CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: miawpink

[Tempatan] siling Hospital Serdang runtuh

[Copy link]
Post time 30-9-2013 01:41 PM | Show all posts
gambor mana gambor....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2013 02:19 PM | Show all posts
cakap pasal hospital serdang ni, aku pernah bermalam kat sana masa baby jaundice.

katil kat wad paed utk mak2 yg anak dia warded tak cukup.

aku baru 3 hari bersalin, terpaksa tido duduk atas sofa

sedih sangat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2013 09:03 AM | Show all posts
Siling wad bersalin terjatuh


SERDANG - Suasana di Wad Bersalin Hospital Serdang di sini kecoh apabila tiga keping siling plaster di wad berkenaan terjatuh awal pagi semalam.

Insiden pada pukul 3 pagi itu adalah yang ketiga membabitkan hospital berkenaan selepas ia dibuka sejak tahun 2005.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan ketika kejadian semalam kerana lokasi runtuhan adalah berdekatan tempat pendaftaran pesakit.

Ketika kejadian, seramai lapan pesakit ditempatkan di wad tersebut dengan diselia enam jururawat wanita.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 8.htm#ixzz2gQasJSDN
Hakcipta terpelihara

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2013 09:06 AM | Show all posts
Siling Hospital Serdang runtuh lagi
Serdang: Siling Hospital Serdang, di sini, runtuh lagi, namun kali ini ia membabitkan siling di bahagian kaunter pendaftaran Dewan Bersalin hospital berkenaan, awal pagi semalam.

Kejadian jam 4 pagi itu kali ketiga dilaporkan berlaku dalam tempoh tiga tahun iaitu kali pertama pada 29 Januari 2011 membabitkan siling laluan pintu masuk utama dan kali kedua pada 13 Ogos tahun lalu di kaunter jururawat wad kecemasan.


Harian Metro difahamkan, hospital berkenaan siap dibina lapan tahun lalu dengan kos lebih RM600 juta.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, beberapa jururawat yang sedang bertugas di tingkat dua mendengar dentuman dan sebaik keluar melihat tiga keping siling jatuh ke lantai.


“Hasil pemeriksaan, runtuhan yang berlaku di bahagian kaunter itu tidak membabitkan kakitangan dan pesakit. Siasatan masih diteruskan.


“Pihak hospital menutup laluan berkenaan kepada orang awam. Pihak penyelenggara juga difahamkan sudah membaik pulih siling itu,” katanya.

Tinjauan Harian Metro sehingga jam 2 petang semalam mendapati pengurusan hospital masih menutup laluan berkenaan dan pengawal keselamatan mengawal ketat laluan itu bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.


Harian Metro difahamkan, kerja membaik pulih siling berkenaan sedang dilakukan dan dijangka siap dalam masa singkat sebelum laluan itu dibuka semula.

Pengarahnya, Datuk Dr Ardi Awang ketika dihubungi memberitahu hanya membabitkan runtuhan kecil dan tiada kecederaan dilaporkan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/01

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2013 09:07 AM | Show all posts
Siling Hospital Serdang Runtuh

SERDANG: Tiga jururawat dan seorang pegawai perubatan wanita Jabatan Kecemasan Hospital Serdang cedera selepas 15 keping papan siling bersaiz 2 kali 2 kaki di jabatan itu runtuh pada 2.45 pagi Isnin.

Pengarah Hospital Serdang Datuk Dr Ardi Awang berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas satu skru yang mengikat lantai siling itu tercabut, menyebabkan siling yang bercantum antara satu sama lain runtuh serentak.

"Ketika kejadian, terdapat tiga jururawat wanita dan seorang pegawai perubatan wanita berusia 20-an sedang betugas di bahagian kaunter meja jururawat manakala pesakit berada di bilik masing-masing.

"Runtuhan itu menyebabkan seorang jururawat menerima jahitan di tangan manakala yang lain cedera di kepala dan belakang badan," katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian.

Beliau berkata semua mangsa yang cedera menerima rawatan pesakit luar dan kembali menjalankan tugas masing-masing.

Dr Ardi berkata kerja pembaikan siling dijalankan sejak 8 pagi dan berakhir 4 petang tadi tanpa menjejaskan urusan pentadbiran hospital itu.

Beliau berkata barang yang rosak dalam kejadian itu ialah sebuah peralatan melihat salinan sinar-X.

"Kita masih mengkaji punca sebenar kejadian dan memantau keseluruhan kawasan itu... pemeriksaan yang lebih rapi selepas ini akan memastikan tidak ada lagi runtuhan siling berlaku," katanya.

Ini merupakan kejadian kedua di Hospital Serdang, yang beroperasi sejak Disember 2005, selepas insiden siling di kawasan lobi utama runtuh pada Januari tahun lepas.


sumber= mstar online
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2013 09:08 AM | Show all posts
Laporan Siling Runtuh Di Hospital Serdang Diserah Kepada Jab Kesihatan Selangor, Kementerian
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Laporan siasatan awal berhubung kejadian siling runtuh di ruang temu bual Pusat Saringan Pesakit (PAC) Hospital Serdang Isninj diserah kepada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Kementerian Kesihatan.

