CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wml

Bujang atau Poligami

[Copy link]
Post time 17-12-2013 01:03 AM | Show all posts
ArianPutra posted on 17-12-2013 12:19 AM
assalamualaikum... nak tanye pada bro... jika sisuami ada air sembahyang kemudian dia tersentuh is ...

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh

walau soalan ditanya pada Tuan dzul..uncle sampuk sikit ...semetara tunggu jwban dia..


1. Sebagai org yg beramal dengan Mazhab Syafie....Uncle bawakan jawaban mengikut Mazhb Syafie dulu..

Menurut Mazhab Syafie...batal wuduq menyentuh lelaki/perempuan (yg bukan Mahram)..(suami isteri bukan Mahram)...secara mutlak*..Maksud Uncle...asal sentuh (tanpa lapik...kecuali gigi, rambut , kuku)..batal wuduq.

HUJAHNYA : berdasarkan Ayat 6 Surah Al Maidah.
Dalam ayat tersebut...kata " LAMASTUM"..membawa maksud "bersentuh"...



Bagaimana pun...sekarang ni...ramai org kita dah suka memakai pendapat selain Imam Syafie.....maka selalu kita dengar ...org kata tak batal...
2. Mazhab Hanafi....TAK BATAL...
Alasannya....Ulama Hanafi menafsirkan kata "Lamastum" dlm ayat yg sama (Al Maidah ayat 6 )...sebagai Jimak ...jadi..sentuh sja..tak batal..jimak baru batal..

3. Bagi Mazhab Maliki pulak...sentuh akan batal...kalau berserta "Syahwat"...sentuh sja tak batal wuduk...



Bagi Uncle yg mengaji rendah rendah ni.....Uncle mengikut sepenuhnya Mazhab Syafie....kecuali apabila ada keperluan...misalnya ke Makkah (Haji) yg terlalu sukar nak elak sentuh....kita boleh sja memakai pendapat Mazhab Hanafidengan menurut kaedah yg telah digariskan Ulama ....(cthnya...kalau nak pakai pendapat Imam Hanafi tak batal wuuuduk sentuh...kena ikut juga syarat syarat wuduk dlm mazhab Hanafi yg lain...sptt basuh seluruh kepala dll )


Bagi Uncle..kita tak boleh seweanag wenang nak campur aduk mazhab ikut nafsu..
Syekh Yusuf Al Qaradawi mengatakan HARAM TALFIQ MENGIKUT NAFSU...


WAllahu a'lam....




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2013 01:15 AM | Show all posts
burungantu posted on 17-12-2013 01:03 AM
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh

walau soalan ditanya pada Tuan dzul..uncle sampuk s ...

alhamdulillah terima kasih saya ucapkan dan mintak halal segala ilmu yang dicurahkan.. saya bukan ape saye jadi keliru.. macam unkel cakap ada yang kate batal ade yang kate tak batal bila saya mintak dalil semuanya tak bagi pun..... jadi saya yang amat daif nih lansung keliruu.. terimaka kasih banyak2 pakcik
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 01:21 AM | Show all posts
ArianPutra posted on 17-12-2013 12:19 AM
assalamualaikum... nak tanye pada bro... jika sisuami ada air sembahyang kemudian dia tersentuh is ...

Salam

Yg sebab² tu kna tanya yg lbh arif le kot...
- Maaf la ye.

Nnt ada le yg jwb kn, sabar ek.

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 01:24 AM | Show all posts
burungantu posted on 17-12-2013 01:03 AM
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh

walau soalan ditanya pada Tuan dzul..uncle sampuk s ...

Tq uncle. Jelas.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 01:25 AM | Show all posts
ArianPutra posted on 17-12-2013 01:15 AM
alhamdulillah terima kasih saya ucapkan dan mintak halal segala ilmu yang dicurahkan.. saya bukan  ...

Alhamdullillah....kita sama sama belajar...

Uncle pun suka baca tulisan tulisan "misteri" Arian   


Sebagai tambahan...Uncle copy paste fatwa brune Darussalam.....sangat jelas keterangan dia...



