbongkar? Dan berjayakah seorang putera mencari puteri hatinya yang sekian waktu mengingin diri persis puteri? |
|
|
|
|
|
|
|
Kala Cinta Menggoda
Pengarang: Noorfadzillah
Penerbit: Buku Prima
Muka Surat: 516
Harga: RM 18 (termasuk pos)
Status: Sold
Sinopsis
Tiga Siti yang saling berbagi cerita. Siti Saleha aka Tiha, pandai bergaya dan seksi. Pantang melihat lelaki 3K, karier-kaya-kumis. Sementara Siti Nurbaya aka Tiya pula berperwatakan tomboi. Rambut pendek ala 'Mitha The Virgin' artis seberang, idolanya. Gadis yang tidak gemar mendekati lelaki tetapi tidak bermakna dia anti-lelaki. Si bongsu, Siti Raihana aka Tina pula, sopan santun dan lemah gemalai orangnya namun kadangkala menggelabah tidak bertempat. Penampilannya cukup muslimah. Ada duda ingin mendekatinya. Siapakah yang mampu menggoda hati untuk mendapatkan cinta tiga Siti ini?
"Faham pun anak-anak mak. Habis bila lagi mak nak tengok kau orang semua bawa calon ni. Mana bakal-bakal menantu mak? Teringin jugak mak menepung tawar kau orang atas pelamin. Teringin juga sambut menantu. Teringin nak bercucu-cicit. Teringin pulak mak menikah sekali lagi. Aik! Salah! Bukan mak yang nak menikah lagi. Habis itu bilanya masa itu tiba." - Mak Cik Siti Ayu
"Amboi... cakap memang senang. Lidah tak bertulang memang mudahkan bermadah apa sahaja. Tiada perempuan lain konon. Habis itu sampai beranak tiga orang anak itu... apa? Bercinta bagai nak rak dengan Tiha pulak. Bang... gunung itu tak mungkin lari. Abang itu yang Tiha takut lari. Huh!" - Siti Saleha
"Engkau boleh tak jangan sentuh-sentuh bab penampilan aku. Ada aku pernah kata penampilan engkau. Ada aku kata baju engkau tiap hari macam tak cukup kain aje aku tengok. Jolok sana, jolok sini. Kadang macam nangkas bungkus pun ada. Macam badut sarkas pun iye. Tak adakan? Tapi aku cakap semua itu dalam hati sahaja. Tak tegur-tegur hadapan kau pun." - Siti Nurbaya
Last edited by novelloverzz on 6-10-2012 11:21 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia Idaman Hati Pengarang: Nadra Yasmina Penerbit: Fajar Pakeer Muka Surat: 510 Harga Jual: RM 19 (termasuk pos) Status: Sold
Sinopsis
“Apa awak cakap? Sila ulang.”
“Just acting. Berlakon saja. Pretend that you’re my wife... and I’m your husband. Simple, right?”
Simple tengkorak kau. Ada yang kena baham dengan aku ni karang!
“Berlakon ya? Senang kata awak ya?”
“Yes.”
“Awak nak saya berlakon jadi macam yang awak cakap tadi tu ya?”
“Yes, dear.”
Dia panggil aku dear, kan? Err... ke dia maksudkan deer?
“Wayar bumi kat kepala awak tu terbakar ke? Kena panah petir semalam ek? Ke awak semalam mimpi bersilat dengan Rimau Bukit Putus.”
Jeffrey ketawa kecil. “Saya minta tolong ni, awak. Tolonglah.”
“Tak naklah, tak nak. T.A.K. N.A.K!!!”
“Tolong, tolong. T.O.L.O.N.G!!!”
Apabila Jeffrey Iskandar diperangkap oleh bekas teman wanitanya, Lilac, untuk membawa isteri ke majlis makan malam, Asma, si pembantu rumah hujung minggu yang bekerja di kondo milik Jeffrey dijadikan sasaran untuk berlakon sebagai isteri. Asma bukanlah wanita idaman Jeffrey. Langsung tak masuk senarai apalagi mahu shortlisted. Pendek kata, bukan idaman hatilah. Tapi, Jeffrey tahu Asma pilihan terbaik untuk tugasan ini!
