|
Abangcute posted on 24-3-2013 03:50 AM
Saya dah compile kamu punya page 1300 page AJARAN SESAT VERSI AYAH PIN dari seorang WALI yang berg ...
Nk tanya, si @raul tu sape?
|
|
|
|
|
|
|
|
orangbesi posted on 24-3-2013 02:35 PM
yg ntah ke mana dah
si sehlemahabang tuuuu
atau perasan gak
sabar naaa...
kontrol
|
|
|
|
|
|
|
|
sya_sugar_sugar posted on 24-3-2013 03:00 PM
sabar naaa...
kontrol
ada akal gunakanlah
BERFIKIR SEKETIKA LEBIH AFDHAL DARI IBADAH SETAHUN
jangan ikut bisikan atau suara....cam sorang tuuuu
DAN MENJADIKAN HAWA NAFSU SEBAGAI TUHAN
|
|
|
|
|
|
|
|
Berhujahnya abangcute dan orangbesi HANYA DISINI...sila update. Tq. |
|
|
|
|
|
|
|
tak syok dah
baik depan2 jeeeee
kat sini, berdolak dalih je memanjang
dan aku pun sibuk sikittttt |
|
|
|
|
|
|
|
Abangcute posted on 14-4-2013 12:10 AM
Sesungguhnya yang berlaku itulah perbuatan Allah dalam maksud izinNya. Jika Allah tidak mengizinka ...
Post on 14-4-2013 12:10 AM|View author' posts
Sesungguhnya yang berlaku itulah perbuatan Allah dalam maksud izinNya. Jika Allah tidak mengizinkan sesuatu TERJADI, maka tidak akan terjadi sesuatu itu TANPA IZINNYA kerana semuanya milikNYA atas perbuatanNya mengikut ketetapanNya.
napa lah hang masih bodoh mamat ooiiii
aku tanya pasai pa hang sebut PERBUATAN TUHAN
apasal hang tak sebut KETETAPANNYA jeeee
awat hang ingat TUHAN tu cam kawan hang je kaaa
respect lah sam kat TUHAN tuuu
kalau hang ambil hawa nafsu sebagai tuhan- tuuu lantak hang lahhhh
Sesungguhnya seorang yang berma'rifat itu merupakan mukmim yang kenal Tuhannya dengan menggunakan akal dan hati milikNya samaada menyembah Allah seperti mana Allah melihat akan diriNya atau sekadar mengetahui Allah senantiasa melihat dirinya SEPANJANG MASA. Menyamakan diri itu Tuhan menyalahi ketetapanNya. Sesungguhnya saya memahami akan hakikat yang kamu maksudkan kerana jalan yang saya pilih itu antara jalan yang sudah lama tidak pernah diri manusia itu mendengar akanNya berdasarkan kepada syariatNya.
PORAH...sebenarnya hang ni perasan jeeee
dah gila isim, org belah utara kata
sampai jadi dajjal pun kasitau kat org ramai
dajjal yg sebenarnya tak pun org tahu leeeeeeeeee
Dalil :
Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka (yang telah mereka lakukan), dan apa yang di belakang mereka (yang akan mereka lakukan); dan mereka tidak memohon syafaat melainkan bagi sesiapa yang diredhai Allah; dan mereka pula sentiasa cemas takut daripada ditimpa azabNya. (Al-Anbiyaa' 21:28)
dalil ni<
jadi hang tak takut n cemas pun
berlagak pulak tu kata diri pemegang title wali 1st dajjal
memang sah - gila isim ni
Dan sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim. (Al-Anbiyaa' 21:29)
pandai je MEMBACAKAN AYAT ALLAH
tapi yg hang kata KUN FAYAKUN tu, napa???? perasan tuhan kaaa????
Sesungguhnya di dalam hati itu terdapat rahsia di atas rahsia. Jika disingkap makna hati milikNya diumpamakan tiada suatu yang ada di dunia yang boleh disamakan dengan maksud ruang dan masa terhadap diri yang bersifat makhluk (hati orang mukmim). Mengetahui rahsia di atas rahsia hati kepadaNya, maka kiamatlah akan dunia ini terhadap individu yang berkepentingan pada hatinya di dunia jika tidak dilindungi akan rahsia di atas rahsia dengan akal yang datang dariNya. Jika wujud kisah pada akal dan hati, pasti akan ada kesudahannya pada perbuatanNya manusia yang bersifat makhluk ciptaanNya pada ketika hati sebenar dizahirkan olehNya.
