CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hujanrahmat3

Rumah ku yang angker.

[Copy link]
Post time 19-7-2013 08:48 AM | Show all posts
huhu menakutkan la......
klu aku la.. mmg takkkan stay lewat mlm da...

dan.. aku rase.. akibat bace cite hantu byk sgt....
smlm tido mimpi cik ponti..
hukhuk..! aku rase aku mimpi la... tp rase mcm betul2 la... hahahah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2013 08:52 AM | Show all posts
khailya posted on 19-7-2013 08:48 AM
huhu menakutkan la......
klu aku la.. mmg takkkan stay lewat mlm da...

cantik tak cik ponti dalam mimpi ko tu?
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 08:55 AM | Show all posts
myakayina posted on 19-7-2013 08:52 AM
cantik tak cik ponti dalam mimpi ko tu?

hukssss "cantik" ....
serba putih.. rambut mengerbang .. mate merah.. ish..ishh..


Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 09:13 AM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 18-7-2013 12:20 PM
ni hantu spesis apa suka main2 cmni.  kau sembur je ridsect dekat hantu tu

salam Adam, apa habaq? posa ok?
raya mana??

awat nak semboq hantu tu dgn ridsect, bagi dgn penyapu ja
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 10:34 AM | Show all posts
best tt... sambung lg yer..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 10:36 AM | Show all posts
hujanrahmat3 posted on 19-7-2013 07:45 AM
Tetamu tengah malam

Ok next story. Sebelum tu, biar aku terangkan dgn lebih detail pasal kawasan  ...

seram betul laa....tiap2 mlam pulak tu


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2013 10:42 AM | Show all posts
Erk... seram nye yang cik ponti tu. Slumber giler mak TT leh gelak je, hahaha. rumah kalau murah sangat sewa baik hati-hati, ada something wrong la tu. Aku pun pernah macam TT ni, duduk rumah sewa berhantu.

Aku dulu waktu kecik family aku agak susah gak sebab parents aku kahwin awal, pernah la sewa rumah murah, ye lah tak mampu kan. Satu bilik je kot, tapi ramai jugak yang suka datang sleepover sebab parents aku ramai kawan. Diorang ni lah yang asyik diganggu, nampak nenek tua la, dengar benda pelik2 la. Tapi yang pelik, family kitorang tak pernah kena ganggu langsung. Bila parents aku siasat rupa2 nya dulu ada nenek tua tinggal sorang2 yang ditinggal anak meninggal kat dalam rumah tu. Lepas beberapa hari baru jiran perasan yang dia dah meninggal tu pun sebab bau dah busuk. Owner rumah bukan nak bagi tau awal2, patut la orang kampung tengok kitorang semacam je, lepas tu terus pindah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 11:28 AM | Show all posts
mamaezah posted on 19-7-2013 09:13 AM
salam Adam, apa habaq? posa ok?
raya mana??

wasalam posa.

semalam buka awal.. sebab jam salah. lepas tu boleh plak dengar bunyi cm azan.kih3.. standard 7.24, sekali buka 7.20.. aselehe..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2013 11:36 AM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 19-7-2013 11:28 AM
wasalam posa.

semalam buka awal.. sebab jam salah. lepas tu boleh plak dengar bunyi cm aza ...


awat jadi lagu tu??
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 11:37 AM | Show all posts
mamaezah posted on 19-7-2013 11:36 AM
awat jadi lagu tu??

ni semua salah tok bilal duk main2 mikrofon..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 11:58 AM | Show all posts
cerita yang menarik. tak sabar nak baca sambungan cerita TT.

Nak tanya, TT still duk kat umah tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 12:02 PM | Show all posts
rileks aje penceritaan TT. Rasa macam tak seram sangat. Enjoy reading!
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 12:52 PM | Show all posts
TT tumpang citer boleh tapi pasal umah sewa berhantu la..kira boleh je la ye..

Dulu after SPM, aku and kawan2 sekampung seramai 10 orang kerja kilang. Disebabkan umah jauh berpuluh batu dari tempat kerja, so kitorang semua dapatlah umah sewa yang company bagi. Actually ada hostel tapi hostel dikhaskan untuk pekerja indon and Myanmar je coz hostel tu mcm penjara sikit.
Kat kilang tempat aku kerja tu actually warganegara Malaysia hanya kami 10 orang jer..yang lain semua warga asing. Tu yang dapat special sikit tu. Lagipun kebetulan YB kg aku yg rekemenkan kami kerja situ. Kalau tak, mmg company tu tak amek rakyat Malaysia.


