|
aku pon pening.. ada watak nama fazira.. ada fazura
hahahahahaa |
|
|
|
|
|
|
|
naszryn posted on 20-8-2013 09:15 AM
aku pon pening.. ada watak nama fazira.. ada fazura
hahahahahaa
hahahaha releks2.. tu dua nama yg bbeza k.. watak pun xsama |
|
|
|
|
|
|
|
momey posted on 20-8-2013 09:17 AM
hahahaha releks2.. tu dua nama yg bbeza k.. watak pun xsama
tu lah pasal...memula ingat fazira kat opis damia tu .. tak pasal je kena baca balik dari awal nak pastikan betul2..
tambah lagi poning... keh keh keh
|
|
|
|
|
|
|
|
naszryn posted on 20-8-2013 09:21 AM
tu lah pasal...memula ingat fazira kat opis damia tu .. tak pasal je kena baca balik dari awal nak ...
hahahaha aku pun riso gak ni, karang punya karang last2 aku yg pening hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Sean merebahkan tubuhnya di katil. Matanya ligat memandang kipas siling yang berputar laju itu. Fikirannya kosong! Kemudian dia terpandang satu sudut di mana letaknya gambar Damia bersamanya suatu masa dahulu.Dia bangun. Perlahan-lahan dia berjalan lalu mengambil gambar itu. Ditatapnya wajah Damia.
“Damia..”dengan perlahan-lahan airmata jantannya mengalir membasahi pipi.
********************
Aaron dan Pak Hassan menuju ke dapur. Makanan telah pun terhidang. Damia tidak kelihatan di situ. Aaron menoleh ke kiri dan ke kanan mencari Damia.
“Mari lah duduk..” pelawa Mak Mah sambil tersenyum.
“Damia mane, Mak cik?” tanya Aaron lalu duduk di kerusi plastik itu.
“Ooo dia mandi tadi. Mungkin tengah solat kot..”
“Aaron, maghrib nanti kita Jemaah kat surau ya..” ajak Pak Hassan sambil memandang Mak Mah yang sibuk menuang air sirap itu.
“Jemaah?” Aaron mula menggelabah. Bukan kata tak tahu solat, ambil air wuduk pun tak tahu!
Damia muncul dengan wajah yang cukup segar. Dia tersenyum memandang Aaron. Aaron membalas senyuman itu. Cukup tenang sekali wajah Damia ketika itu! Damia menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan Aaron.
Pak Hassan menadah tangan diikuti yang lain. Mereka mengaminkan doa yang dibaca Pak Hassan itu. Kemudian Damia mengambil seketul ayam goreng lalu diletakkan ke dalam piring Aaron. Aaron terkejut.
“U suka makan ayam kan? Ni ayam kampung tau! Ayam ni belaan ayah saya. Makan la..” pelawa Damia lalu menyuapkan semulut nasi.
“Saya jarang makan ayam. Lama gak la dalam 6 bulan macam tu. Tapi tak pe. Oleh sebab ayam kampung ni nampak sedap, saya langgar la sekejap pantang saya ni..”ujar Aaron lalu tersenyum memandang Pak Hassan dan Mak Mah.
“Kalau tak makan ayam, makan ape Aaron?” tanya Mak Mah musykil.
“Makan roti ke, ikan, sayur..”
“Orang jaga badan, mak..” sampuk Damia
“Damia, lepas solat maghrib nanti ayah nak jumpa kamu.” Pak Hassan sedikit serius.
Damia memandang ayahnya disusuli memandang wajah Aaron. Aaron mengjengkitkan bahunya.
“Ok..”jawab Damia sepatah.
********************
Damia mengenakan telekung. Tiba-tiba dia ternampak Aaron keluar dari bilik dengan memakai kain pelekat. Ha? Ketawa Damia dibuatnya.
“Kain pelekat ayah tu kan? Kenapa U pakai kain pelekat ayah?” tanya Damia keliru.
