CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lisz_aziz

INI KISAH KU (Realiti kehidupanku).. new update PART FINAL bahagian 1 dan 2

[Copy link]
 Author| Post time 19-7-2012 10:48 PM | Show all posts
PART 19-A


recap last post.... hati aku mula jauh pada aidil. bukan aku terus membenci dia tapi dia bakal milik orang lain.. aku perlu respect hubungan dia..tak elok dan tak manis bagi aku simpan perasaan sayang pada dia lagi. cukuplah aku anggap dia insan yang pernah bertakhta di hati aku.. bagi aku mungkin dia dan amira selesa bersama, dia pun terus mendiamkan diri dari aku dan keluarga aku tanpa khabar berita.. dalam masa yang sama masa, aku mula berjanji pada diri aku, aku perlu keluar dari terus mencintai aidil. aku sedaya upaya kuat cuba menolak aidil dari ruang hati aku. sebagai ganti, aku pilih hakim untuk menggantikan aidil dalam hati aku.. aku serius!!, aku percaya hakim adalah yang terbaik buat aku masa tu.. until one day aku dapat tahu dari mulut atikah dan aidil sendiri.. perkahwinan yang dirancang nenek aidil tak kesampaian!!..

aku terkejut bila dengar dari aidil yang dia batalkan segalanya.. aku Tanya pada dia malam kami berjumpa tu kenapa dia batalkan semuanya??.. dia cakap dia dah usaha untuk bina perasaan sayang dan kasih buat amira tapi hati dia tak boleh paksa lagi.. tapi bukan sebab amira tu buat hal ker apa, just dia tak boleh terima amira sebagai isteri dia.. aku cakap dia patut beri peluang pada amira.. kalau tak macam mana nak tau dorang boleh serasi hidup bersama.. dia cakap kahwin bukan perkara kecil yang boleh di buat main-main.. dia tak mau amira sedih nanti sebab dia hanya kahwin sebab paksa oleh nenek dia... aku diam je dengar penjelasan aidil malam tu.. tapi aku tak tau nak cakap macam mana, semua jadi masa tu rasa macam terlalu cepat... dan aku dapat rasakan aidil explain pada aku petang tu, dia masih mangharap aku dan dia bersama...

bila aku ingat balik hal petang yang aku dengar atikah call aku, dia bagitau aidil mengamuk sakan dekat rumah , cakap tak sanggup kahwin dengan amira.. bantah keras-keras pada nenek aidil waktu nenek aidil datang rumah dorang nak setel hal kahwin dorang masa tu.. lepas kejadian tu, nenek aidil kecil hati dengan sikap aidil dan semua yang dorang rancang terus tak jadi.. aku kesian pulak pada amira.. dia macam mangsa keadaan jer.. yer la aidil kalau tak boleh nak terima amira patut nya bantah keras-keras dari awal..tapi ini dah hampir 2-3 bulan kawan dan rapat tetiba buat keputusan macam tu..aidil cakap dia dah cuba bukan dia tak cuba nak develope hubungan dengan amira!!.. tapi dia gagal.. hati dia masih pada aku.. aku terharu masa tu..

berbalik pada cerita amira.. aku Tanya aidil macam mana amira?? amira redha dengan keputusan aidil, tapi dari cerita aidil amira tak adalah kecewa sangat sebab dalam masa dorang kenal pun dorang tak rapat mana pun.. masing-masing busy.. amira pun selalu outstation dekat kawasan selatan yang aidil pulak selalu outstation di penang.. memang jarang sangat jumpa.. kalau call pun, aidil hanya call amira bila ada hal nak di bincangkan pasal hal perkahwinan.. tapi dalam hati aku, aku faham amira mesti kecewa punya,, hati perempuan mana yang gembira bila hal macam tu berlaku.?? sure akan sedih dan kecewa.. perasaan untuk menjadi isteri hilang macam tu jer.. tipulah kalau amira tidak kecewa..but aidil cakap dorang dah setel hal ni elok-elok.. so, better aku malas nak komen apa2..aku pun malas nak masuk campur..