Actually 10 orang kawan aku tu semua pompuan. Geng2 minah kilang katakan . masa sampai kat umah tu, aku tgk kat depan umah tu lalang penuh. Semak sangat sebab kat umah tu dah lama takda orang duduk. Pastu jiran2 kat situ plak semua Chinese. Semua pakat dok intai2 kat tingkap masa kami masuk umah tu. Tapi aku takda rasa pelik la. Yang aku pikir dorang terkejut kot sebab tiba2 ada budak2 bujang boleh sewa situ.


So, tinggal la kami 10 orang kat umah tu. Umah tu actually banglo satu tingkat. Mmg besar. Tingkat bawah ada 2 bilik and tingkat atas ada 4 bilik. Dalam umah tu hnya ada tv, kelengkapan dapur, katil dan tilam. Tu je. Perabot2 semua takda. Rasa lengang dan luas je kat dalam tu. Masa masuk umah tu kami semua excited gila dan pakat berebut nak dok bilik atas. Lastly bila semua naik atas, semua mcm terdiam. Masing2 rasa cam tak best dok bilik atas. Pastu ada sorang kakak tu kata jom amek semua tilam dan tido kat bawah. Kami semua setuju dan ikut je.


FYI, kat dalam umah tu langsir pun takda. So disebabkan aku bawa selimut, yang lain tak bawa,  aku buat la selimut sebagai langsir. Tingkap tu plak kalau kita turun tangga dari tingkat atas kita akan mengadap tingkap tu and akan nampak kat luar. So, orang luar pun akan nampak direct la kalau kita jalan nak naik tangga. (boleh imagine tak)


Malam first tu, kami semua tido bawah kat hall. Tilam bersusun jer 10 orang. Sebab semua dah decide nak tido bawah je. Kat atas takda sapa pun berani naik. Kalau nak mandi jer naik atas sebab ada dua bilik air. Tu pun berteman la. Kat bawah plak ada satu bilik air je. Nanti nak kena berebut plak. Masa tengah tido tu, aku mimpi aku ternampak macam pompuan rambut panjang pakai baju putih masuk dari tingkap dan berjalan tanpa kaki cecah lantai dan naik ikut tangga tu ke tingkat atas. Aku terkejut dan terjaga, aku rasa macam betul pun ada tapi pastu aku tido balik.


Esoknya, ada sorang kawan aku nak balik dan taknak keja kat kilang tu. Lagipun kami belum start keja lagi. Esoknya tu baru start keja. Kami masuk awal umah tu sebab ingat nak kemas2 dan prepare apa yang patut. Kami semua pelik la napa nak balik dan taknak keja. Dia diam je tak bagi tau apa pun. So lepas dia balik,tinggal la kami 9 orang kat umah tu.
Takda la rasa takut sangat bila kawan aku tu takda sebab kami still lagi ramai, Cuma rasa pelik je sebab tiba2 je dia nak balik.


Ada satu hari tu kat kilang, ada sorang supervisor ni tnya kami, tak takut ke dok umah tu, tak dengar apa2 yang pelik ke, tak nampak apa2 ke. Rupanya umah tu memang bermasalah sikit sebab dulu pun pernah ada pekerja yang dok situ asyik kena kacau. Setakat kami semua dok situ takda la kena kacau sangat. Lagipun kami semua jarang tido malam kat umah tu sebab semua keja shift malam. Maybe sebab tu rasanya kami semua jarang kena kacau.


Selepas sebulan keja situ, kami semua berhenti keja sebab masing2 tak tahan keja kilang. Asyik kena buli dengan minah indon dan Myanmar kat situ. Yer la majority bangsa dorang kan kerja situ. Masa balik kg tu, kami semua jumpa la kawan aku yang balik awal hari tu. Dok sembang2 dengan dia dan dia tnya ok tak umah tu. Mcamna kami semua boleh tinggal situ sampai sebulan. Dia pun bgtau sebab apa dia balik. Katanya yang malam first tu dia nampak ada pompuan tengah duduk kat tangga sambil dok tengok dia dan kami semua tido. Dia kata dia bukan mimpi sebab dia terjaga dari tido time tu. Dia cuba kejutkan yang lain tapi takda yang terjaga. Dia cuba tido tapi tak boleh sebab takut sangat. Dia tutup muka dengan bantal sampai la tertido. Aku pun cerita la balik apa yang aku nampak kat dia. Aku pun tak tau samada betul atau aku mimpi. Korang rasa ????
Last edited by LoveLavender on 19-7-2013 12:55 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 01:18 PM | Show all posts
Sebab korang dah cerita ni aku pun nak buka lah jugak cerita, boleh kan TT tumpang singgah.sebab asyik duk kena lahar je dengan @crankshaft baik aku lepak kat sini plak.aku cerita by chapter lah yer ikut rumah2 yg aku pernah stay.. sebelum melalut panjang aku nak cakap yang kadang 6th sense aku ni berfungsi .. kalau time dia berfungsi tu habislah aku bermasalah lah plak ..