Asma, si jururawat pergigian yang terjerumus dalam misi balas dendam bekas teman wanita majikannya itu tiada pilihan. Kerana kesiankan Jeffrey, dia bersetuju. Namun tidak diduga, lakonan mereka tidak terhenti di situ. Mereka terseret ke kancah masalah yang lebih besar.
“Awak ni nakal dan kelakarlah. Sebab tu saya suka awak.”
Aduhai, bukan idaman hati sudah menjadi idaman hatikah? Baik Jeffrey mahupun Asma tidak berdaya menolak. Mampukah mereka berdua yang bagai langit dan bumi itu bersatu? Terbalaskah dendam Laila terhadap lelaki idamannya apabila Jeffrey nekad dengan keputusan yang tidak disangka-sangka! Last edited by novelloverzz on 8-8-2012 08:50 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Prince Charming: Siapa Awak? Pengarang: Lily Haslina Nasir Penerbit: PTS Muka Surat: 355 Harga Jual: RM 16 (termasuk pos)
Sinopsis Bukan mudah mencari pasangan merangkap teman sejiwa! Kata orang putih soulmate. Kadang-kadang, hati ini seperti suka, tetapi pihak di sana pula serba tidak kena! Ada waktu, terasa bagai serasi, tetapi itu hanya rasa di hati.
Alia menyanjungi bapanya, Tuan Azizul. Tuan Azizul adalah lelaki yang punya pakej sempurna. Bagi Alia, bapanya adalah contoh prince charming. Hanya bapanya dan Rasulullah menjadi lelaki pujaan Alia.
Nenek sudah berleter, emak kerap mengeluh, dan saudara sekeliling mula bertanya, di mana jejaka serasi jiwanya. Kata mereka, Alia sudah ada jawatan hebat, sudah tamat belajar, dan perlu mencari prince charming.
Hidup menjadi kucar-kacir apabila pencarian prince charming bermula. Bagaimana ciri-ciri prince charming yang diidamkan? Alia pening! Rupa-rupanya payah mahu mencari prince charming.
Last edited by novelloverzz on 2-8-2012 04:14 PM \n\n |
|
|
|
|
|
|
|
Last edited by novelloverzz on 27-7-2012 08:00 AM \n\n Mr Cupcakes Pengarang: Ilya Alias Penerbit: PTS Muka Surat: 228 Harga Jual: RM 13 (termasuk pos) Status: Sold
Sinopsis
Nama saya Eddie.
Saya berumur dua puluh tiga tahun. Saya seorang yang kacak, bercita-cita tinggi, lulusan IPT dalam bidang kejuruteraan namun masih keliru dalam memilih kerjaya.
Saya mahu melakukan pekerjaan dil luar bidang pengajian memandangkan peluang mendapat pekerjaan mengikut kelulusan amat terhad kini. Namun, apa?
Hah! Minggu lalu saya terlihat kanak-kanak makan kek cawan dengan riangnya. Kek cawan itu nampak menarik dan sedap. Bagaimana sekiranya saya belajar membuat kek cawan dan beralih bidang kepada bidang pembuatan kek cawan pula? Menarik, bukan!
Ayuh, baca kisah saya sebagai Mr Cupcakes! Last edited by novelloverzz on 3-11-2012 09:06 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Last edited by novelloverzz on 29-7-2012 03:10 PM \n\n
Kelab Gadis Ayu Pengarang: Zaryl Amzari
Penerbit: PTS
Muka Surat: 310 Harga Jual: RM 17 (termasuk pos) Status: Sold
Sinopsis
Hai, nama saya Lili. Ini adalah kisah saya dan rakan-rakan. Saya mencari calon pasangan untuk ayah yang telah lama menduda. Namun... sukarnya, Tuhan sahaja yang tahu.
Calon pertama memang peramah dan ceria namun ayah pula pemalu. Calon kedua terlalu emosi dan Calon ketiga menipu kami!
