CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: leader79

Asrama sekolahku...

[Copy link]
Post time 27-11-2013 08:30 AM | Show all posts
rasanya TT masuk bercerita awal pagi. TT ni shift malam kot...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2013 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
leader79 posted on 27-11-2013 04:29 AM
haha.. aku rasa bukan aku sorang yang pernah pergi asrama puteri, panjat tangki air sekolah, curi  ...

Aku pun tak faham apa yg ada dalam kepala budak lelaki sampai boleh buat benda benda camtu. Zaman aku duk aspuri dulu memang ada kes aspura masuk dorm kami dan siap tidur sebelah kawan aku lg... pastu ada senior aspura kena gantung sekolah sbb makan megi atas bumbung aspura... lawak betul...

Bab lesbian tu memang ada... depan mata aku senior dorm aku bercumbu cumbuan dgn sorang freshie dorm aku... geli aku...

Anyway tak sabar nak tunggu citer tt
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 12:28 PM | Show all posts

RE: Asrama sekolahku...

leader79 posted on 27-11-2013 04:29 AM
haha.. aku rasa bukan aku sorang yang pernah pergi asrama puteri, panjat tangki air sekolah, curi  ...
makanan kat dewan makan, naik atas siling, intai bini warden, panjat pagar,dan macam-macam lagi
yang ni x tahan.... bini warden tu mude belia ker? bukan warden ni selalu da mcm bapak budak remaja ker?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2013 08:29 PM | Show all posts
kurga posted on 27-11-2013 04:28 AM
yang ni x tahan....  bini warden tu mude belia ker? bukan warden ni selalu da mcm bapak budak ...

haha.. ini antara kerja giler aku dan kawan-kawan aku yang kita orang layan jer apa yang ada..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2013 08:32 PM | Show all posts
Syumaimah posted on 27-11-2013 02:59 AM
Aku pun tak faham apa yg ada dalam kepala budak lelaki sampai boleh buat benda benda camtu. Zaman  ...

haha.. masa tu dah tak kira dah.. ada jer kerja budak2 asrama buat sebab tertekan dengan cara hidup dalam tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2013 08:57 PM | Show all posts
Malam tu sunyi sikit, aku dalam keadaan takut, merayau-rayau kat dalam aspuri. Selepas nama itik disebut berulang-ulang dengan nama betul dia dari dalam bilik air yang gelap. Aku semakin takut walaupun kami ramai. Masa tu baru datang seribu penyesalan kat hati kami. Kenapalah gatal sangat nak masuk aspuri nie. Kalau aku tidur jer kan lagi baik. Aku tanpa kata sepatah pun kat member-member aku, terus meninggalkan tempat itu. Aku dah trauma dah, dah laa.. aku sorang jer yang nampak lembaga hitam sebelum tu. Aku rasa kawan-kawan aku pun perasan, aku dah lari dulu. Aku bukannya penakut.. tapi malam tu, dah lebih dari limit aku. Cuma aku tak tahu nak keluar ikut mana yang lagi cepat dan selamat. Nak jer aku cari awek aku malam tu, nak minta tolong dia. Tapi nanti mungkin lagi kecoh kalu budak perempuan yang lain tahu..
Aku rasa member-member aku pun dah cabut, masa aku tengah panjat pagar, ikut jalan aku masuk tadi. Tiba-tiba aku terdengar orang memanggil-manggil nama aku. Eh.. nie suara orang ni. Macam kenal.. suara itik.
Tapi aku tak berani menoleh belakang.. buatnya benda tu boleh meniru suara itik nanti pengsan pulak aku kat situ. Selepas aku dah keluar sorang-sorang dari kawasan aspuri, tiba-tiba badan aku kena suluh dengan lampu suluh dari jarak jauh..
Aku tak nampak siapa sebab silau, dan aku tak peduli siapa pun. Aku terus lari masuk dalam dorm.
Kemudian bunyi siren asrama bergema dengan kuatnya, sah ada spot check..
Nie mesti nak check siapa yang tak ada dalam dorm. Nasib baik aku dah kat dalam. Tapi macam mana dengan kawan-kawan aku... Ada kat mana? kenapa sebelum nie itik panggil aku dan siapa yang suluh aku sebelum tu?....


