|
“ Lea, thank you. Abang tak sempat berbual panjang dengan Lea dua tiga hari ni. Besok abang dah nak balik Penang. I am so sorry about everything. Abang tahu Lea buat ini semua untuk abang. Abang doakan Lea bahagia dengan Muaz” Suara Hazif sebak. Jari adiknya yang merah dengan inai di genggam. Azalea merentap tangan.
“ Podahhh lah! Senang Abang cakap ya, Lea yang kena tanggung semua ni. Tunggu! Satu hari nanti Lea harap Abang pun kawin paksa dengan orang yang Abang tak kenal. Biar padan muka! Baru Abang tahu macam mana Lea rasa.”
Hazif senyum sumbing “ Muaz tu not bad apa. Handsome, tinggi, bergaya. Kaya toksah cakap lah…”
“ Stop it lah Abang! Meluat dah Lea dengar orang asyik puji Muaz. Abang punya pasal, Lea yang kena kahwin dengan lelaki berlagak tu. Thanks for making my life miserable.“ Suara Azalea sudah naik se oktaf. Sudah lama dia pendam perasaan marah dan geram.
“ Lea, abang tak berniat nak rosakkan hidup adik abang. Abang sayang Lea. I’m really sorry.” Wajah Hazif sayu. Matanya mula berkaca.
“ Sorry naik lori! You can’t change the fact that I’m married to a man that I do not love. And he does not love me, either. Abang yang bertanggungjawab kalau hidup Lea tak bahagia.” Azalea menggenggam jari. Kalau masa kecil dulu, aku debik sebiji. Hazif memang dari kecil jenis manja. Walaupun dia lebih tua, tapi Azalea lebih bijak dan matang dalam banyak hal. Dari dulu lagi, Azalea yang sering “ menyelamatkan” Hazif dari masaalah. Panjat pokok tak reti turun, nak beli aiskrim tapi curi duit, ngorat awek orang sampai hampir kena belasah, macam macam kerenah si Hazif yang memeningkan kepala.
Datin Azwa keluar dari bilik air ketika itu. “ Sudah lah tu Lea. Kasihan kat Abang. Dia memang mengaku dia bersalah. Lea kena sabar, ini semua dugaan untuk keluarga kita. Tapi Mak tahu Datin Sakinah dan Datuk Zaki sayang kat Lea. Lea kena jaga hati mertua dan suami”
“ Habis, hati aku siapa nak jaga?” gumam Azalea dalam diam. Dia malas bertekak sebab tak ada faedah pun. Semuanya sudah tertulis. Dia isteri yang sah pada Muaz sebaik ijab kabul di lafaz. It’s a done deal. Pandai pandai lah aku bawa diri dalam keluarga baru.
“ Jom Jib, kita turun ke lobi. Nanti Abah tercari cari kita pula. Goodnight Lea. Jaga diri elok elok. Datin Sakinah nak Lea dan Muaz tinggal di rumahnya tapi sekali sekala singgahlah ke rumah kita.” Datin Azwa memeluk puterinya erat dan mencium kedua belah pipi. Dia akur yang pengorbanan Azalea terlalu besar dan dia amat bersyukur yang Azalea anak yang mendengar kata.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mata Azalea masih tak nak terkatup walaupun dah pukul 1 pagi. Cisss! Bila emosi terganggu, mata aku mesti buat hal. Dapat bantal dan tilam empuk dengan cadar Egyptian cotton pun tak reti nak bersyukur. Akhirnya dia mencapai Iphone. Berderet mesej telah masuk melalui text, Line, WatsApp dan Viber. Kebanyakannya ucapan tahniah dari kawan kawan yang jauh dan tak dapat hadir ke majlisnya. Ada satu nama pengirim yang membuat Azalea terkedu. Dia segera membuka mesej yang di hantar oleh Zhafran.
“ Tahniah ana ucapkan kerana telah jumpa tulang rusuk yang hilang. Semoga rumahtangga Lea dan suami di limpahi rahmat dan barakah hingga ke jannah.”
