CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anishacute

[SERAM PENDEK]batu cincin pontianak

[Copy link]
Post time 19-11-2013 10:56 PM | Show all posts
xde sambungan lg ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2013 01:11 AM | Show all posts
salimrock posted on 19-11-2013 10:37 PM
ohh..wa penah tgk 1 cerita melayu..mcm ni jugak la jln cerita dia..malam2 ada antu@ awek dtg...apa n ...

movie Sini Ada Hantu kan. Fasha Sandha jadi hantu pokok pisang tu. filem Thai pun ada cerita pasal hantu pokok pisang ni, sama je kekdahnya ikat tali merah pada pokok pisang sampai ke dalam bilik. malam2 ada 'awek' datang utk berasmaradana. last2 laki tu mati kurus kering. tapi tak sangka lak cik pon pun camni jugak peelnya ek? kalau dah kena paku tu lainlah hehe.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2013 02:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan part 2 ai letak kat depan. Utk next part 3 (last) ai sambung kat sini.

Sambungan..
Perancangan untuk bertemu dengan ustaz yang dimaksudkan oleh penyelia tu telah diatur tanpa pengetahuan alif. Kiranya yang ni lebih bernasib baik sebab ustaz tu setuju datang terus kerumah untuk bertemu dengan alif face to face. Seperti telah dijangka, alif seakan tau akan pekara tersebut dan x tak balik rumah pada malam yang dirancangkan tu. Puas juga kawan2nya mencari tapi tak tahu kemana menghilangnya. Kali ni alif hilang hampir 4 hari, x balik rumah, x pi keje..

Jam 5ptg.. Gempar dikilang sekali lagi apabila dapat tau alif duduk bertenggek diatas pokok ketapang di belakang kilang tu. Ada kawan2 yang dok melepak hisap rokok ternampak kelibat orang atas pokok sedang duduk mencangkung berpaut pada dahan pokok ketapang tersebut. Memang ternyata lembaga atas pokok tu adalah alif dengan susuk badan yang melidi dan tak terurus.

Hasil dari kerjasama pekerja kilang alif dapat diturunkan walaupon begitu susah nak memujuknya turun sebelum ni. Dalam keadaan merontak Alif dibawa ke bilik kecemasan untuk ditenteramkan. Pada masa sama penyelia dan kawan2 menunggu ketibaan ustaz yang di maksudkan sebelum ni.

Hanya ustaz dengan alif sahaja dibenarkan berada didalam bilik tu untuk sesi perubatan. Apa yang belaku kawan2nya taktau. Seingat kawannya, selepas sesi perubatan tu kira2 2 jam macam tu. Suasana agak bising jugak la. Seperti orang kerasukkan dalam bilik tu. Taktau la apa ustaz tu buat pada alif.

Ustaz keluar bilik dengan membawa bungkusan kecil berbalut kain hitam ditangannya. Yang pasti itu cincin yang dipakai oleh alif sebab didalam bilik alif terbaring pengsan dengan jari berdarah. Ustaz cakap dia dah ok cuma perlukan rawatan ringan untuk memulihkan semangatnya semula.

Penyelia yang rapat dengan ustaz tu ada bgtau kawan2 serumah alif tentang pekara sebenar yang terjadi. Batu cincin yang dipakai oleh alif tu mmg ada pontianak bersarang. Batu cincin tu la yang menyedut darah alif tanpa disedari selama ni. Sbb tu batu cincin tu kaler dia merah. Mujur alif sempat diselamatkan kerana makin lama batu cincin tu dijari alif makin bertambah teruk jadinya. Rupanya asal batu cincin tu tidak la semerah mana bila tidak dipakai. Bila disarungkan dijari baru boleh lihat batu cincin tu berubah warna makin pekat merahnya. Batu cincin tersebut ustaz tu dah tanam dan pagarkan di satu tempat yg tidak diketahui supaya orang tak dpt mencarinya.

Dirumah.. alif dibaringkan diruang tamu untuk sesi pemulihan. Sementara kawan2nya bersihkan bilik alif. Tiada lagi racauan atau pekara pelik sebelum ini terjadi. Alif nampak makin bermaya walaupon masih belum mampu bangun sehari lepas kejadian tu. Ada juga kawannya perasan wajah alif lain dari yang lain. Makin fotogenik tapi sebarang editing photoshop. Mmg lain betul rupanya.