Perlahan-lahan Aaron berjalan ke arah Damia sambil memandang ke kiri dan kanan. Dia mendekatkan mulutnya ke telinga kiri Damia.
“Ayah U ajak I Jemaah maghrib kat surau!” Aaron berbisik.
“Ha? Hahahaha bagus la kalau macam tu..”
“Shhh..”
Damia ketawa.
“I wuduk pun tak pandai tau!”
Damia terus terdiam. Betul ke apa yang dia dengar?
“Are U serius, Aaron?”
“Banyak lagi yang U tak tahu pasal diri I. I pernah solat suatu ketika dulu. Last masa I darjah satu”
“What?”
“Damia!! Aaron! Jom g surau.. Nanti lambat pula” jerit Mak Mah dari pintu utama rumah.
“Teruknya U ni!” kata Damia lalu beredar ke luar diikiuti Aaron.
********************
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa sahaja yang Pak Hassan buat, itu lah yang Aaron lakukan. Dia betol-betol dah lupa cara mengambil wuduk dan solat! Aaron tidak perasaan bahawa setiap tingkah lakunya diperhatikan Pak Hassan. Namun Pak Hassan hanya diam.
Sebaik sahaja selesai solat maghrib, Pak Hassan dan Aaron berjalan keluar dari surau itu.
“Berseri-seri pak cik tengok wajah Aaron..” puji Pak Hassan serius.
“Perli aku ke apa orang tua ni?” bisik hati Aaron sambil tersenyum memandang Pak Hassan.
“Lepas ni, boleh la jadi imam kat rumah pula waktu isyak nanti ya..” Pak Hassan menepuk bahu Aaron.
Gulp! Tersedak Aaron dibuatnya. Pak Hassan terkejut. Ditepuknya belakang badan Aaron.
“Aaron.. awak ok tak ni?”
“Ok.. Uhuk..uhuk! Ok..” Aaron pucat! Apa perlu dia buat?
********************
Anzalna yang baru sahaja keluar dari kedai 7-eleven itu ternampak akan kelibat Adi. Adi yang sedang berjalan pantas menuju ke keretanya.
“Encik Adi!” jerit Anzalna sambil berjalan ke arah Adi.
Adi yang ketika itu mahu membuka pintu kereta terus memandang ke arah suara yang memanggil namanya. Termengah-mengah Anzalna berdiri di hadapan Adi.
“Encik Adi sorang je ke?” tanya Anzalna sambil memandang dalam kereta Adi.
“Ya. Awak buat apa kat sini?”
“Beli barang sikit kat kedai 7-e tu..”
Adi terperasan kotak kecil yang dipegang Anzalna itu adalah kotak kondom! Kenapa lah tak disimpanya di dalam kereta atau handbeg sahaja. Hmmm..
“Eh, saya dah lambat ni..” baru sahaja Adi hendak membuak pintu kereta, Anzalna memaut lengannya.
“Please!” Adi mengangkat tangannya. Kemudian dia terus masuk ke dalam kereta.
Anzalna hanya diam dan memandang sahaja.
********************
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebaik sahaja sampai di halaman rumah, kelihatan Zizan setia menanti dengan motor kapcainya. Jantung Aaron berdebar-debar. Dia tidak suka ada pencabar selepas dirinya.
“Pak Cik..”tegur Zizan lalu mengucup tangan Pak Hassan.
“Amboi! Tadi solat surau tak?” tanya Pak Hassan sambil membasuh kakinya sebelum masuk ke dalam rumah.
“Saya solat kat rumah ja tadi. Tak sempat..”
Pak Hassan menggelengkan kepalanya.
“Jangan lama-lama sangat sembang dengan Damia tu!” kata Pak Hassan lalu masuk ke dalam rumah bersama Mak Mah.
