GuaAnakMelaka posted on 23-8-2013 04:15 PM
botul3......timokaseh....
Bagus ahhh..terus menulis, tak semua org tahu belaka ada bidang yg dia lemah,masing2 ada kepandaian dan kekurangan sendiri..
bab panaskan injin tadi.. aku sokong ke panaskan injin, tapi jangan rem minyak masa panas, keta ni pantang rem.panaskan pun jgn lama2 1-2 minit dah cukup.
Dlm dunia pemotoran,semua syarikat kereta berlumba-lumba merekacipta kereta yang bukan shj laju tp selamat.Hakikatnya tiada 1 pun kereta yg laju boleh selamat.bak kata omputih speed kill.
Sebuah kereta boleh memecut selaju 352 kilometer sejam dengan harga jualan RM15 juta.Namun, tiga saja kereta Lamborghini Veneno itu akan dikeluar dan dijual. Kereta itu yang disifatkan sebagai ‘kereta lumba yang dibenarkan di jalan raya’ sudah mempunyai pembeli. Kereta itu dibina khusus meraikan ulang tahun kelima syarikat kereta Itali itu dan setiap satu mempunyai warna berbeza, berdasarkan warna bendera Itali iaitu hijau, putih dan merah.
Kereta dua tempat duduk itu dijana enjin petrol 12 silinder 6.5 liter yang boleh menghasilkan 750 kuasa kuda serta mempunyai gear manual tujuh kelajuan.
Persoalannya,adakah manusia berani memecut 352 km sejam di jalan raya?Jk di litar lumba tiada masalah...
Bicara kelajuan,cuba hayati kisah ini yg aku dpt dlm internet..
Seorang Polis Traffik, Kawan Baiknya & Sehelai Surat Saman, Renung2kan...
Pada Suatu Hari.......
Dari kejauhan, lampu lalulintas di satu persimpangan itu masih menyala hijau.
Harun segera menekan pedal minyak kenderaannya. Dia tak mau terlambat.
Apalagi ia tahu penempatan di situ cukup padat sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama.
Kebetulan jalan di depannya agak lengang. Lampu berganti kuning.
Hati Harun berdebar berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera.
Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala.
Harun bimbang, haruskah ia berhenti atau terus saja.
"Ah, takkan nak brake mendadak," fikirnya sambil terus memandu laju.
Priiiiiiiiiiiiiiit! Di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikan tangan memintanya berhenti.
Harun menepikan kenderaannya agak jauh sambil mengumpat dalam hati.
Dari cermin pandang sisi ia melihat pegawai polis itu. Wajahnya tak terlalu asing baginya.
Jamal rupanya! Sahabat baiknya semasa di sekolah menengah dulu.
Hati Harun agak lega. Dia cepat cepat keluar sambil melambai mesra.
"Pekabo, Jamal! Lamanya tak jumpa...last jumpa masa aku kawen dulu"
"Aku baik je." Tanpa senyum.
"Alahai...aku ndak cepat nih. Bini aku dah lama menunggu di rumah."
"Oh ye ke?" Nampaknya Jamal ragu.
"Ye la Mal, hari ini bini aku punya birthday. Dia dan anak-anak sudah menyiapkan semuanya.
Tentu aku tidak boleh terlambat, kawan-kawannya pun sedang menunggu "
"Aku paham. Tapi, sebenarnya aku dah lama peratikan kau...selalu sgt kau langgar lampu merah di persimpangan ini."
Harun mesti ganti strategi.
"Jadi, kau nak menyaman aku ker? Tapi tadi aku tidak melanggar lampu merah.
Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala."
Berdusta sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun.
"Ok. Sebenarnya aku nampak jelas. Tolong keluarkan lesen dan kad pengenalan."
Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk ke
dalam kenderaan dan menutup kaca tingkapnya. Sementara itu Jamal menulis sesuatu di buku catatannya.
Beberapa saat kemudian Jamal mengetuk kaca tingkap kereta harun.
Harun memandang wajah Jamal dengan penuh kecewa.
Diturunkan tingkap sedikit saja.
"Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman." Fikir Harun.
Tanpa berkata-kata Jamal terus kembali ke tempat dia bertugas.