KAHKAHKAH..... patutlah sesat rupanyeee
ada rahsia diantara rahsia
kalau Nabi pun berahsia...mampus le umatnya kesemuanya
ayat hang ni macam org mereng je laaaaaa
Ketahuilah, kepentingan itulah erti kesombongan yang disebabkan oleh kelalaian diri manusia terhadap ilmuNya terhadap diri sendiri. Perumpamaan kuku ciptaanNya pada diri sendiri, jika disimpan kuku sehingga memudaratkan diri tiadalah gunanya kerana penyakit itu datangnya dari kuku yang merupakan ciptaanNya. Persamaan kuku itulah ilmuNya. Samaada kuku yang diciptakan olehNya itu dalam keadaan baik ataupun buruk itu KETETAPAN ALLAH. Mana-mana kuku yang BURUK jika dipotong sekalipun tetap akan BURUK. Bermaksud, jika ilmuNya itu tidak diredhai Allah, maka jika dicari ilmuNya sekalipun tetap akan menjadi bertambah BURUK disebabkan oleh Qada' dan Qadar yang datang dariNya atas pilihan manusia itu sendiri. Manakala, mana-mana kuku yang BAIK jika dipotong sekalipun, akan sampai suatu masa akan tetap akan menjadi BURUK disebabkan oleh usia MELAINKAN jika Allah menghendaki menjadikan ianya TETAP BAIK pada hamba-hamba Allah yang ikhlas HANYA kepadaNya dan bukan kepada makhluk-makhlukNya WALAUPUN pada maksud SYURGA yang dinyatakan olehNYA. Bermaksud, jika ilmuNya itu diredhai Allah sekalipun, tetap juga akan terjadinya kelalaian melainkan mereka-mereka yang benar-benar bersifat kehambaan kepada Allah semata-mata dalam kehidupannya. Makin berkuku panjang makin sombonglah akan diri seseorang itu sedangkan berkuku panjang itu memudaratkan diri tatkala berada didunia. Kuku yang panjang akan mendatangkan penyakit kepada diri sendiri untuk memotongnya dan tiadalah hak kepada mana-mana manusia (termasuklah diri ini) untuk mengerat kuku kepunyaan orang lain melainkan mereka-mereka yang diamanahkan olehNya untuk melaksanakan akan tanggungjawabNya terhadap makhluk-makhlukNya supaya kembali beriman dan bertaqwa kepadaNya walaupun sekadar hubungan seorang ayah dan seorang anak milikNYA (mendidik dan menghukum - saling menasihati dalam erti kata ihsan kepadaNya).
Last edited by Abangcute on 14-4-2013 12:58 AM
cakap punya lah baik
tapi perangai mengalahkan beruk sarkis
kalau marah tu - abis semua maki keluar dr mulut hang
dgn gertak macam2
wooiii mamat, insaflah sikit mamat ooiiiiiiii
hang tu tak de ilmu punnn, gebang kedai kopi je tuuuuu
|
|
|
|
|
|
|
|
sya_sugar_sugar posted on 22-3-2013 08:38 PM
Inilah yang menjadi perdebatan, perbalahan, pertelingkahan atau yang menjadi percangahan antara ora ...
tertarik dengan post nih membuat aku mengulas tentang hakikat dan syariat...
Orang hakikat sebelum mencapai hakikat kena menjadi orang syariat dulu...orang syariat akan mula menjadi orang hakikat apabila terbukanya suatu "hijab"...bila "hijab" terbuka, banyaklah pengetahuan baru yg tidak diketahuinya ketika menjadi orang syariat...ketika ini orang hakikat memandang orang syariat sangat bodoh, dan kadang2 mereka menganggap orang syariat itu sesat!! orang hakikat merasa diri mereka lebih berilmu dan lebih betul jalannya berbanding orang syariat...orang hakikat mula memandang rendah terhadap orang syariat... maka timbullah rasa tinggi diri pada orang hakikat...kiranya ini berlaku,,,bermakna orang hakikat yang merasa tinggi diri itu bukanlah mencapai tahap hakikat yg sebenarnya!!! kerna hatinya masih tersisa kekotoran ketika "hijab" dibuka untuknya.. Dan yang pastinya, "hijab" yang terbuka itu bukanlah rahmat Maha Pencipta... ianya adalah dari SETAN untuk memperdaya manusia!!!
