CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Dila@rif

ALAMAK....!!! SINI ADA HANTU......

[Copy link]
 Author| Post time 16-4-2013 08:38 AM | Show all posts
makadek posted on 16-4-2013 01:56 AM
Comey..je tt nyer citer siap ade emoction yg sesuai

TQ coz sudi baca....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2013 09:24 AM | Show all posts
Dila@rif posted on 14-2-2013 05:41 PM
KISAH 2
      
       Kali ni aku ingin berkongsi cerita daripada sepupuku sendiri  Khairil(bukan  ...

memang cam gitu kan makhluk tu. bile kite marah atau tunjuk berani depa tak kacau dah...aku pon penah kena. aku penakut sebenarnya, tapi tak tahan tensen asyik kena kacau dorang kacau tingkap bilek aku, aku pon bukak tingkap dan tanye sapa yg takde keje sgt ni degn sore menjerit...terus senyap. tapi tok aku kate tu antu raye, tok aku selalu kene kacau, benda tu tau tok aku dok sorang kot. saje la tu nak mengusik....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2013 10:59 AM | Show all posts
bukanomi posted on 16-4-2013 09:24 AM
memang cam gitu kan makhluk tu. bile kite marah atau tunjuk berani depa tak kacau dah...aku pon pe ...

Benda 2 xde kawan la 2.coz 2 dia mengusik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2013 08:33 AM | Show all posts
       Selepas kejadian di rumah kak long, Ali(bukan nama sebenar) anak lelaki saya yang berumur 3tahun selalu mengadu nampak hantu.disebabkan hal 2,setiap malam sebelum tidur saya akan pasangkan surah Yaasin supaya anak tido tiada gangguan. Bulan Mac baru2 nie Lily dimasukkan ke hospital sebab demam panas. kakak saya ogy memberitahu yang selama ini yang mendamping LILY adalah seorang perempuan yang bawa baby.jd selama ini baby itu yg selalu bermain dengan Lily. Abg ipar saya Arie seorang pengamal perubtan tradisional telah membuang benda2 yang ada dengan Lily dan juga yg ada dirumah saya. Alhamdulillah Lily sihat seperti biasa.
      Seminggu selepas tu,sekali lagi Lily dimasukkan ke hospital akibat demam panas.kakak saya ogy dan family dia datang ke KL untuk melawat dan melihat keadaan  Lily. semasa kakak saya Ogy sampai di hospital, masa tu magrib. Suami saya Khairil dan abg ipar saya Arie pergi ke surau. saya pun bawa Lily ke tandas untuk mandi.saya mandikan Lily di singki tandas kerana kakinya berbalut. semasa saya sedang mandikan Lily,Anak sedara saya Qila menjenguk saya dan Lily.kemudian dia terus menutup kembali pintu tandas tanpa masuk ke dalam. selesai mandikan Lily, saya pun pergi ke katil wad semula. di situ saya bertanya kepada Qila ape yang dia nmpak masa saya berada di dalam tandas.tetapi Qila menafikan hal tersebut.setelah dipaksa barulah Qila bagitau yang semasa saya sedang mandikan Lily,dia ternampak seorang budak lelaki berumur dalam 5tahun sedang duduk mencangkung atas tandas duduk dengan kepala yang berdarah. mendengar akan hal tersebut, terus kecut perut saya dan mula merasa menyesal sebab memaksa Qila memberitahu akan hal yg sebenarnya.
    Sejam selepas itu suami dan abg ipar saya pun sampai ke wad tempat anak saya dimasukkan.kami pun menceritakan hal tersebut kepada Arie. Arie kemudian membacakan ayat2 suci Al-Quran dan membuang benda2 menakutkan tu. ternyata dekat Lily ada Pontianak yg duduk menumpang. Alhamdulillah keesokkan harinya,Lily boleh keluar dari Hospital. Bersambung...........

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2013 08:41 AM | Show all posts

RE:ALAMAK......SINI ADA HANTU!! ANAK AKU BERCAKAP DENGAN SIAPA??

