CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jue7269

SEHANGAT ASMARA (PART 6) - MUSTIKA HD (ISNIN-RABU 10MLM)

 Close [Copy link]
Post time 21-3-2013 10:55 PM | Show all posts
harumanis posted on 21-3-2013 10:46 PM
Scene : Pinangan di terima
Lokasi : Pejabat Kay

Kan main abam nal..takkan lari gunung dikejar
Nite uols
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2013 10:57 PM | Show all posts
moller posted on 21-3-2013 10:50 PM
haaaaa...sebut nama iols nampak??? uols saja lah tu nk buat iols jeles...

jauh2 pn uols nak car ...

Hahaha...jgn ler mare laling


Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 10:59 PM | Show all posts
cikuzz posted on 21-3-2013 10:51 PM
iols dengki ni...harus iols beratur la yer nak tunggu abg nal..

Uols..sharing is caring..iols xde ni..
uols rebut ngn moller tarik perhatian abam nal
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 11:01 PM | Show all posts
harumanis posted on 21-3-2013 10:46 PM
Scene : Pinangan di terima
Lokasi : Pejabat Kay

...Uols memang best..... menceriakan mlm iols walau tanpa nal disisi...tak sabar tunggu nal balik outstesen
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 11:08 PM | Show all posts
cess posted on 21-3-2013 10:59 PM
Uols..sharing is caring..iols xde ni..
uols rebut ngn moller tarik perhatian abam n ...

haha...... uols tu jauh2 duk diam2

iols ngan kay kay yg lain taulah apa nk buat utk tarik perhatian abam nal




Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 11:16 PM | Show all posts
cess posted on 21-3-2013 10:55 PM
Kan main abam nal..takkan lari gunung dikejar
Nite uols

cess.... apa yg uols pikir ni...uols jgn memacam...iols memula ok je..

tapi bila uols ckp mcm tu...ishhh x mau ckp g





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2013 11:19 PM | Show all posts
tenet ni....slow yg amat sejak mlm semalam....

iols out dulu lah...good night.... sweet dream all of uols

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2013 02:20 AM | Show all posts
aku tgk ep 25.. comey lak shah jazle ngan si zaryn min dok dolak dalih masa ajak kawen tuh.. nmpk comey sngt..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2013 04:33 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2013 07:26 AM | Show all posts
cess posted on 21-3-2013 10:59 PM
Uols..sharing is caring..iols xde ni..
uols rebut ngn moller tarik perhatian abam n ...

hihihhi..uols tamo la tarik menarik..nak tunggu abam nal datang menyerah jer...



Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2013 08:03 AM | Show all posts
qis13 posted on 21-3-2013 09:28 PM



salam Jemaat... baru check-in rumah baru..... amboiiii planning cantekkkk   malam jemaat pindah rumah ye...

dalam banyak-banyak gambar...tak tau kenapa gambar ini jugak yg akak suker...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2013 08:56 AM | Show all posts
assalamualaikum & morning Kay2 di sini
baru check in rumah baru
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2013 08:57 AM | Show all posts
Rita kena ikut cakap suami - Adi Putra

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


ADI PUTRA dan Rita Rudaini pernah bergandingan dalam drama bersiri Sehangat Asmara dan filem Balistik


HEROIN drama bersiri Sehangat Asmara, Rita Rudaini baru-baru ini mendedahkan kepada sebuah portal dalam talian bahawa suaminya, Aidil Zafuan Abd. Radzak pernah melarangnya untuk tidak lagi berlakon bersama seorang aktor kelahiran Singapura.

Susulan kenyataan tersebut, ramai yang menganggap aktor Singapura yang dikaitkan dengan Rita ialah Adi Putra, biarpun Aaron Aziz juga merupakan aktor popular kelahiran negara tersebut.

Ini kerana Adi Putra merupakan gandingan Rita dalam drama tersebut, malah mereka juga turut bergandingan dalam filem Balistik.

Bersua dengan pemilik nama penuh Mohamed Hadi Putera Halim itu pada majlis pelancaran filem Langgar di Restoran Carne y Vino, Radius International Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini, Adi Putra menegaskan dia tidak mempedulikan tentang perkara tersebut.

Malah, ujarnya, hal tersebut sepatutnya tidak menjadi isu yang perlu diperbesar-besarkan memandangkan dia mahupun Rita Rudaini masing-masing sudah mempunyai keluarga.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Adi Putra mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu tersebut.