Fatwa: Bertaqlid Dengan Mazhab Maliki Dalam Perkara Wudhu

Bertaqlid Dengan Mazhab Maliki Dalam Perkara Wudhu Ketika Mengerjakan Tawaf

Soalan:
Bagaimanakah cara berwudhu yang sebaik-baiknya sewaktu melakukan tawaf haji atau umrah bagi mengelakkan berulang-ulang mengambil wudhu kerana keadaan sekeliling Ka’bah yang sentiasa bersesak-sesak dan ramai? Adakah sebarang rukhshah mengenainya atau dibolehkan bertaqlid kepada mazhab lain?

Jawapan:


الحمد لله حمدا يوافى نعمه ويكافئ مزيده ، يا ربنا لك الحمد كما ينبغى لجلال وجهك وعظيم سلطانك ، اللهم صل وسلم على سيدنا ومولانا محمد وعلى آل سيدنا محمد صلاة تحيينا بها حياة طيبة ترضاها وتجعلنا بها هداة مهديين غير ضآلين ولا مضلين، وبعد

Masalah batal wudhu ketika tawaf kerana tersentuh kulit antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah isu yang sering kali ditimbulkan oleh para jemah haji atau umrah. Perkara ini menjadi rungutan sebilangan jemaah khususnya lelaki terutama pada musim haji atau pada bulan ramadhan kerana ia sangat sukar dielakkan.

Mengikut al-qaul al-azhar dalam mazhab asy-Syafi’e bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang tiada hubungan mahram merupakan antara perkara-perkara yang membatalkan wudhu kedua-dua pihak sama ada yang disentuh atau yang menyentuh. Maka sebagai langkah ke arah itu orang yang tawaf hendaklah berusaha supaya tidak menyentuh orang yang boleh membatalkan wudhu, kerana menurut al-qaul al-muqabil li al-azhar wudhu orang yang menyentuh sahaja yang batal sementara orang yang disentuh itu tidak batal wudhunya.

Maka dalam permasalahan tawaf yang menyebabkan kesulitan kepada para jemaah untuk mengambil wudhu kerana kepadatan yang amat sangat di kawasan tawaf itu, maka bolehlah beramal dengan qaul yang mengatakan tidak batal wudhu orang yang disentuh sebagai jalan masyaqqah atau kesulitan kerana terpaksa mengambil wudhu berulang-ulang kali jika beramal dengan qaul yang azhar.

Bahkan jika secara amalinya pendapat berkenaan itu pun susah juga untuk diamalkan, maka dalam hal ini adalah diharuskan bagi jemaah bertaqlid dengan mazhab Imam Malik yang mengatakan tidak batal jika bersentuh antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa diiringi nafsu syahwat.

Akan tetapi perlu difahami bahawa keharusan bertaqlid dengan mazhab-mazhab lain itu terdapat beberapa syarat yang wajib dipatuhi supaya perkara yang ditaqlidkan itu sah dan boleh damalkan.

Jika seorang yang bermazhab Syafi’e bertaqlid dengan mazhab Imam Malik, maka terlebih dahulu hendaklah dia mengetahui perkara-perkara yang hendak ditaqlidkan itu. Umpamanya jika bertaqlid dalam perkara tidak membatalkan wudhu jika bersentuhan antara lelaki dan perempuan, maka hendaklah dia mengetahui syarat-syarat sah wudhu dan mengamalkan perkara-perkara wajib dalam wudhu yang terdapat dalam mazhab Imam Malik seperti yang akan dihuraikan kemudian, baharulah bertaqlid dalam perkara yang tidak membatalkan wudhu iaitu dalam perkara bersentuh dengan wanita bukan mahram tanpa syahwat.

Oleh yang demikian secara terperinci dijelaskan, bagi jemaah yang hendak mengikut mazhab Maliki dalam perkara ini hendaklah dia mengambil wudhu sebagaimana cara berwudhu dalam mazhab Maliki iaitu:
1. Niat.
2. Membasuh muka.
3. Membasuh dua tangan serta dua siku.
4. Menyapu semua kepala, termasuk lubang (lekuk) tengkuk, kulit di atas dan di belakang dua telinga serta rambut dua pelipis (ekor rambut antara mata dan telinga).
5. Membasuh dua kaki serta dua buku lali.
6. Berturut-turut dengan tidak berlengah-lengah pada membasuh satu anggota ke satu anggota wudhu yang dibasuh.
7. Menggosok atau menyental dengan tapak tangan anggota-anggota wudhu yang dibasuh.
Perlu diingat, ketika membasuh dan menyapu anggota wudhu hendaklah dilakukan berturut-turut tanpa bertangguh dari satu anggota ke satu anggota yang lain dan menggosok atau menyental dengan tapak tangan setiap anggota wudhu. Perbuatan ini menjadi tuntutan kerana termasuk di dalam fardhu atau rukun wudhu dalam mazhab Maliki.