Di kolej pula, saya ada dua orang rakan sebilik yang seperti langit dan bumi. Amy adalah si ratu drama yang mengaku bahawa dirinya adalah Jessica Alba versi Melayu. Amy meminati semua benda berwarna merah jambu. Namun saya juga tahu, Amy ada rahsia.
Suzana pula adalah seorang yang tegas dan tidak suka segala-gala yang Amy suka, termasuklah si Jessica Alba.
Kata Amy, "kami adalah ahli Kelab Gadis Ayu."
Komen Suzana, “jangan mengada-ngada.”
Balas Amy, “Kita memang mengada-ngada. Tetapi... kita LAWA!” Last edited by novelloverzz on 1-8-2012 09:41 AM \n\n |
|
|
|
|
|
|
|
Pengarang: Azimah Lily Penerbit: Karya Seni Muka Surat: 545 Harga Jual: RM 17 (termasuk pos) Status: Sold
Sinopsis
Semuanya gara-gara Datin Sharifah Mawar. Kerana ingin melarikan diri dari ibunya, Aina bersetuju dengan tawaran nenek Rina, Tengku Fauziah.
Orang Gaji!!! Itu pilihan kerja yang dia ada sementara menyembunyikan diri dari kehendak ibunya sendiri. Selain itu, Tengku Fauziah juga meletakkan syarat yang lain pula. Orang gaji hanyalah alasan sahaja. Tujuan sebenar Aina adalah untuk merawat cucu Tengku Fauziah, Tengku Haikal Iskandar.
“Saya tak sangka masa tuan kecil dulu, tuan suka pakai pakaian perempuan.” – Sharifah Aina Aishah
"Kau ingat aku pakai baju ni dengan rela hati ke? Ini semua salah Mamee Monster tu. Eh… macam mana kau dapat gambar ni, hah?” Tengku Haikal Iskandar
"Rahsia. Inilah urus niaga yang saya cakapkan tadi. Mulai esok tuan mesti mula bekerja di pejabat.” – Sharifah Aina Aishah
Kehilangan tunangnya, Sofea pada hari pernikahan mereka menyebabkan Tengku Haikal Iskandar kecewa dan putus harapan untuk hidup. Sikap Tengku Haikal Iskandar yang degil dan kurang ajar menyebabkan Aina hilang sabar. Walau apapun, Aina harus melaksanakan tugasnya. Sementara itu, kehadiran Aina tidak disenangi oleh ibu Tengku Haikal, Tengku Fazira. Baginya, Aina ada agenda.
Sehingga bila Aina dapat menyembunyikan identitinya yang sebenar? Dapatkah Aina meneruskan hari-harinya di rumah itu dengan tenang? Semakin hari, Tengku Haikal Iskandar mencurigai identiti Aina. Dapatkah Aina merahsiakan identitinya sebagai Sharifah Aina Aishah? Last edited by novelloverzz on 14-8-2012 11:28 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau org yg book novel Siapa Orang Gajiku tuh tak jadi..pm saya ek..saya berminat nak beli buku tuh..tq.. |
|
|
|
|
|
|
|
dora_sue posted on 3-8-2012 03:43 PM
kalau org yg book novel Siapa Orang Gajiku tuh tak jadi..pm saya ek..saya berminat nak beli buku tuh ...
bk idaman hati interested x? |
|
|
|
|
|
|
|
novelloverzz posted on 3-8-2012 04:13 PM
bk idaman hati interested x?
nakkkk..saya dah pm..tq
|
|
|
|
|
|
|
|
dora_sue posted on 5-8-2012 08:14 PM
nakkkk..saya dah pm..tq
sy dah reply PM..tq...
|
|
|
|
|
|
|
|
Pengarang: Adra Adlina Penerbit: Buku Prima Muka Surat: 436 Harga Jual: RM 17 (termasuk pos) Status: Available
Sinopsis Faaeq Rifqi begitu pembersih dan tidak mampu bertolak ansur dengan sebarang bentuk kotoran walau habuk sekalipun. Kerjaya sebagai pramugara menjadikan dia lebih teliti dalam apa jua keadaan. Namun dapatkah Faaeq Rifqi memastikan dia akan jatuh cinta dengan wanita yang bersikap serupa dengannya?
