CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AdAkAmA

Bagaimana mendekati manusia paling buruk perangai

[Copy link]
Post time 26-9-2013 09:04 PM | Show all posts
Bismillah

aqal , budi dan hati.

Iman seorang manusia mmg ada turun naik mcm graf stock market,tp bkn mcm harga petrol yg mmg sentiasa akan naik tp takkan turun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-9-2013 11:24 PM | Show all posts
mr_evergreen posted on 26-9-2013 09:04 PM
Bismillah

aqal , budi dan hati.

bergantung iman manusia itu pada maksud mendengar dan taat pada perintah Allah. jika tidak mendengar dan taat, itu dinamakan orang2 yg dimurkai Allah. jika mendengar akan tetapi tidak taat, itu dinamakan orang2 yg sesat. bertepatan dengan apa yg kita baca pada surah Alfatihah. jalan yg lurus itu apa yg dimaksudkan petunjuk Allah di dalam Alquran dan Sunnah dalam erti kata mendengar dan taat yg dirujuk olehNya sebagai orang2 yg beriman kepadaNya.

biar saya perjelaskan makna golongan 72 yg dimasukkan ke dalam neraka dan 1 golongan yg terselamat dari azab neraka. golongan 72 itu dari kalangan mereka2 yg tidak beriman kepada petunjuk Allah yg merujuk kepada perkara hukum, iaitu mereka2 yg gemar mengingkari salah satu dari perkara ini

A) hukum makhluk yg bergelar manusia itu terbahagi kepada 2 perkara :
1) hukum akal
2) hukum hati

B) hukum dari segi pembalasan itu terbahagi kepada 2 perkara :
1) hukum kebaikkan
2) hukum keburukkan

C) hukum dari segi penerimaan itu terbahagi kepada 2 perkara :
1) hukum kebaikkan
2) hukum keburukkan

kenapa mereka2 ini dikatakan tidak beriman (ingkar pada ketetapan Allah) ? dalil :
                Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?         
                     (Al-Jaathiyah 45:23)

bagaimana orang yg beriman itu mengetahui seseorang itu disesatkan olehNya? mudah aje, jika dirinya diganggu jin, maka dirinya akan bersangka2 dan menerima bisikan syaitan sebagai sebab untuk menghukum tanpa merujuk terus kepada petunjukNya. inilah tanda orang2 yg disesatkan olehNya atas pilihannya sendiri.

ketahuilah,

pada akal itu terdapat 3 hukum, pada hati terdapat 6 hukum, pada pembalasan hukum terdapat 2 dan pada penerimaan hukum terdapat 2 hukum.
maka 3 darab 6 darab 2 darab 2 = 72 golongan yg tidak beriman yg mengingkari ketetapan Allah dalam bentuk perbuatan, kata-kata dan niat (akidah). saya boleh beri contoh jika kamu tidak faham.

ketahuilah
pembalasan dari Allah terhadap sekelian hambaNya yg Dia kehendaki adalah yg terbaik pada diri orang2 yg beriman samaada baik ataupun buruk. inilah yg dimaksudkan ujian.
pembalasan dari manusia ke atas manusia/makhluk ciptaanNya bila mengikut apa yg ditetapkan hukum olehNya samaada baik ataupun buruk Dialah pencipta alam seisiNya. inilah yg dimaksudkan kasih sayang.

ketahuilah
penerimaan dari Allah terhadap hambaNya itu adalah yg terbaik pada diri orang2 yg beriman samaada baik ataupun buruk. inilah yg dimaksudkan redha.
penerimaan dari manusia ke atas manusia/makhluk bila mengikut apa yg ditetapkan hukum olehNya samaada baik ataupun buruk Dialah pencipta alam seisiNya. inilah yg dimaksudkan ikhlas

orang yg beriman itu percaya apa yg dimaksudkan petunjuk Alquran dan Sunnah dalam kehidupannya tanpa mengingkari salah satu dari apa yg dimaksudkan hukum yg telah dinyatakan di atas ini. maka golongan yg beriman itu berakhlak menurut apa yg diperintahkan olehNya pada maksud apa yg disyariatkan olehNya berdasarkan petunjukNya.