Sementara perkara-perkara yang membatalkan wudhu dalam mazhab Maliki adalah seperti berikut:

1. Keluar sesuatu yang biasa keluar dari qubul (kemaluan) dan dubur, iaitu air kencing, air mazi, air wadi, air mani, air tetuban, darah istihadhah, tahi, dan angin.

2. Hilang akal dengan sebab gila, pitam, mabuk ataupun dengan sebab tidur yang lena. Antara tanda-tanda tidur yang lena itu ialah orang yang tidur itu tidak lagi mendengar suara di sekelilingnya, mengalir air liur daripada mulutnya ataupun terlepas sesuatu daripada genggamannya.

3. Apabila seorang yang baligh menyentuh lawan sejenis (antara lelaki dan perempuan) dengan perasaan nikmat (syahwat). Adapun mengucup pada mulut juga membatalkan wudhu walaupun tanpa perasan nikmat.

4. Apabila seorang lelaki baligh menyentuh kemaluannya dengan tapak tangannya tanpa berlapik. Tetapi tidak membatalkan wudhu seorang perempuan yang menyentuh kemaluannya (farj).

5. Murtad.

6. Merasa ragu setelah berwudhu adakah masih suci atau sudah batal.

Sehubungan dengan ini kita sarankan pihak yang bertanggungjawab dalam urusan haji sewajarnyalah menyampaikan maklumat di atas kepada jemaah haji supaya pengetahuan jemaah tentang bertaqlid dengan mazhab lain dalam masalah wudhu ketika tawaf akan lebih jelas dan sempurna dilakukan mengikut sebagaimana yang dikehendaki dalam mazhab berkenaan. Dengan demikian tidaklah bertaqlid dalam perkara wudhu itu dilakukan dengan sewenang-wenangnya tanpa ilmu yang betul.

والله أعلم بالصواب

Negara asal : Brunei darussalam
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan mufti Kerajaan, jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam
Penulis/Ulama : Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Junid

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 01:46 AM | Show all posts
burungantu posted on 17-12-2013 01:25 AM
Alhamdullillah....kita sama sama belajar...

Uncle pun suka baca tulisan tulisan "misteri" Ari ...

wooo memang terang dan jelas.... alamak uncel ade bace jugak ker coretan2 saye malu pulak rasenye huhuhhuh.. ape2 pun terima kasih unkell yipiiii suke nyee dennn huh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2013 01:52 AM | Show all posts
Bercerita tentang Dalil...kalau kita rujuk kitab Al Umm (kitab Induk Imam Syafie R.A )...Imam Syafie juga bawa Dalil daripada Ayat 43 Surah An Nisa...


“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu salat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja, hingga kamu mandi. Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau kembali dari  buang air (al-ghaith) atau kamu telah sentuh-menyentuh perempuan (al-mulamasah), kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.




Maka serupalah bahwa Ia (Allah)  mewajibkannya wudlu dari al- ghaith (air besar atu berak) dan Ia (Allah) mewajibkannya dari sentuh -menyentuh ( al -mulamasah).

Allah ta’ala menyebutkan al-mulamasah itu bersambaung dengan al- ghaith, sesudah menyebutkan al-janabah (junub). Maka serupalah al-mulamasah bahwa adalah dia itu sentuhan dengan tangan. Dan Pelukan itu bukan al-janabah.

Dikabarkan kepada kami oleh malik dari ibnu syihab, dari salim bin Abdullah, dari ayahnya, yang mengatakan : “Pelukan lelaki akan isterinya dan menyentuhkannya dengan tangannya itu termasuk al-mulamasah. Mka siapa yang memeluk isterinya atau menyentuhkannya dengan tangannya, maka haruslah ia berwudhu kembali”

Telah sampai kepada kami dari ibnu mas’ud, yang mendekati dengan makana ucapan ibnu umar : ” Apabila seorang lelaki membawa tangannya kepada isterinya atau sebagahian tubuhnya kepada isterinya, yang tiada berlapik di antara dia dan isterinya, dengan nafsu berahi atau tiada dengan nafsu birahi, niscaya wajiblah ia berwudlu dan juga isterinya berwudlu kembali.