one more thing dia bgtau dia dah nak berhenti kerja di company yang dia kerja tu masa tu. aku cakap kenapa?? dia kata dia dah dapat kerja di sebuah syarikat di cheras. peluang lebih better, gaji lebih baik..aku cakap kalau itu yang terbaik buat dia..aku sokong!! tapi bila dia kata dia tukar kerja masa tu nak dekat dengan aku juga.. aku betul-betul terkejut.. kalau hal yang lain dia tukar kerja aku tak kisah tapi kalau sebab aku, aku rasa dah melampau la pulak.. yerla.. bukan aku tak appreciate apa dia buat cuma rasa macam benda tu tak perlu!! tapi aidil dah buat keputusan masa tu aku nak cakap apa lagi...aidil cakap dia tukar kerja lepas atikah bagitau yang aku masih ada perasaan pada dia, dia rasa dia perlu dekat dengan aku!!.. nak jaga aku, taknak hilang aku lagi.. memang aku ada bgtau dan luahkan pada atikah masa aidil, atikah dan amira datang rumah aku dulu tu.. tapi itu benda lama yang terbuku di hati aku, atikah salah menilai perasaan aku.. adoi..pening kepala aku masa tu.. aku takut nak explain pada aidil.. takut nak bgtau yang aku sudah punyai keyakinan buat hakim masa tu.. aku sayang pada hakim lebih dari aku sayang pada dia!!! selepas semua yang dia dah buat. aku masa tu serba salah nak bgtau dia..


malam tu lepas habis bincang dengan aidil, balik rumah, aku jadi runsing fikir hal tu.. aku betul-betul tersepit.. benci keadaan macam tu!! selalu sangat diri aku tersepit.. tapi hal masa tu memang buat aku takut!!.. aku takut dalam membuat keputusan!! aku takut keputusan yang aku buat salah akan kecewakan aku.. tak henti- henti malam tu berdoa waktu solat untuk minta kekuatan untuk berterus terang pada aidil dan hakim.. aku perlu bgtau hakim pasal hal tu. aku tak nak dia fikir negative pasal aku dan aidil berjumpa.. pagi tu lepas kelas, aku ajak hakim jumpa nak explain semua yang berlaku.. tapi dia busy dengan perbincangan kumpulan dia.. semester tu kami semua dah busy dengan design projek.. aku faham situasi dia.. tapi aku macam hilang punca.., aku perlu teman untuk kongsi masalah aku.. nak cakap dengan siti or housemate aku yang lain?? dorang tu semua memahami aku tapi takda yang mampu setel masalah aku.. dah kenal sangat semua nya..


pilihan aku cuma satu masa tu, ikwan!!, masa tu fikir dia sure akan okay kalau aku kongsi masalah dengan dia..aku terus mesej dia. dia balas dia pun okay.. during lunch aku keluar dengan ikwan.. tapi kami tak gerak sekali la.. jumpa kat kedai, aku pun start bercerita pada dia. dia cool je dengar. and lepas habis dengar ikwan pun suggest aku perlu berterus terang pada aidil dan hakim.. dorang perlu tahu. ikwan pesan aku perlu kuat untuk bgtau aidil.. keadaan sebenar.. itu memang aku plan nak buat tapi rasa takut dalam hati tu ada.. mungkin rasa simpati juga ada buat aidil.. ikwan cakap, dia harap aku tabah.. yer la hidup aku terlalu complicated!!. aku senyum je.. apa-apa pun terima kasih pada ikwan sebab faham aku, ikwan memang kawan yang baik.. harap satu hari dia dapat jumpa sumone yang sesuai dengan karakter dia.. baik, cool, penyabar..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-7-2012 10:48 PM | Show all posts
PART 19-B


the whole week tu aku busy sangat,, research projek, design project semua dalam masa yang sama.. sampai aku lupa hal tu, tapi walau macam mana pun aku perlu berterus terang dengan aidil dan hakim.. kalau aku hold lagi lama aku takut jadi lain pulak nanti.. so weekend tu, hakim ajak aku tengok movie.. aku on je..kami berdua pun dah lama tak keluar.. the whole day we spent it wisely.. memang betul pilihan aku, hakim sangat penyayang,, walau dia muda dari aku tapi dia lebih memahami aku.. dia pandai control hubungan. aku betul-betul percaya pada dia.. habis dating satu hari balik rumah.. badan letih sangat!!aku tak bgtau apa2 pun pada hakim, aku plan nak bgtau dia lepas aku bgtau aidil..malam tu, baru prepare nak tido, aidil call, aku jadi takut nak jawab call dia!!.. dia keep calling!! so aku angkat jugak.. malam tu dia happy gila sebab dah tukar kerja baru ke cheras.. dia story la aku sikit environment baru tempat kerja dia.. aku tumpang gembira tu je aku cakap pada dia.. dia cakap dah duduk dekat senang sikit dia nak tengok-tengok aku!!. fuh dada aku macam nak meletup berdegup masa tu.. aku masih lagi takut nak bgtau dia!! then dia minta maaf sebab busy sangat tak sempat datang jumpa aku..dan dia planning malam tu nak datang jumpa aku esok pagi nya.. nak bawa aku keluar and terus dinner dengan parent dia!!..aku setuju!! masa tu aku fikir, aku perlu jumpa dan berterus terang dengan dia!!