orang yg beriman itu teramat baik pada sisiNya. musuh orang2 kafir itu adalah orang2 yg beriman sedangkan orang2 yg beriman itu tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa melainkan jika diperintahkan olehNya menurut undang2 dan ketetapanNya. orang yg beriman itu dipenuhi dengan kasih sayang berbanding kebencian. orang yg beriman itu berihsan. orang yg beriman itu sentiasa dinanti2 doanya olehNya tatkala mereka2 ini berada di dunia bergantung pada ilmu dan amalnya. orang yg beriman itu hanya takut perkataan ini "mati dalam keadaan dimurkai Allah".

apa yg anda terangkan itu sebahagian kecil dari ilmuNya. saya sudah menyatakan dalil yg jelas makna iman yg mencakupi siapa manusia yg dimaksudkan beriman pada sisiNya. barang sesiapa yg ingin membawa dakwah, dakwahlah jika kamu benar2 beriman kepada keterangan Allah selagi mana manusia yg didakwah itu tidak mengikut apa yg diperintahkan olehNya. bukankah itu lebih baik dari berkata2 sehingga lupa diri sendiri mengingkari ketetapan Allah?

mari kita jawab bersama2 :
siapakah manusia yg paling bodoh di atas muka bumi hari ini? iaitu manusia yg mengingkari ketetapan Allah ataupun manusia yg memperbetulkan perkara mengingkari ketetapan Allah? bodoh itu suatu bentuk keburukkan. adakah boleh kita mengatakan orang yg memperbetulkan akhak itu bodoh? atau lebih menarik, kita mengatakan orang yg memperbetulkan akhlak itu dengki? jika tidak berubah perkara yg buruk sambil mengingkari ketetapan Allah, bolehkah manusia2 ini dikategorikan beriman kepada Allah (berakhlak seperti mana yg Allah perintahkan)?

sepatutnya, jika orang berkata adakah kamu bodoh (beriman)?
jawablah dengan akal yg waras : saya tidak bodoh. kenapa kamu berkata saya bodoh?
jawapan dari orang yg tahu  : bodoh itu hanya orang2 yg mengingkari ketetapan Allah sambil melakukan kerosakkan di atas muka bumi tanpa dirinya sedari. tidakkah bodoh jika seseorang itu mahu masuk ke neraka walaupun sudah diperingatkan berkali2? berbaloikah berbicara dengan orang2 yg kufur padaNya sedangkan Dia telah menerangkan apa yg diperlukan kepada sesiapa juga yg mahu beriman kepadaNya? amatlah bodoh orang yg tetap dengan pendirian mengingkari ketetapan Allah sambil menambahkan kekufurannya (menghina orang2 yg beriman)

jika perlu dalil, saya boleh attachkan. sesungguhnya orang yg bodoh tidak sedar dirinya bodoh walaupun dirinya mempunyai segulung ijazah 4 pointer sekalipun di atas muka bumi ini dalam bidang pengajian ilmu Alquran dan Sunnah, ketahuilah, Allah hanya memandang iman manusia kepadaNya atau sebaliknya.

Last edited by AdAkAmA on 26-9-2013 11:38 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2013 11:31 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 26-9-2013 08:51 PM
Apa yg membuatkan akal tu menampakkan iman?
- musykil ni...

soalan dari orang yg bodoh yg mahu saya mengingkari ketetapan Allah. sorry tanya orang lain jika kamu tidak mahu beriman kepada Allah.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2013 11:42 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 26-9-2013 08:47 PM
Yg cth tu semua pn jelas-nyata belaka.
Yg samar² tu mcm mana?

boleh saya tahu apa yg kamu tahu perihal samar2 jika itu jawapan kamu? adakah kamu beriman kepada Allah dan Rasul2nya? jawablah jika kamu mengaku beriman kepada Allah.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2013 11:47 PM | Show all posts
untuk mendekati orang yg tidak beriman itu mudah aje jika beriman kepada Allah. akan tetapi untuk menjadikan orang2 yg tidak beriman itu beriman kepada Allah, jawapan ini atas pilihan diri manusia itu sendiri samaada mahu mendengar dan taat kepadaNya menurut undang2 dan ketetapanNya ataupun sebaliknya. Last edited by AdAkAmA on 26-9-2013 11:50 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2013 11:52 PM | Show all posts
Bismillah


jgn pulak kita jadi org yg menguji Iman yg lain,siapa kita nak menguji ?


