AdAkAmA posted on 5-8-2013 08:51 AM
saya ambil soalan ini dari statement ini :
"Sifat huruf adalah salah satu dari perkara tajwid dalam bacaan al-Quran. Sifat huruf adalah ciri yang menjelaskan perihal suatu huruf. Melalui sifatnya, seseorang itu akan mampu membezakan suatu huruf itu dengan keadaan sebutannya seperti tertahan, berdengung, melantun dan sebagainya"
Sebab itu saya tanya, apa yang kamu faham dengan lantunan? Lebih tepat dalam istilah tajwidnya kalau boleh?
Dan apa yang dimaksudkan dengan lantunan dari kenyataan yang kamu ambil di atas? (ada rujukan link tak)
Jika istilah dari kenyataan di atas itu bermaksud:
tertahan = saktah
berdengung = ghunnah
lantunan = syaddah
Maka, sudah tentu lah tempat (huruf) yang bersabdu disebut dengan 'lantunan'
*jika tiada lantunan pada permulaan bacaan ini :
adakah boleh Dia menerima bacaan orang yg tidak memperbaiki bacaan? mohon penjelasan?
Cuba terangkan huruf mana yang kamu maksudkan dari persoalan kamu di atas?
Dah jelas tashdid pada huruf ditulis, maka wajar (mesti) dibacakan bertashdid. Kalau tak, ia boleh membawa maksud yang berlainan. Kesalahan kerana kejahilan, kena belajar. Kesalahan kerana terlupa atau cuai, kena praktik.
Urusan penerimaan Allah, kita serahkan kepada Allah. Orang yang baca salah, tetapi berusaha untuk meperbaiki bacaannya bersungguh-sungguh, malaikat akan membetulkan bacaannya sebelum diangkat ke Langit, dan Insya-Allah akan diterima Allah. Orang yang ahli dalam Al-Quran, akan bersama-sama dengan malaikat yang istimewa... (mafhum hadith)
mnm77 posted on 5-8-2013 09:34 AM
Sebab itu saya tanya, apa yang kamu faham dengan lantunan? Lebih tepat dalam istilah tajwidnya kal ...
sila baca post2 awal kamu kemudian kamu nilailah apa yg kamu nyatakan itu berdasarkan pada ilmu ataupun sebaliknya. coverlah sikit post2 tu kerana bocor teruk sangat
mnm77 posted on 5-8-2013 01:11 AM
Maafkan saya, cara kamu menulis itu menunjukkan seolah-olah kamu telah beriman sebenar-benarnya di ...
statement saya mudah aje. kenapa kamu susahkan diri kamu untuk menyatakan apa yg tidak sepatutnya dinyatakan? kenapa tidak mencari guru yg bersanad dan terkenal? bertanyalah dengan ahli2 yg mengetahui perihal ini nescaya kamu akan dapati diri kamu sebenarnya menghina sunnah Rasullullah SAW.
bukankah lebih baik anda jgn bersangka2 buruk dalam berbicara? bersangka baiklah jika tidak mengetahui apa2 dari menggelincirkan diri utk masuk ke dalam suatu keadaan yg tidak sepatutnya terjadi. Last edited by AdAkAmA on 5-8-2013 12:26 PM
AdAkAmA posted on 5-8-2013 12:11 PM
sila baca post2 awal kamu kemudian kamu nilailah apa yg kamu nyatakan itu berdasarkan pada ilmu ataupun sebaliknya. coverlah sikit post2 tu kerana bocor teruk sangat
Kamu ingin bertanya untuk mengetahui? Atau kamu nak berjidal tentang sesuatu? Atau nak sebarkan amalan zikir laju? Atau copy paste yang kamu tak faham pasal tajwid istilah 'lantunan'?
Bahagian mana yang kamu tak puas hati? Saya minta penjelasan dari kamu supaya LEBIH MUDAH untuk saya menjelaskan dengan terang, itu tujuan saya. Apa yang kamu sangka bila saya agak 'tegas' sedikit minta penjelasan?
Bukankah kamu yang bertanya? Atau sebenarnya kamu nak ajar saya? Jika kamu yang nak ajar saya.... silakan, tak mengapa saya akan bertanya kepada kamu pula lepas ni.
** uncle Owl @burungantu, saya ni kalau biasa-biasa tak garang, tapi kalau bila saya jadi garang anak-anak saya memang gerun dengan saya. Bila biasa-biasa, siap depa boleh panjat saya, nak jalan macam kawan minta saya letak tangan saya atas bahu depa... can you imagine my character?