Harun mengambil surat saman yang diselitkan Jamal.
Tapi, hei apa ini. Ternyata lesen memandu dan ic dikembalikan bersama sebuah nota.
Kenapa ia tidak menyaman aku. Lalu nota ini apa? Semacam gurauan atau apa?
Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang berisi tulisan tangan Jamal.
"Harun...
Kau tahu kan aku dulu ada seorang anak perempuan dan seorang isteri yang cantik.
Sayang, mereka sudah meninggal dunia.
Dilanggar pemandu yang tidak memperdulikan lampu merah di persimpangan ini.
Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan.
Sekarang pemandu itu bebas bertemu isteri dan memeluk ketiga2 anaknya lagi.
Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini aku sendirian menyesali peristiwa itu.
Yang pergi tidak akan kembali lagi.
Beberapa kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar.
Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri memandu seperti pemandu itu.
Aku kecewa teramat sgt.
Berhati-hatilah ketika memandu Run" - Jamal
Harun terkedu. Ia segera keluar dari kenderaan mencari Jamal.
Namun, Jamal sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas.
Sepanjang jalan pulang ia memandu perlahan dengan hati tak tentu sambil berharap kesalahannya dimaafkan.
Tak semestinya anggapan kita adalah sama dengan pengertian orang lain.
Boleh jadi suka kita adalah duka rakan kita.
Moral cerita ini:
Hidup ini sangat berharga, jalanilah dengan penuh hati-hati, mengerti perasaan orang lain dan bertimbangrasa.
aku masih ingat masa kursus JPJ dulu,pegawai JPJ tanya tayar kereta ada bp?ada yg jwb 4...ada yg jwb 5...
yg betulnya 5 la sbb tayar spare ada sebiji....kalau tayau treler berbelas2 kot hahaha...
dulu aku pn x faham pasal tayau nie..aku tahu kalu angin kurg pi pam je..bila botak pi tukau baru...
Kita perlu kenal maklumat tayar.Artikel Harian Metro ini banyak membantu kita :
Contoh maklumat pada permukaan sisi tayar :
175/70R13/82H
- lebar permukaan bawah tayar : 175 mm
- lebar permukaan sisi tayar : 70 mm
- jejari : R
- diameter rim : 13 inchi
- indeks muatan & symbol kelajuan : 82H
� indeks muatan 82 = tayar itu boleh menampung muatan 475 kg
� indeks muatan 71 = 345 kg
� indeks muatan 125 = 1,677 kg
� simbol H = kelajuan maksimum dgn tayar tersebut ialah 210 km/h
SENARAI KOT:
S - 180 km/j
T - 190 km/j
U - 200 km/j
H - 210 km/j
V - 240 km/j
Z - melebihi had laju 240 km/j
W - 270 km/j
Y - 300 km/j
ZR - untuk tayar yang mengatasi kelajuan 270 km/j keatas
TREADWEAR 240 TRACTION A TEMPERATURE A 1905
- kadar kehausan bunga tayar : 240 (semakin tinggi nilai, semakin lambat haus)
- kekuatan cengkaman tayar : TRACTION A (paling bagus AA diikuti A, B & C)
- ketahanan suhu : TEMPERATURE A
� A : kawasan panas
� B : kawasan bercuaca normal
� C : kawasan sejuk
- tarikh pembuatan : 1905
�
dua no pertama = minggu keberapa dibuat (dari minggu 1 � 52) jika 19
maka tayar itu dibuat pada minggu ke-19 atau minggu ke-2 bulan mei.
� Dua no terakhir = tahun ia dibuat. Jika 05 maka dibuat pada 2005.
Ramai mengatakan tayau buatan Jepang adalah baik,namun hakikatnya cuaca di sana berbeza dgn sini...
Tayau buatan Jepang lbh cepat haus sbb cuaca negara kita.
kebiasaannya tayau boleh digunakan selama 4 tahun dr tarikh dikilangkan.Maka kita perlu membelek tarikh pembuatan yang ada di tayau.
Selepas 4 tahun tayau mudah botak.
Antara panduan dr mekanik adalah :
PERTAMA
Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.
KEDUA
Selepas mendapat saiz sesuai,Perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun).
Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, ia hanya boleh bertahan selama dua tahun selepas dikilangkan.