Aaron yang dari tadi tidak kelip matanya memandang Zizan semakin rapat berdiri di sebelah Damia. Damia pelik. Semakin rapat Aaron menghampiri dirinya, semakin jauh dia berganjak.
“Tak nak kenalkan aku ke sape sebelah ngko ni?” tanya Zizan yang berseluar paras lutut itu.
“Oh, lupa pula aku nak kenalkan. Ni Aaron, kawan aku..” Damia perkenalkan Aaron pada Zizan.
“Aaron.. saya, Zizan..” Zizan menghulurkan tangannya untuk dijabat.
Aaron memandang dengan penuh serius. Dia membalas jabat tangan Zizan itu. Zizan sedaya upaya senyum pada Aaron namun langsung tidak dibalasnya.
“Lama ke ngko kat sini?” tanya Zizan yang mula rasa kurang selesa apabila Aaron tidak henti memandangnya seperti mahu membahamnya.
“Kejap je..esok aku dah nak balik. Tak boleh nak cuti buat sementara waktu ni. Kau sihat ke?”
“Damia, rasanya dah lewat malam ni.” Tiba-tiba Aaron bersuara. Nampak airmukanya sedikit cemburu melihat kemesraan Zizan dan Damia.
Damia dan Zizan saling berpandangan. Kemudian Damia memandang Aaron.
“I nak borak dengan Zizan kejap.” Jawab Damia.
“Udah-udah la tuuu! Damia, masuk!” jerit Pak Hassan dari dalam rumah.
Aaron dan Damia saling berpandangan kembali.
“Betul tak apa yang I cakap?” Aaron kemudian memandang Zizan.
“Sori, Zizan. Aku masuk dulu..” Damia masuk ke dalam rumah meninggalkan Aaron dan Zizan berdua di luar.
“Aku tak kenal pun kau siapa dan aku langsung tak nak kenal kau pun! Tolong jangan ganggu Damia lagi..” Aaron memberi amaran.
Kemudian dia masuk ke dalam rumah. Zizan hanya memandang tanpa bersuara. Dia menghidupkan enjin motornya.
“Sebelum dia kenal kau, dia kenal aku dulu tau!” Zizan mencebik.
********************
|
|
|
|
|
|
|
|
Hehehe...bestt citer nih...ada sambungan lagi tak....
cemburu nampak sangat si Aaron nih.....
|
|
|
|
|
|
|
|
cegitu posted on 20-8-2013 01:08 PM
Hehehe...bestt citer nih...ada sambungan lagi tak....
cemburu nampak sangat si Aaron nih.....
jap smbung ckit lg |
|
|
|
|
|
|
|
Sebaik sahaja Damia yang baru sahaja keluar dari dapur yang mahu menuju ke biliknya, dia di sapa oleh Pak Hassan.
“Sini kejap, Damia. Ayah nak tanya sesuatu..” panggil Pak Hassan
Damia baru teringat akan kata ayahnya yang mahu berjumpa dengannya selepas solat maghrib tadi. Tanpa sebarang bantahan, Damia berjalan lalu duduk bersebelahan ayahnya. Aaron yang tidak mahu masuk campur hal keluarga itu masuk ke dalam bilik dan mencuri dengar melalui pintu bilik sahaja. Mak Mah datang dengan membawa secawan kopi untuk suaminya.
“Sean mana?” tanya Pak Hassan dengan wajah yang serius.
Damia memandang wajah ayah dan ibunya. Dia melepaskan nafasnya perlahan-lahan.
“Mia dah putus dengan Sean..” Damia berterus terang.
Aaron yang mencuri dengar itu pun turut melepaskan nafasnya. Dia berpeluang besar dapatkan Damia!
“Astaghfirullah.. Kenapa ni, Damia? Budak Sean tu kan baik.. Ayah suka dia. Mak kau ni pun siap berangan dah si Sean tu jadi menantu dia..” ujar Pak Hassan yang tahu Aaron sedang mencuri dengar perbualan mereka pada ketika itu.