Demikian juga, kalau  isterinya menyentuhkannya. Maka wajiblah ia berwudlu kembali dan juga isterinya berwudlu kembali. Samalah pada demikian itu semua.

Artinya :

Mana saja dari badan keduanya tersentuh kepada yang lain, apabila yang lelaki menyentuh kepada kulit yang wanita atau wanita menyentuh kepada kulit lelaki, dengan sesuatu dari kulitnya.

Apabila lelaki menyentuh dengan tangannya kepada rambut wanita dan tidak menyentuh kulitnya, maka tidaklah wudlu atas lelaki itu. Adalah ia dengan nafsu birahi atau tidak dengan nafsu birahi, sebagai mana ia bernafsu kepada isterinya dan ia tidak menyentuhkannya. Maka todak wajib ia berwudlu kembali. Tidak ada makana nafsu birahi itu, karena dia itu didalam hati. Hanya baru bermakna, bila dengan perbuatan. Dan rambut itu berbeda dengan kulit.
Kalau orang itu lebih menjaga, lalu berwudlu kembali apabila ia menyentuh rambut wanita, niscaya adalah yang demikan itu lebih aku sukai (memandangnya sebagai sunat).

Kalau ia menyentuh dengan tangannya, akan apa yang dikehendakinya di atas badan wanita, dari kain yang tipis, yang belum diapa-apakan lagi atau sudah dipotong atau lainnya atau kain yang tebal tenunannya, dengan pmerasa kelazatan atau tidak ada kelazatan dengan sentuhan itu dan diperbuat juga oleh wanita yang demikian, niscaya tiaaklah wajib atas salah seorang daripada keduanya berwudlu kembali. Karena Masing-masing dari keduanya tidak menyentuh temannya. Hanya ia menyentuh kain temannya.

Rabi Berkata : “Aku mendengar Asy-syafi’i berkata : “Menyentuh itu dengan tapak tangan. Tidaklah engkau melihat, bahwa Rasulullah melarang dari al-mulamasah?”.

Berkata Penyair :

Aku sentuhkan tapak tanganku dengan tapak tangannya.
Aku mencari kekayaan.
Aku tidak tahu, bahwa kemurahan dari tapak-tangannya,
adalah mendatangkan kesakitan.

Maka tiadalah aku memperoleh faidah daripadanya.
Dan tiada orang yang kaya itu memberi faidah.
Ia menjangkitkan penyakit kepadaku.
Lalu aku menaburkan, yang ada padaku.

(Kitab Al-umm (kitab induk), Al- imam Asya-syafi’i R.A., Jilid I Halaman 54-55, Penerbit Victory Agencie Kula Lumpur, 1989)

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 02:03 AM | Show all posts
Tred bujang poligami dah kena hijack....

Moga tak masuk bab najis besar najis kecil......

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2013 02:04 AM | Show all posts
Mod membuta ka?

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 02:07 AM | Show all posts
ArianPutra posted on 17-12-2013 12:19 AM
assalamualaikum... nak tanye pada bro... jika sisuami ada air sembahyang kemudian dia tersentuh is ...

Stick to topik boleh tak?

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 02:08 AM | Show all posts
crankshaft posted on 17-12-2013 02:03 AM
Tred bujang poligami dah kena hijack....

Moga tak masuk bab najis besar najis kecil......


Maaflah Tuan crankshaft..

TAPI...

INI bukan kira PERSIAPAN nak berkawin jugak ke?..ilmu sentuh menyentuh ni...  


kasi can la.......
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 02:11 AM | Show all posts
burungantu posted on 17-12-2013 02:08 AM
Maaflah Tuan crankshaft..

TAPI...

Patut MBHCSF takmo pikir pasal kawen.........terlalu banyak  PERKARA nak kena pikir rupanya.....itu belum bernikah lagi...kalau dah bernikah...mampos nak sambung pHD pun mesti tak dapat.......

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 02:11 AM | Show all posts
crankshaft posted on 17-12-2013 02:07 AM
Stick to topik boleh tak?