       Selepas seminggu Lily keluar dari hospital, aku bawa anak2 ke perak kerana kakak sulungku ada membuat kenduri kesyukuran. aku hanya pergi bersama Along, Angah(anak2 kak longku)dan kakakku Eima.suamiku Khairil tidak dapat ikut kerana terpaksa bekerja. kami semua sampai ke rumah kak longku tepat pukul 2 pg. masa tu kak longku belum tido kerana menunggu kami sampai. sebelum tido aku,kak longku dan angah anak kak long duduk berbual di dalam bilik.tiba2 anak lelaki bongsu kak longku datang duduk bersama kami dengan membawa pinggan nasi. saya pun menegur" kenapa makan kat bilik nie, g la makan kat dapur" tetapi anak sedaraku tetap tidak mahu bergerak.kak longku memberitahu aku yang anak bongsunya Yus, ada keistimewaan macam Qila iaitu dapat melihat benda ghaib. Yus bagitahu yang dia ternampak 2 ekor lembaga ada dekat dapur.
     selepas berbual, aku pun masuk tido. keesokkan hari, kami semua sibuk menyediakan juadah untuk majlis kesyukuran yang akan diadakan pada sebelah tengahari. majlis tamat pada sebelah petang. malam tu aku membawa Lily ke beranda rumah banglo 2 tingkat untuk bermain buai.keluarga kak longku sedang menghantar sedara mara suaminya ke kereta di hadapan rumah.sedang aku menyanyi2 lagu buai laju2 bersama Lily, tiba2 Lily bercakap-cakap sambil memandang ke arah tanah lapang yang ada di sebelah rumah kak longku. masa aku tengah cuba menghayati apa yang dikatakan oleh Lily , tiba2 Lily mengangkat tangan sambil memanggil sesuatu untuk bermain buai bersama kami. Aku betul2 terkejut, aku terus bercakap dengan Lily" adik main jela buai dengan mama.jangan la nak ajak sape2 pulak main gan kita". selepas itu keluarga kak long pun datang ke tempat kami bermain buai. aku menceritakan hal yang baru terjadi kepada mereka. abg longku mengajak kami semua masuk ke dalam rumah memandangkan hari telah larut malam. persoalan yang ada dalam benak kami semua, Lily bercakap dan memanggil siapa  luar rumah tu.
      malam tu Lily demam Panas. aku telah minta, arie untuk melihat2 keadaan Lily dari jauh untuk mengelakkan ada benda yang datang untuk berdamping. Keesoakan harinya kami pun pulang ke KL. buat masa ini tiada lagi kejadian pelik yang berlaku. Alhamdulillah.......

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2013 10:19 PM | Show all posts
cerita menarik, aku suke tulisan TT yg besar2 tue, nampak jelas... dari tulisan kecik2, sakit mate...hehheeee
persoalannya....,
kenapa manusia nie takotttttttttttt sangat dengan mahkluk2 jinn setan nie..????,
sedangkan dlm kitab AL-Quran byk menerangkan dan menyatakan "bahawa takotkan kamu pada ALLAH SWT...
(bukan makluk2 yg lain...)"
jd tak perlu le kita takut pada jinn2 setan nie,
ape sangat le dorg kalau nk dibandingkan dgn kita(manusia yg dilantik khalifah di muka bumi nie)...
kalau ade terjumpe malaun2 nie nampak depan mata, ambik je batu baling je pada dorg....
baca "Audzubillahiminasyaitonirojim Bismillahirohmanirohim..... ALLAHuakbar..!!!"....
terbakor le dia dgn izin ALLAH Taala.....
ALLAHua'lam..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-4-2013 12:03 PM | Show all posts
mnSK posted on 20-4-2013 10:19 PM
cerita menarik, aku suke tulisan TT yg besar2 tue, nampak jelas... dari tulisan kecik2, sakit mate.. ...

time kasih coz sudi baca cerita saya.
Betul kita x perlu takut dengan benda 2 tp kalu tetiba je muncul gan muka yg mengerikan, tak terkejut kita dibuatnya. cume kita perlu tingkatkan amalan surah2 tok kuatkan semangat dan keimanan kita.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 04:19 PM | Show all posts
Dila@rif posted on 22-4-2013 12:03 PM
time kasih coz sudi baca cerita saya.
Betul kita x perlu takut dengan benda 2 tp kalu ...

mantop cerite tt, boleh sambung lagi hehehe

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2013 04:56 PM | Show all posts
Dila@rif posted on 22-4-2013 12:03 PM
time kasih coz sudi baca cerita saya.
Betul kita x perlu takut dengan benda 2 tp kalu ...

fitrah manusia ada rase takut
mintak blh handle dgn rasional la klu jd kt kita

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 08:49 PM | Show all posts
supernaturalee posted on 23-4-2013 04:56 PM
fitrah manusia ada rase takut
mintak blh handle dgn rasional la klu jd kt kita

betul...
tp, takut kita harus pada sapa...?????
ALLAH SWT ke jinn2 setan2...????
aku pun kalau jinn setan nie main cak2 aku pun boleh sakit jantung,(takut lg aku pada ALLAH SWT...!!) cumanye lagi dlm syariat islam kita dh diajar byk2kan beristifar bila jumpa2 benda2 mcm nie, pastu kalau tgk ade lg...ambik je batu baling kat dia...
kalau kita takut pada ALLAH SWT, mende2 nie takkan memudaratkan kita dgn izin ALLAH SWT..

sedikit kisah Imam Ahmad bin Hanbal( Imam Hanbali ) untuk renungan bersama...
(ye la kalau kita nk di bandingkan dgn Imam Hanbali, sapa la kita...cuma ambik iktibar dan pengajaran dlm kisah ini)

Bismillah.