KETIGA
Mengenai saiz, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.
KEEMPAT
Kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import. Bagaimanapun, kebanyakan tayar berkenaan dibuat berdasarkan iklim dan apabila digunakan di Malaysia yang panas terik, jangka hayatnya lebih pendek.
KELIMA
Tayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang.
KEENAM
Sekiranya kadar kehausan bunga di bahagian tepi kiri dan kanan lebih cepat berbanding di tengah, ini bermaksud selama tekanan angin tayar kurang.
KETUJUH
Pastikan tayar yg baik berada di depan..
Ramai x ambil berat dgn tekanan angin tayar :
Jk tayau makan di bahagian tengah bermakna tekanan tayau terlalu tinggi.
manakala bahagian tepi tayau makan lebih banyak berkemungkinan angin tayau terlalu kurang atau tak sekata.
~Fuel consumption (penggunaan minyak petrol) pun akan jadi tinggi kalau angin tayau kurang .
Tayau ni salah satu komponen penting kete kiter..so belajau la mengenai tayau kete..
Wheel balancing: while wheels and tires are machine made, and theoretically uniform, in reality there are slight irregularities that make them slightly heavier on one side than the other. think of what happens when a washing machine has an unbalanced load. in a car, it is a little more subtle than that, but it does affect both the quality of the handling, and the wear of the tires. after the tires are put on the wheels, a "spin balancer" analyzes the heavy spots, and guides the serviceman to put weights on the wheel, so it is perfectly in balance (or close to it)
Wheel alignment: obviously, your car rolls best with all four wheels straight up and down, and all facing in the same direction. despite being made of lots of steel, the suspension components actually deform slightly over the life of the car, and so they are made so there can be slight adjustments. wheel alignment is simply making those adjustments so that the wheels are all facing in almost exactly the same direction.
(there are some slight bits of fine tuning made to keep the car handling well, but they are not critical to the explanation.)
wheel balancing should be performed every time a tire is installed on a wheel.
alignment only needs to be performed if there is reason to assume the suspension components have been affected, such as if there has been a significant impact, (hit a huge pothole at high speed) or tire wear is becoming uneven. (for example, my work truck wore out the outside edges of the last set of tires before the rest)
kredit to : askville.com
ni aku ambik dr blog firestartingautomobil
Tip Aligment & Balancing Tayar Kereta
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ Buat alignment Tayar
Alignment ni istilah teknikalnya...car/handling/suspension geometry setting.
dimana dua tayar di depan diselaraskan untuk sama rata masa driving (maksudnya lurus kedepan) dan tayar belakang pula sama lurus dengan tayar depan supaya serentak semasa on the road.Kalau allignment lari,buat lah balik allignment . Cuma allignment ni bergantung pada steering rack.Adalah disarankan setiap 3,000 - 5,000 km buat alignment sekali. _______________________________
TOE-in TOE- out
Alignment juga kita sebut sebagai adjust TOE untuk kesemua 4 tayar axle depan dan belakang.. tapi axle belakang tu tidak lah semua model boleh adjust bergantung kepada sistem suspensinya
TOE maksudnya adalah berapa banyak tayar terkangkang keluar atau masuk. TOE ni ada dua iaitu Toe in ( tayar terkangkang kedalam ) dan Toe Out (tayar terkangkang keluar) ini kalau kita tengok dari hadapan kereta lah...Biasanya adjust TOE harganya lingkungan RM15 ke RM25 saja _______________________________
Caster Dan Camber
1)CASTER= yang pakai mesin pastu dia tembak light antara kedua tayar supaya selari lepas tu dia adjust nut untuk bagi selaras balik.Tapi bagi sesetengah kereta caster biasanya dah tetap dari kilang dan tidak boleh diubah
_______________________________
2) CAMBER= pula adalah sebanyak mana tayar terkangkang keluar atau masuk dipandang dari depan samaada dengan menambah screw camber yang boleh adjust.. kalau tengok tayar kereta kangkang semacam tu haa kena buat camber la tu. Nak tau bila kena buat wheel alingment? Kalau kita lepas steering then kereta kita ke kanan or kekiri.. Biasanya adjust CAMBER ni lebih kurang dalam RM15 ke RM20 pertayar _______________________________ Tanda-tanda CAMBER ada kemungkinan lari
1) mungkin camber lari semasa langgar lubang yang kuat
2) Kalau nampak tepi tayar tu dah berbulu je. ( tayar dah makan sebelah )
3) Cuba try pusing steering kekiri dan kekanan semasa kereta kereta berhenti atau selekoh. Kalau rasa tak sama berat, contohnya kekanan lebih berat daripada kekiri, atau steering dah senget sebelah ajerr
Pergi hantar check kat kedai tayar la jawabnya.