Kosmo!: Timbul kenyataan daripada Rita Rudaini baru-baru ini bahawa suaminya pernah melarang dirinya daripada berlakon dengan seorang aktor Singapura dan ramai yang mengaitkan aktor itu dengan anda. Komen Adi Putra?

ADI PUTRA: Saya tidak tahu tentang hal ini dan saya tidak mahu ambil tahu kerana itu hal dia dan suaminya. Saya mencari nafkah yang halal menerusi berlakon dan kerja ini ibadah saya untuk menyara keluarga. Kalau suami dia tidak benarkan dia berlakon (dengan saya), jadi dia kena ikut kerana suami adalah khalifah keluarga.

Bercakap mengenai keluarga, mungkin Adi Putra boleh kongsikan kehidupan sebagai seorang bapa sekarang?

Seronok dan anak saya (Zara Adelia Haadi) kini sudah memasuki usia lima bulan dan dia sangat manja. Dari segi jiwa mungkin dia sudah boleh merasakan kasih sayang kami yang tidak berbelah bagi kepadanya. Biarpun sudah mempunyai anak, saya dan isteri tidak putus-putus berusaha untuk mendapatkan zuriat sendiri. Kalau kita sudah berusaha pasti ada cara untuk memperoleh rezeki itu.

Apakah yang membezakan Adi Putra dalam Langgar berbanding filem-filem aksi sebelum ini?

Persediaan saya lebih kepada perwatakan kerana filem genre aksi sudah pasti menuntut kecergasan dan ketangkasan. Kelainan yang saya tonjolkan dalam filem ini adalah karakter itu sendiri dan variasi yang saya berikan kali ini berbeza daripada filem-filem aksi sebelum ini. Watak Nizam iaitu seorang guru sekolah merupakan mangsa keadaan yang ingin menuntut bela terhadap kematian isteri dan anaknya.

Apakah perkembangan terkini Adi Putra?

Saya sedang terlibat dengan penggambaran sebuah drama bersiri TV3 untuk slot Akasia berjudul Teduhan Kasih bersama Nabila Huda. Selain itu saya akan mengarahkan sebuah filem adaptasi novel berjudul Suami Aku Ustaz pada awal bulan April ini di sekitar bandar raya Melaka selama sebulan. Tapi untuk projek ini, pelakon utamanya saya rahsiakan.

Jika di kaca televisyen, Adi Putra lebih banyak melakonkan watak romantik tapi apabila filem genre yang diberatkan lebih kepada aksi. Sejauh manakah kepuasan Adi Putra antara kedua-dua genre itu?

Berlakon tidak pernah puas dan saya tidak meletakkan genre yang saya pilih sebagai satu bentuk kelegaan berkarya. Sekali kita merasa selesa macam-macam boleh berlaku dan disebabkan itu saya tidak meletakkan saya di zon selesa. Saya suka kedua-dua genre itu dan saya sukakan kepelbagaian. Tapi kebanyakan ulasan penonton dan peminat, mereka lebih suka saya memegang watak antagonis.



Credits: kosmo.com.my
Last edited by achik2009 on 22-3-2013 08:58 AM

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2013 08:58 AM | Show all posts
harumanis posted on 21-3-2013 10:46 PM
Scene : Pinangan di terima
Lokasi : Pejabat Kay

romantiknya.....so sweet....
tq @harumanis...rasa x sabar nak nikah ni
iols tgh menghitung hari jer ni..

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2013 09:01 AM | Show all posts
moller posted on 21-3-2013 10:28 PM
check in...ada orng x?

amboi uols...jauh2 pun masih sempat check in yer..
uols jgn risau..Kay2 di sini menjaga abam Nal dgn baik2

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2013 09:05 AM | Show all posts
harumanis posted on 21-3-2013 10:46 PM
Scene : Pinangan di terima
Lokasi : Pejabat Kay

Wakakakakaka.....pagi2 dah gelak guling2 baca skrip nih! Good morning Kay2 yg dah terkena panahan asmara Zainal Arief......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2013 09:25 AM | Show all posts
1Hotlovers berdiri teguh di belakang Adi Putra

21 March 2013 @ 11:34AM



Bertuah insan bernama Adi Putra ini apabila peminat tegar terus setia di belakangnya walau dalam apa juga keadaan, termasuk mengerahkan keringat dan wang ringgit demi memastikan kemenangan aktor kesayangan pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012.

