CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_WonBin

Untold History: Terowong Rahsia 100km di PALEKBANG, Kelantan

[Copy link]
 Author| Post time 30-11-2012 04:22 PM | Show all posts
k.neks, mai Kota Bharu laaa..... samo2 gi tengok.......


Kita terima aduan bahawa jet pejuang melintasi ruang udara Kota Bharu-Pasir Putih-Pasir Mas....... ada letupan sonic boom di Bachok malam tadi.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2012 04:37 PM | Show all posts
jet pejuang yg melintas tu dr negara kita ke dr negara jiran? jgn smpai bperang udah le
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2012 04:42 PM | Show all posts
alahaiiiii..............

setakat jet terbang tu hari2 bleh nampak kt mane2... lain laa AWAC ke berligar2 kt situ.. x pun burung but-but pusing2
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2012 04:54 PM | Show all posts
emas mane emas??
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2012 04:58 PM | Show all posts
STONER posted on 30-11-2012 04:34 PM
jet pejuang mana? malaysia ke asing

sayur ade lagi bang?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2012 06:52 PM | Show all posts
cmf_WonBin posted on 30-11-2012 04:22 PM
k.neks, mai Kota Bharu laaa..... samo2 gi tengok.......

tu dari gong kedak la.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2012 07:52 PM | Show all posts
aku ada sedikit musykil, macam mana nak buat projek tu jadi rahsia sedangkan ramai orang yang terlibat mengorek kat sana, ada askar,polis, jabatan bomba,arkeologi, ribuan orang terlibat tu dari pangkat pegawai, lain-lain pangkat sehingga ke kuli kutip sampah. risiko rahsia besar tu bocor lebih besar melainkan hanya 2-3 orang yang buat komplot merahsiakan. kalau zaman dulu kala boleh potong lidah dia tak boleh bercakap dah, dan juga tak boleh menulis, kerana hanya golongan bangsawan yang tahu menulis tapi sekarang dah lain keaadaannya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2012 01:15 AM | Show all posts
org melayu ni mmg suka bnd pelik2.

meriam 50 km la, terowong bawah tanah 100km la... piramid melayu la... patut la nabi melayu pun ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2012 03:05 AM | Show all posts
cmf_WonBin posted on 30-11-2012 04:22 PM
k.neks, mai Kota Bharu laaa..... samo2 gi tengok.......

hmmm..mungkin kut sbb tetiba je pdrm buat ex-roulie xsilap..war2 lam talibesen...
kenapa semua vat? yg kena gi?


Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2012 03:07 AM | Show all posts
unekspekted_XII posted on 30-11-2012 03:21 PM
bende ni kot???? dorang syok korek x sedar sampai kelantan..

abis la ikan patin muncung...nnti xde harga la...
xdpt la uneks rasa patin thn depan


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2012 09:49 AM | Show all posts
Kerajaan akan keluarkan press statement.
harap anda terima dengan hati terbuka walau apa pun beritanya.

Atas keselamatan negara, kita stop dahulu.

Tq
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2012 12:28 PM | Show all posts
cmf_WonBin posted on 1-12-2012 09:49 AM
Kerajaan akan keluarkan press statement.
harap anda terima dengan hati terbuka walau apa pun berit ...



last2.. bile dorang annoounce = storage ammunation Jepun mase invade Malaya dulu = orang2 mcm ko mesti spin bende lain kan??

Sebabnye senang jee ; klu 'terowong' sepanjang 100km.... starting at Palekbang... = tentu excavation nye scattered disepanjang terowong.. satu kt palekbang.. satu kt gua musang... satu kt gong keda etc... bukan concerntrate kt sane satu tempat je.. rite??

but anyway, aku lebih interested kt bullshit org mcm ko lepas ni if it proven not so 'ancient' structure.. .. mesti nak cakap itu 'konspirasi' kerajaan.. kan??
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2012 12:36 PM | Show all posts
Gempar terowong zaman perang di Kelantan
Wartawan Sinar Harian
1 Disember 2012

Binaan lama yang ditengelami tanah kini dibersihkan. TUMPAT – Kampung Palekbang di sini tiba-tiba menjadi tumpuan apabila tersebar cerita penemuan terowong peninggalan tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua di laman sosial, di blog dan cakap-cakap di kedai kopi sejak seminggu ini.

Kewujudannya terus menjadi teka-teki apabila khabar angin mengatakan terowong tersebut panjangnya 100 kilometer bersambung sehingga ke Takbai, Thailand dan mempunyai lapangan terbang bawah tanah hingga Lalang Luas, Machang.

Dikatakan juga di bawah tanah itu terdapat bekas kubu tentera Jepun, landasan kereta api dan juga ada hasil bumi, yang kini dalam kajian pembangunan ekosejarah selia Kerajaan Negeri Kelantan.

Beberapa hari lalu kelihatan anggota polis, tentera, bomba berada di lokasi tersebut.

Bagaimanapun kesahihan kewujudan terowong tersebut masih menjadi persoalan hingga kini.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi tersebut mendapati kawasan tersebut sedang giat dibersihkan dan kelihatan beberapa telaga ditemui, didakwa sebagai lubang untuk turun ke bawah tanah.

Turut juga kelihatan binaan lama yang sudah ditenggelami tanah dibersihkan serta beberapa kawasan yang sudah dikawal oleh pihak keselamatan.

Seorang penduduk tetap Kampung Palekbang, Zakaria Abdul Kadir, 74, berkata, cerita kewujudan terowong bawah tanah ini adalah cerita karut yang sengaja digembar-gemburkan.