Selalunya kereta standard screw camber specs kilang berbentuk bolt dengan batang beralur dengan kepala bentuk segienam tu. manakala nut pula adalah pengikat, bentuk segienam dengan alur di tengah-tengahnya. fixed camber standard screw camber specs kilang dalam bentuk -0.5 degree camber _______________________________
Perbezaan antara camber screw biasa dengan adjustable camber
A) kalau kereta kita dah buat lowered kasi rendah, ada pakai spring sport, absorber sport yang tapak rendah, atau spring potong atau sport rim besar ... kedai tayar selalunya akan advicemenukar camber screw asal standard -0.5 degree itu kepada adjustable camber -1.5 degree.. Hahadjustable camber -1.5 degree ni mahal sikit harganya sebatang RM 15-25... kadang kala kedai tayar ni sembelih harga mahal.. Itu baru harga bolt, belum masuk upah tau ..Selalunya pekerja kedai tayar akan cakap kat kita “ Hallo bos. camber sudah lari, mau setting kasi betol balik. satu tayar RM 25 linggit ooo...”
B) Kalau Kereta Standart tak ada lowered-lowered tak pernah tukar absorber selain absorber standard, spring pun standart kilang punya pakai camber screw biasa-biasa ajer (-0.05 degree ) tak perlulah pakai yang jenis adjustable chamber (-1.5 degree punya ) suruh ajer kedai tayar tengok keadaan senget tu macam mana.. negative or positive kemudian buat correction screw camber asal, kasi straight balik.. bleh la pakai...
Cuba minta orang kedai tayar yang sedang buat alignment jelaskan (explain) apa maksud gambarajah dan angka-angka di skrin komputer wheel alignment tersebut. Tanya mekanik tu dulu maybe ada sebab lain kalau tak buat ada effecnya akan berlaku
-Tayar botak tak sekata ke ? atau
-Jalan kena selalu pegang steering ke? atau
-Memastikan sentuhan tayar di jalan raya dalam keadaan sudut yg sepatutnya.
Hah ... Selalu kita serah bulat-bulat kat kedai tayar... mana lah kita tak kena sembelih harga... tak tau pun apa sebab yang dibuat alignment tu... _______________________________
Bacaan berdasarkan reading kat skrin komputer wheel alignment tersebut
A) unit ukuran TOE biasanya dalam mm.
ada juga yang guna degree.
TOE 0 mm bermaksud tayar tegak lurus ke arah depan.
TOE +5mm bermaksud tayar terkangkang keluar sebanyak 5mm dari hub.
TOE -5mm bermaksud tayar terkangkang masuk sebanyak 5mm dari hub.
B) unit ukuran CAMBER adalah degree.
CAMBER 0 degree bermaksud tayar tegak ke atas.
CAMBER -1.0 degree bermaksud bahagian atas tayar masuk ke dalam sebanyak 1 degree.
CAMBER +1.0 degree bermaksud bahagian atas tayar keluar ke luar sebanyak 1 degree.
Ini cuma agak-agak ajer (kalau salah tolong bagi tau yerr) Tengok computer screen tu contohnya..kiraan nya tayar kiri atau kanan kalau boleh mesti sama condong.. Tapi payah nak dapat.. sebabnya tayar kita tu memang dah makan sebelah... tu yang payah nak dapat perfect
A) kalau duduk dalam petak hijau contohnya .. selalu nya antara tolerence +0.1 hingga ke -1.5 degree masih kira ok lagi lah...tapi kalau kanan condong sangat(-ne) dan terkankang dari kiri.. steering akan berat sebelah.. kalau lepas stering kereta akan kekiri.. dan sebaliknya..