AdAkAmA posted on 5-8-2013 12:22 PM
statement saya mudah aje. kenapa kamu susahkan diri kamu untuk menyatakan apa yg tidak sepatutnya dinyatakan? kenapa tidak mencari guru yg bersanad dan terkenal? bertanyalah dengan ahli2 yg mengetahui perihal ini nescaya kamu akan dapati diri kamu sebenarnya menghina sunnah Rasullullah SAW.
bukankah lebih baik anda jgn bersangka2 buruk dalam berbicara? bersangka baiklah jika tidak mengetahui apa2 dari menggelincirkan diri utk masuk ke dalam suatu keadaan yg tidak sepatutnya terjadi.
Saya bukan nak bersangka, SEBAB TU SAYA MINTA PENJELASAN. Bila kamu tak berikan penjelasan yang saya minta, terpaksalah saya buat kesimpulan apa yang kamu tanya pasal 'LANTUNAN'. Kenapa susah sangat nak faham? Akibat dari kamu berdolak-dalik tidak memberikan penjelasan yang diminta menyebabkan sukar saya menjawab soalan kamu.
Harap uncle @burungantu atau orang lain boleh tolong jawabkan soalan AdAkAmA. Dia sekarang nampak dah marah saya pulak bila saya cuba jawab persoalannya dengan meminta penjelasan. Letih saya cuba luang masa untuk layan soalannya, macam ni pulak 'penghargaan' yang dia campakkan pada saya.
Kat mana yang saya dah "sebenarnya menghina sunnah Rasullullah SAW" kat sini wahai AdAkAmA ?
Saya nak berehat dulu, buang masa saya berjidal dengan AdAkAmA ni. Takdak ciri-ciri tolibul 'ilmi, maaf saya katakan. Last edited by mnm77 on 5-8-2013 12:41 PM
hehe,...si Abang TAK kiut tu memang suka berjidal....jadi..kalau Tuan nak layan..memang tak habis habis...
anggap lawak jenaka sjalah Tuan...
KITA BALIK KE KELAS TAJWID....
Alamak…nak suruh Uncle terangkan….hehe…bukan Tuan mnm jadimurid..tapi Uncle cuba buat penerangan & Tuan betulkan…O.K….
Uncle suka nak try cerita ayat yg popular & sgt dekatdihati Uncle ni..iaitu ayat 41 Surah Hud..
Biasa masa anak anak..Uncle duduk di tangga kayu rumah OpahUncle..& Opah uncle ..walau dah pulohan tahun ke Makkahnya …dia akan ulangcerita itu tiap kali ada peluang berdua dgn dia…
Tak jemu jemu kisahkapalnya yg besar….kisah jenazah urus kebumi (kelaut)..kisah sukan atas kapal …&tak pernah lupa ulang Doa..
Jadi ..bila dah tua tua ni….ada masanya Uncle teringat OpahUncle…kisah haji nya& tak pernah lupa kisah Doa ini…
Dan (ketika itu) berkatalah NabiNuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): "Naiklah kamu ke bahteraitu sambil berkata: ' Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya '.Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
IMALAH
Bacaan yg unik yg diberi tanda “Diamond”kat ayat ini…namanya ‘IMALAH”….
Sengaja Unce bawakan tulisan ygbiasa ditulis (SALAH)..bila org tulis Ayat ni sebagai doa…
burungantu posted on 5-8-2013 01:12 PM
harap guru Uncle ..Tuan mnm77 bersabar..
..kalau Tuan nak layan..memang tak habis habis...
Terima kasih uncle...
Memang menguji kesabaran... saya ni kalau bab mengaji ni saya serius. Boleh lawak jenaka sikit-sikit, tapi bila saya serius, memang betul-betul serius....
anggap lawak jenaka sjalah Tuan...
Tu la yang susah tu bila nak anggap lawak kalau saya dah masuk mode 'serius'. Nak sabar saya kena 'berehat' lah dulu... bagi laluan kat uncle pula....
Pasal ayat 41 Surah Hud tu boleh juga dengar bacaannya di sini:
Uncle tak taulah apa pendapat guru guru Al Quraan....tapi...Uniknya perkataan " maje ray ha " ni....(pandangan peribadi Uncle)..bila menyebutnya...kita akan terasa seolah olah..."meluncur ' (perkataan tu meluncur...rayyyy.... )...& berbetulanlah dgn maksud kalimatnya dalam bahasa Malaysia...iaitu...