So suweeet! Tak sangka Zhafran masih ingat pada aku setelah sekian lama tak berhubung. Airmatanya bergenang. Kenangan manis bersama Zhafran masih segar dalam kotak memori. Betul kata orang, cinta pertama tak akan di lupa selamanya. Kalau ini malam perkahwinan aku dan Zhafran tentu berbeza senarionya. Tapi barang yang lepas usah di kenang, Nur Azalea. Aku dah jumpa tulang rusuk yang hilang? Oh.. puhleeze. Rasa nak kasi tumbukan kat rusuk Mr Muaz ada lah. Dia menekan butang untuk membalas mesej tapi jarinya rasa berat. Should I or shouldn’t I? Mana tahu kot kot Zhafran sudah beristeri dan isterinya ternampak mesej aku. Haru pula jadinya. Azalea membatalkan niat dan terus membaca mesej lain. Macam macam bunyi lah kawan kawan aku. Ada mesej kelakar, ada yang serius dan ramai yang susah nak percaya.
“ Kau tak tidur lagi? Tak penat ke? Don’t tell me you are waiting for me.” Sarkastik sungguh nada Muaz.
Aikkk! Bila masa si celupar ni masuk ke bilik?
“ Jawapan untuk soalan No.1 Seperti yang kau nampak, aku belum tidur. No 2, Aku penat tapi mata tak nak katup. No. 3, I am not waiting for you, not tonight or any other night in future.” Azalea menjawab sambil membaca mesej di telefon bimbit. Pandang Muaz pun tidak.
Muaz mendengus lalu masuk ke bilik air. Selesai mandi kerbau, dia menyarung jeans dan baju tee. Rambut di keringkan ala kadar. Black Code Giorgio Armani di sembur. Tak sampai sepuluh minit dah siap kerana teruja dengan janji temu yang menanti. Tak sabarrr! Segugus kunci di ambil dari bag Samsonite dan di masukkan ke dalam poket jeans. Mesti Azalea nak tahu mana aku nak pergi. Biasa lah bagi kaum perempuan, DNA mereka ada genetik busybody. Dia mengerling ke arah katil.
Namun sangkaannya meleset bila Azalea langsung tak angkat muka. Jeling pun tidak.
“ I’m going out. Don’t ask any questions. I’ll be back when I’m back. “ Muaz bersuara sambil menyarung loafers cokelat gelap jenama Tod’s.
“ Okay”. Azalea mengangguk.
Muaz memandang tepat pada isterinya. Betul kah apa yang aku dengar? Spesis apa punya isteri ni? Suami keluar pada malam perkahwinan pun tak ambil pot.
“ Kau tak kisah?”
Azalea memandang Muaz dengan muka toya“ Suami tak perlu minta izin dari isteri kalau nak keluar. Have a good time.” Katanya sambil melambai ala ratu.
Ouch! Muaz jadi malu alah. Rancangan untuk buat Azalea marah nampak gaya tidak berhasil. Okay, tak mengapa, aku ada banyak lagi helah. Aku akan pastikan kau minta cerai tak lama lagi. Papa dan Mama tak akan berjaya.
|
|
|
|
|
|
|
|
So sweet
Next! |
|
|
|
|
|
|
|
Best best best tak sabra nak tunggu Azalea N Muaz jatuh chenta lak heheheheh ops ya ke jatuh chenta ke perang sampai ke sudah |
|
|
|
|
|
|
|
wah...bestnya ada sambung...
kalo ikut ala2 trend novel melayu skrg..
lepas kahwin paksa akan jatuh cinta bagi nak rak....
|
|
|
|
|
|
|
|
wooooo....
dua-dua beku ni...
harus nanti berlakon bila balik ke rumah...
sambung lagi smiley... |
|
|
|
|
|
|
|
Hehhe..menarik! Ala2 nikah paksa kan..tapi rasanya last2 tu agak2nya tersuka dan tercinta la tu. Pandai2 jer buat conclusion sendiri..
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam Smiley..aka Sang Arjuna....
lama tak exercise jari kat sini...huhuhu..tak tahu nak tulis apa...
Best cite baru ni...sila sila...lama tak guna pktaan ni...NEXT... |
|
|
|
|
|
|
|
this is war...dah start...sambung lg... |
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 10-4-2014 12:15 PM
Anak datuk, datin, tan sri... love-hate relationship. Mengaku sajalah itu yg pembaca suka!
N ...
sabar jer lahhh
|
|
|
|
|
|
|
|
kaypo posted on 14-4-2014 01:36 PM
Salam Smiley..aka Sang Arjuna....
lama tak exercise jari kat sini...huhuhu..tak tahu nak t ...