“Ha? Baik sangat ke Sean tu?” bisik hati Aaron.
“Tak ada jodoh, ayah. Nak buat macam mana?” Jawab Damia lemah. Pak Hassan tak tahu yang punca terputusnya ikatan cinta ini adalah kerana Sean sendiri.
“Sekarang ni patah tumbuh, hilang berganti la erk?” sindir Pak Hassan.
“Ayah tak suka Aaron ke?” Damia mula dapat rasakan yang ayahnya itu kurang senang apabila bersama Aaron.
“Bukan ayah tak sukakan dia, tapi…” Pak Hassan memandang Mak Mah.
“Fikir baik-baik, sayang. Ayah dan mak sayang sangat-sangat kat Damia. Buat keputusan yang terbaik.” Mak Mah menyambung ayat suaminya itu.
Damia tahu ayahnya, Pak Hassan pandai membaca isi hati manusia dan pandai ‘scan’ pemikiran manusia. Hasil belajar dari arwah datuknya suatu ketika dahulu. Adakah Aaron bukan lelaki yang terbaik untuknya? Tetapi dia sudah mula jatuh hati dengan lelaki itu!
Aaron menelan air liur. Adakah dia gagal sebelum bertempur? Apa dia perlu buat?
********************
|
|
|
|
|
|
|
|
Pada keesokkan paginya setelah siap berkemas dan bersarapan pagi, Damia bersalaman dengan ayah dan ibunya. Mak Mah menangis. Dipeluk erat anak gadisnya itu.
“Jaga diri ya, Damia.” Pesan Mak Mah yang terlalu sayangkan Damia itu.
Damia terhangguk-hangguk. Aaron yang baru menyimpan beg pakaian di dalam bonet itu hanya memerhati dari jauh.
“Kalau lelaki tu betol-betol nak dekat anak ayah ni, minta dia berubah! Semalam ayah gertak dia sikit minta dia imamkan solat isyak pun dia dah menggelabah. Ayah tak suka. Dia sepatutnya jadi imam yang terbaik untuk anak ayah..” kata Pak Hassan merujuk pada Aaron dengan nada perlahan.
Pak Hassan memang suka akan Sean. Jauh beza Sean dengan Aaron. Namun apa kan daya, jodoh anaknya dengan Sean tidak panjang. Dia redha!
“Maafkan Damia ya, mak..ayah. Nanti ada kelapangan Damia balik jenguk mak ayah lagi. Assalammualaikum..” Damia mengucup sekali lagi tangan ayah dan ibunya itu.
Aaron berjalan perlahan ke arah Pak Hassan dan Mak Mah. Dia bersalaman dengan Pak Hassan.
“Terima kasih, mak cik..pak cik kerana menumpangkan saya semalaman di sini.” Ujar Aaron lembut walaupun dia tahu dirinya masih belum dapat diterima oleh keluarga Damia.
“Ya, sama-sama. Nanti ada masa, datanglah lagi ke rumah pak cik dan mak cik ni ya..” pelawa Mak Mah sambil mengesat airmatanya.
“Insyaallah..” Aaron dan Damia sama-sama masuk ke dalam kereta.
Aaron menghidupkan enjin kereta.
“Mia pergi dulu ya, mak..ayah..”
Mereka melambai tangan dan berlalu pergi meninggalkan kampung Damia itu. Damia mengesat airmatanya manakala Aaron diam.
********************
Sunyi sepi! Sesekali Aaron memandang Damia yang diam seribu bahasa itu.
“Teringatkan Sean ke?” tanya Aaron memecah kesuyian.
Damia terus memandang Aaron.
“Kenapa dengan U ni?” Damia meninggikan sedikit suaranya.
“I tak sehebat Sean kan? Bukan main mak and ayah U sanjung mamat tu!”
“Stop it! U tak ada hak nak libatkan mak dan ayah I dalam hal ni!!”