Kitab "nujum Pak belalang"..."Nikah kawein" dgn "sentuh menyentuh"...satu bab le!....

ni mesti bukan kaki dvd ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 02:18 AM | Show all posts
burungantu posted on 17-12-2013 02:11 AM
Kitab "nujum Pak belalang"..."Nikah kawein" dgn "sentuh menyentuh"...satu bab le!....

ni me ...

Bersetubuh dalam keadaan ada wuduk...ganjaran pahala ber double double atau tidak...awat takmo tanya?



Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 02:30 AM | Show all posts
ussopp posted on 14-12-2013 08:19 AM
klau ikut apa nabi kata,

nabi kurang menggemari orang membujang namun ia tidak sampai hukum haram ...


Cuma baginda pernah bersabda....."pernikahan itu adalah sunnah ku...jika kamu tidak mengakui serta mengikutinya sedangkan kamu mampu, maka kamu bukan dari golongan ku"

Not harsh enuf?











Last edited by crankshaft on 17-12-2013 02:32 AM

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 03:30 AM | Show all posts
crankshaft posted on 17-12-2013 02:30 AM
Cuma baginda pernah bersabda....."pernikahan itu adalah sunnah ku...jika kamu tidak mengakui ser ...

ya, betul memang ada hadith itu...

tetapi :

1. ia tidak membawa kepada hukum haram bg yg tidak berkahwin....belum pernah kita dengar dlm banyak2 pendapat menjadikan kata2 rasul itu sebagai dalil haram membujang. yakni berdosa membujang.

2. disebut bagi yang "mampu".....


Dalil :    Perkahwinan itu Sunnahku , sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku.( Riwayat al- Bukhari)

Dalil :Wahai pemuda, sesiapa sahaja daripada kamu yang mampu untuk berkahwin, hendaklah  berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kehormatan. Dan, sesiapa di antara kamu yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa, kerana ia boleh menjadi perisai              (Riwayat Ibni Masa’ud).

Wahai pemuda ! Sesiapa daripada kalian yang berkemampuan, hendaklahdia berkahwin. Sesungguhnya pernikahan membantu untuk menundukkan pandangan,dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa.Sesungguhnya puasa itu perisai. [Sahih al-Bukhari, Kitab an-Nikah,hadis no: 5066] [1]



jadi encik crank, boleh jadi yg tidak berkahwin itu tidaklah membenci sunnah ini, cuma ada situasi yg dia perlu hadapi, wallahua'lam...


bagi pembenci sunnah, barulah dia boleh termasuk dlm golongan "bukan daripada kalangan umatku" kerana memang ada mereka yg menyukai rahbaniyyah, yakni memikirkan mereka lebih baik dari yg berkahwin dgn cara tidak berkahwin.....


wallahua'lam...






Last edited by ussopp on 17-12-2013 04:07 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2013 12:37 PM | Show all posts
ussopp posted on 17-12-2013 03:30 AM
ya, betul memang ada hadith itu...

tetapi :

Kalau yang jenis ...takut dengan bernikah nanti tidak dapat izin dari suami utk sambung belajar ketahap pHD.......somi asik soh duk dapur jer......dalam kategori apa pulok sop? Sunnah yang boleh jadi hambatan padanya? So die die...pHD dulu...then talk about nikah?

Ini golongan yang betul betul belum mampu untuk bernikah atau soal pilihan/alasan yang dibuat untuk tidak mampu/bersedia?



P.S......Tidak ada ditujukan pada sesiapa samada yang hidup atau yang dah six feet under......



Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 02:10 PM | Show all posts
crankshaft posted on 17-12-2013 02:07 AM
Stick to topik boleh tak?

wokey weokey saory tt
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 04:15 PM | Show all posts
crankshaft posted on 16-12-2013 02:59 PM
Yang terbaik tak semestinya tak bercerai hidup kheeen?

salam

off topic .. stick to topic ..
    Yang terbaik tak semestinya tak bercerai hidup kheeen?
yap ..
minority ..
but
majority .. cerai mati ..

wassalam




Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 03:05 AM | Show all posts
NorAddin posted on 18-12-2013 04:15 PM
salam

off topic .. stick to topic ..

Shit happens?



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 12:15 AM GMT+8 , Processed in 0.086800 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list