orang yang mencapai hakikat yg sebenarnya itu pastinya tidak akan bertelingkah dengan orang syariat...kerna dia tahu apa itu syariat..kerna dia juga sebelumnya pernah menjadi orang syariat(mengerti benar apa yag ada dalam fikiran dan rasa orang syariat!)...orang hakikat yang sebenarnya juga tidak pernah merasa yang dirinya berilmu tinggi berbanding orang syariat...sebaliknya merasa dirinya terlalu bodoh!! terlalu banyak perkara yang dia tidak tahu ketika memasuki tahap hakikat...sebab itulah datang kata2 " semakin banyak aku mengetahui, maka aku semakin bodoh!" terkeluar dari mulut orang2 hakikat...kerna mereka betul2 mengalami rasa bodoh yang teramat sangat pada dirinya ketika menyaksikan "lautan ilmu"... "lautan ilmu" itu umpama disekeliling kita,, gunung2 dan pokok itu adalah timbunan "buku2 ilmu" yang belum kita baca seluas mata memandang setinggi gunung2...dan ditangan kita ada satu "buku" yg sudah kita baca..tetapi itu belum habis kita baca!
orang hakikat jarang bercerita tentang apa yang diketahuinya kepada orang syariat atau orang awam...kerna dia tahu orang syariat pasti akan mengatakan di telah SESAT!!! tiadalah digalakan untuk menceritakan apa yang orang hakikat ketahui, kerna menceritakannya pasti menimbulkan fitnah...
sesungguhnya orang hakikat yang sebenarnya itu "bertuah" kerna dia sendiri tiada menyangka "hijab" yang menutupi hakikat dibuka untuknya...suatu rahmat dari Maha Pencipta...
|
|
|
|
|
|
|
|
Abangcute posted on 15-4-2013 11:09 PM
Memandangkan ada manusia-manusia yang bersangka-sangka terhadap diri saya yang merupakan ciptaanNya, apa kata saya perkenalkan diri saya kepada kamu semua siapa saya untuk kamu fikirkan dan fikirkan adakah anda semua berada di neraka jahanam ataupun tidak tatkala anda semua menyatakan sesuatu tanpa ilmu disisiNya. Jika :
1) Pada hujung tahun 2011 pada hari raya Aidilfitri yang ke 5 sehingga tempoh 40 hari, sudahkah anda semua MENDENGAR perkataan perintah mengerjakan solat taubat? Jika belum kamu semua BELUM BERIMAN dalam maksud yang sebenar-benarnya. Tahukah kamu semua suara siapakah itu? Itulah suara saya yang DIMAKBULKAN ALLAH kerana saya pun tidak memahami pada ketika ianya berlaku kerana KETAKUTAN YANG TERAMAT SANGAT pada sesuatu yang saya TIDAK TAHU disebabkan oleh kejahilan dan kesesatan.
2) Pada hujung tahun 2011 pada hari raya Aidilfitri yang ke 5 sehingga tempoh 40 hari, bertanyalah kamu semua kepada Dato' Mohd Najib dan Agong pada ketika itu perihal TERDENGARNYA suara saya DISAMPAIKAN dengan izinNya untuk melaksanakan hukum HUDUD. Pada tahun berkenaan Najib menyatakan di media massa perihal hudud dan malam sebelum itulah saya menyatakan perihal HUDUD untuk dilaksanakan. Jika bertanya kepada saya, saya pun TIDAK TAHU kenapa saya menyatakan perkara berkenaan. Tidakkah kamu berfikir mengapa Najib ke Mekah pada ketika itu?
3) Pada hujung tahun 2011 pada hari raya Aidilfitri yang ke 5 sehingga tempoh 40 hari, saya dinyatakan oleh suara yang datang dari arah LANGIT dengan perkataan seakan-akan ini "Diri kamu adalah dajjal" dan juga "Kamu wajib menjadi dajjal". Perlukah saya BERBOHONG semata-mata menyatakan apa yang saya FAHAMI pada maksud kejadian yang dimaksudkan?
4) Pada hujung tahun 2011 pada hari raya Aidilfitri yang ke 5 sehingga tempoh 40 hari, pada ketika itu saya melihat maksud kun fa yakun. Saya menyatakan dengan hati setiap sesuatu dengan hanya mengarahkan tangan ke udara maka TERBELAHLAH AWAN dengan izinNya dibawah bacaan surah Kursi. Saya pernah MEMBUKTIKAN kepada anak menakan saya dengan mengalih AWAN YANG MEMENUHI LANGIT tatkala awan berkenaan melindungi BULAN. Tidakkah diri kamu semua memerlukan SAKSI untuk membuktikan kenyataan atau diri kamu memerlukan BUKTI apa yang Allah beri sebagai satu HUJAH saya tidak berbohong perihal ini?