Salam kaypo
long time no see , my fren
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo posted on 11-4-2014 11:51 AM
Hehhe..menarik! Ala2 nikah paksa kan..tapi rasanya last2 tu agak2nya tersuka dan tercinta la tu. Pan ...
tks sebab sudi baca
akak suka cerpen Ipo
|
|
|
|
|
|
|
|
Bab 6
Perut Azalea sakit lain macam. Tiga kali dia muntah semalam dan rasa kembung dan loya masih tak hilang. What a miserable night! Aku kena food poisoning agaknya. Teruk betul hotel 5 bintang ini, bayar punyalah mahal tapi hidangkan makanan tak segar. Harap harap ada tetamu yang saman, baru padan muka.
Kelibat Muaz masih belum kelihatan, tengah enjoy sakan dengan teman/ kekasih/bini agaknya. Nasib baiklah Along, kakak Muaz datang menjenguknya di bilik hotel pagi tadi dan membawanya ke klinik sebelum pulang ke rumah mentua. Perkahwinan ini di mulakan dengan petanda yang buruk, tapi hati kecilnya tidak terusik. I knew what I was getting into. Jadi tak perlu ada rasa menyesal atau sedih. Bak kata Lisa Surihani, pasghah itu ghedha.
Beg pakaiannya di bawa ke bilik oleh pembantu rumah. Azalea menapak ke setiap sudut ruang. Bilik Muaz bukan sekadar tempat tidur tapi lebih menyerupai apartmen kecil. Kombinasi warna putih, kelabu dan hijau serindit nampak segar. Bilik tidur di pisahkan dari ruang yang memuatkan dapur kecil yang di lengkapi ketuhar gelombang mikro, peti ais dan sinki, ruang menonton TV dan meja komputer. Bilik air ala hotel mewah dan walk –in closet pun ada. Serba serbi lengkap. Si Muaz mesti seorang yang anti sosial sampai tak nak keluar bilik. Mak bapak sendiri pun di boikot, agaknya.
Azalea menggantung baju kurung dan blaus dalam almari yang kosong sementara pakaian dalam di biarkan dalam beg. Pembantu rumah bernama Miskiah ingin membantu tapi dia menolak. Takkanlah awal awal lagi nak berlagak macam mem besar. Lagipun pakaian yang di bawa bukannya banyak, cukup untuk 3 hari sahaja. Lepas tiga hari aku ada alasan untuk balik ke rumah sendiri. Rindu pula rasa pada Mak dan Abah. Miskiah yang ringan mulut asyik berceloteh sambil Azalea menyusun apa yang patut.
“ Sudah berapa lama Miskiah kerja di sini?” Azalea berbasa basi. Takmo lah di cop sombong hari pertama di rumah mentua.
“ Sudah 6 tahun, Puan. Datuk dan Datin baik. Saya suka kerja di sini” Pertuturan Miskiah tak ada telo Jawa.
“ Miskiah asal dari mana?”
“ Bapa saya dari Surabaya, dia datang ke Malaysia untuk bekerja di kebun kelapa sawit di Tanjung Karang. Dia kahwin dengan emak saya, orang Malaysia.”
“ Oh, patutlah Miskiah macam orang Melayu” Azalea menarik langsir dan menjeguk ke luar. Wah ! Ada kolam renang! Teringin sangat nak terjun ke dalam air yang biru jernih tapi dua tiga hari ni kenalah control ayu.
“ Sebelum Encik Muaz balik dari Amerika, dalam rumah ini cuma ada tiga orang. Datuk, Datin dan Qayyum. Puan Amy pula akan pulang ke Australia tak lama lagi. Pembantu rumah ada dua orang, saya dan Mak Piah. Pemandu Datuk nama Rashid. Tukang kebun nama Zam. Kalau Puan Lea mahu apa apa, bagi tahu saya. Puan punya pakaian semua saya basuh dan gosokkan.”
“Okay, terima kasih Miskiah.” Ini sudah bagus. Di rumah ibubapanya pun ada pembantu, tapi Azalea kasihan pada Ipah yang sudah berumur. Tugas Ipah cuma memasak dan mengemas rumah.
“ Datuk jarang ada di rumah. Dia sibuk dengan bisnes. Kalau tak pergi kerja, dia main golf. Datin pun selalu sibuk dengan kerja. Emak Datuk kadang kadang datang tinggal di sini, kita semua panggil Tok Ibu. Dia dah tua, tapi cerewet bukan main. Telinga dia dah pekak jadi kena lontar suara bila cakap dengan dia. Kadang kadang dia lupa kita siapa. Sudah nyanyuk dehh! Qayyum itu bukan anak betul tapi anak angkat. Dia anak saudara Datin tapi sudah tinggal di sini dari kecil. Sekarang dia belajar di university jadi dia cuma balik rumah hari Sabtu dan Ahad. ”
Banyak juga rahsia majikan yang di bocorkan dalam masa setengah jam Miskiah berada di situ. Susah juga kalau ada pembantu banyak mulut macam ni, hati Azalea berdesis. Aku kena jaga kata kata dan kelakuan depan Miskiah. Kalau tak, habis kena canang satu rumah.