“Tak yah nak jerit sangat la.. I bukan pekak lagi”
“Berhenti!” arah Damia yang sudah hilang sabar itu.
Aaron masih memandu tanpa menghiraukan arahan Damia itu. Damia geram. Dia menolak dan menampar badan Aaron yang sasa itu. Aaron terpaksa menghentikan kereta Damia itu di bahu jalan. Handbreak diangkat.
“U ni dah kenapa?! Penampar mau?!” Aaron kasar. Dia menunjukkan penamparnya tepat di hadapan muka Damia.
Jantung Damia berdegup laju. Nafasnya turun naik. Begitu baran sekali Aaron saat itu!
“Kalau excident tadi macam mana? Tak ada otak nak fikir?!” marah Aaron lagi.
Perlahan-lahan airmata mula mengalir membasahi pipi Damia yang gebu itu. Tidak pernah seumur hidup dia dimarahi sebegitu. Lelaki seperti ini kah yang nak dibuat suami? Sanggupkah dia menerima lelaki yang baran seperti ini?
********************
|
|
|
|
|
|
|
|
eeiii baran la aaron nie...xmo laaa
nak org lain jadik hero
|
|
|
|
|
|
|
|
Damia and adi? |
|
|
|
|
|
|
|
baran sgt si Aaron neh.jgnlah damia pilih Aaron,kang x pepasal,mkn tangan kaki plak damia tu.harap2 sean cepat btindak rebut hati damia semula.. |
|
|
|
|
|
|
|
Setibanya sampai di rumah Aaron, Aaron mematikan enjin kereta Damia yang dipandunya itu.Damia masih lagi diam. Mungkin terkejut dimarah Aaron tadi. Aaron dengan perlahan-lahan menoleh memandang Damia. Dia cuba memegang tangan Damia, namun Damia sempat mengelak.
"I minta maaf, Damia.." Aaron mengaku kesalahannya.
Damia masih diam membisu. Dan masih lagi terpaku memandang ke hadapan. Aaron faham Damia masih kesal dengan tindakannya tadi. Dia membuka pintu kereta dan mengambil beg pakaiannya di dalam bonet kereta. Damia keluar dari keretanya dan duduk di bahagian pemandu.
Aaron berjalan menuju ke Damia.
"U masih marahkan I ke?" tanya Aaron lembut.
"I nak kunci kereta I balik" minta Damia yang langsung tidak memandang wajah Aaron.
Aaron faham sekarang. Dengan itu, segera dia menghulurkan kembali kunci kereta Damia itu. Damia menyambutnya dan terus menghidupkan enjin kereta. Tanpa sepatah kata, dia terus beredar meninggalkan Aaron.
"Maafkan I, Damia.." ucap Aaron sendirian.
********************
Damia cuba mengosongkan fikirannya buat seketika waktu. Handphone juga dimatikan. Tanpa berhenti di mana-mana, dia terus pulang ke rumah. Mahu berehat sepuasnya. Esok Isnin! Berdoa diberi kekuatan untuk pergi kerja esok harinya.
Setibanya dia sampai di perkarangan rumahnya, dia ternampak sebuah kereta yang amat dikenalinya memarking di hadapan rumahnya. Tuan kereta tersebut yang tadi menyandar di keretanya terus berdiri pacak apabila ternampak akan dirinya. Jantung Damia berdegup kencang kembali. Kenangan lalu mula ligat bermain difikirannya.
Damia memarking keretanya di sebelah kereta lelaki tersebut. Dia keluar lalu berjalan ke arah lelaki itu dengan wajah yang cukup serius.
"Nak apa lagi ni?!" Marah Damia sambil menolak bahu Sean.
Sean menahan tangisnya. Menggeletar tanggannya ketika itu.
"Buat apa awak datang jumpa saya lagi? Untuk sakitkan hati saya?! Tolong laaa.. pergi.." rayu Damia yang sudah kebasahan airmata itu.