Andai artis lain juga membeli akhbar BH dan BH Ahad sematamata mahu mendapatkan borang undian, kelompok yang menggelarkan diri mereka 1Hotlovers pula tampil dengan strategi berganda bagi edisi kali ini.

Presiden 1Hotlovers, Che Zaipah Abd Muttalib, yakin artis pilihan mereka yang dicalonkan dalam dua kategori, Pelakon TV Lelaki dan Pelakon Filem Lelaki berpotensi membawa pulang trofi melihat kepada produk sepanjang 2012.

"Bagi kami Adi Putra cukup istimewa. Dia bukan hanya bersandarkan rupa, sebaliknya bakat luar biasa, malah dia lelaki berkeluarga yang boleh dijadikan contoh kepada golongan Adam lain kerana tetap mendahulukan anak dan isteri berbanding perkara lain.

"Walau namanya semakin besar, dia juga sentiasa mengingati sokongan peminat. Ini dibuktikan dalam setiap wawancara dengan media, 1Hotlovers dan peminatnya tidak pernah diketepikan, sekali gus membuatkan kami rasa cukup dihargai," katanya.

Diperkuat 1,000 ahli

Ibu lima anak yang sudah mencecah 55 tahun itu ditemui HIP ketika berkunjung ke Balai Berita untuk menyerahkan borang ABPBH, kelmarin, yang juga tarikh akhir penghantaran undian. Ditemani cahaya mata sulungnya, Nazatul Shima Mhd Agil, 33, yang juga jawatankuasa kelab terbabit, keduadua beranak ini tampak teruja memperincikan satu persatu cerita berkaitan anak seni kelahiran kota Singa itu.


Che Zaipah (kiri) dan Nazatul menghantar borang undian ABPBH 2012 di Balai Berita.

Akui Che Zaipah yang dipilih Adi sendiri menggalas tanggungjawab mengepalai 1Hotlovers, dirinya berbesar hati dengan mandat diberi, sekali gus berjanji memperkukuhkan semangat setia kawan kira-kira 1,000 ahlinya.

"Selain Presiden, semua jawatankuasa termasuk naib serta 12 exco ialah pilihan Adi sendiri. Segala aktiviti kini semakin tersusun, malah proses mengisi dan menghantar borang undian untuk ABPBH tahun ini juga lebih sistematik," katanya yang menganggap hubungan antara sesama anggota kelab amat akrab.

Harap menang tahun ini

Kongsinya lagi, sebaik ABPBH musim lalu berakhir, seluruh ahli sepakat membuat tabungan yang digunakan untuk membeli akhbar dan sambutannya sungguh di luar dugaan.

"Kalau ikutkan, tahun lalu kami yang lebih kecewa berbanding empunya diri. Segala-galanya memang bergantung kepada rezeki, tetapi dengan kerjasama semua, termasuk mereka yang berada di luar Kuala Lumpur dan Selangor, kami harap tahun ini Adi mendapat pengiktirafan pada ABPBH.

"Dari segi mengisi borang, kami akan berkumpul di markas khas dan setiap petugas akan dibahagikan kerja. Tujuannya untuk mempercepatkan proses. Hingga kini sudah beberapa fasa borang dihantar sendiri," katanya yang merahsiakan jumlah undian.

Menyimpan hasrat mengumpul seberapa ramai ahli ke Stadium Bukit Jalil pada malam kemuncak ABPBH, 7 April nanti, sebagai persediaan pihaknya sudah menyiapkan kain rentang, banting dan baju T sedondon, sekali gus membuktikan keampuhan kelab terbabit.



Credits: bharian.com.my


p/s: ada sapa2 kat sini ahli 1Hotlovers ke?...

Last edited by achik2009 on 22-3-2013 09:27 AM

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2013 09:25 AM | Show all posts
yuhuuuuu....Assalamualaikum I'm backkkk.................
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2013 09:28 AM | Show all posts
Morning everybody!!

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2013 09:31 AM | Show all posts
watie79 posted on 22-3-2013 09:25 AM
yuhuuuuu....Assalamualaikum  I'm backkkk.................

Waalaikumsalam....wah!! orang hong kong dah balik rindu kat uols




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.055113 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list