B) kalau duduk dalam petak merah contohnya.. camber kereta tersebut memang sudah lari, masuk ke dalam ruangan "merah" di luar toleransi camber yang dibenarkan. tentukan perbezaan antara kiri kanan tak lebih dari 0.5 kira masih ok lah tuu..
Kadang kala walau pun merah pun tayar kiri lebih sikit tak apa tak menjejaskan dan memberi effect sangat pada tayar, tapi tentukan every 10,000km rotate tayar.. _______________________________ Buat balancing tayar
Balancing pula imbangan tayar beserta rim. ini nak make sure putaran tayar beserta rim ini adalah seimbang pada paksi putarannya (pada hub tayar).Kalau rim keluar kilang memang ok...cuma tayar ada tolerance pembuatan. so, kena buat balancing. Over the time pun kena buat juga sebab tayar dah lusuh...luar dan dalam tak sama kadar hausnya. Balancing tayar ni disarankan setiap enam bulan.
Kalau masa bawak kereta steering gegar.. pegi kedai tayar mintak buat balancing mungkin sebab tayar kita berpusing tak seragam atau tak smooth la.kalau tak nak buat?steering akan sentiasa bergegar.. tangan nak pegang pun penat.
Ok pasal steering gegar ada satu masalah lagi yang mungkin berkaitan iaitu ada kemungkinan sport rim dah bengkok..
Apa ciri-ciri yang anda rasa pada kereta anda jika sportrim bengkok :
1. Steering bergegar (stereng jadi gegar gile bila speed 110.)
2. Dashboard bergegar
3. Tayar berbonjol
4. Cermin tingkap bergegar
5. Satu kereta bergegar (paling teruk)
Hantar ke bengkel engineering. (biasanya diorang boleh buat). Ia mengambil masa lebih kurang 1/2 hari utk disiapkan bergantung pada bengkel. Diorang akan bakar sportrim tu kalau bengkok teruk sangat untuk bulatkan balik. So,stanby je la kalau warna pada sportrim tu akan hilang sebab diorang bakar. Kalau tak berapa teruk,diorang akan ketuk je dan lay sedikit pada bahagian yang berbonjol. Tapi hasilnya tak la perfect macam beli sportrim baru. Cuma sedap la sikit kalau nak pakai. . Kos lebih kurang RM50-RM100 bergantung pada bengkel. _______________________________
PESANAN KAMI.. Cuba bayangkan kereta, apabila tak pernah nak buat alignment, camber lari habis, Mungkin risikonya lebih besar lagi nanti… So janganlah kita suka ambil ringan ...kalau tayar dah terkelepet atau terkepak terkeluar macam kat gambar atas tu... pulak tu masa drive kereta laju... Boleh accident tau..
Adakah kita selalu atau pernah sekurang-kurangnya sekali setahun menjenguk tayar ‘spare’ kenderaan kita?
1 – Tiada makna jika tayar ‘spare’ yang kita bawa, sebenarnya tiada angin di dalamnya. Tayar gantian ini perlu diperiksa sekurang-kurang 2 bulan sekali kerana kemungkinan ia akan kempis dengan sendirinya memang berlaku.
2- Ada beranggapan, membawa tayar gantian hanya memberatkan kenderaan mereka atau memakan ruang pada bahagian bonet kereta. Itu susah untuk dijawab mengenainya.
3- Tiada makna juga membawa tayar gantian, tetapi peralatan untuk menukar tayar seperti pemulas nat, ‘jack’, atau besi pemulas ‘jack’ tidak dibawa.
4- Masih ada sedikit makna jika semua peralatan dan tayar gantian ada serta dalam keadaan baik, tetapi kita tidak tahu bagaimana cara untuk menukar tayar. Ada yang beranggapan, ramai yang akan membantu, dan ada pula yang merasa jijik atau kotor untuk menukar sendiri tayar tersebut.
5- Bantuan dari pelbagai pihak seperti AAM jika kita menjadi ahli memang boleh di dapati, tetapi risikonya mungkin bantuan lambat sampai, sedangkan jika kita melakukannya sendiri, mungkin tidak sampai 15 minit akan siap.
6-Bagaimana jika berlaku di kawasan pedalaman, kawasan tiada liputan bantuan kecemasan atau juga di kawasan yang tiada kedai tayar .