5) Pada hujung tahun 2011 pada hari raya Aidilfitri yang ke 5 sehingga tempoh 40 hari, saya melihat bagaimana rupa LANGIT TERBELAH disusuli DENTUMAN DAN GEGARAN YANG AMAT MENGGERUNKAN. Seakan-akan berbentuk zig zag berwarna putih dan bergerak ke arah barat.
6) Pada hujung tahun 2011 pada hari raya Aidilfitri yang ke 5 sehingga tempoh 40 hari, saya TERLIHAT rupa bintang syikra dan DINYATAKAN BINTANG SYIKRA PADA SAYA sedangkan saya tidak mengetahui perihalnya kerana saya TIDAK PERNAH MEMBACA AL-QURAN.
7) Pada hujung tahun 2011 pada hari raya Aidilfitri yang ke 5 sehingga tempoh 40 hari, tidakkah PELIK jika seorang manusia yang tidak tahu membaca Al-Quran tiba-tiba TAHU membaca Al-Quran sedangkan dinyatakan dirinya di dalam Al-Quran secara JELAS? Carilah di dalam Al-Quran jika kamu BERAKAL.
8) Pada hujung tahun 2011 pada hari raya Aidilfitri yang ke 5 sehingga tempoh 40 hari, HATI saya dibersihkan. Pada malam hari mata saya DIGELANGI AIR MATA sedangkan TIADA SATU perkataan yang saya mampu nyatakan kenapa terjadi. Dikhabarkan dari suara hati (bukan bisikan hati), diri saya BERJUMPA Rasullullah SAW dan DIAJARKAN BACAAN dan KEFAHAMAN Al-Quran dalam SATU MALAM dan hanya perlu MENGUSAHAKAN sedangkan saya TIDAK PERNAH melihat dan mendengar suara baginda malah belum pernah terfikir perihal BERJUMPA dengan Rasullullah. SUARA HATI menyatakan SESUATU yang saya BINGUNGKAN. Yang pasti, sejak itu saya MUDAH untuk membaca Al-Quran dan memahami maksud di dalam Al-Quran.
9) Pada hujung tahun 2011 pada hari raya Aidilfitri yang ke 5 sehingga tempoh 40 hari, BERBONDONG-BONDONG manusia yang beriman mencari-cari SAYA, malah ada juga yang DIHANTAR untuk mendekatkan diri sedangkan mereka tidak tahu SAYA MENGETAHUI PERIHAL MEREKA termasuk forum ini sendiri semuanya atas kehendakNya.
10) Pada hujung tahun 2011 pada hari raya Aidilfitri yang ke 5 sehingga tempoh 40 hari, saya melihat satu WAJAH yang cukup cantik, berbaju hijau seperti sutera, berbangsa seperti arab, berbadan tegap, berkulit putih dan halus. Suatu ketika dinyatakan dengan suara kepada saya perkataan ini "Yahudi dan Nasrani" akan mengelilingi kamu di masjid dan (mereka-mereka yang saya rahsiakan seramai 2 orang) dan duduk bersama saya iaitu dajjal dan nabi Isa sedangkan saya TIDAK MENGETAHUI perihal ini. Dikhabarkan anak saya adalah Imam Mahdi.
11) Pada hujung tahun 2011 pada hari raya Aidilfitri yang ke 5 sehingga tempoh 40 hari, dikhabarkan dari langit perihal "Al-Quran dan Sunnah" sedangkan saya hanya tahu perihal Al-Quran dan hadis.
12) Pada hujung tahun 2011 pada hari raya Aidilfitri yang ke 5 sehingga tempoh 40 hari, dinyatakan sesuatu yang dilihat dilangit 11 ekor burung yang bercahaya pada waktu pagi, melihat rupa malaikat-malaikat yang datang dari langit dan turun ke bumi di atas bumbung rumah seorang hamba Allah yang akan dicabut rohnya sehingga membuatkan diri saya TAKUT mengenangkan kejahilan melihat perkara-perkara yang TIDAK SAYA TAHU.