"bergerak lajunya"..atau..boleh sebut..."meluncur" juga kan...
Uncle (secara pribadi ) menganggap ni juga 'mukjizat' Al Quraan.....
& tak pernah gagal utk mengingatkan uncle pada wajah Tua opah uncle...& langsung mengingatkan Uncle utk meghadiahkan Al fatihah buat opah..
p/s : harap Tuan mnm77 usah peduli pada Abangtakkiut... maaf Uncle "menghasut" begini..hahhaa bukan apa....
Uncle fikir..dalam "belajar".....kita kenalah ikut "flow" yg sebagaimana di ajarkan guru (Tuan mnm77 )
Bila isu yg dibawa tak berkaitan dgn silibus yg disentuh...nanti...kapal yg bergerak tu asyik terkona sana kona sini............tak akan sampai tempat dituju...
Jadi...biar Uncle bacakan doa...' ayat 41 surah Hud tu ketelinga si abagtakkiut tu....moga moga...akan lancarlah perjalanan kelas tuan mnm77....
Atas permintaan, dan saya memang sebelum ni pun saya dah sebut nak sambung pasal Tanwin bertemu Hamzah Wasal...
Di samping perbincangan pasal 'Imalah' sekarang ni, kita lencong sikit masuk topik yang saya rasa sepatutnya dibincang dalam bab Hamzah Wasal sebelum ni.
Kalau kita lihat ayat 42 Surah Hud, selepas ayat 41 yang ada bacaan Imalah tu:
Dua kalimah yang digariskan di atas ialah: Nuhun (Nuh) dan Ibnahu
Pada kalimah Nuh نُوحٌ, ada tanwin (baris ganda dhammah = dhammatayn) pada huruf ح , kemudian diikuti kalimah ابْنَهُ di mana Alif di permulaan kalimah itu merupakan Hamzah Wasal.
Cara bacaannya, digugurkan satu daripada baris ganda (jadi dhammah), dan tambah huruf Nun berbaris bawah seperti berikut:
نُوحُنِ ابْنَهُ
Bunyinya : Nuuhuni-bnahu
Kalimah 'Ahadun' أَحَدٌ ada tanwin pada huruf Dal kemudian bertemu kalimah 'Allah' اللَّهُ yang pada permulaannya merupakan Alif berupa Hamzah Wasal. Apabila dibacakan secara bersambung maka bacaannya akan berbunyi :
Qul huwa-llahu Ahaduni-llaahu-s-Samad
Contoh lain Surah Al-Humazah ayat pertama dan kedua:
وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ الَّذِي جَمَعَ مَالًا وَعَدَّدَهُ
Bila dibaca secara bersambung, sebutannya akan menjadi:
Wailu-llikulli humazati-llumazatini-llathi jama'a maa lau-wa 'addadah
Nota:
Kasratayn (tanwin: gandaan baris bawah) itu diganti dengan kasrah (dibuang satu baris dari baris ganda) dan ditambahkan Nun berbaris bawah selepas itu.
Ok, cukup dulu buat waktu ni dan Insya-Allah akan bersambung pada masa akan datang..... sementara tu sesiapa nak kongsi atau tanya, dialu-alukan, dan harapnya uncle Owl pun akan terus memeriahkan soal jawab dan perbincangan di sini... nak sambung balik pasal Imalah atau bab-bab persoalan dan perkongsian yang lain pun boleh...
WAllahu a'lam Last edited by mnm77 on 5-8-2013 05:43 PM
mnm77 posted on 5-8-2013 04:06 PM
Atas permintaan, dan saya memang sebelum ni pun saya dah sebut nak sambung pasal Tanwin bertemu Ha ...
Alhamdullillah..
Jazakallah Tuan mnm77.....Uncle ikut syarahan tuan tentang
TANWIN BERTEMU HAMZAH WASAL....
Keterangan Tuan tentang wasal ayat 1 dan 2 surah Al Ikhlas tu jelas sekali.....begitu juga ayat Al Humazah....
Lagi pun...kedua duanya ....kat hujung Ayat....
(biasa org akan lebih hati hati nak buat kat hujung ayat)
TAPI.....
kalau kat ayat 11 Surah Al Jumuuah.....
