CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: RED 666

Ujian Kesenangan VS Ujian Kesusahan - video Ustaz Pahrol - atasi hasad

[Copy link]
 Author| Post time 7-4-2014 02:07 PM | Show all posts
Abangcute posted on 7-4-2014 02:05 PM
Bukankah Rasullullah pernah menerangkan perihal yg saya persoalkan? Apa akan terjadi kpd kita jika ...

boleh tolong pastekan kat sini tak kenyataan baginda rasulullah tu..... kita kongsi bersama2 kat sini



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2014 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukankah Rasullullah pernah menceritakan perkara2 ghaib mengenai penghuni syurga?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
RED 666 posted on 7-4-2014 02:07 PM
boleh tolong pastekan kat sini tak kenyataan baginda rasulullah tu..... kita kongsi bersama2 kat s ...

Punya ramai ahli ulama dlm forum ni, takkan ler nak mintak saya paste hadis tu? Saya bgtau secara am supaya tak berlaku mempertikaikan Alquran dan Hadis.

Ramai disini pakar mempertikai. Kerana itu saya kasihan jika apa yg dinyatakan pada surah Al-Kahfi ayat 56,57 terjadi disini.

Cadangan, carilah guru yg sesuai utk memantapkan ilmu ini yerk
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 02:19 PM | Show all posts
RED 666 posted on 7-4-2014 02:01 PM
betul cakap  kau, memang untung yg diuji kesenangan ni, sejahat2 mana diorang pun akan timbul rasa ...

benda ni adalah realiti yg mmg berlaku disekeliling kita..terutama yg datuk dan nenek dorang mmg golongan hartawan n educated..smp ke cucu cicit pn masih lagi hartawan n educated jgk..contoh macam hishamudin tun husin...then kalau nak dibandingkan dgn budak2 yg dtg dari family miskin dan tak berpelajaran..anak2 masa sekolah lagi dah mula ambil pil kuda..pastu  mencuri kabel telefon..ini realiti yg aku nampk..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2014 02:23 PM | Show all posts
Abangcute posted on 7-4-2014 02:12 PM
Punya ramai ahli ulama dlm forum ni, takkan ler nak mintak saya paste hadis tu? Saya bgtau secara  ...

bukan semua kat sini pandai sgt beragama, ramai juga yg dtg ke sini utk memantapkan pengetahuan agama  dan menyelesaikan segala kemusykilan mereka jadi lebih baiklah yg lebih ilmu agamanya kongsi bersama kat sini sebagai panduan bersama.



Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua yg terjadi itu takdir Allah. Tiada sesiapa yg terlepas dari ujianNya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-4-2014 02:25 PM | Show all posts
sakurahati posted on 7-4-2014 02:19 PM
benda ni adalah realiti yg mmg berlaku disekeliling kita..terutama yg datuk dan nenek dorang mmg g ...

yang pasti biasanya golongan bertuah di uji kesenangan memandang golongan yg diuji kesusahan ni macam sampah dan hanya layak diperhambakan mereka je




Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahasa saya gunakan ini sgt tinggi.

Apa yg kita fahami bila ternampak sekumpulan semut? Apa yg semut cari? Di manakah semut tinggal? Di atas pokok, di celah2 batu, di dlm tanah atau dot dot dot.

Adakah semut itu kaya? So saya nak tanya pandangan anda semua, org kaya zaman ini mcm kisah diatas ke? Jika bukan, anggap aje ke neraka.

Ada paham ka? Eh? Semua tu ketua dier jantan ke betina? Kenapa betina? Dimana jantan?

Sama2lah fikir2kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2014 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Jika kita buka Alquran, kenapa Allah byk sampaikan kisah nabi Adam berbanding Hawa? Kenapa dikatakan harta dan anak itu perhiasan? Kenapa dikatakan Isteri dan anak2 itu ujian?

Saya senyum aje bila baca post2 dari perempuan. Kenapa saya senyum? Sesungguhnya Ketua lebah itu betina. Maka yg manis itulah ubat di dunia. Adakah itu ubat diakhirat kelak?