malam tu aku memang langsung tak boleh tidur.. risau apa akan jadi esok nya.. dalam hati aku fikir, aku dan hakim dah semakin serius, aku Nampak hala tuju hubungan aku nanti pada masa akan datang!! aku mula percaya pada dia.. tapi aidil dah kembali pada aku. dia banyak bekorban untuk aku!!! risau bila pandang mata aidil buat aku gugup nak berterus terang.. at last aku terlelap jugak malam tu.. esok nya, tengahari tu seperti yang di janji aidil datang jemput aku, buat pertama kali aku keluar dengan aidil aku tak bagitau hakim, bukan aku jahat, curang tapi aku perlu buat macam tu sebab hakim for sure takkan setuju aku keluar dengan aidil kalau aku bgtau dia since aku dan hakim dah declare. mesti dia tak nak aku senang2 keluar dengan aidil lagi..tapi aku tak punyai pilihan ,sebabb ila masa nya lagi,aku nak explain semua nya pada aidil?

hari yang kami keluar tu, aidil aku tengok hari tu.. gembira jer.. happy sangat!! tak lekang dia senyum dari mulut dia!! aku pulak yang cuak masa tu!!, masuk je aku dalam kereta, aidil bagi aku hadiah!!,, speechless beb!! dia cakap dia ikhlas bagi aku hadiah, selama dia dah kerja dia tak sempat bagi aku hadiah pun lagi.. aku cakap duit bulan-bulan dia masuk pun kira hadiah lah.. then buka hadiah tu tengok ada jam tangan!!warna putih!! mahal ker tak rahsia yer.. heheh!! well, dia cakap jam tu dia beli sepasang..aku tengok dia dah pakai pun.. well hari tu dia nak bawa aku turun kuala lumpur.. nak shopping!!, aku cakap tak payah lah, just having lunch pun dah ok.. dia senyum je..and cakap tak boleh!!.. hari tu dia happy sangat!! dia cakap semua susah payah dia dah lepas..!! aku diam je dengar..otak tak boleh digest lagi..jadi macam blur sangat masa tu!. aku betul2 cuak!! aidil cakap sebab aku desak tak nak shopping, dia terus nak bawa aku jumpa parent dia.. lama sikit katanya aku dapat lepak rumah keluarga dia..lagipun aidil kata, atikah teringin sangat dah nak jumpa aku!! aku dengar pasal tu terus gugup!!takkan aku nak bgtau hal tu masa di rumah keluarga dia...itu hal peribadi aku dan aidil... aku kena bgtau aidil,aku perlu berterus terang!!..............
tunggu yer sambungan !!!



apa aku sampai hati berterus terang???
hakim dan aidil akhirnya bertemu!!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2012 12:18 AM | Show all posts
truskan bercerita yer TT.. semakin menariks tertariks hehe.....
ape2 pon tabahkan hati...... harap dpt buat pilihan yg tepat utk masa dpn yg jauh lg perjalanan nyer.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2012 05:24 AM | Show all posts
Napa aku nak tt ngan aidil ekk....
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2012 02:44 PM | Show all posts
Reply 32# lisz_aziz


   Bgs nye ko TT amex dip balik..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2012 06:58 PM | Show all posts
sila jangan bawak perkara di bod lain ke mari