selepas menguji kita nak mendakwa pulak,siapa kita ?


adakah kita penguji dan pendakwa yg suka mentertawakan org yg lurus utk gembirakan hati sendiri ?


layakkah kita menjadi penguji dan pendakwa ?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2013 11:56 PM | Show all posts
AdAkAmA posted on 26-9-2013 02:18 PM
bagaimana membentuk akhlak jika tidak beriman kepada Allah? boleh kamu nyatakan dalilnya? dan saya ...

tajuk topik..adalah bagaimana mendekati manusia yang tak beriman....even dalam content ada tanya definasi iman....

so saya cuma menjawab tajuk topik je...

org yg beriman pastinya berakhlak mulia kannn....org yg beriman je akan cuba mendekati org yg tak beriman...dgn niat supaya dia pun beriman...

org yg betul2 beriman..pasti mempunyai akhlak yg mulia...akhlak yg mulia...akan dapat dilihat oleh mata kasar...manusia mudah percaya apa yg boleh dilihatnya...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2013 12:01 AM | Show all posts
akula203 posted on 26-9-2013 11:56 PM
tajuk topik..adalah bagaimana mendekati manusia yang tak beriman....even dalam content ada tanya d ...

menarik bila saya membaca. adakah kamu tidak tahu membaca? tidakkah menggunakan id yg sama itu merupakan perbuatan yg samar2? sebelum terlupa :

1) orang yg beriman pasti dimenangkan olehNya kerana itu janjiNya
2) orang yg kufur itu pasti dibinasakan olehNya kerana itu janjiNya

ada lagi soalan lain kerana kamu seakan2 dah mati akal wahai orang yg mengurus selia server ini?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-9-2013 12:07 AM | Show all posts
sebenarnya saya sedang berbicara dengan 1 orang manusia yg tidak mahu mentaati perintah Allah. gunalah id banyak mana pun, jika sekadar mendengar akan tetapi tidak mentaati perintah Allah, samalah seperti binatang ternakan, malah binatang ternakan itu lebih baik dari apa yg dimaksudkan orang2 yg tidak mahu beriman kepada petunjukNya.

ada soalan lagi kerana saya sedang menarik 1 orang aje untuk berbicara topik ini. ada lagi ke orang lain yg ingin test ilmu yg ada pada dirinya berbanding ilmuNya?

orang yg mempergunakan ilmuNya menurut hukum hawa nafsu berbeza dengan orang yg memberi peringatan mengenai ilmuNya atas maksud ketaatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2013 12:10 AM | Show all posts
mr_evergreen posted on 25-9-2013 04:49 PM
Bismillah

saya syorkan kamu amalkan doa ini.

saya cadangkan kamu mendengar dan taat pada perintah Allah terlebih dahulu sebelum memberikan sebarang doa kerana apa yg saya doakan lebih baik dari apa yg kamu nyatakan.

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 12:19 AM | Show all posts
Bismillah


selepas kita berjaya menjadi penguji dan pendakwa.


tentu kita bercita-cita nak jadi penghukum pulak,tak gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 12:26 AM | Show all posts
AdAkAmA posted on 27-9-2013 12:10 AM
saya cadangkan kamu mendengar dan taat pada perintah Allah terlebih dahulu sebelum memberikan seba ...

Bismillahiamanabillah

saya terima cadangan itu.

kamu tak perlu risau sekiranya saya yg buat aniaya pada kamu,amalkan saja apa doa yg kamu suka dan kamu faham.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 07:17 AM | Show all posts
salam

  • cari persamaan ..
  • jangan cari perbezaan ..

orang² yang cari persamaan ..
  • adalah orang² yang mencari persahabatan ..

orang² yang cari perbezaan ..
  • adalah orang² yang  mencari permusohan ..

wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 08:26 AM | Show all posts
AdAkAmA posted on 26-9-2013 11:31 PM
soalan dari orang yg bodoh yg mahu saya mengingkari ketetapan Allah. sorry tanya orang lain jika k ...