Saya tinggalkan soalan utk masing check inventory amal. Jauh lagi tu tak gitu?

Dan itulah bezanya ilmu kita dan ilmu Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 09:09 AM | Show all posts
shared Hizamri Hj Abdul Kadir's status.
March 31
Tazkirah:
Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
Pinjam 1 minit, baca ayat ni

"Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah..

Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah"


--------------------- bila baca dan fahami dan redha maka berlapang dada lah kita semua dgn apa yang kita ada.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 09:27 AM | Show all posts
copy paste

LIMA SIFAT MANUSIA MENGHADAPI KESUSAHAN DAN KESENANGAN

Musibah dan kenikmatan kedua-duanya adalah cubaan dari Allah agar manusia sedar dan kembali mengingati kekuasaan Allah. Manusia mempunyai sifat yang berbeza terutamana dalam menghadapi kesusahan musibah, malapetaka, kesenangan dan kenikmatan.

1. Ada golongan manusia yang ingkar bahawa kenikmatan dan malapetaka itu datangnya dari Allah sebagai ujian. Mereka berkata gempa bumi, banjir, hama, kebakaran, angin taufan, semua itu adalah bencana alam, alamiah dan bukan dari Tuhan. Apabila kesulitan yang menimpa diri mereka telah pulih kembali dan berakhir seperti sakit sekian lama kemudian sembuh, miskin kemudian menjadi kaya dan berakhir seperti sembuh, miskin kemudian menjadi kaya dan berakhir seperti itu juga. Namun mereka tetap kufur terhadap pemberi kenikmatan dan rahmat dari Allah S.W.T.. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman) sama sahaja kepada mereka, sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. (Dengan sebab keingkaran mereka) Allah meteraikan atas hati mereka serta pendengaran mereka ada penutupnya, dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar." (Al-Baqarah 2:6-7.).

2. Golongan kedua ialah orang-orang yang kurang yakin dalam keimanannya, Ketika dia memperolehi nikmat daripada Allah kerana apabila mereka mendapat cubaan yang berbentuk musibah dan malapetaka, mereka ingkar kepada Allah. Sembahyang dan puasa ditinggalkan. Firman Allah S.W.T.: "Dan diantara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu dan kalau pula ia ditimpa kesusahan berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain dari Allah, yang tidak dapat membahayakannya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya, itulah kesesatan yang jauh terpesong."(AlHajj22:11-12.). Orang yang demikian apabila memperolehi kekayaan, dia akan berasa sombong, kedudukan yang ada digunakan untuk kepentingan sendiri dan apabila memperolehi ilmu pengetahuan digunakan untuk merugikan orang lain. Hal itu akan terjadi sekiranya semua yang diperolehinya dengan jalan yang tidak wajar. Firman Allah: "Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. Dan kalau ia ditimpa kesusahan maka jadilah ia seorang yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah)." (Surah Fussilat 41-49.). "Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, kedapatan dia sangat-sangat berputus asa, lagi sangat-sangat tidak bersyukur." (SuraH Hud 11:9.).

3.Golongan ketiga ialah orang-orang yang apabila mendapat kesulitan, musibah, mala petaka, kemiskinan mereka mengingat Allah Tetapi setelah memperolehi kenikmatan mereka lupa kepada-Nya. Firman Allah yang bermaksud: "Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia kepada Kami (dalam segala keadaan) samaada ia sedang berbaring, duduk atau berdiri dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpa." (Yunus 10:12.).

4. Golongan yang keempat ialah orang-orang yang apabila memperolehi kenikmatan lupa kepada Allah, tetapi apabila ditimpa musibah ingat Allah. "Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur) dan apabila ia ditimpa kesusahan maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar." (Fussilat 41-51.). Dia tidak mengenal Allah dan tidak memerlukan Allah tetapi apabila ditimpa kematian ketua keluarga secara mengejut, mereka sibuk memanggil orang-orang untuk membaca Al-Quran dirumahnya. Sebelum itu tidak pernah ada orang yang mengaji Al-Quran dirumahnya.