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-7-2012 03:23 AM | Show all posts
PART FINAL - bahagian 1

recap last post... berita mengejut aidil telah batalkan perkahwinan dia dan amira buat aku jadi tersepit antara aidil dan hakim.. aku telah berjanji pada diri aku untuk melepaskan cinta dan kasih aku buat aidil selama-lamanya waktu aidil dan amira dijodohkan keluarga dia.. namun semua berubah sekelip mata, aidil datang semula pada aku di saat aku dan hakim berjanji bersama. aku mula takut, aidil terlalu banyak bekorban hidupnya untuk aku. aku takut untuk berterus terang dengan aidil!!.. aku takut berhadapan dengan aidil!!. aku juga takut berterus terang pada hakim atas apa yang berlaku.. until one day aku berpeluang berteus terang pada aidil waktu kami keluar bersama atas pelawaan aidil sendiri..

petang tu, selepas habis lunch, aku nekad nak bagtau aidil perkara sebenar, rahsia hati aku yang sebenar!!. aku ingat lagi masa tu, aidil pujuk aku nak shopping, aku gigih tolak semua sebab aku rasa tak sedap hati kalau aku tak bgtau dia hal yang sebenar.. at last dia ok je layan kerenah aku.. since aku taknak shopping that day, dia cakap next time dia bawa aku shopping.. aku diam je.. no komen la senang cerita.. then dia terus ajak aku lepak rumah parent dia.. malam tu aidil memang dah janji nak bawa aku dinner sekali dengan keluarga dia.. aku masa tu masih lagi takut2 nak bgtau dia hal tu,, yer la dari masa kami lunch aku asyik fikir timing yag sesuai nak bgtau dia.. kalau korang kat tempat aku korang semua akan rasa kecut perut aku, serabut kepala fikir pasal halt u.. takkan aku nak bgtau dia masa kami tengah makan?? or masa kami masih dalam shooping complex?? so aku tunggu masa yang sesuai.. masa kami dua orang dalam kereta nak pergi ke rumah parent aidil aku memang nak bgtau dia pasal tu dah masa tu.. tapi aidil asyik keep talking je.. tak bagi peluang pada aku nak mencelah langsung.. kalau dapat peluang sekali dua pun aku pulak gagap, gugup, takut tengok muka aidil.. gementar nak berterus terang!!!.

tapi memang dalam kereta tu, aku langsung tak dapat tumpukan pada apa yang aidil bgtau aku.. dia asyik bercerita semua hal2 yang lepas antara kami berdua,, aku dengar2 juga dia ada plan for our own future.. itu lagi buat aku takut nak dengar.. dalam gubra fikir tu, tup! tup! dah sampai rumah keluarga dia.. satu benda pun aku tak sempat bgtau dia.. sepanjang perjalanan tu, aku hanya dengar dia cerita dan senyum pun cam buat2 je.. kepala otak fikir ke lain.. sampai rumah aidil masa tu awal lagi, belum masa dinner pun. sempat lah bersua mesra dengan keluarga dia.. aidil masih lagi Nampak ceria. aidil bagtau aku ada benda special kata dia malam tu.. aku turut tumpang happy tengok keluarga aidil..
masa dinner tu, aku memang nekad, lepas habis je dinner aku kena bagtau aidil jugak.. well during kami semua dinner, ayah aidil buat suprise to kami semua, dia nak bawa whole family and aku sekali holiday.. planning holiday masa aku dan aiman cuti semester.. aku dengar lagi nak luruh jantung.. yer la, lagi berat aku nak berterus terang pada aidil.. macam2 planning pulak yang ada waktu2 suntuk buat aku.. ibu aidil masa tu tegur aku, Nampak macam tak happy malam tu, aku cakap kepala pening sikit.. tu je alasan yang ada masa tu..