Bersambung...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2013 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Eee TT ni suka buat aku tertunggu tunggu... cepat le sambung... saspen ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2013 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Citer citer tt buat aku terkenang saat indah masa duk asrama dulu... ada jugak kisah seram aku dlu di aspuri tp x de la sesaspen tt yg panjat aspuri tu... ada masa aku citer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2013 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kurga posted on 27-11-2013 12:28 PM
yang ni x tahan....  bini warden tu mude belia ker? bukan warden ni selalu da mcm bapak budak ...

umur2 mcm ni... mcm2 question mark ada lam kepala.. plus bosan yahamat nk main game takleh... nk tengok tv kena ramai2 lak... lagi satu sbb ada geng... kalau takde geng... tak jadi gak kan... lain la kalau nk gi merokok... sorang2 layan sikit...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2013 03:26 PM | Show all posts
Syumaimah posted on 2-12-2013 01:48 AM
Citer citer tt buat aku terkenang saat indah masa duk asrama dulu... ada jugak kisah seram aku dlu d ...

ceciter.. haha..  macam2 kenangan ngan kawan2 dulu kat hostel. sekarang tak tau lah dia orang kat mana..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2013 04:20 PM | Show all posts
Malam tu aku dah takut giler. Budak dorm yang lain tahu aku keluar. Nanti ada yang pandai-pandai pulak bagitau kat warden. Spot check kat asrama aku nie dah macam dalam penjara, disuruhnya kita duduk mencangkung dan kedua-dua tangan atas kepala sambil kepala tunduk.
Aku takut giler masa tu, dalam hati janganlah sampai kantoi. Sedang aku duduk mencangkung baru aku perasan pakaian aku tak sama macam budak lain. Aku siap pakai kasut lagi. Alamak... tak sempat aku nak tukar baju dan pakai selipar.
Masa warden nak pergi kat tempat aku berkumpul tiba-tiba warden aspuri datang. Aku nampak warden cikgu gaban ikut warden aspuri. Ah.. lega. Kat sini cikgu gaban nielah yang paling ditakuti oleh budak-budak lelaki kat sini. Kalau kena penampar memang tak ingat. Dahlah dia nie pemurah dengan penampar. Kadang-kadang belum cakap sepatah penampar dah sampai dulu.
Masa tu baru aku terfikir member-member aku yang lain, aku masih tak nampak lagi. Cikgu gaban pulak dah kat aspuri. Lepas tu hanya ketua dorm jer yang kira budak-budak dorm. Nasib baik shah, ketua dorm aku sporting. Lepas tu budak-budak lain pun bersurai.
Aku pun tukar baju dan cari jumat, itik dan yang lain lagi. Tapi nak cari kat mana, takkan aku nak tanya budak-budak lain. Karang tak pasal-pasal kontoi pulak. Budak-budak kat sini dah lah ada macam-macam jenis.  Kemudian aku nampak ada ambulans yang masuk aspuri. Nie apa kes nie, belum pernah pulak aku nampak ambulans masuk, biasanya pun naik kereta cikgu kalau nak ke hospital.


Bersambung...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2013 05:36 PM | Show all posts
sambung la cepat, tak sabar nk tau nie,
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2013 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt cepat sambung. Saspen nih
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2013 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambil sambil tunggu tt sambung sambung cerita meh saya share citer sy di aspuri tp x de la seram mana pun...

Form 4 sy sekolah di sekolah asrama penuh tp form 5 sy balik sekolah lama sbb sy tak sihat dan kena gangguan sket. Cerita ni masa sy form 5 sekolah lama. Masa tu sy ni jenis kuat semangat dan berani. Tidur pulak katil single hujung sekali tepi tingkap.  