Uncle rasa....kalau tak hati hati...pasti ramai yg akan silap!
Jadi...spt kata Tuan...."tanwin" akan hilang diganti "NUN BARIS BAWAH"...
...jadi..."aulahwanin faddu".... kat sini ada bunyi "nun baris bawah...bertemu nun mati...bertemu fa...
BOLEH JADI juga keliru...bunyi "NUN baris bawah" dgn "hamzah baris bawah" (memang agak seakan pun.. )..
p/s : thanks Tuan mnm77...
hehee..pada yg mahir tajwid...maaf lah kalau tergelak tengok Uncle yg dah tua mcm bebudak tak pandai tajwid....
tapi Uncle seronok belajar dgn Tuan mnm77 ni...
So..lebih kurang tu harap maaf lah ya....
burungantu posted on 5-8-2013 03:50 PM
Alhamdullillah..
Alhamdullillah. sila semak 5:30. inilah yg saya maksudkan lantunan. jika ramai org yg mampu membaca cara lantunan ini pada mana2 surah,maka itulah yg dimaksudkan tartil. tq for sharing.
p/s: kebanyakkan guru tahu menceritakan, akan tetapi tidak memahami hakikat tartil itu terletak pada lantunan bacaan Alquran. sekian harap maklum.
Maaf...ini juga selingan..namun Uncle harap berkaitan juga pembelajaran kita...& semoga dapat "melancarkan" kelas Tuan mnm77 kita...
Uncle rasa rasa...Faham juga..kenapa Tuan mnm77 tak dapat tangkap maksud soalan Tuan..
(maaf Tuan mnm77 sebab uncle mengandai andai sja..kalau tak betul..harap maaf)..
Tuan mnm77 mempunyai pengetahuan yg tinggi tentang ulumul Quraan...
Jadi...Bila Tuan sebut 'Tartil"...Tuan maksudkan apa yg dipratikkan oleh ustaz Don...
(seperti "melantun" kata Tuan)
Sedangkan....
Bagi guru Uncle Tuan mnm77....perkataan 'Tartil" pastinya mengingatkan Tuan mnm77 pada Ayat 4 Surah Al Muzammil..
Allah mnyebut dengan jelas kalimat "TARTIL "...makanya...Tuan mnm77 pastinya akan mengingat Tafsiran Ulama Ulama terhadap ayat tersebut..sebab..Menafsir Ayat bukanlah perkara yg ringan dalam Islam...
Pasti Tuan mnm akan rujuk pada Tafsiran Imam Ibn Katsir, Imam al Syaukani, Imam Ibnul Jazari ..dll..(sekadar menyebut bebrapa nama)..
Ulama misalnya Syekh Athiyyah tafsirkan Ayat ini ( ".. dan bacalah Al Quraan dgn TARTIL" )..Yakni, bacalah Al Quraan dengan perlahan dan tenang disertai dengan tadabbur. Dan membaca dengan TARTIL itu hanya boleh didapati dgn melatih lisan terus menerus dalm masalah tahqiq, tafkhim, panjang pendek , Izhar, Idgham, Ikhfa' , ghunnah dan makrajnya"
Jadi adalah mengelirukan kalau Tuan nak kata "lantun" sebagai 'TARTIL"...sebab...kalau Uncle yg memang bodoh alif kata batang kayu..
pun akan keliru dgn soalan Tuan....
Sebab setahu Uncle..kalau nak kata "lantun".....munkin sekali maksudnya 'Qolqalah"...
Takkan llah nak baca qalqalah kat semua huruf pulak???
Maaf....Uncle harap..sekarang kita dah jelas tentang "salah faham" ini...
btw.....cara bacaan Al Fatihah Ustaz Don tu pun takdisebut "lantun"..tapi Ustaz Don nak cuba ilustrate bagamana kalau org nak belajar baca Al Fatihah..dgn semata merujuk pada Mushaf....jadi ...sepatah sepatah lah...itu maksud Ustaz Don..
Apa pun....anggaplah ini cuma "Salah faham" o.k ....
Alhamdulillah uncle, saya bukanlah berilmu tinggi pasal ulum Al-Quran, saya masih belajar-belajar lagi...