then, lepas je makan aku ajak aidil lepak luar rumah dia.. dia pun ok je.. masa kat luar tu, dia senyum je tengok aku,dia say thanks to me sebab dia rasa puas selepas apa yang dia usaha, dia dah banyak berubah untuk aku, dia gembira aku dan dia dah berbaik semula.. aku rasa sedih sangat nak bgtau dia tapi aku kena kuat and kena jugak berterus terang pada dia. then aku cakap pada aidil, ada benda penting aku nak bgtau dia,, dia senyum je.. adoi, serba salah weh.. aku cakap kat dia, apa yang aku nak bgtau dia masa tu jujur dan ikhlas dari hati aku.. aku harap dia faham!!.. dia diam dan angguk je masa tu.. tapi Nampak muka dia macam pelik je dengan statement aku.. tarik nafas dlam2 , hembus nafas perlahan aku bgtau dia yang aku tak boleh terima dia lagi as teman istimewa @couple .. masa tu, telan air liur aku tengok muka dia.. macam terkejut sangat.. sedih pun ada, yerla aku macam rosakkan hari happy dia.. tapi pilihan aku masa tu memang kena bgtau aidil jugak. aidil diam.. aku pun diam.. then aku cakap lagi. masa dia dah putuskan nak kahwin dengan amira, aku pun dah putuskan aku kena tolak dia dlam hidup aku lagi.. aku tak tau yang semua akan berubah.. then dia cakap, aku masih boleh bagi peluang masa tu pada dia.. gagap suara dia masa tu.. aku cakap tapi aku dah janji pada orang lain.. lagipun aku ikhlas nak bersama pilihan aku.. aidil terus bangun!!! masuk rumah!! then terus keluar rumah drive kereta..aku terkejut!! tak sempat nak buat apa2.

malam tu, aku keep calling him but dia tak pick up call langsung.. ibu aidil Tanya aku, aku cakap takda apa2. just salah faham sikit je. sejam jugak malam tu aku tunggu, aidil tetiba balik , tak masuk rumah pun, just hon kereta dekat luar rumah, aku sempat salam keluarga dia, then ikut aidil, masuk kereta aku cakap aku minta maaf!! aku cakap aku langsung tak jangka semua akan berlaku macam tu.!! aidil sikit pun tak cakap dengan aku!! aku diam je.. then lama2 aku pun nangis!! cakap kat dia, kenapa semua benda negative jadi dekat aku!! aku tak minta semua jadi dekat aku.. sedih masa tu, aku selalu jadi mangsa keadaan!!. aidil masih diam taknak cakap dengan aku. aku cakap sekalipun dia marah aku, tolong maafkan aku,!!. dia langsung tak toleh or nak cakap dengan aku, terguris hati aku, aku tau aku salah, tapi bukan aku yang plan semua nak jadi macam tu..sampai rumah aku, before nak turun dari kereta tu, aku cakap sekali lagi, sorry sengat pada dia!! sempat hulur tangan nak salam aidil, tapi aidil langsung tak pandang aku.. air mata masa tu memang mengalir la.. aidil berubah sekelip mata, petang tadi dia happy sekarang dia benci aku..

balik rumah malam tu, apa lagi kalau bukan menangis...aku rasa bersalah sangat pada aidil.. dia dah banyak berubah demi aku. aku Nampak semua tu!!, tapi hati aku bukan untuk dia lagi.. aku harap aidil akan faham satu hari nanti aku dan dia takkan dapat bersama..aku sedih bila fikir,keluarga dia pun terlalu baik, tapi aku terpaksa hampakan dorang dengan keputusan aku.. aku bukan kejam!! aku bukan jahat!! aku bukan tamak!! aku bukan playgirl!! aku tak punyai masa yang tepat untuk membuat pilhan, tapi bagi aku hidup ini memang tak pernah nya adil dan aku perlu terima segala dugaan buat aku..!! tak semua yang kita mahu , kita akan dapat!! kita perlu bekorban sesuatu untuk memiliki sesuatu!!.. terlalu banyak aku fikir malam tu, at last tertidur..bersama air mata.. bukan penyesalan tetapi rasa bersalah menyakiti orang lain.. dari kecil my mom selalu ajar jangan sakiti orang lain even kalau dia pernah sakiti kita,, aku selalu pegang tapi aku gagal masa tu,!! aku dah sakiti aidil!!