Rumah Kat Kg
Rumah aku OK, tak ada anker. Cuma kawasan rumah aku. Masa aku kecik ada satu syarikat bas, orang kampung panggil bas hijau. Sebab warna nya hijau(hahaha..lawak). Sekarang syarikat tu dah khulum lepas tapak stesyen bas diambil alih buat kedai dan shopping complex.

Pendekkan cerita bas ni dari Kg Kayan - Setiawan (Orang Perak mesti tahu laluan ni). Bas ni sejam satu. Apa yang misterinya, setiap hari kira-kira jam 1.00 - 1.15tgh hari. Bas ni akan berhenti depan rumah aku. Tak da sapa pun yang tunggu bas mahupun turun dari bas.

Orang kampung semua relax jer lah sebab mana2 otai kampung memang tau area rumah aku memang ada kampung bunian. Siap ada gosip kata, sorang pak cik kat kampung ni, dikhabarkan dia hari-hari gi tengok anak bini dia yang bunian tu. Wallahualam. Yang tu aku tak pasti. Tapi yang aku tau pak cik time ni dia lalu depan rumah aku memang time yang sama. Hari-hari tanpa miss. Tak tahu lah pergi mana. Tak pernah investigate. Sekarang aku tak sure sama ada rutin dia ni still sama ke tak, nanti aku tanya adik aku.

Nak dijadikan cerita, aku pun kebetulan ternaik lah bas hijau ni time perjalanan yang pukul 1. Sebabkan bas ni buka tingkap aku pun terlena dibuai mimpi dalam bas dengan angin sepoi2 bahasa. Perjalanan ni adalah 45 minit dari pekan Setiawan nak sampai ke rumah aku. Bas masa tu ada orang tapi bukan orang kg aku jadi kalau aku terlena sampai kg kayan jawabnya aku kene tunggu bas lain lah nak turun kat rumah aku.

Tapi nasib aku baik sebab aku terjaga di saat yg betul. Betul2 kat tempat yg sepatutnya aku tekan loceng. Korang tau apa yang jadi? Loceng berbunyi tapi aku berani cakap yg bukan aku yg tekan. Bukan aku. Aku yg dalam kemamaian pun turun lah bas. Tapi aku sepatutnya tanya kat driver bas kan. Dia nampak tak orang yang tekan loceng tu?

Aku balik cerita ngan mak pak aku. Korang ingat dieorang nak percaya. Kirim salam lah.

Aku tak puas hati. Aku investigate cerita ni. Tnya member2 aku. Akhirnya aku dapat story. Memang driver dah tau loceng bas pukul 1 tgh hari akan berbunyi bila nak dekat sampai area rumah aku. Tapi driver tak pernah nampak sapa yg turun. Loceng tu memang berbunyi. Memang hampir semua driver syarikat bas hijau dah tahu. Sapa2 yg bawak bas Setiawan-Kayan pukul 1 akan berhenti bila dengar bunyi loceng tu. Die orang pun tak pernah tahu berapa orang penumpang yang turun.

Area rumah aku ni pun kerap kemalangan/ kereta terbabas. Selalunya akan cakap nak elak kelibat orang melintas. Wallahualam.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 01:49 PM | Show all posts
khailya posted on 18-7-2013 01:00 PM
org kate klu bunyi pasir tu hantu raye...huhuu betul tak?..

dlu kt umah aku kt kg ade gak mcm ni. ...

masa aku dok kt penang dulu rumah style kampung la walaupun kt tgh bandar..
tiap2 mlm bunyi mcm org baling pasir kt atas bumbung..dh la bumbung zink..
hantu raya mmg bnyk pun...yg aku tau kalau dgr bunyi bumbung kena baling dgn pasir
langsuir lalu..yg bunyi mcm pasir tu rambut dia..lgpun langsuir mmg ada...
ramai gak yg pernah jumpa...kt kampung aku mcm2 hantu ada..
ramai yg membela..yg pernah ganggu family aku hantu raya paling bnyk..
yg kena ikat pun ada..bila tgh mlm merayu2 suruh tlg lepaskan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
hujanrahmat3 posted on 19-7-2013 07:45 AM
Tetamu tengah malam

Ok next story. Sebelum tu, biar aku terangkan dgn lebih detail pasal kawasan  ...

