|
[Tempatan]
{19} UPDATE: Tanah runtuh di Highway Mahameru !
[Copy link]
|
|
Tadi aku lalu tgk jem,ingatkn eksiden,arini aku merempit gn lc mmbe aku yg kakinye cramp,last aku naik tebing patah balik klsntral lalu ikot masjid negara gn ktm lama tu... |
|
|
|
|
|
|
|
kesian sapa yg nak ambil anak kt nursery/sekolah. huhu |
|
|
|
|
|
|
|
DBKL pasang penghadang konkrit
KUALA LUMPUR, 8 Januari : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat akan memasang penghadang konkrit setinggi 0.9 meter di tebing bukit yang runtuh di Lebuhraya Mahameru di sini, petang ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sentul Zahari Mohamad berkata penghadang itu akan dipasang secara dua lapisan, selewat-lewatnya malam ini bagi mengelakkan runtuhan berterusan.
"Malam ini DBKL hanya membuka dua laluan jalan dan pihak bomba akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa.
"Mereka juga akan membuat penstrukturan jalan dan menurut pakar geologi masih terdapat pergerakan tanah," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, malam ini.
Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, disebabkan runtuhan itu, kerja-kerja pembinaan benteng yang telah dilaksana sejak 7 Oktober lalu dan dijangka siap Mac ini, mungkin memakan jangka masa yang panjang untuk disiapkan.
"Esok saya akan panggil kontraktor pembinaan benteng berkenaan untuk mengkaji semula projek itu dan pihak DBKL pada malam ini akan memasang penghadang di lebuh raya itu dan dijangka dapat disiapkan dalam masa dua jam," katanya selepas melawat tapak runtuhan itu.
Tinjauan Bernama mendapati kerja-kerja pembersihan jalan sedang dilakukan untuk membolehkan kenderaan melalui lebuh raya itu. - Harianmetro |
|
|
|
|
|
|
|
koreklah lagi korek. tarah lah lagi tarah selagi ada korang ni.  |
|
|
|
|
|
|
|
Pasai ni la sampai rumah dalam kul 9 mlm td... 
|
|
|
|
|
|
|
|
musim2 hujan mcmni tak mustahil byk tanah runtuh akan jd. |
|
|
|
|
|
|
|
akula salah sorg yg terperangkap.. kejadian dlm 5.15.. aku kat situ dlm 5.20.. nak dekat 7.30 baru dia bukak lencongan.. |
|
|
|
|
|
|
|
sib baik dh pindah.. kalu tak kena hadap jugak le mende ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
smlm kat dlm pj jem sblum masuk federal hiway...masuk hiway ke shah alam clear sakan ..rupanya orang kl tak boleh keluar.. |
|
|
|
|
|
|
|
turun2 dr MEX ke heway KL - Seremban hala ke KL smalam jem x hengat. nak lari ke arah MidValley pun jam jugak. hadap la jam sampai susur ke Loke Yew. nasib Loke Yew x teruk jam |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib aku dari LHDN semalam lalu awal dalam 4.50 ptg gitu,kalau lambat ada harapan tgk kejadian alam ni,ala apa nak mengata itu salah si polan,ini salah si polan,dah jadi tak perlu nak tunjuk sapa2 dah,nilah sikap yg saya tgk manusia,yg kena teruk pengguna masa kejadian,mau berpeluh ketiak dan naik hantu dalam kereta,silap2 ada yg wuduk dgn air hujan  |
|
|
|
|
|
|
| |
|