7- Jika di lebuhraya, bantuan dari pihak lebuhraya mungkin boleh sampai segera, tetapi jika tiada tayar gantian, bagaimana anda hendak menjawabnya…
8- Awas, banyak kes-kes terutama di lebuhraya, pemandu yang menukar tayar , dirempuh kenderaan lain sehingga meragut nyawa.
9. Dengan harga tidak sampai RM100 seunit, sebuah pam tayar menggunakan ‘cigarette-lighter’ sebagai punca kuasa, mampu menyelamatkan keadaan, terutama jika tayar gantian tiada angin. Ia juga boleh digunakan untuk berbakti kepada pemandu lain yang memerlukan bantuan. Belilah satu sebagai persediaan.
Nota – Tayar gantian pada kenderaan model keluaran baru sekarang , saiznya tidak sama dengan tayar asal, dan ianya hanya digunakan untuk anda boleh sampai ke kedai tayar untuk melakukan gantian tayar yang rosak sebelumnya. Ia bukan untuk digunakan untuk kegunaan biasa atau harian. Pemanduan juga tidak digalakkan melebihi 60km/jam.
sila lakukan segera pemeriksaan pada tayar gantian anda samada ianya ada angin atau tidak, termasuk peralatannya sekali.
Yang penting, sebenarnya kenderaan anda ada atau tidak tayar gantian itu…
ada kete yg tayau spare kat bawah bonet,bkn dlm bonet....ada kes berlaku tayau spare tercabut dan pemlik keta x menyedarinya tk memandu ...kalau kenderaan lain spt motor trlanggau mmg bahaya siot...jk kete jenis tayau spare cam 2,rajin2 la periksa....
kita jgn fikir keselamatan kia je..keselamatan org lain penting jg...
kalau beli kete baghu mmg ada buku manual....kalu kete second-hand mmg xda...x taw la kalu owner lama tu baik hati simpan baik2 n masih simpan dlm kete...kalu beli kete Proton ,pi je beli kat Proton branch..
Buku manual sbnrnya mmberi panduan ringkas penjagaan kereta...wlupun x byk,sdkt byk ilmu kita dpt penjagaan kete kita.
The gear position sensor, typically located on the transmission selector shaft or steering column mounting, consists of a series of switches, or electronic devices that either direct or divert power to circuits. These switches send information to the transmission control module regarding the current position of the gearshift.
Starter Operation
The gear position sensor contains a neutral safety switch which receives voltage from the starter solenoid once the key turns to the "start" position in the ignition. The neutral safety switch turns off operation of the starter if the vehicle's transmission is placed in any gear other than park or neutral. This prevents the engine from starting while the transmission is in an incorrect gear.
Considerations
Gear position sensor failure can make transmission shifting difficult or cause the car not to start. Failure may be indicated by a "check engine" light, which should be checked by a certified mechanic.
ni keta KIA punya la....rege bawah RM100..kete lain x taw pulak...
BAB 13 : tanda-tanda gearbox rosak dan auto transmisi
Masalah gearbox ini amat kerap berlaku dan paling menyusahkan bila gear jadi tidak terkawal bilamana sering saja bertukar dengan sendiri.Ini bukan saja terjadi kepada kereta auto malah ia juga kerap berlaku pada kereta gear manual.Masalah pertukaran gear yang tidak menentu dan biasa berlaku adalah dari gear 5 ke 4 dan dari 3 ke 2 untuk gear manual dan banyak berlaku dari 4 ke 3 untuk gear auto.
Masalah demikian biasa dirujuk sebagai slip gear dan ini sebenarnya adalah masalah yang disebabkan oleh faktor-faktor penyelenggaraan kereta yang tidak teratur oleh pengguna seperti:-
1.Lambat menukar minyak gear
2.Tidak pernah tukar filter auto
3.Tidak pernah melihat/memeriksa paras minyak gear
4.Membiarkan mounting gearbox pecah tidak ditukar
5.Mengabaikan kebocoran minyak gear dari seal gearbox
6. Tidak pernah menambah minyak gear
Faktor-faktor begini adalah sebab utama mengapa slip transmisi mudah berlaku lebih-lebih lagi untuk kereta auto.Keadaan begini juga biasa terdapat tanda-tanda awal slip transmisi akan berlaku.Tanda-tanda seperti:-
1.Gear susah masuk (biasanya untuk gear manual)
2.Pada awal transmisi untuk auto terdapat sentakan yang agak kuat (contoh dari N ke D atau dari P ke D )
3.Terdapat 'freeplay' (ruang pertukaran gear ) yang agak lama samada dari 1 ke 2,2 ke 3 dan 3 ke 4.