Sean menguatkan dirinya. Dipautnya lengan Damia. Mereka berdua bertentangan mata.
"Saya masih sayangkan awak..seperti dulu. Hadirnya saya ke sini bukanlah untuk melukakan hati awak. Saya menyesal dengan keputusan saya. Betul-betul menyesal!" ujar Sean lemah.
Damia diam.
"Damia, ini adalah kali terakhir saya jumpa awak. Lepas ni, saya takkan ganggu awak lagi. Saya akan pergi buat selamanya. Jadikanlah kenangan kita dahulu sebagai kenangan yang terindah .Dan, saya doakan awak bahagia selepas ini. Bahagia dengan suami yang tersayang dan suami itu sudah tentu bukan saya."
Damia sudah tidak tahan menahan sebaknya.
"Jaga diri baik-baik, sayang. Maafkan saya.."
Sean menggenggam kuat tangan Damia dan terus meleraikannya dan terus masuk ke dalam kereta. Tanpa menoleh memandang Damia, dia terus beredar.
Damia jatuh terduduk. Dia kaku! Tidak tahu apa yang perlu dicakapkannya lagi.
"Berikanlah aku kekuatan, Ya Allah.." bisik hati Damia. |
|
|
|
|
|
|
|
Jam hampir menunjukkan pukul 9.00 malam. Dari petang sehingga sekarang Aaron tidak putus menghubungi Damia yang masih tidak terjawab itu.
"On handphone la Damia oiii!!"Aaron terus membaling handphonenya itu ke arah televisyen 40' nya itu. Mujur tak pecah.
Dada Aaron turun naik menahan marah. Tiba-tiba handphone yang dibalingnya itu berdering.
"Damia?"
Dengan cepat Aaron mengambil handphonenya itu kembali. Kecewa! Rupanya Adi.
"Ada apa?" tanya Aaron ringkas.
"Mak ai.. Salam apa pun tak de ni. Period ke?" Adi cuba membuat lawak.
"Aku tak ada masa nak bergurau ok?"
"Sabar. Kau kat mana ni? Nak aku datang jumpa kau ke?"
"Jumpa tempat biasa la.."
"Ok."
Aaron mematikan talian. Dia mencapai kunci kereta dan jacket kulitnya lalu keluar dari rumah.
********************
Damia terjaga dari tidurnya. Damia yang masih belum mandi dan tukar pakaian dari pagi tadi rasa kurang selesa. Dia duduk di atas katil yang empuk itu. Tiba-tiba dia rasa tidak sedap badan. Diletaknya belakang tapak tangan di lehernya. Panas!
"Sudahhh.. mc la aku esok nampaknya." Damia bangun lalu mencapai tuala lalu masuk ke dalam bilik air.
Sebelum dia masuk ke dalam bilik air, dia terpandang handphonenya yang terletak di atas meja soleknya itu. Masih terpadam.
"Aku perlu call mak. Nanti dia risau pulak.."
Damia mengambil handphonenya lalu 'on' kan handphonenya kembali. Waa.. banyaknya mesej 'missed call' masuk. Semua dari siapa? Dari Aaron la kan? Hihihi
Damia menggelengkan kepalanya. Dia terus sahaja menghubungi ibunya di kampung. Dengan cepat panggilannya dijawab.
"Assalammualaikum, mak.."
"Waalaikumussalam.."
"Mia, ni mak.."
"Tahu.. Nape lambat sangat telefon mak ni? Risau mak.."
"Bateri ni dah kong!" tipu Damia. Terpaksa kerana tidak mahu ibunya itu bertambah risau.
"Dah makan ke?"
"Belum lagi, mak. Baru bangun tidur. Sampai saja kat rumah tadi, terus tidur. Letih sangat rasa badan ni.."
"Yelah, rehat-rehat lah dulu. Esok nak keje kan?"