Ketahuilah wahai saudara, jika anda takutkan pemerintah, pemerintah akan mati.  Jika anda takutkan kegelapan, kelak kan terbit sang mentari. Jika anda takutkan kemiskinan, dengan usaha akan hadir rezeki. Jika anda takutkan kehinaan, ketahuilah bahawa serata makhluk sama nilai disisi ilahi. Jika anda takutkan peperiksaan, fahamilah bahawa ia tidak lebih dari helaian helaian kertas sekadar menguji. Tetapi jika anda takutkan Allah, segala nikmat pasti mengunjungi. Jika anda takutkan Allah, anda pasti ditakuti.

Imam Ahmad bin Hanbal adalah seorang mujtahid dunia Islam. Imam kepada mazhab Hanbali ini berguru dengan Imam Syafie rahimahullah. Beliau memenuhi kehidupannya di Iraq dengan segala amalan amalan yang mendekatkan hati beliau dengan sang pencipta alam. Tiada ditanam secebis rasa takut kecuali pada ilahi.

Zaman beliau adalah zaman Iraq diperintah oleh seorang Amirul Mukminin dari Khilafah Abbasiyyah, Almutawakkil Ala Allah Jaa'far bin Mu'tasim. Seorang khalifah yang menggantikan saudaranya Al Mu'tasim yang wafat pada tahun 323 H. Khalifah al Mutawakkil mempunyai seorang jariah yang beliau sayangi. Ditaqdirkan suatu hari, jariah itu telah dirasuk jin. Telah bermacam ikhtiyar beliau usahakan namun masih gagal. Akhirnya, beliau telah dinasihatkan untuk meminta ubat dengan Imam Ahmad.

Khalifah al Mutawakkil telah menghantar wakil untuk bertemu dengan imam Ahmad. Cubaan pertama telah gagal kerana Imam Ahmad enggan untuk pergi ke Istana. Beliau berhujah jika pihak istana mahukan khidmat beliau, seharusnya pihak istana datang kerumah beliau. Percubaan kedua yang hadir bersama surat rasmi juga tidak diendahkan oleh Imam Ahmad. Khalifah al Mutawakkil menghantar utusan ketiga dan mengarahkan utusan itu tidak pulang kecuali dengan hasil.

Atas permintaan itu, Imam Ahmad mengambil seliparnya dan diberikan kepada utusan itu. Beliau menyuruh utusan itu memberikan seliparnya kepada Khalifah al Mutawakkil. Kemudian khalifah al Mutawakkil perlulah mengangkat selipar itu lebih tinggi dari kepalanya dan berkata "..... hei syaitan dan jin yang berada didalam tubuh budak ini, keluarlah engkau dari tubuh ini, jika tidak akan aku pukul engkau dengan selipar Ahmad bin Hanbal...". Segeralah pulang utusan dengan membawa selipar Imam Ahmad.

Terdesak dengan keadaan jariah nya itu, Khalifah al Mutawakkil pun mengikuti segala pesan Imam Ahmad bin Hanbal. Diangkatnya selipar itu melepasi kepalanya dan berkata "..... hei syaitan dan jin yang berada didalam tubuh budak ini, keluarlah engkau dari tubuh ini, jika tidak akan aku pukul engkau dengan selipar Ahmad bin Hanbal...". Seusai disebut kalimah itu, terbit dari belakang jariah itu beberapa lembaga hitam dan lari dengan segera. Sebelum pergi jin itu berkata, " .... wahai khalifah, nasibku baik kerna engkau menyuruh aku keluar dari tubuh nya sahaja, jika engkau menyuruh aku keluar dari Iraq, tidak akan kusentuh bumi Baghdad ini..."

Demikian barakah seorang kekasih tuhan. Biar didatangi seorang Khalifah, darjat tidak menggugah hati seorang insan yang mulia disisi ilahi. Perasaan takut yang dianugerahkan kepada beliau disalurkan hanya pada satu sasaran. Tuhan semesta alam jagat. Ternyata selipar seorang insan yang takutkan Allah, adalah lebih ditakuti oleh makhluk yang tiada merasa hidup bertuhan. Bahkan diangkat melebihi kepala seorang Khalifah.


Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 08:38 AM | Show all posts
mnSK posted on 23-4-2013 08:49 PM
betul...
tp, takut kita harus pada sapa...?????
ALLAH SWT ke jinn2 setan2...????

terima kasih atas info ni
lebih clear


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2013 09:44 AM | Show all posts
mute posted on 23-4-2013 04:19 PM
mantop cerite tt, boleh sambung lagi hehehe

Time Kasih coz sudi baca. buat masa skrang tiada benda baru yg terjadi lagi dekat saya dan family saya. untuk benda yang pernah terjadi, terlalu banyak sampai dah lupa ape yg terjadi sebab benda 2 benda yang taknak diingati lagi. kalu nanti saya dah ingat balik memori 2.saya akan ceritakan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2013 09:45 AM | Show all posts
supernaturalee posted on 23-4-2013 04:56 PM
fitrah manusia ada rase takut
mintak blh handle dgn rasional la klu jd kt kita

Tau xpe.tp saya harap jgn la benda2 ngeri 2 muncul depan saya. x sanggup....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2013 09:51 AM | Show all posts
mnSK posted on 23-4-2013 08:49 PM
betul...
tp, takut kita harus pada sapa...?????
ALLAH SWT ke jinn2 setan2...????

Time kasih coz sudi berkongsi ilmu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 08:33 AM | Show all posts
Dila@rif posted on 24-4-2013 09:44 AM
Time Kasih coz sudi baca. buat masa skrang tiada benda baru yg terjadi lagi dekat saya dan family  ...

okey tt, tq sudi kongsi cerite, kalo ade nanti hupdate la, kami sedie menanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2013 10:52 AM | Show all posts
mute posted on 25-4-2013 08:33 AM
okey tt, tq sudi kongsi cerite, kalo ade nanti hupdate la, kami sedie menanti

InshaAllah.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2013 01:53 PM | Show all posts
KISAH 9

salam semua,
Lama saya tak kongsikan cerita dengan kawan2.Arini saya nk ceritakan cerita2 pendek yang saya dengar dari guru saya dan sepupu saya Hakimi.aku dalam cerita ini adalah guru saya semasa belajar di universiti.

Aku Rozie,pelajar senior di U tempat aku belajar. kebisaan pada awal semesta baru ramai pelajar baru yang daftar masuk. nak dijadikan cerita ada seorang pelajar baru perempuan melayu baru masuk. nama dia  nana. pada waktu tu nama nana tersenarai untuk duduk sebilik dengan seorang budak cina. disebabkan nana nie tak suka sebilik dengan pelajar dari bangsa yang lain jadi dia pun datang jumpa penyelia untuk tukar bilik yang lain.

         Disebabkan semua bilik dah penuh jadi penyelia pun bagi la si nana nie bilik paling hujung yang memang xde orang pun duduk.katanya bilik tu agak keras cikit tp nana dh berkeras xnak duduk sebilik gan pelajar cina tu jadi penyelia terpaksa bagi dia tinggal di bilik tersebut.

               Pada malam tu dengan hati yang gembira sebab dapat duduk bilik sorang2,nana pun tido dengan lenanya akibat kepenatan mengemas barang2. Tiba2 dalam lenanya nana terjaga, masa nana baring mengadap siling bilik,nana baru perasan yang siling bilik 2 ada lubang sebesar kepala manusia. Nana anggap yang ianya hanya lubang dan tiada apa2 yang nak dirisaukan. Nana pun cuba untuk memejamkan mata untuk teruskan tdo. Apabila nana celikkan semula mata,nana terpandang ada muka orang di lubang siling 2.betul2 macam muka hantu pocong yang menjenguk kat lubang siling 2.

               Nana pun apa lagi terus lari ke bilik Rosie dan menceritakan hal itu. pada malam 2 kerana ketakutan, pelajar kat bilik tu pun tido la berhimpit-himpit.takut punya pasal. keesokkan hari nana pun pindah duduk bilik Rozie.walaupun terpaksa tido berhimpit2,nana rela dari terpaksa mengadap muka hantu di lubang siling tu. Tamat.......

Nantikan cerita seterusnya...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 02:46 PM | Show all posts
Dila@rif posted on 15-2-2013 02:14 PM
KISAH 4

      oklah saya sambung pengceritaan saya sekarang.........kejadian ini diceritakan oleh ...

suke sgt2 ngan crita u ni....sbb di selang-selikan dgn katon2 tomey tu...pastu font besau,cerita pon best2....soooo crita lg3!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2013 03:00 PM | Show all posts
HAnaNAjima posted on 22-11-2013 02:46 PM
suke sgt2 ngan crita u ni....sbb di selang-selikan dgn katon2 tomey tu...pastu font besau,cerita p ...

time kasih coz sudi baca
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2013 08:32 AM | Show all posts
xde crita baru ke??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.093372 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list