|
Post Last Edit by nobito at 26-3-2012 18:25
Asal usul Melayu: Induknya di Alam Melayu
Jumaat, 20 Januari 2012, Dewan Merdeka PWTC
Anjuran: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia
Perasmi: YAB Timbalan Perdana Menteri
Sessi soal jawab.
Soalan THE MALAY PRESS:
Assalamu'alaikum wbt. Melihat kepada tajuk dan tayangan klip, pembentangan kertas kerja daripada permulaan sehinggalah ke sessi soal jawab ini, adakah maksud atau motif konvensyen ini untuk menyatakan bahawa Melayu itu berasal dari Afrika? Bagaimana Semang dan Jakun itu pula menjadi induk kepada Melayu hari ini? Apakah "stand" para pemakalah yang berada di hadapan ini?
Jawapan daripada Dr Zafarina Zainuddin (USM):
Kita berpegang kepada agama Islam, manusia berasal daripada Nabi Adam. Tidak! Melayu tidak berasal daripada Afrika, tetapi teori penghijrahan yang berlaku dan kajian DNA yang telah dijalankan menunjukkan bahawa induk kepada bangsa yang terdapat di Alam Melayu adalah daripada golongan yang disebut tadi (evolusi puluhan ribu tahun). Memanglah pada asalnya tiada nama Melayu itu kerana ia datangnya kemudian.
Kesimpulan TMP:
Begitulah seperti yang difahami.
Maka setelah diamati dan difikirkan motif konvensyen ini, maka ia telah mencapai matlamatnya untuk menangkis teori "express train" iaitu teori migrasi daripada Yunnan dan Taiwan kononnya Melayu Polenesia berpunca darinya.
TMP berandaian ada benarnya dakwaan teori baru ini; yang telah dikemaskinikan dengan kajian berlandaskan kaedah moden, kerana berdasarkan daripada pengalaman, perantauan serta pemerhatian yang telah dijalankan sepanjang ekspedisi Jejak Warisan Jawi 2 - Kembara 7 Negara, memang orang asli yang berada di serata benua Indo-China ini saling tidak tumpah kehidupannya seperti orang asli yang terdapat di Malaysia.
Dan daripada konvensyen yang telah dijalankan ini, maka rakyat Malaysia khususnya orang Melayu haruslah menerima teori yang mengatakan bahawa bangsa yang menjadi induk kepada Melayu hari ini adalah orang asli keturunan Semang dan Jakun (sebagai contoh) dan sudah tentunya mereka bukan pendatang seperti yang dakwaan sesetengah pihak yang menyangkal Melayu adalah tuan kepada Tanah Melayu ini.
Ketuanan Semang - Negrito
Mungkin ada sesetengah pihak memandang pelik kepada teori ini, tetapi hakikatnya Orang-orang Asli telah lama berada di sini (dikatakan semenjak 35,000 tahun dahulu) sebelum orang Melayu dikenali sebagai Melayu. Dan orang-orang asli inilah yang memenuhi pentas sunda dan telah berhijrah ke utara asia (orang selatan naik ke utara) dan bukanlah sebaliknya. Orang-orang asli inilah induk kepada bangsa Melayu yang kita banggakan hari ini.
This Time Everybody's Going Crazier.
Antara lain perkara yang telah disentuh oleh pembentang konvesyen ini (disebut sebagai pemakalah) adalah penerapan nilai-nilai Islam dalam mengambil sejarah kewujudan manusia di dunia ini yang berlandaskan Al Quran. Perkara ini telah disentuh oleh Prof. Madya Dr Wan Salleh Wan Ibrahim (UITM). Ianya dilihat sebagai satu perkembangan yang positif, menunjukkan keberanian cerdik pandai Melayu Malaysia untuk menolak teori palsu evolusi Darwin yang telah dianggap sebagai satu agama oleh para saintis barat.
Jakun blow gun hunting party 1906. - Parti menyumpit Jakun 1906
Itulah maksud satu anjakan paradigma yang cuba disampaikan oleh cerdik pandai Melayu dalam konvesyen ini.