"Ok. Mak jaga dir baik-baik tau.."
"Damia pun."
Talian dimatikan. Dia betul-betul rasa tak sedap badan. Dia mengambil tuala mandi yang diletaknya atas katil itu lalu masuk ke dalam bilik air.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aaron keluar dari keretanya. Terus dia masuk ke dalam Restoran Nasi Kandar Munawarrah itu. Kelihatan Adi yang suka senyum menampakkan lesung pipitnya yang membuatkan dirinya bertambah kacak itu! Dia bangun. Dia bersalaman dengan Aaron. Kemudian mereka duduk bertentangan.
Seorang mamak datang untuk mengambil order.
"Kasi saya teh tarik.. Makan sekejap lagi." kata Aaron sembil mengeluarkan sebatang rokok dari poket jacket kulitnya itu.
Mamak itu terus beredar setelah mengambil order. Adi menggelengkan kepalanya.
"Berhentilah hisap rokok tu, sahabat.." tegur Adi lalu meneguk kopi 'o' panas yang telah dipesannya tadi.
"Tak hisap rokok, aku nak hisap ape?" tanya Aaron lalu menghidupkan rokoknya itu.
Asap disembur ke atas.
"Macam ada masalah je.." tanya Adi setelah melihat raut wajah Aaron yang tidak keruan itu.
Aaron mengetuk abu rokok di tempat abu rokok yang berbentuk bola itu.
"Walau apa cara sekalipun, aku mesti dapatkan Damia juga.."
Aaron dan Adi bertentangan mata. Adi diam. Hanya mahu mendengar Aaron meluahkan perasaannya.
"Aku baru balik dari kampung Damia sebenarnya.."
"Ha?"
"Yelah..nak kenal lebih rapat kan? Tapi macam ada problem sikit la dari mak ayah dia tu.."
"Problem dari segi apa?"
"Sean!"
"Sean?"
"Bekas kekasih Damia tu. Mak ayah dia suka jantan tu!"
"Tapi dia orang kan dah putus. Apa yang kau nak takut?"
"Itu ok lagi. Ni yang buat aku menyesal ni. Masa balik dari kampung dia tu tadi.."
"Haaaa..kau jangan bagi tahu aku yang kau buat dia yang pelik-pelik haaa.."
"Dengar aku cakap dulu!"
"Ok..ok. Jangan marah.."
Aaron mengeluh. Adi menggelengkan kepalanya. Perangai Aaron yang panas baran itu masih belum berubah.
"Aku marah dia tadi. Yelah, dia tolak-tolaknya aku. Kalau excident macam mana?"
"Dia tolak sebab apa? Mesti kau ada cakap apa-apa kat dia kan?"
"Aku ungkit nama Sean depan dia."
"Kan? Please la, Aaron. Kalau kau sayang dia, tolong jaga hati dia.."
"Aku tak boleh la dengar nama jantan tu!"
"Yang kau stress sangat ni ape hal? Damia pun dah cakap kan, dia dah tak nak laki tu dah kan?"
"Susah la nak amik hati mak ayah dia.."
"Take time."
"Dah tak ada masa dah weiii!!" Aaron mengetuk meja makan dihadapannya itu sehingga gelas kopi 'o' Adi itu bergegar.
Aaron memalingkan mukanya ke arah belakang.
"Teh tarik aku mana oii!!! Lembap buat kerja tak payah kerja la oiii!!" jerit Aaron yang sudah kemerahan mukanya menahan marah yang tak sudah.
Adi diam malas hendak melayan karenah baran sahabatnya itu. |
|
|
|
|
|
|
|
iskkkk baran sesangat pastu xleh control aaron neh
jgn kwn dgn aaron la damia
kalo adi tu ok gak
reject trus ....huhhh xsuke |
|
|
|
|
|
|
|
Sambungan TT? seronok membaca
tapi seriusly tak suka lelaki panas baran macam Aaron ni |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|