4.Kereta berbunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku
5.Rpm yang jadi tinggi tidak kembali asal setelah gear auto bertukar
6.Berbunyi hentakan seperti 'DUK' setiap kali gear auto bertukar
7.Gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.
Tanda-tanda seperti di atas adalah tanda-tanda awal slip transmisi (auto slip transmission ) akan berlaku dan jika keadaan ini dibiarkan ia akan ketahap maksima dimana pengguna terpaksa menukar keseluruhan kotak gear yang memungkinkan penambahan kos yang lebih tinggi.
Bagaimana ia boleh dibaiki dengan cepat dengan menggunakan kos yang rendah?Cara yang murah tetapi berkesan selain daripada menukar gearbox untuk kereta auto apabila berlaku tanda-tanda sedemikian adalah dengan membuat keseluruhan penyelenggaraan seperti berikut :-
1.Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter
2.Tukar minyak auto
3.Tukar mounting gearbox
4.Tukar pin pada panel gear
5.Tukar kedua-dua oil seal gearbox
Untuk pengguna gear manual cara yang paling mudah adalah dengan menukar minyak gear seterusnya mounting dan kabel gear.Ada juga yang biasa berlaku air masuk ke ruang gearbox dan membentuk kotoran seterusnya menjadikan gear bertukar dan menggerakan tombol gear ke FREE.
Masalah begini hanya dapat dikawal dengan membuang semua minyak gear dan memasukan minyak gear semula dan dibuangkan.oil seal gearbox juga wajib ditukar dan speedometer harus diperiksa untuk memastikan air tidak berjaya menembusi speedometer ketika mencuci enjin atau melanggar becak yang besar.
Ep90 adalah minyak gear yang paling sesuai untuk gear manual dan EP120 untuk auto tramnsmisi.Untuk kereta lama EP140 adalah minyak gear yang biasa digunakan.
Mileage yang amat sesuai unytuk menukar minyak gear auto dan manual adalah setiap 40000 kilometer ataupun setiap dua kali servis untuk minyak enjin 10000 kilometer.Untuk menukar minyak auto pada 40000 kilometer penggunaan adalah WAJIB untuk mengelakan keadaan slip transmisi berlaku.
“Bagi orang yang hendak bersafar disunnahkan ketika pertama kali meletakkan kaki untuk menaiki kendaraan membaca BISMILLAH (بِسْمِ اللهِ ) “Dengan menyebut nama Allah” (Dalam riwayat at-Tirmidzi, membaca “Bismillah” tiga kali, lihat Shahih Sunan at-Tirmidzi III/420 no. 3446)
“Segala puji hanya milik Allah, ( Maha Suci Rabb yang menundukkan kendaraan ini untuk kami, sedangkan sebelumnya kami tidak mampu. Dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Rabb kami (di hari Kiamat). Segala puji hanya milik Allah, Segala puji hanya milik Allah, Segala puji hanya milik Allah, Allah Mahabesar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Mahasuci Engkau, Ya Allah. Sesungguhnya aku telah menganiaya diriku, maka ampunilah aku, karena sesungguhnya tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau.” (HR. Abu Daud no. 2602, at-Tirmidzi no. 3446, al-Hakim II/99, Ahmad takhrij Ahmad Syakir no. 753, Hadits ini Sohih Lihat Silsilah Ahaadits as-Shahiihah no. 1653)
Post time 30-8-2013 11:11 AMFrom the mobile phone|Show all posts
pasal gearbox kete aku pernah kena masa memula beli kete.masuk gear rpm naik tinggi baru tukar.duk rem2 gak nak bg tukar.bawak gi servis centre dorang ckp gearbox leaked.mujur dlm waranty lg.so FOC jek..