Cuma yang menjadi kekesalan dalam konvesnyen ini adalah para pemakalah masih tidak berani berganjak paradigma untuk mengutarakan Manuskrip Undang-undang Kedah sebagai bukti kedatangan Islam ke Alam Melayu ini walaupun daripada bahan bercetak yang diedarkan itu terdapat satu petikan mengenai wang syiiling Abbasid bertarikh 234H yang dijumpai di Lembah Bujang, kawasan yang dianggap kuil oleh sarjana Barat (ms 57). Bukti wang itu sebenarnya mengkuatkan lagi hujah penggunaan UUK sebagai perlembagaan syariat Islam yang pertama yang digunapakai kepada orang-orang Melayu semenjak 222H.
Jika tidak kerana rahmatan filalamin Rasulullah s.a.w, tanpa agama Islam mungkin orang-orang Melayu Malaysia hari ini masih lagi makan beruk, ular dan biawak sebagai lauk, memelihara abau (kerbau pendek) di halaman rumah seperti kehidupan orang-orang Melayu Purba yang masih terdapat di serata Benua Indo-China (Benua Siam).
Kehidupan masyarakat Melayu Purba bangsa Melayu suku HMONG yang terdapat di sempadan Viet Nam - Laos. Berkain batik, menumbuk padi, berumah seperti kebanyakkan rumah orang asli di Malaysia - photo TMP Ekspedisi JWJ 2 2011
Kampung Muangsepon @ Ban Meuangsepon
Perhatikan wajah makcik Hmong berwajah Melayu Purba dan kanak-kanak di Laos, berkain batik dan bersemutar.
- photo TMP Ekspedisi JWJ 2 2011
"Sekumpulan Melayu Purba telah sampai dan menetap di Benua China (Wan Salleh Wan Ibrahim, 2011). Kumpulan orang-orang Melayu Purba ini dipanggil orang China Miao di Viet Nam, Meo dan Hmong di utara Thailand." - Orang Melayu dalam susur galur bangsa dunia, WSWI, 2012, ms63. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tegaskan sekali lagi perkataan Melayu tak wujud masa zama Kuno2 (Purba) dulu...so ada baiknya kita panggil mereka sebagai Bangsa X untuk elak kekeliruan![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tegaskan sekali lagi perkataan Melayu tak wujud masa zama Kuno2 (Purba) dulu...so ada baiknya ki ...
nobito Post at 26-3-2012 18:27 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif) '
Di Melayu oleh Srivijaya...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 20# sekngucing
Yang ini ana suka' ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Nice info'
Seronok juga berforum ni' ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://melayuonline.com/pict/p487819250dc65.jpg)
nih suku kaum apa plak nih? |
|
|
|
|
|
|
|
Bangsa To Pongko ni lagi lama dari bangsa yang wujud dalam La Galigo tu tau...takut korang konpius lak...bangsa To Pongko ni terpecah dua satu ke daratan rendah dan satu lagi daratan tinggi...yang daratan tinggi tu la yang dikatakan bangsa Langit sebab dia duduk kat kaki langit (dalam La Galigo disebut Botting Langi) tapi kalau direct translate dalam bahasa Bugis Moden Botting langi tu maksudnya Perkahwinan Langit...so maksud sebenarnya tak tahu...so kita boleh katakan di langit/ di kaki langit/ kayangan
La Galigo sebenarnya adalah penceritaan perkahwinan 2 bangsa yang terpisah yang asalnya dari satu bangsa iaitu bangsa To Pongko |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa kita kena balik kepada Topik kita..asal usul nama Melayu ni ada yang kata digunakan masa zaman Srivijaya...
Tapi masa bila? Sebab tak jumpa pon dalam mana2 batu bersurat yang tulis perkataan Melayu...so nak kata bangsa kuno n purba tu sebagai Melayu memang tak boleh la
Bila masa yang digunakan perkataan Melayu? Ni kita bincangkan nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by BotakChinPeng at 27-3-2012 22:43
Sapa suku berbahasa sanskrit tu? n siapa yg bawa ke sini?
nobito Post at 26-3-2012 16:46 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif) Identiti mereka suatu misteri hingga ke hari ini. Tapi kesan dari segi genetik & bahasa masih amat jelas. Kedatangan suku berbahasa Sanskrit juga berlaku di beberapa bahagian nusantara lain Antaranya selatan Filipina, jawa, Sulawesi serta sumatera (selain riau). Cuma nisbah campuran ‘aryan’-austronesia serta identiti kedua-dua bangsa sahaja yang berbeza mengikut pulau atau negara. Memandangkan mereka tiada masalah untuk ke sebarang pulau di nusantara , dapatlah disimpulkan bahawa
pengangkutan laut telah digunakan..Besar kemungkinannya menerusi khidmat perkapalan kaum pelaut paling handal di duina ketika itu iaitu Austronesia. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa kita kena balik kepada Topik kita..asal usul nama Melayu ni ada yang kata digunakan masa zaman Srivijaya...