Ingat lg masa tu kan sibuk nak spm so sy antara org yg suka stayback tp sy x stayback dlm bilik prep sbb ramai org. Sy suka stayback dan lepak dekat satu bilik basuh pakaian yg dah lama terbiar di tingkat paling atas yakni tingkat empat.

Sy berdua dgn kwn baik sy. Lepas minun mlm kami berdua akan ghaib dgn lepak dlm bilik basuh pakaian tu. Tp kami dah bersihkan dan letak meja serta kerusi. Bila bosan ngadap buku kami panjat tingkap yg tak de cermin dan lepak atas tingkap tu yg menghala ke pekan. Seronok lepak sampai lupa bahaya jika jatuh..

One day tu dlm pukul 3 pg after stayback dlm bilik rahsia kami tu kami pakat nak balik tidur. Dorm kwn sy ni tingkat 4 tp dorm sy groundfloor. So sy jalan sorg sorg dr tingkat 4 smpi groundfloor. Langsung x takut wp warden pun kena sakat. Sampai la kat depan pintu dorm tiba tiba angin bertiup kencang sgt tp sy masih rilek dan selamba masuk bilik lalu tido..

Bersambung... hehehe Last edited by Syumaimah on 2-12-2013 05:57 PM

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2013 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Dua tiga minggu kemudian tiba tiba gempar bila satu persatu budak aspuri kena rasuk dan sampai satu tahap 3 org serentak histeria. Kami yg senior ni memang kena berjaga bersama beberapa org aspura di surau. Yg kena tu pula adik angkat sy. Rupanya dia terkena. Minggu tu memang meletihkan sbb kami tak cukup tidur kena jaga budak budak aspuri yg histeria.

Masa tu semangat sy masih kuat smpi la satu hari sy demam teruk selama tiga hari. Hari keempat sy dah pulih sedikit tp masih lemah. Fenomena histeria masih jugak berlaku. Satu malam sy tidur dan sy mimpi sy dikejar kain putih mcm kain kapan. Kedian dengar suara cakap "lepas ni aku nak kau pulak". Serentak dgn itu sy kena tindih dan gigi sy terkacing kuat dan tangan sy mencekek leher sy sendiri. Syukurla ada kakak senior tersedar dan perasan keadaan sy dan kejutkan sy. Sy cerita apa yg sy mimpi pd dia tp sy fikir mungkin mainan tidur.

Esoknya sy dan bebudak aspuri serta aspura solat maghrib berjemaah di surau dan adik angkat sy duk depan sy. Tiba tiba adik angkat sy tu menjerit kuat dan serentak itu budak aspura azan kuat kuat.

Yg sy ni pulak tiba tiba rebah mcm menggigil maybe sbb semangat lemah baru kebah demam. Adik angkat sy tu pulak di bawa ke bilik prep aspuri dan kami solat mcm biasa. Time solat tu pun sy dah tak fokus. Boleh pulak gi sujud sebelum imam sujud... hehehe

Dah siap solat sy dan budak budak aspuri nak masuk dorm. Nak masuk dorm kena lalu bilik prep yg adik angkat sy tu histeria. Elok je sy lalu dia menjerit nyaring sy ni dah la masih lemah sy pulak lari masuk dorm. Dlm dorm sy menggigil dan nampak satu lembaga besar dtg nak peluk sy dan lepas tu sy tak ingat apa jadi. Sedar sedar ada ramai org kerumun sy termasuk beberapa budak aspura dan ustaz kat sebelah sy.

Adehhhh sy pun terkena jugak ke... huhuhu... rupa rupanya ustaz bgtau dlm dorm sy adalah tempat benda tu dan yg buat darah sy berderau makhluk tu suka lepak kat penjuru dekat katil sy... waaaaa seram gile.

Ustaz kata sy ni berani sgt so makhluk tu nak try try... adehhhh.... tobat dah tak berani sgt...