“ Datuk ada jadual kalau dia di rumah. Sarapan pukul 7.30, makan tengahari pukul 1, minum petang pukul 5, makan malam pukul 8. Semua ahli keluarga kena ikut peraturan. Datuk marah kalau ada yang lambat. Pakaian kena kemas masa waktu makan dengan Datuk. Jangan pakai T shirt atau jeans buruk.“
Perghh… macam duduk asrama pula. Apakah bapa mertua aku ni bekas guru besar atau Jeneral askar? Kalau lambat makan, kena denda ketuk ketampi atau masuk kelas detention? Azalea yang segan dengan bapa mertuanya bertambah risau. Datuk Zaki jenis yang tak mudah mesra. Dengan isteri pun serius dan tegang, berbeza dengan ibubapanya sendiri yang suka melawak. Nasib baik Datin Sakinah peramah dan baik hati, seperti juga Along dan Qayyum. Muaz?.... Er... no comment, dosa nanti.
“Nanti Puan turun bawah, ya. Kalau Puan nak pusing keliling rumah ini, Kiah boleh bawa.” Miskiah sengih lebar sambil menepuk lengan Azalea. Dia suka banget sama menantu baru Datin, tak sombong orangnya. Bukan macam perempuan yang Encik Muaz pernah bawa ke sini dulu.
“ Nanti dulu lah Kiah. Saya nak baring sebentar sebelum turun makan.” Penangan ubat tahan sakit yang di telan sudah makin berkurangan. Perutnya kembali memulas dan dia memejam mata menahan sakit. Buat malu jer, hari pertama balik rumah mentua dah mengada.
“ Hari ini Mak Piah masak masakan kegemaran Puan Amy sebab dia dah lama tak balik sini. Dia suka masak lemak cili padi daging salai dan rendang pucuk ubi. Puan Lea suka masakan pedas?”
“ Oh ya! Suka sangat. Apa apa jenis makanan pun saya boleh….. Oww!” Azalea tiba tiba membongkokkan badan dan menekan perut.
“ Kenapa Puan? Puan sakit?”
Belum sempat menjawab, tekaknya rasa loya. Peluh dingin mula merenik. Nasib baik dia sempat berlari ke bilik air sebelum isi perutnya melonjak keluar. Aduhhh! Kenapa dengan aku ni? Azalea rasa lemah sekali.
Last edited by sang_arjuna on 14-4-2014 05:55 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
“ Betul ke”? Wajah Datin Sakinah berkerut memikirkan seribu satu kemungkinan. Dia musykil dengan cerita yang di bawa. Dia memandang tepat pada Amy, anak sulungnya yang sedang duduk bersila di kerusi malas.
“ Buat apa Along nak tipu? Nampak gaya rancangan Mama dan Papa dah gagal. Nampak sangat Muaz tak tidur sebilik dengan Lea semalam. Sebelah katil tak tersentuh langsung. Sarapan yang dia pesan dari room service pun untuk seorang saja.” Hebat juga skil CSI Along.
“ Dua tiga kali Mama telefon Muaz tapi dia tak angkat. Mana dia pergi ekk? Entah entah dia bersembang dengan kawan kawan sampai tertidur dalam bilik dia orang kot. Lama dia tak jumpa Zain dan geng university dia. ” Datin Sakinah menyusun barang kemas yang di pakai untuk ketiga tiga majlis ke dalam kotak asal. Kotak kotak di atur dalam peti keselamatan dan nombor kod rahsia di tekan sebelum peti itu terkunci dengan sendiri. Datin Sakinah kembali duduk di katil.
“ Mama jangan nak tipu diri sendiri. Takkan Mama tak boleh teka dia ke mana? Kawan kawan Muaz semua balik rumah sendiri, tak ada yang tidur di hotel. Tak mungkin Muaz pergi qiamullail dan sembahyang Subuh berjemaah di masjid. I suspect he went to look for that woman.”
Keluhan kecil terlepas dari bibir Datin Sakinah. Dia sudah buntu. Pelbagai taktik sudah di gunapakai tapi nampaknya semua tak berhasil. Kenapalah anak aku masih tergilakan perempuan itu? Dia letih, mental dan fizikal. Persiapan yang di lakukan betul betul memerah tenaga walaupun mengguna khidmat perancang perkahwinan. Bila semua dah sempurna, Muaz pula buat hal. Bertuah punya anak!