Taipei menjadi destinasi pertemuan antara anak muda ini dengan si editor cemerkap Sara Irdina. Sara Irdina akhirnya tertawan dengan kematangan Faaeq Rifqi meski jejaka itu muda empat tahun daripadanya.Ikatan pernikahan membuka sisi baru buat mereka. Faaeq si pembersih rupanya berpasangan dengan Sara yang langsung tidak pandai melakukan kerja-kerja rumah.
Lalu bagaimanakah pasangan ini berkomunikasi? Dapatkah Faaeq bertahan dengan sikap isterinya yang ternyata amat kontra itu?
Terbayang muka tiada perasaan Faaeq setiap kali bertembung dengannya. Entah benci entah suka pun dia tak tahu. Silap-silap jejaka itu tidak melepaskan peluang untuk menyumpahnya dalam hati.
Beristigfar panjang si pembersih ini dibuatnya. Belum pernah dia membiarkan baju kotor bertimbunan sehingga terpaksa dilonggokkan ke lantai. Cadar juga hampir tertanggal dari tilam, manakala selimut dibiarkan tidak berlipat. Apa sudah jadi? Sibuk sangatkah isterinya sehingga tiada masa untuk mengemas tumah? - Faaeq Rifqi
Rindunya pada Faaeq hanya ALLAH yang tahu. Kalaulah Faaeq tahu betapa dia cuba untuk mengentalkan hati. Kalaulah suaminya tahu yang dia begitu mudah untuk memaafkan? Tetapi dia juga punya harga diri. Dia juga seorang wanita biasa yang tidak mampu untuk melupakan segala yang telah berlaku dalam sekelip mata. - Sara Irdina Last edited by novelloverzz on 6-8-2012 04:39 PM \n\n |
|
|
|
|
|
|
|
Tender Assault
Author: Anne Mather Publisher: Harlequin Mills & Boon Page: 186 Price: RM 6 Status: Sold
Synopsis India had always loved Nathan Kittrick - as a brother. But it was eight years since she had seen him last, and his betrayal still ran deep. Now, the death of the father who had disowned him had brought Nathan back to their island paradise in the Bahamas - this time, as heir to their home. What was worse, however, was India's potent attraction to thim. Nathan was her stepbrother and he obviously had plans - for their island - and for her... Last edited by novelloverzz on 14-8-2012 11:22 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Meant-To-Be-Marriage Author: Rebecca Winters Publisher: Harlequin Mills & Boon Page: 186 Price: RM 7 Status: Sold
Synopsis When darkly sexy Jarod Kendall met beautiful Sdyney Taylor he faced the hardest decision of his life. Their friendship was innocent, but Jarod's love grew secretly and deeply - for as a priest any relationship was forbidden to him.
But after a year of forbidden, hidden feelings from Jarod, Sydney left town believing her love wasn't returned. Alone, Jarod found his life thrown into turmoil. He realised that he had to leave the priesthood because his heart was with Sydney, but would he find her again?
Last edited by novelloverzz on 14-8-2012 11:23 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
So Dear To My Heart Author: Arlene James Publisher: Harlequin Mills & Boon Page: 186 Price: RM 7 Status: Sold
Synopsis Remembering Winston Champlain's offer, Danica Lynch shook her head. Something told her that as a neighbour Winston was going to be a problem. Well, she was certainly in no danger of becoming enamored of the man. She knew his kind far too well for that. But when she found herself being cradled against Winston's solid chest, with long strong arms wrapped around her, somehow she felt... safe.
'Time to get a grip,' she told herself aloud. 'You need to get your own life in order.' And no more being charmed by the likes of Winston Champlain, she added silently. Last edited by novelloverzz on 14-8-2012 11:23 AM
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Shop Online/Classified
|