Hari kedua.. alif dah mampu bercakap dan tersenyum tapi masih belom boleh berdiri. Dan hanya mampu baring dan duduk diatas tilam. Segala urusan diuruskan oleh kawan2nya. Alif dicadangkan oleh kilang direhatkan buat sementara waktu sehingga pulih sepenuhnya. Dengan cuti yang panjang tu alif nak balik kampong berehat untuk selama2nya. Kawanya fikir alif akan berhenti kerja bila dah pulih nanti bila tedengar ayat " selama2nya " yang keluar dari mulut alif sendiri. Ada juga kawan2 nya borak2 kat belakang alif sebab rasa pelik tgk perubahan pada wajah alif makin ketara fotogeniknya. Gebu, berseri mcm tu.. mungkin proses pemulihan darah baru nak naik kat muka.. andaian kawan2nya.

Hari ketiga... ( jumaat masa tu )
Hari yang sepatutnya alif pulang kekampung. Perancangan kawan2nya untuk menghantar alif selepas solat jumaat telah diatur lewat mlm semalam. Waktu perbincangan alif turut mendengar. Nampak sayu juga kat mukanya sebab nak tinggalkan kawan2 dia yg byk bersusah payah sebelum ni. Sempat juga alif berterima kasih dan mintak maaf kerana byk menyusahkan selama ni sebelum masing2 melelapkan mata untuk menanti hari esok.

Jam 8pg. Alif dah tak bangun buat selama2nya.. ambulan sampai dan bawa kehospital utk pemeriksaan alif disahkan meninggal akibat anemia seperti apa yang tertulis pada surat pengesahan doktor.

Jenazah Alif dibawa bersama kemasjid dan diletakkan diaatu sudut bagi memberi laluan orang semayang jumaat dulu dan barulah jenazahnya disembahyangkan selepas tu sebelum dibawa kekubur utk urusan seterusnya.

Al fatihah utk m*** a*** ha****
1985-2005
Muka arwah ni ada iras2 zain raffugge skit tapi versi cerah. Tu yang ai penah minat dia masa skolah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 05:57 AM | Show all posts
sedihnya......usia aliff baru 20 tahun kot..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2013 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Yup. Lepas spm dia terus keje kilang
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
anishacute posted on 20-11-2013 02:40 AM
Sambungan part 2 ai letak kat depan. Utk next part 3 (last) ai sambung kat sini.

Sambungan..

Dia buat proses fotosintesis kot. Membuat makanan dari sinar suria. Pegi la lawat kubur dia mana tau tumbuh pokok ketapang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2013 08:28 AM | Show all posts
kesian alif... mana la nak tau yg cincin tu bole ada cik pon la pulak
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 09:46 AM | Show all posts
anishacute posted on 20-11-2013 06:26 AM
Yup. Lepas spm dia terus keje kilang

adui sedey la Anis....
Alhamdulillah dia sempat di selamatkan...
memang kuangajaq la sapa yg juai batu cincin tu!!!
Alfateha buat Alif, semoga tenang dirimu di sisiNya....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2013 10:19 AM | Show all posts
anishacute posted on 20-11-2013 02:40 AM
Sambungan part 2 ai letak kat depan. Utk next part 3 (last) ai sambung kat sini.

Sambungan..

sedih pulak aku membacenye.....

kesian aliff, nasib baik sempat dipulihkan sebelum dia 'pergi'
keluarga die memang xtau langsung keadaan alif?


Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 10:34 AM | Show all posts
adeh..sedih lak endingnya...tp menakutkan betul laaa...mmg bahaya kalau beli2 brg mcm tu kan...pernah terjadi kat salah sorang bos aku..ada org dtg kerumah jual frame yg ukiran kayu..chantek2 katanya..so isteri dia berkenan..beli laa 1..sudahnya..ada penunggu kat frame tu..abes 1 rumah kene..x pasal2 kene berubat cek punya cek ada mende dekat frame tu...mungkin mmg org yg menjual tu ada niat yg x baik di mana mmg dia kene let go mende tu dgn cara mcm tu gamaknya..berhati2 lah kalau nak membeli barang2 yg klasik2 ni..takut mmg ada mende dalam tu...huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 10:40 AM | Show all posts
yer..sedih la ending dia
hensem lak tu (menurut tt la)
nasib sempat dipulihkan...
semoga roh alif tenang di sana..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 10:50 AM | Show all posts
Al Fatihah. semuga roh beliau ditempatkan bersama hamba2 Nya yg dikasihi & di redhai.