“ Lagi satu , Mama.... ini pasal Lea. Pagi tadi dia asyik muntah muntah. Mama tak rasa pelik kah? Azalea tu lawa, muda, ada personality, ada karier. Mesti ramai lelaki nak kat dia. Kenapa dia desperate sangat nak terima pinangan lelaki yang dia tak kenal? Dan dia setuju bila Mama suruh kawin cepat. Why? Entah entah dia……?” Bukan niat Amy untuk memfitnah tapi dia perlu meluahkan rasa syak. Banyak benda yang tak masuk akal.
“ Jangan nak buat fitnah, Mama tak suka. Lea tu bukan jenis perempuan tak senonoh. Dia sakit perut kot. Mungkin dia kena food poisoning” tukas Datin Sakinah.
“Mama ni! I did not say she is pregnant. Cuma...”
“ Along, tolong jangan buat kepala Mama pening okay? Tak baik bersangka buruk. Mama dan Papa yang nak percepatkan perkahwinan Lea dengan Muaz sebab tak nak Muaz cari perempuan itu. Buruk padahnya!”
“ Ya lah, ya lah... Along setuju Lea tu baik. Tapi mesti ada sesuatu yang tak kena. Muka dia pucat tadi. Along rasa bukan food poisoning sebab tetamu lain tak complain pula. Takkan dalam seribu tetamu, pengantin perempuan seorang saja yang kena. Entah entah Lea kena santau? Mana tahu ada orang tak suka dia kawin dengan Muaz? Sebab tiba tiba saja lepas kahwin terus sakit? ”
“Nauzubillah! Hissy! Along ni nama saja duduk di Australia, kawin dengan mat salih tapi otak macam orang kampung!” Datin Sakinah menjegil. Namun dia tak boleh tolak kemungkinan ada orang yang dengki dengan keluarga mereka. Dulu ramai yang nak bermenantukan Muaz. Kalau bukan sebab Muaz pun, ramai yang dengki dengan perniagaan Datuk Ahmad Zaki yang semakin maju. Suaminya sudah pernah “ terkena” dulu tapi dengan izin Allah “ benda” itu cepat di hapuskan. Ilmu hitam dan bomoh membomoh tak boleh di pisahkan dari orang Melayu, walaupun dah moden. Ramai yang tak boleh terima hakikat bahawa rezeki datang dari Allah.
“ Lepas makan, kita bawa Lea jumpa doktor. Risau mama kalau Datin Azwa kata kita tak pandai jaga anak dia. Sudahlah Muaz lesap entah ke mana. “ Sekali lagi Datin Sakinah melepas keluhan. Beg tangannya di capai dan dia mengambil sebiji pil.
“ Ubat apa tu Mama?” tanya Amy sambil menuang air dari jag atas meja sisi katil. Gelas kristal di hulur pada ibunya.
“ Ubat migraine. Kepala Mama dah berdenyut. Mama ingat kita boleh relax lepas perkahwinan Muaz tapi makin berserabut jadinya.” Datin Sakinah terus baring selepas menelan ubat.
“ Mama dengan Papa patut ikut Along balik Perth. Mama boleh tengok Elsa, Papa boleh main golf dengan Eric. Kita boleh buat piknik di park dan naik boat. Cuaca sekarang nyaman, tak sejuk dan tak panas. Bunga bunga pun baru nak kembang. Just take a break and relax.” Amy memberi cadangan sambil memicit kepala ibunya. Anaknya Elsa dan suaminya tidak dapat ikut sama. Elsa baru sembuh dari chicken pox sementara Eric terlalu sibuk dengan kerja pejabat.
Belum sempat Datin Sakinah memberi jawapan, pintu biliknya di ketuk bertalu talu.
“ Datin… Datin… TOLONGGG!. Puan Lea pengsan!” jerit Miskiah
|
|
|
|
|
|
|
|
ikut suka akakla...war ke mou....next... |
|
|
|
|
|
|
|
Ipo suka la citer ni! Keep it up! Kalau diedit skit perkataan dalam citer ni..lagi umph!
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo posted on 15-4-2014 10:07 AM
Ipo suka la citer ni! Keep it up! Kalau diedit skit perkataan dalam citer ni..lagi umph!
tenkiu sbb sudi komen
sebenarnya kaka punya bahasa memang lemah... kosa kata limited
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|