esok nya pergi kampus, aku terus jumpa hakim, berterus terang pada dia,, aku tak mau dia dengar dari mulut orang lain.. hakim tenang je dengar cerita aku masa tu.. walau Nampak muka dia macam marah, aku harap sangat dia faham situasi aku!!.. aku ingat lagi masa tu aku luah segala yang berlaku dekat hujung koridor.. level 6.. aku tak sangka yang hakim akan melenting!!, dia cakap dia nak kejujuran dari aku, tapi aku tak jujur dengan dia.. belakang kan dia dalam buat keputusan..!! masa tu, aku diam je.. aku tau aku salah!!.aku jumpa aidil tak bgtau dia, tapi dia kena faham keadaan aku, aku takut pada masa tu.. hakim cakap, dia nak balik, rehat, nanti dah cool baru nak sambung bincang!!. aku betul2 sedih, semua berlaku serentak pada masa yang sama, both berpaling dari aku!!!.hakim perlukan masa!!, aidil terus mendiamkan diri.. seminggu berlalu, hakim masih marah pada aku, semua mseg aku dia tak reply.. dan kami pun masih busy dengan jadual study yang pack.. masa tu, kawan2 banyak bagi sokongan pada aku!!.. aku cuba kuat lalui semua.. aku harap aku tak salah dalam membuat pilihan.. aku tak salahkan hakim pasal perkara tu, aku yang terlalu ikut perasaan dalam membuat keputusan sampai aku lupa untuk mengambil kira pandapat dia.. tapi dia perlu tahu keputusan yang aku buat berpihak pada dia..

akhirnya malam tu, hakim msej aku, dia dah habis fikir pasal tu, dia dah maafkan aku, dia pun minta maaf sebab diamkan diri hampir seminggu, masa tu aku punya nangis lagi kuat lah.. aku sangat syukur sebab hakim faham situasi aku!!.. dia sangat memahami aku.. terima kasih hakim!!! happy malam tu tak panjang, esok masa aku dalam kelas, aidil msej cakap dia nak jumpa., aku cakap kat dia, takda apa yang nak di bincangkan lagi, aku takut nanti hakim akan hilang kepercayaan pada aku.. dia sendiri yang akan datnag jumpa aku.. aku takut sangat2 masa tu, aidil Nampak macam marah, tak puas hati.. then terus aku bgtau hakim, he said its ok!!, dia ada dengan aku..

tup! tup! masa nak balik petang dekat parking, aidil tunggu betul2 depan kereta aku!!, aku sempat bgtau hakim bila aku Nampak aidil masa tu.. sampai dekat kereta masa tu, aku cakap dekat dia kenapa dia ada sini? tak pergi kerja ke? dia cakap ambil cuti hari tu!!, aidil cakap dekat aku please bagi dia peluang.. dia tak boleh lupa aku!!, aku cakap please hormat keputusan aku!! aku tak pernah bantah mana2 keputusan dia yang lepas!!. satu pun aku tak pernah bantah!! dia dah cakap pada my mom keputusan aku tu, my mom pun tak setuju!! aku punya lah tak nak libatkan my mom lagi.. dia pulak macam keruhkan keadaan!!. then hakim sampai!! apalagi bertambah angin la aidil!! tapi hakim cuba control keadaan ,cakap please setel elok2, semua dah besar!!, ada yang mula perasan di parking tu keadaan kami!!.aidil cakap hakim takda kaitan dalam hal tu.. aidil terus blah!!. nasib tak jadi gaduh besar!!..benda yang aku taknak berlaku akhirnya berlaku, tapi apa2 pun aku dah ada keputusan muktamad.. hakim pilihan aku masa tu dan future!!.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2012 03:25 AM | Show all posts
PART FINAL - bahagian 2

belum sampai rumah, mak aku pulak call. salahkan aku!! aku cakap pada my mom please faham, aku ada reason kenapa aku buat keputusan macam tu. my mom cakap dia tak setuju!! hakim bukan pilihan yang tepat.. terdiam aku dengar!!. aku dengar je my mom bebel lagi pasal pengorbanan aidil selama aku berkawan dengan dia.. aku tau, dan aku tak pernah lupa semua tu.. tapi soal hati aku tak boleh langsung nak tolak ansur.. janji aku pada hakim aku masih ingat lagipun aku memang cinta dia.. my mom siap nangis lagi masa tu.. aku tak sampai hati bila tengok my mom nangis!!, aku cakap kalau my mom tak bagi ruang buat aku macam mana aku nak buat keputusan yang terbaik dalam hidup.. my mom terus letak call!!

