Reply 39# prettyuglybabe
Kesimpulan 1.
Mendirikan solat dengan beralaskan sesuatu seperti sejadah adalah suatu perbuatan sunnah yang baik untuk diikuti tetapi ianya tidaklah wajib. 2.
Solat ditempat yang kotor dan bernajis adalah terlarang akan tetapi sebahagian para ahli fiqh membolehkan solat di tempat sebegini jikalau dapat dialas dengan sesuatu yang tebal dan tidak telus. 3.
Jikalau benar-benar tiada ruang lain untuk bersolat melainkan di tempat yang kotor atau bernajis dan tiada punyai alas untuk digunakan, seseorang itu tetap wajib mendirikan solatnya. Solat tersebut dikira sah dan tidak perlu diulangi kecuali menurut pendapat Mazhab Shafie, ia wajib diulangi. |