“Memang tidak wujud terowong bawah tanah, itu semua cerita karut, tidak ada stor bom atau pun senjata api di sini,” katanya.

Menurutnya, telaga yang ditemui di kawasan tersebut adalah tempat simpanan air untuk kegunaan kereta api dan bukannya terowong untuk turun ke bawah tanah.

Zakaria berkata, lokasi tersebut asalnya pelabuhan dan stesen kereta api yang tersohor menjadi nadi penghubung rakyat Kelantan untuk ke Kota Bharu serta sebagai pusat perdagangan.

Menurutnya, Kampung Palekbang wujud sebelum kedatangan Inggeris di Kelantan.

Bagaimanapun kewujudan kampung itu disenaraikan dalam rekod setelah kerajaan Inggeris membina landasan kereta api pada pertengahan 1920.

“Palekbang adalah kampung yang termaju sekali dalam Kelantan pada masa itu apabila muncul sebagai pusat perdagangan dan pekan transit dari luar Kelantan ke Kota Bharu serta tempat-tempat lain.

“Dengan kemudahan pengangkutan yang maju dan kedudukan yang strategik, Kampung Palekbang berfungsi sebagai pusat pengumpulan, pengedaran sama ada dengan kereta api atau feri yang merentasi Sungai Kelantan,” katanya.

Zakaria berkata, pada masa itu, Kampung Paklebang mempunyai stor simpanan sejuk yang menyimpan stok minuman botol F&N dan Coca-cola, serta depo minyak Shell dan Esso untuk bekalan bagi seluruh negeri Kelantan.

“Di sini juga terdapat kilang air batu yang besar untuk membekalkan air batu bagi seluruh negeri Kelantan dan kesemua bangunan tersebut terletak di pinggir sungai Kelantan seiringan dengan stesen kereta api Palekbang,” katanya.

Bagaimanapun, kata Zakaria, stesen kereta api Palekbang terpinggir sekitar tahun 1970-an apabila Jambatan Sultan Yahya Petra dibina dan dibuka menjadikan jalan darat berkembang.

Sementara itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob ketika dihubungi memaklumkan lokasi yang didakwa mempunyai terowong bawah tanah itu masih dalam kajian pihak Kerajaan Negeri.

“Tidak ada apa yang luar biasa di kawasan berkenaan, ia masih dalam kajian dan pelbagai penemuan kemungkinan akan diketahui nanti.

“Mungkin di bawah tanah tersebut ada tempat simpanan peralatan perang milik tentera Jepun. Sebab itu, Kerajaan Negeri minta bantuan pihak tentera ke lokasi tersebut. Lagi pun di sini pada zaman Jepun adalah penempatan tentera, kemungkinan ada bahan api di bawah sana,” katanya.

Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Pekan meminta orang ramai tidak lagi menyebarkan khabar angin berkaitan penemuan terowong tersebut.

Sinar Harian


Sumber newspaper hari ni... hehehehehe

Korang agak.. ape agaknye gedebe2 ni nk spin lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2012 11:18 PM | Show all posts
tengah dok cari rahsia gunung ophir..tetiba keluor link ni

http://akhzaman.blogspot.com/201 ... -digeruni_6248.html

....apekah mmg gunung ophir itu di semenanjung?...
sbb red indian punya kisah lagenda ttg pahlawan mereka ke hujung dunia mencari gunung ini?..
red indian tu kt amerika..canne diorg tahu pasal ni?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 01:52 AM | Show all posts
aku dok folo pasal palekbang ni dah 5 hari dah ni...kalo tgk reply dlm blog MoM ni mcm sumthing yg unekspekted dijumpai ..cerita jepun tu  just coverline je... ade yg lebih hebak dari tu lagi, maybe tnggalan purbawara ...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 05:04 PM | Show all posts
otomen_taro posted on 30-11-2012 10:40 AM
apasal xblh drill??
setahu gua compeni city piling yg buat kerja2 bored pile kt untuk fly over sg ...

bukan takleh nak drill atau maksud saya bkn mesin drill tu tak bergerak atau tak berfungsi laa... tempat itu maksud saya tak boleh di piling tiang tu jd engineer buat plan semula sekali lagi utk keluarkan 2 batang tiang kaki jambatan tu keluar, alih dari situasi batu hampar tu, nak tahu dtglah tengok ,kaki jambatan ni dh hampir siap, cuma lambat tak bersabit dgn kes terowong ke apa2.. cuma tak blh nk letakkan di plan asal dua kaki berhampiran batu hampar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2012 05:11 PM | Show all posts
unekspekted_XII posted on 1-12-2012 12:28 PM
last2.. bile dorang annoounce = storage ammunation Jepun mase invade Malaya dulu = orang2  ...

fakta2 ni ct prnah hujah dalam bod ni dulu , mmg ada sejarah yg tersembunyi
Last edited by ctredzuan on 3-12-2012 05:50 PM

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 08:17 PM | Show all posts
wah..menarik..teruskan usaha...

dahulu sebelum era kegemilanga singapura,kelantan adalah satu negeri yang pesat dan membangun.ini fakta...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 11:13 AM | Show all posts
DumBell posted on 1-12-2012 11:18 PM
tengah dok cari rahsia gunung ophir..tetiba keluor link ni

http://akhzaman.blogspot.com/2011/10/r ...

rasanya dulu pernah terbaca yang mount ophir tu gunung ledang.
tapi tak ingat pulak baca kat mana.

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 11:36 AM | Show all posts
dah masuk seminggu. takkan senyappp je kot... 'konspirasi' lagi ker
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.068690 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list