lepas satu masalah, msalah lain pulak datang, my mom merajuk pulak dengan aku.. tak yakin pilihan aku itu yang terbaik buat aku!!. aku kesian pulak dengan hakim, my mom langsung tak beri ruang untuk dia.. lepas hal tu, aku ada bincang dengan hakim, dia pun sedih bila jadi macam tu, dia kata kalau my mom tak nak aku pilih dia, dia tak boleh nak buat apa2.. dia tak nak kerana dia, aku dan my mom gaduh!!, aku cakap, nanti my mom akan faham one day, dan boleh accept dia, dia diam je dengar.. sepanjang semester tu aidil tak pernah penat mencuba nak rapat semula dengan aku, macam2 dia buat tapi semua aku tak layan.. aku dah betul2 nekad, hakim dan aku pun dah nak habis belajar!!.. sekali lagi aku berpindah rumah taknak di ganggu aidil!!..namun hubungan aku dan my mom masih keruh,, my mom masih merajuk dengan aku..

awal 2011, aku dah masuk part 8 .. semester terakhir!!.walaupun aidil masih ganggu hidup aku, hakim masih kuat di hati aku.. aku ingat lag masa ibu aidil call aku, dia cakap dia faham keadaan aku dan keputusan aku tapi dia harap aku dapat bagi peluang pada aidil, my mom pun asyik cakap benda yang sama, tapi semua tak pernah nak bagi peluang pada hakim!! aku geram dengan semua di sekeliling aku!! takda seorang pun yang Nampak kejujuran hakim bersama aku susah dan senang!!.. kalau arwah ayah aku ada for sure dia faham keadaan aku, dia mesti bersetuju dengan pilihan aku!! aidil pernah msj aku, nak masuk minang aku, aku cakap jangan buat benda *****!!, aku takkan berpaling pada dia, aku setia pada cinta aku!!.. aidil tak masuk minang pun.. takut agaknya!!. semester terakhir memang menguji aku dari segi masa dan komitmen.. aku banyak habiskan masa di fakulti, leka dan lupa masalah peribadi!!.. akhirnya, pertengahan tahun 2011, aku dan semua kawan2 berjaya menghabiskan degree!! aku syukur sangat segala titik peluh, perit, suka duka, berhasil.. namun, selama itu jugak lah aku masih tak pulang ke rumah!!,, bukan aku busy, tapi aku risau mak aku akan terus salahkan aku!!.. mak aku memang merajuk sangat pasal keputusan aku memilih hakim dalam hidup aku di mana aku ketepikan pilihan family aku, aidil!!

selepas habis degree, hakim terus dapat kerja, di cheras!!, as engineer, gaji pun boleh tahan even untuk fresh grad.. aku pun dapat tawaran, but pilihan hati aku nak meneruskan pengajian, aku di terima masuk ke sebuah institusi, meneruskan pengajian ...
tanggungjawab aku besar!! focus aku makin dalam.. hakim dan aku semakin rapat, tiada lagi rahsia antara kami!!, dia pun semakin bertanggungjawab.. dia harapan keluarga.. setelah ayah dia meninggal jugak (lupa nak bgtau ayah hakim pun kembali ke rahmatullah waktu semester 7) tapi dia tabah lalui dugaan macam aku jugak.. aku bersandar pada hakim untuk masa depan aku.. hari bersejarah bila graduation day!!, selepas sekian lama, my mom hadir di majlis konvokesyen aku.. sedih pilu hati aku bila keluar dewan konvo DATC, tengok my mom bersama sejambak bunga!! air mata mangalir laju masa tu!!! berkat perit jerih aku 3 tahun di shah alam, di bayar dengan kejayaan.. tersentuh hati tengok my mom,, dah tak marah lagi pada aku..bukan itu sahaja, susah payah aku bergelar student berjuang mencari cinta sejati terlalu sukar, terlalu banyak airmata aku tumpah, terlalu bayak hati yang sakit, terlalu banyak persengketaan, suka duka itu yang buat aku bertambah sedih masa hari konvo aku.. my mom pun menangis masa tu.. tapi aidil pun turut hadir masa hari tu, aku sambut kehadiran dia. dia bukan musuh aku!! sejambak bunga dan hadiah special buat aku, terima kasih aidil!!.. akhirnya kau terima keputusan aku!!.. walau dia cakap dia nak tunggu aku!!. tunggu lah kalau rajin sampai aku tua.. huhu.. dan yang paling manis, my mom juga terima hakim seadanya.. tak salah bagi ruang buat hakim.. terima kasih mak!!