Ulama misalnya Syekh Athiyyah tafsirkan Ayat ini ( ".. dan bacalah Al Quraan dgn TARTIL" )..Yakni, bacalah Al Quraan dengan perlahan dan tenang disertai dengan tadabbur. Dan membaca dengan TARTIL itu hanya boleh didapati dgn melatih lisan terus menerus dalm masalah tahqiq, tafkhim, panjang pendek , Izhar, Idgham, Ikhfa' , ghunnah dan makrajnya"
Dan memang benar begitulah saya faham makna tartil sepertimana yang uncle sampaikan dari kata-kata Ulama. Jazaka-llah khair
Insya-Allah lepas raya nanti saya akan sambung lagi. Dalam thread ni saya kongsikan beberapa perkara asas yang saya rasa umumnya kita tidak perasan cara bacaan yang betul, atau yang aula/yang utama dengan cara sebutan yang terbaik dalam membaca Al-Quran. Saya tak ikut silibus ilmu tajwid seperti yang kebiasaannya dalam buku kerana saya rasa sesiapa yang betul-betul nak tahu ilmu tajwid sepatutnya berusaha sendiri dapatkan sumber-sumber yang dapat membantu diri mempelajari ilmu tajwid, di samping berguru secara praktikal dengan orang yang lebih mahir dalam ilmu tajwid
Hukum asas yang tidak dibincangkan seperti Huruf dan Makhraj, Madd dan pecahan-pecahannya, Ikhfak, Izhar, Idgham, Qalqalah dan banyak lagi tidak dibincangkan secara terperinci, melainkan bila ada contoh-contoh yang dibawa memerlukan penjelasan maka akan disampaikan sekadar yang perlu.
Perbincangan di sini lebih kepada yang praktikal, bila ada contoh yang kita tak pasti bacaannya, atau ada tanda khas tertentu yang sebelum ni kita musykil tetapi tidak berpeluang untuk bertanya, maka dialu-alukan untuk berbincang di sini.
Saya ucapkan terima kasih kepada uncle Owl yang setia bersama thread ni, dan jadi perantara yang berkesan di samping menyumbangkan ilmu-ilmu yang bermanfaat di sini dengan sifat tawaddhu'... sungguh saya menghargai
Kepada yang lain-lain yang mengikuti thread ini, samada yang dah join atau yang silent reader, juga termasuk yang saya tak sebut secara khusus di sini, saya ucapkan terima kasih, dan saya mohon maaf atas keterlanjuran kata atau ketegasan saya dalam berbincang, menyampai atau berkongsi ilmu yang serba sedikit yang saya tahu ini.
Akhir kata Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin (walau secara zahir tak nampak di forum ni....)
Wa as-Salamu 'Alaikum wa Rahmatu-llahi wa Barakatuh
Sedikit maklumat dari orang lama. Zaman old timer dulu kami mengaji guna Quran Majid. Yang sekarang ni Quran Mushaf Uthmani. Secara berperingkat Quran Majid dah dipinggirkan dan di Arab Saudi sudah di banned. Tujuannya untuk standardized satu mushaf.
Quran Majid satu juz dibuat 9 helaian. Mushaf Uthmani dibuat 10 helaian.
Kepada yang belajar tajwid zaman Quran Majid, bila tukar ke Uthmani, memang ada sedikit konpius. Tapi bila dah biasa ok. Contohnya saya ambil bab yang mnm dah psoting.
Pertama mengenai hamzah wasal atau qata'. Dalam Quran Majid surah fatihah, ayat ihdinassiratalmustaqim ditulis dengan baris bawah.
Hukum tanwin atau nun mati bertemu hamzah wasal pula di tandan dengan huruf nun kecil dibahagian bawah.
Last edited by ibnur on 7-8-2013 04:50 PM
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
ibnur posted on 7-8-2013 04:48 PM
Assalamualaikum,
Sedikit maklumat dari orang lama. Zaman old timer dulu kami mengaji guna Quran ...
Pro & Con
Kalau nak ikut dari segi bacaan dari mushaf, kaedah tulisan mushaf Quran Majid tu lagi senang nak baca, sebab baris dah letak siap-siap. Especially bagi yang beginner atau yang bukan Arab. Tapi kalau nak baca secara sambung pada hamzah wasal akan timbul masalah kerana kaedah bacaan dah jadi berubah. Dah tak boleh ikut baris yang ada pada alif (hamzah wasal) tu dah.
Mushaf Uthmani pula tidak meletakkan baris menyebabkan kesukaran membariskan hamzah wasal di permulaan ayat, tetapi kalau nak baca secara sambung mudah saja baca secara biasa.