untung le ade jaga free punye..hahaha..tpi klo gini le gaye nye jaga tu free mcm mne pon sumpah ak xnak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2013 02:58 PM | Show all posts
mamapea posted on 19-7-2013 01:49 PM
masa aku dok kt penang dulu rumah style kampung la walaupun kt tgh bandar..
tiap2 mlm bunyi mcm o ...

huhuu scary nyer cite ko ni..
so la ni ade lagi ker?....
pnh tgk?... takuttnyerrrrrrrr
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2013 03:04 PM | Show all posts
anmz76 posted on 19-7-2013 11:58 AM
cerita yang menarik. tak sabar nak baca sambungan cerita TT.

Nak tanya, TT still duk kat umah tu  ...

Dah tak duduk. Rumah tu pun dah dijual balik. Rumah tu ditinggalkan kosong selama beberapa tahun sejak arwah ayah meninggal. Mak dan kami adik beradik pindah ke tempat lain. Sekali sekala bile jenguk2 rumah tu, jiran terdekat ade jgk btau selalu dengar org bercakap2 dlam rumah. Macam ade org tggl.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 03:36 PM | Show all posts
khailya posted on 19-7-2013 02:58 PM
huhuu scary nyer cite ko ni..
so la ni ade lagi ker?....
pnh tgk?... takuttnyerrrrrrrr

hantu raya pernah nampak..masa tu rumah kt kondo jln ipoh..
masa nmpk dia terus dia dtg terkam..dia tindih..sblm tu dia sempat gelak lg kt aku..
toyol tak pernah tgk tp pakcik dan arwah makcik aku pernah kena..
arwah makcik aku siap peluk toyol tu lg..dia ingat bantal peluk..
skali tgk toyol terus menjerit..pakcik aku lak toyol tu nak hisap ibu jari kaki dia..
nak hisap darah...pakcik aku jenis berani..dia terus terajang toyol tu..
hantu siam pun ada gak..ada org hantar..tiap2 mlm atas bumbung dgr bunyi loceng..
hantu raya suka dok kt pokok mangga dpn rumah..kalau sape2 bw masuk ayam atau daging hbsla
dia ngap..makcik aku pernah kena..dia gigit kt bahu..hantu raya ni pun org hantar gak...
ada sorang ustaz yg tlg ikat hantu raya ni..masa bln puasa hantu raya ni still kena ikat..
arwah nenek aku bangun tgh mlm nk solat..dh siap ambil wudhuk..
bila nk start solat arwah nenek dgr hantu raya tu panggil nama dia...hantu raya tu suruh tlg lpskan dia..
nenek aku tak jd solat..terus cabut pg tido blk..baru 2 hari lps rumah aku dimasuki hantu raya..
dia cari mkn..ada aku post kt thread bln puasa ada hantu ke apa ntah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 03:43 PM | Show all posts
sblm2 ni mmg slalu lebam2 kt paha..
yg tu dipanggil kena baham..yg baham hantu raya la..
rumah kg kt penang tu yg stay kt sana atok,makcik,pakcik dan sepupu2..
sepupu2 semua laki..3 org..diorg stay kt situ sbb makbapak dh meninggal..
rumah makbapak diorg kt seberang perai..diorg pun tak berani tido kt rumah tu..
lps subuh baru diorg blk rumah tu..diorg pg tido kt masjid dulu..
dulu aku stay kt rumah tu..mmg big family..adala dlm 5-6 family yg dh berkawen..
pastu makbapak aku pindah kt tmpt lain..aku dok kt situ dr lps lahir hingga umur 18 thn..
pastu sambung bljr kt dungun...lps grad keje kt kl sampai skrg..
kalau blk penang kenala singgah sana sbb nak jenguk atok..
tp mmg scary la rumah tu semenjak arwah nenek meninggal..
masa arwah nenek ada rumah tu ceria..penuh dgn bunga2..
slps arwah nenek meninggal rumah tu dh mcm rumah puaka..gelap dan suram je walaupun hari siang..
ada org pernah tinggalkan hantu2 diorg kt rumah tu..pastu org tu heboh kt org kg arwah nenek aku yg bela..
kesian arwah..padahal dia baik..tiap2 hari ajar org mengaji..pagi & tengahari ajar kanak2..
ptg pulak kwn2 seusia dia..tak ambik 1 sen pun..ajar secara ikhlas..arwah nenek jugak
qariah masjid..mmg org respect dgn arwah..tp disebabkan org iri hati buat arwah mcm2..
arwah meninggal sbb buatan org..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.356749 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list