Tu la cerita sy... Last edited by Syumaimah on 2-12-2013 06:13 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2013 08:35 PM | Show all posts
Syumaimah posted on 2-12-2013 09:52 AM
Sambil sambil tunggu tt sambung sambung cerita meh saya share citer sy di aspuri tp x de la seram ma ...

bersambung jugak ker...hehe..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-12-2013 08:38 PM | Show all posts
Syumaimah posted on 2-12-2013 10:04 AM
Dua tiga minggu kemudian tiba tiba gempar bila satu persatu budak aspuri kena rasuk dan sampai satu  ...

menarik citer tu... tapi itu jugaklah antara kenangan manis masa duduk hostel kann... hehe..
bukan semua orang ada kenangan macam tu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2013 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
leader79 posted on 2-12-2013 08:38 PM
menarik citer tu... tapi itu jugaklah antara kenangan manis masa duduk hostel kann... hehe..
buka ...

Haah tragis la sebab malam ni sy tak sedar diri esoknya ada ujian amali subjek kimia... sampai blur dlm makmal tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita kedua berlaku masa sy belajar di sebuah universiti area kl. Masa tu sy duk dlm bilik di kolej kediaman. Sebilik dpt 4 org. Sebenarnya kisah ni kwn sy yg byk kena sy just kena tindih dan mimpi pelik pelik je... ada roommate sy ni nama dia iza. Satu malam tu kami lepak depan meja study yg mana meja study ty ngadap tingkap dan bilik kami ni groundfloor. Malam tu sy berdua dgn iza duk ngadap tingkap tu sambil makan burger. Masa tu tingkap terbuka. Tgh syok layan burger n sembang sekali iza menjerit dan pandang luar tingkap dgn muka pucat lesi.

Sy tanya dia kenapa. Katanya dia ternampak satu kelibat putih melintas.  Dlm otak duk pk mcm mcm dah tp sy cakap la perasaan dia je kot. Ok la cerita abih kat situ.

Malam tu dia tidur. Dlm tidur dia nampak satu lembaga dtg hampiri katil dia dah tarik tangan dia tp badan dia sangkut kat palang katil tu so dia duk bertarik tarikan dgn lembaga tu.

Masa tu jugak dia nampak sy sedang baring kat katil tp sy duk kalih kalih badan mcm tidur tak lena la walhal masa tu sy bermimpi.  Dlm mimpi tu, sy buka pintu bilik dan nampak seekor kucing liar yg selalu ada kat asrama kami. Memang sy suka pegang dan belai kucing tu. Dlm mimpi tu kucing tu cakap kat sy mcm ni "jgn pegang aku lg sebab ada benda yg duk menumpang kat badan aku"... serentak itu jugak sy terjaga dr tidur.

Dan yg si iza yg tgh duk bertarik tarik dgn lembaga tu mengharapkan sy bangun dan kejutkan dia supaya dia boleh lepas dr lembaga tu.

Entah macam mana bila sy terjaga tu sy tergerak nak kejutkan iza walhal sy lihat dia elok je tidur. Bila sy kejutkan dia dan dia terjaga sambil peluk sy. Heran jugak la tgk dia gitu...

Lepas tu dia story apa yg dia alami dan sy story apa yg sy mimpi. Sy tanya dia nape dia harapkan sy kejutkan dia. Dia cakap sbb sy ni alim sket... hehehehe... mcm lawak pun ada..

Gitula pengalaman kat asrama dulu... sori la klu x best sgt yea ^_^
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2013 02:36 PM | Show all posts
Syumaimah posted on 2-12-2013 04:22 PM
Cerita kedua berlaku masa sy belajar di sebuah universiti area kl. Masa tu sy duk dlm bilik di kolej ...

nasib baik tak bersambung hehe..    awak nie agaknya tak boleh duduk hostel nie, asyik kena kacau je...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 07:13 AM GMT+8 , Processed in 1.312904 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list