Tapi masa bila? Sebab tak jumpa pon dalam mana2 batu bersurat yang tulis perkataan Melayu...so nak kata bangsa kuno n purba tu sebagai Melayu memang tak boleh la
nobito Post at 27-3-2012 21:43 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif) Negara Malayu mula disebut dalam dokumen kerajaan china pada pertengahan abad ke tiujuh apabila mereka menhantar perutusan ke china.
Seorang rahib buddha dari cina bernama Yiching juga menyebut negara malayu pada tahun 670-an. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by BotakChinPeng at 28-3-2012 00:19
Aku belum lagi bagi definisi.Cuma mengklasifikasikan apa yang ko senaraikan. Sama ada melayu sebenar atau hanya dari rumpun melayu.
. ...Owh..kalau yg ni ikut definisi Malaysia kan...kira betul la sebab ko dok kat Semenanjung...x salah pon...![](http://images/smilies/default/loveliness.gif)
Bezanya kat sini adat budaya n bahasa dan kepercayaan...kepercayaan Bugis Kuno, Jawa Kuno, Bali Kuno, dan Aceh adalah berbeza..sebab tu aku katakan mereka bukan 'Rumpun Sebangsa Melayu'...
Nak tahu apa tu Rumpun Sebangsa Melayu kena la tengok budaya mereka terutama sebelum masuk Islam...budaya suku Sakai, Talang Mamak dan Bukit adalah lebih hampir dengan Melayu berbanding Negrito...Jakun pulak banyak berkait rapat dengan Orang Laut seperti yang dikatakan oleh A.R Wallace..so boleh dikatakan juga sbg Bangsa X (induk Melayu).
nobito Post at 26-3-2012 16:56 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif) Jakun & orang laut dua-dua orang asli. Memang tak ada kaitan dengan melayu. Tapi macam mana pulak budaya Sakai, Talang mamak & Bukit ko fikir sama dengan budaya melayu ? Boleh huraikan lebih lanjut ? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku belum lagi bagi definisi.Cuma mengklasifikasikan apa yang ko senaraikan. Sama ada melayu sebenar ...
BotakChinPeng Post at 28-3-2012 00:18 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
Nanti kita bincangkan...rasa dari segi pakaian dan kesenian ada kesamaan |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by nobito at 28-3-2012 23:50
Bukti DNA
Ni hasil dari ujian DNA:-
Indian components in Malay subgroups
While the modern Malays trace their lineage to island Southeast Asia and mainland Southeast Asia, the Semang and Senoi’s DNA show that they are predominantly from peninsular Malaysia.
“They are a completely indigenous group,” he said.
He said that the fact that migration occurred following great floods also indicate that it was not on foot and that the Proto-Malays were the world’s first sailors.
Interestingly, he presented that there is significant evidence of Indian lineage in many Malay subgroups tested.
The genes of the Malays in Kuala Lumpur and Singapore tested showed 14 percent Indian component.
“This is very preliminary, and we need to do more sequencing to determine if this is really Indian but it seems to be from Northern India from the Bay of Bengal,” he said.
“The Rawa from Gopeng, Perak have more than 25 percent Indian component while the Banja, also from Perak, don’t have Indian admixture,” he said.
A Kedahan Acehnese were found to have 13 percent Indian components in their genes, the Minangkabau 8 percent, while the largest evidence of Indian components found was in the Lembah Bujang Malays.
Kelantanese, he said, were more “complicated” but their genes were mostly of South-East Asian components. |
|
|
|
|
|
|
|
Antaranya selatan Filipina, jawa, Sulawesi serta sumatera (selain riau). Cuma nisbah campuran ‘aryan’-austronesia serta identiti kedua-dua bangsa sahaja yang berbeza mengikut pulau atau negara.
Kenapa bangga sangat dengan bangsa Aryan![](static/image/smiley/default/3laugh.gif)
Malayalam pon ada genetic Indo-Aryan, Dravidian dll |
|
|
|
|
|
|
|
Orang Segenting Kra asalnya kulit hitam manis, kalau kulit cerah tu dah campur dengan puak bukit ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 56# genot
Thanks genot untuk pencerahan tersebut.![](static/image/smiley/onion/decide.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|