Pengarah Hospital Serdang Datuk Dr Ardi Awang, dalam satu kenyataan, menyebut kawasan siling runtuh dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu melibatkan keluasan 8 kaki x 12 kaki persegi.

Beliau berkata ketika kejadian, terdapat lapan pesakit dan enam petugas di kawasan sekitar.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dan perkhidmatan di PAC masih berjalan seperti biasa, katanya.

"Siasatan awal telah dijalankan dan laporan lengkap telah diberi kepada pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya," katanya.

-- BERNAMA

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-10-2013 09:10 AM | Show all posts
SUBRAMANIAM MAHU LAPORAN TERPERINCI INSIDEN SILING RUNTUH HOSPITAL SERDANG
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.
Subramaniam meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) menjalankan pemeriksaan menyeluruh
di Hospital Serdang bagi memastikan struktur binaannya selamat berikutan
kejadian siling runtuh baru-baru ini.


Beliau berkata kementeriannya amat prihatin dalam soal itu dan kedua-dua
pihak iaitu hospital dan JKR diminta mengemukakan laporan lengkap berhubung
kejadian berkenaan.


"Daripada laporan itu, kita akan mengetahui jika terdapat standard pembinaan
bermutu rendah sehingga menyebabkan kejadian ini berlaku," katanya kepada
pemberita di lobi Parlimen hari ini.


Beberapa bahagian siling di wad bersalin Hospital Serdang runtuh pada 2.55
pagi hari ini. Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan.
Ini adalah insiden ketiga selepas sebahagian siling runtuh di wad kecemasan
hospital berkenaan dalam bulan Ogos tahun lepas dan di lobi utama pada Januari
2011.


Subramaniam berkata kementerian akan mengambil tindakan sewajarnya jika
punca runtuhan itu adalah disebabkan mutu kerja yang rendah oleh kontraktor.
-- BERNAMA
SSS NJ JM SBB

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 10:17 AM | Show all posts
Selagi tak dak yg mati di Hospital Serdang atau di Terengganu darul runtuh itu, selagi itu la tak akan nampak kerajaan bersungguh -sungguh nak dakwa kontraktor-kontraktor ini. Setakat hantar laporan sana, hantar laporan sini, cakap bagi dekat SPRM, 2-3 minggu lepas tu senyap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2013 10:19 AM | Show all posts
rumah uncle saya baru dua bulan di duduki..masa tengah tidur siling dalam bilik anak dia terjatuhhempap badan anak dia..nasib baik tak cedera sebab masa tu anak dia letak bantal d dada..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2013 10:47 AM | Show all posts
Ceiling falls down - again

Reporters were denied access to information on the ceiling collapse at the hospital’s maternity ward.


KUALA LUMPUR: The Serdang Hospital has been shamed for a third time, when its ceiling structure came crashing.

In the latest incident early yesterday morning, parts of the ceiling at the hospital’s maternity ward collapsed at 2.55am.

According to Bernama, no one was injured in the event.

The Star visited the hospital yesterday afternoon, but was denied access to information by staff at the hospital. A security guard also prevented photographers from going near the scene.

It was the third ceiling collapse in as many years for the eight-year-old hospital.

The first occurred on Jan 30, 2011 in the main lobby. No one was injured as it occurred at about midnight.

On Aug 13 last year, three nurses and a female medical officer at the Emergency Department were injured after 15 ceiling pieces measuring 2 ft x 2 ft each collapsed.

The hospital had reportedly cost RM690mil to build and is one of the e-hospital networks envisioned by the Government.

Works Minister Datuk Fadillah Yusof was not amused and said the building contractor would be hauled to court if he was found to be responsible for the latest ceiling collapse.

“I will leave it to my team of experts and I am waiting for their report first,” he said at the Parliament lobby yesterday.

Health Minister Datuk Seri Dr S. Subramaniam has ordered a probe into the incident.

“We take a very serious view in the quality of work by the contactors. We have requested the Hospital and JKR (Public Works Department) to submit a report of the incident to us,” he said.

“The areas which we are concerned about are the design, structure and the work standards of the contractor.”

On the roof collapse of the Kampung Tebauk Mosque in Bukit Tunggal, Hulu Terengganu on Sunday, Fadillah said the mosque was not under his ministry’s purview as it was a state government managed project.

Earlier at the Parliament lobby, two Terengganu PAS MPs called on the Government to disclose the identity of the contractor of the mosque.

Kuala Nerus MP Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri and Kuala Terengganu MP Datuk Raja Bahrin Raja Ahmad said the authorities had not learnt from past mistakes.


sumber= the star
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.209457 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list