nak citer pasal sepupu aku. masa dia pergi pasar malam, dia nampak ada sorang pak cik ni jual macam2 benda. ada akar kayu, cincin dan macam2 benda yg pelik2 etc. masa dia lalu, pak cik tu panggil dia. so dia pun berenti & gi ke tempat pak cik tu. pak cik tu bagi dia satu benda.  benda tu macam bentuk kuku binatang yg leper & kat kuku tu ada rambut2 halus warna keperangan ( dia pernah tunjuk kat aku benda alah tu sebab tu aku ingat). pak cik tu kata, benda tu memang cari sepupu aku. yg bodo nya sepupu aku ni boleh plak beli benda tu. bayar RM10 pulak tu.

sepupu aku citer, masa dia pegang benda tu, tangan dia mengiggil. dia bawak balik rumah. tapi tak ada pulak jadi apa2. tapi sekarang dia pun tak ingat benda tu dia letak mana. jangan ada yg mengikut sudah la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2013 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
edoraixora posted on 20-11-2013 10:19 AM
sedih pulak aku membacenye.....

kesian aliff, nasib baik sempat dipulihkan sebelu ...

Keluarga alif ni syak alif hisap dadah.  Sebab tu alif jarang balik kg sejak setahun dua kemudian lepas krisis syak wasangka tu.. masa tu dia dah sakit. Tak bercakap masa bertanya. Hanya senyum je.. takde plak tunjuk tanda2 meracau atau sebagainya. Hanya tperuk dalam bilik je. Alif ni anak yang baik. Sungguh pon mcm tu setiap bulan time gaji dia ada masukkan duit dalam akaun mak dia. Tu je kot yg ai tau dari cerita org kampong. Sbb time tu ai dah nikah n dok ngan husband di kl.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 11:10 AM | Show all posts
Agaknya pontianak memang pilih lelaki yg hensem je kan. jangan tersilap pilih yg 'gay' sudah la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2013 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
shanshero posted on 20-11-2013 07:49 AM
Dia buat proses fotosintesis kot. Membuat makanan dari sinar suria. Pegi la lawat kubur dia mana t ...

Raya tahun lepas ai pi kubur. Tgk kubur arwah tak bernisan. Hanya batu sungai je sebagai tanda. Takde pokok atas kuburnya. Pagar pon takde.. mulanya ai taktau kubur siapa. Lepas kawan ai yang ada kat situ bgtau. Itulah kubur alif. Ai sedekahkan al fatihah dan cucukkan pokok puding yang ai patahkan dari kubur atok ai. Arap pokok tu idup. Next year ai akan jengguk lagi kalo berkesempatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2013 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
krukx posted on 20-11-2013 11:10 AM
Agaknya pontianak memang pilih lelaki yg hensem je kan. jangan tersilap pilih yg 'gay' sudah la

Kawan ai yang cerita tu lagi hensem dari alif.. tapi tu la anak dah 5 sekarang ni. Ai rasa alif kena tipu time tu.. ntah apa la yang dihasutnya oleh penjual sampai alif boleh terbeli batu cincin tu.. taktau la alif tertarik sendiri dengan batu cincin tu sampai boleh terbeli dengan rela hati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2013 12:00 PM | Show all posts
anishacute posted on 20-11-2013 11:16 AM
Kawan ai yang cerita tu lagi hensem dari alif.. tapi tu la anak dah 5 sekarang ni. Ai rasa alif ke ...

kesian la kat alif tu...mungkin cik pon tu tarik2 alif beli cincin tu...pastu tah hape la tok moh tu cakap kat alif tu pasal gosok2 7 x dengan air mazi tu....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 12:19 PM | Show all posts
krukx posted on 20-11-2013 11:10 AM
Agaknya pontianak memang pilih lelaki yg hensem je kan. jangan tersilap pilih yg 'gay' sudah la

depa pilih yang baik, innocent, lurus.. hensem tu last la kot... tapi yang pasti innocent....

yang gay depa pun takmau.. tapi taktau la kalau pontianak pondan... hakhakhak...


Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 12:28 PM | Show all posts
anishacute posted on 20-11-2013 11:13 AM
Raya tahun lepas ai pi kubur. Tgk kubur arwah tak bernisan. Hanya batu sungai je sebagai tanda. Ta ...

u memang really minat kat dia kan... mmg ambil berat kan.. mcm sya pernah minat senior sekolah saya dulu kebetulan jiran depan rumah... macamana pun nak tahu gak hal dia terkini...

pernah sakit gak... macam sakit jiwa... kena ilmu kera lutong... orang test ilmu... smpai berenti U n masih lagi makan ubat smpai sekarang,...

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 12:52 PM | Show all posts
al fatihah buat arwah alif..sedih kisah ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.087749 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list