Banyak lagi yang saya LIHAT. jika saya pernah melihat bintang syikra, adakah kamu semua pernah melihat bintang BERKENAAN? Tahukah kamu semua, saya dimaksudkan oleh suara hati TATKALA HATI BEGITU KECEWA KERANA sesuatu dan dipertunjukkan bintang syikra dan dinyatakan sebagai "manusia yang berada disisiNya"? Diri saya dihilangkan DIHADAPAN RAKAN SEKERJA.
Sesungguhnya saya seorang dajjal dan amatlah BURUK perangai saya jika saya MENIPU keterangan saya. Jika dalam STATEMENT ini, saya menyatakan perkara yang TERKURANG atau TERLEBIH, itulah sifat diri saya yang LALAI.
Ada sesiapa yang MAHU MENYATAKAN DIRINYA HEBAT DARI SAYA?
Anda memang hebat. Mungkin ada sebahagian cerita anda ni betul, tapi sudah pasti anda dah berbohong pasal saya! Perlukah saya sertakan bukti pembohongan anda?
Dah mengaku dajjal? Setiap Nabi yang datang semua peringatkan manusia pasal dajjal, si penipu mata satu. Dah mengaku dajjal tu, mengaku penipu lah.... ishhhh!
Anak kamu Imam Mahdi? Ni satu lagi kekelentongan yang nyata. Dajjal yang melahirkan Imam Mahdi!
Saya ingat orangbesi melawak saja, rupa-rupanya betul, dah boleh masuk wad gila ni....
Last edited by mnm77 on 16-4-2013 12:34 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya pernah jumpa, di wad gila, seorang yang mengaku dirinya Nabi Isa. Banyak cerita pelik dan ajaib dia keluarkan, bahkan dengan berani dia begitu yakin dirinya Nabi Isa. Dia kata dia pernah disalib, dan dia kisahkan bagaimana dirinya disalib.....
Nak gelak tak sampai hati, rasa nak nangis pun ada juga, sebab confident giler dia kata diri dia tu Nabi Isa..... patutlah sampai wad gila.... makhluk apa ntah yang dok sampaikan berita 'ghaib' kat mamat tu....
|
|
|
|
|
|
|
|
Abangcute posted on 15-4-2013 11:09 PM
Memandangkan ada manusia-manusia yang bersangka-sangka terhadap diri saya yang merupakan ciptaanNya, ...
Utamakan membaca Al-Quran dan hadis berbanding Mastika dan Metro... |
|
|
|
|
|
|
|
Abangcute posted on 16-4-2013 12:31 PM
Kata ler apa pun kerana itu cumalah sangkaan kamu yang tidak berilmu. Ada perkara yang saya tipu akan tetapi JIKA benar apa yang saya nyatakan itu datang dari Allah atas maksud ISLAH sambil kamu menyatakan gila terhadap diri saya, maka akan datang suatu masa kamu akan menghadapi masaalah paling besar dalam sejarah hidup kamu BERSERTA dengan keturunan kamu sehingga dicampakkan ke neraka jahanam tanpa pengampunan kerana sangkaan yang tiada gunanya terhadap diri saya yang menyatakan kebenaran supaya JELAS dunia begitu hampir dengan kiamat. Dan saya tidak suruh kamu beriman kepada saya sebaliknya berimanlah kepada Allah dalam erti kata Iman dan Taqwa ketika berada di dunia kerana itulah caranya manusia masuk ke syurga tanpa dihisab.
Tahukah kamu siapa yang akan mengarahkan matahari terbit dari arah barat?
Memang pun saya tak beriman dengan kamu. Saya beriman kepada Allah.
Kamu ni dah mengaku dajjal, nak mengaku Tuhan pula? Ohh ya, ciri-ciri dajjal memang mengaku tuhan, boleh dakwa tahu siapa masuk syurga, siapa masuk neraka.
Saya tahu siapa yang akan mengarahkan matahari terbit dari arah barat, ALLAH YANG MAHA KUASA. Ini Iman saya kepada Allah, bukannya beriman kepada kamu!
Kamu yang mengaku dajjal ni hanya berdusta. Kalau kamu rasa kamu tak berdusta, yang sebenarnya kamu dah keliru dengan ilmu-ilmu kamu.
Hadith berkaitan dajjal:
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal.
Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.
“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.
“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.
“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”
“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.”
Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”
Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.
“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.
“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.
Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”
Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.
Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”
Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.”
Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”
Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.”
Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.
Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.
Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”
Last edited by mnm77 on 16-4-2013 12:52 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Abangcute posted on 16-4-2013 12:40 PM
Apa yang saya terangkan TIADA DALAM METRO atau MASTIKA. Cuma saya perlu tahu, adakah kamu dinyatak ... Apa yang saya terangkan TIADA DALAM METRO atau MASTIKA. Cuma saya perlu tahu, adakah kamu dinyatakan oleh SUARA sebagai "Orang yang berada disisiNya"? Jika belum ini nasihat saya, Allah itu Maha Pengampun. Pergilah mencari DIA kerana majoriti manusia tidak mengetahui perihal sebenar dunia ini BUKAN SEPERTI yang diketahui oleh diri manusia yang bersifat makhluk.
Hati itu amatlah berkuasa. Jika saya kehendaki, cukuplah dengan menggunakan hati untuk mengarahkan apa yang saya kehendaki. Tidakkah kenyataan kamu berbentuk meremehkan sesuatu yang diri kamu sebenarnya TIDAK PERNAH MELALUI apa-apa melainkan sekadar BISIKAN yang kamu sangkakan BAIK bagi diri kamu?
Boleh kamu bezakan maksud BISIKAN dan SUARA kerana bisikan itu datangnya dari Syaitan (jin dan manusia)? Suara nafsu mcm mana plk?
|
|
|
|
|
|
|
|
Abangcute posted on 16-4-2013 01:00 PM
Saya TERPAKSA MENGAKU DIRI SAYA DAJJAL kerana tiada daya kepada diri saya untuk melawan TAKDIR ALLAH terhadap diri saya yang dinyatakan secara TERANG supaya saya beriman kepada apa yang saya ketahui dan moga-moga digolongankan dikalangan mereka-mereka yang beriman dan bertaqwa pada SUARA yang datang dari arah LANGIT.
Kamu terpaksa mengaku sebagai dajjal? Itu taqdir Allah kepada kamu?
Jika kamu mengaku sebagai dajjal, kamu tak boleh mengaku sebagai orang yang beriman kepada Allah.
Janganlah kamu berkata-kata sesuatu yang kamu sendiri tidak tahu perihal Allah.
Apakah bukti suara dari langit tu suatu kebenaran, sekalipun bertentangan dengan Al-Quran dan Hadith?
Sesungguhnya suara dari LANGIT pernah menyatakan perihal kembali kepada Al-Quran dan Sunnah. Adakah guru saya itu SYAITAN?
Kalau dah suara yang kamu dengar tu menyebabkan kamu terpaksa mengaku sebagai dajjal, tentu sekali kamu ni penipu. Sebab nya dari Sunnah, kita dapat tahu dajjal itu penipu. Jika benar kamu dengar suara itu, yang suruh kembali kepada Al-Quran dan Sunnah, mana mungkin suara yang sama menyebabkan kamu sanggup mengaku sebagai dajjal!
Ini kekeliruan kamu yang nyata!
Banyak ke benda yang saya sesatkan?
Ohh... ada, antaranya kamu mengaku sebagi dajjal, dan mengaku sudah tahu siapa Imam Mahdi, dan mengaku pula Imam Mahdi itu anak kamu! Sepatutnya kamu bawakan Al-Quran dan Sunnah, KEMBALI kepada Al-Quran dan Sunnah! Bukannya berpegang kepada suara yang MENGELIRUKAN kamu!
Anas ibn Malik berkata, "Nabi s.a.w. bersabda: "Zaman Dajjal adalah zaman kekeliruan. Manusia akan percaya pendusta dan tidak percaya orang yang berkata benar. Manusia tidak percaya orang yang amanah dan mempercayai orang yang khianat. Dan Ruwaibidhah akan diberi perhatian." Sahabat bertanya "Siapakah Ruwaibidhah itu?" Sabda Baginda, "Orang-orang yang menentang Allah yang diberi penghargaan untuk berucap kepada masyarakat.";- [Musnad Ahmad, 3/220]
Hadith di atas benar. Mungkin kamu tidak sedar yang kamu ni KELIRU. Kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah!
Banyak ke perkataan dalam maksud saya menentang Allah?
Apabila kamu bercakap pasal soal ghaib, soal taqdir, yang tiada sandaran Al-Quran dan Sunnah, itulah tanda kamu menentang Allah. Kamu mengaku kamu sebagai DAJJAL itupun tanda-tanda kamu menentang Allah, sebabnya dajjal tu pembawa fitnah dalam agama, maka sudah tentu dajjal itu musuh Allah dan musuh orang-orang yang beriman!
WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 17-4-2013 03:21 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|