selepas semua berlalu, kini 2012, aku masih utuh bersama hakim!! dia semakin busy dengan kerjaya engineer dia, dan aku busy dengan pengajian aku!!.. walau kami kadang kala berjauhan, segala kepercayaan kami sentiasa bersama... aidil dan aku jarang contact.. aku dengar dia masih single.. macam dia cakap nak tunggu aku!! terpulang lah aidil, itu keputusan dia!!.. tapi tiada lagi persengketaan antara aidil, hakim dan aku.. tak lupa juga buat ikwan, aku baru pergi konvokesyen dia.. dia grad semester selepas aku, dia extend satu semester.. dia masih macam dulu, cool selalu.. dan masih single.. doa buat dia agar dapat teman istimewa kelak!!.. dan aku akhirkya tergerak hati nak share my story dengan yang lain.. seorang wanita jugak punyai pilihan dalam hidup, kita tabah dalam hadapi segala ujian,, hati kita terlalu besar nak absorb segala perit dan duka.. terlalu banyak lagi ruang untuk kita gembira.. kesabaran adalah kunci dalam hidup saya!! saya banyak berserah dan percaya akan pertolongan allah ketika susah!!. sabar kita akan di bayar kelak!!..banyak yang saya belajar sepanjang 7 tahun lalu.. keprcayaan adalah kunci pada hubungan!!, tolak ansur perlu sangat!!.. di saat genting, jadilah pasangan yang memahami pasangan kita.. bila kita tiba pada saat yang amat sukar untuk membuat pilihan dalam hidup,, tanyalah pada yang behak!! Allah sentiasa menunggu kita tunduk sujud pada nya memohon doa..

kini saya yakin pada pilihan saya.. insyallah saya mohon dari Allah, akan bahagia hingga akhir hayat..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-7-2012 03:27 AM | Show all posts
Last edited by lisz_aziz on 25-7-2012 03:16 PM \n\njanji saya pada semua habis cerita i will upload my picture.




Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 07:22 AM | Show all posts
cantik.....patutlah ramai feminat....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 08:45 AM | Show all posts
ni citer apa ni... panjang sgt utk wa baca...

bleh bagi sinopsis tak weyy....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 08:46 AM | Show all posts
lisz_aziz posted on 23-7-2012 03:27 AM
janji saya pada semua habis cerita i will upload my picture.

aiseyyymannn ni gamba lu ker...

siyes sejak wa join porem... lu la forumers yg paling cunggg pernah wa tgk....


hahahahahah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 08:46 AM | Show all posts
apapun x leh lawan cunggg nya lagi NEELOPAAAAA....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 09:30 AM | Show all posts
cantekknyeee
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 09:32 AM | Show all posts
lisz_aziz posted on 23-7-2012 03:27 AM
janji saya pada semua habis cerita i will upload my picture.

dlm gambo ni umur berapa???


dh abih blajar umur brapa??



kalu drp matriks then amik dip 4 thn (yg mana aku pk ko nyer eult matriks rendah n x melayakkan ko amik degree kecuali ko repeat matriks n apply degree) ko masuk U umur 20/21, pastu dip +4thn = 24 thn...tp gambo ko ni cm rupanya umur 22/23 gitu...


aku bukan cakap ko awet muda okeh... mintak spotlight
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 09:52 AM | Show all posts
rupanya merata ko jaja kisah ko nih kaan...

ini link http://www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t127257.html

dan di sini : http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=13826227


ekau ni ada masalah sosial ke dik??? atau apa???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2012 09:53 AM | Show all posts
tigerads posted on 23-7-2012 09:32 AM
dlm gambo ni umur berapa???

lu minat dia kaaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 09:55 AM | Show all posts
cmf_raudah posted on 23-7-2012 09:53 AM
lu minat dia kaaa

koser aku nak minat bagai...
aku straight laah.... dan aku sudah berlaki.... harap maklum
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 09:59 AM | Show all posts
tigerads posted on 23-7-2012 09:55 AM
koser aku nak minat bagai...
aku straight laah.... dan aku sudah berlaki.... harap maklum :lo ...

choyyy..wa ingat lu laki..kaakakakakaka..gelak gulinggg
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 10:14 AM | Show all posts
tigerads posted on 23-7-2012 09:55 AM
koser aku nak minat bagai...
aku straight laah.... dan aku sudah berlaki.... harap maklum :lo ...

hahahaaha...aku ingt ko laki....minat kt TT....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.121111 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list