Tak tahu kot?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 08:29 AM | Show all posts
AdAkAmA posted on 26-9-2013 11:42 PM
boleh saya tahu apa yg kamu tahu perihal samar2 jika itu jawapan kamu? adakah kamu beriman kepada  ...

Jika panadol itu ubat begitu juga madu
- yg satu tu jelas nyata dtgnya dan lagi satu tu plk 'i'm not sure' dan 'i have no idea'...

Boleh x?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2013 04:27 AM From the mobile phone | Show all posts
GiQ posted on 24-9-2013 09:45 PM
Alhamdulillah,

Andai ada seorang kristian yakin akan ujudnya tuhan yg ESA.. ada kah dia itu di kl ...

Petikan terjemahan Al-Qur'an, Surah AL-An'am, Ayat-125 dan 126, Berbunyi ;

Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah pertunjuk kepadanya....... nescaya Ia melapangkan dadanya, membuka hatinya untuk menerima Islam;
dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya...........nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit, dengan susah payahnya......
Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2013 04:32 AM From the mobile phone | Show all posts
....sambungan Ayat-126, Berbunyi ;

Dan inilah jalan Tuhanmu, Ugama Islam yang Betul Lurus.....
Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu.......bagi kaum yang mahu beringat  Insaf  
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2013 05:29 AM From the mobile phone | Show all posts
lavendernovella posted on 24-9-2013 04:44 PM
Saya pon x  berpa pandai dlm soal agama ni tpi saya ada cadangan sikit, Belajar agama dgn ustaz2, i  ...

Pd pendapat saya, Berguru....... ..dengan niat ........untuk mencari sebanyak mana ilmu itu tidak menjadi Kesalahan ........kerana Manusia dikurniakan Akal .......utk menimbang jalan mana yg lebih Baik utk diambiL........Bagi saya, ilmu itu umpama .........Pelita yang menerangi Kehidupan.....Pepatah islam pun ada menyatakan.........Carilah ilmu sehingga ke negara Cina......Wallahu'alam......
Buat renungan, Terjemahan AL-Qur'an, Surah A-Li 'Imraan, Ayat-7 dan 8, Berbunyi ;
Dialah yang menurunkan kepadamu ( wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Qur'an. Sebahagian Besar dari Al-Qur'an itu ialah ayat2 ( Muhkamaat) yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya;
ayat2 Muhkamaat itu ialah ibu atau pokok isi Al-Qur'an.

Dan yang lain lagi ialah ayat2 ( Mutasyaabihaat) yang samar-samar, tidak terang maksudnya. Oleh sebab itu, timbullah fahaman yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing;
adapun orang2 yg ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yg samar2 dari Al-Qur'an untuk mencari fitnah dan mencari-cari Ta'wilnya, memutarkan maksudnya menurut yang disukainya.
Padahal tidak ada yang mengetahui Ta'wilnya, tafsir maksudnya yang sebenar melainkan Allah.

Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu2 ugama berkata, 'Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami'.
Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang2 yang berfikiran.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2013 05:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Terjemahan AL-Qur'an, Surah An-Nisaa', Ayat-59, Berbunyi ;

Wahai orang2 yg beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada  Uli'l-Amri, orang2 yang berkuasa dari kalangan kamu.
Kemudian jika kamu berbantah-bantah, berselisihan dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Kitab Allah Al-Qur'an dan Sunnah Rasulnya,
jika kamu benar2 beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, dan lebih elok pula kesudahannya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2013 06:19 AM | Show all posts
AdAkAmA posted on 25-9-2013 01:02 PM
hamba Allah mana hebat. yg bukan hamba Allah lah yg hebat kerana Dia sudah menyatakan dengan jelas ...

Alhamdulillah...

Kamu beriman direct pada ALLAH ??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.054487 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list