5. Golongan yang kelima ialah orang yang beriman dengan penuh keyakinan. Apabila memperolehi kenikmatan dia bersyukur dengan ucapan dan perbuatannya. Apabila ditimpa malapeta atau kesusahan dia tetap bersabar. Imannya, ibadahnya dan akhlaknya tidak mudah terpengaruh baik senang ataupun susah.

Demikianlah lima sifat golongan manusia dalam menghadapi ujian dari Allah. Kebanyakan mereka mengelabah dan akhirnya tewas dalam ujian dari Allah. Bahkan kebanyakan merasakan bahawa apa yang berlaku pada dirinya bukan dari Allah, dan dengan itu mereka lupa memohon pertolongan Allah, berlindung denganNya. Bahkan mereka menyingsing lengan, mengerah tenaga dan hawa nafsu untuk menghadapi ujian tersebut.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 10:18 PM | Show all posts
obelisk posted on 7-4-2014 11:10 AM
Ni contoh orang yg redha dengan ujian kesusahan, contoh akhlak yang sepatutnya ada pada orang Islam. ...

Ini orang dalam youtube semua tak boleh dibuat contoh sebab dia orang semua tu belakon ajer.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 12:20 AM | Show all posts
Bila senang mmg susah nk beringat²
Bila susah plg senang nk beringat²

- Rakyat KL-Selangor dicatu airnya krn kurang bekalan air bersih jd sgt jimat yg selama ni boros pengotor?

- Kerja 5/6 hari seminggu ketika sihat yg khatam qurannya setahun-dua sekali
bila terlibat dlm kemalangan jalanraya cuti sakit seminggu dpt sekali khatam

- puasa di siang hari bersabar dan kurang berkata², berbuka plk gelojoh lpk kedai kopi smpi sahur.

- ziarah jiran berjalan kaki dua puluh meter lbh berat berbanding memandu ke pasar dua ribu meter.

- RM30: senang²nya sejam bole habis topap fon, tp susah²nya lempeng garam sebulan bole habis mkn pagi dan petang

Cth je ye...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2014 01:56 PM | Show all posts
DARSITA posted on 8-4-2014 09:09 AM
shared Hizamri Hj Abdul Kadir's status.
March 31
Tazkirah:

memang ada benarnya post kau ni tapi alangkah indah dan bahagianya kalau dapat memiliki segala2nya dan ramai juga di dunia ini yg bertuah memliki segala2nya



Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 08:50 AM | Show all posts
aku sgt iri hati melihatkan mereka yg senang2 saja mendapat rezeki tersebut tanpa bersusah payah, aku rasa seolah2 tuhan tak sayang aku dan menafikan terus usaha aku


nampak situ? itu lah point aku. itu la sbb aku kate ko ade 'something' dulu

ok lah..aku bukan pandai sangat bab2 agama..bukan pandai sangat motivate2 ni. tapi aku nak bagitau..dalam kitab fiqh keutamaan karya Dr yusof  qaradawi menyatakan..

orang kaya yang bersyukur lebih baik dari orang miskin yang bersabar

bersyukur lebih susah dari bersabar sebenarnya. maknanya ujian kesenangan lebih susah dari ujian kesusahan. pikir2 kan lah. try relate dengan apa yg berlaku dalam kehidupan ko
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2014 11:37 AM | Show all posts
anwarnuwa posted on 13-4-2014 08:50 AM
nampak situ? itu lah point aku. itu la sbb aku kate ko ade 'something' dulu

ok lah..aku bukan ...

bukan susah sgt pun sebenarnya nak bersyukur kalau diberi kesenangan

kalau hidup senang memang ada yg riak, tapi ramai juga yg bersyukur dan sentiasa berasa berterima kasih kepada tuhan kerana mengurniakan rezeki yg banyak

sebagai cth, ramai org yg suka menayang harta mereka sambil mengucapkan 'syukur, alhamdulillah' di facebook

bagi aku lagi sukar untuk bersabar semasa menghadapi kesusahan, lagi2 jika ditimpa kesusahan berterusan tanpa sebarang penyelesaian

siapa2 yg merasakan sendiri perkara tersebut akan lebih memahami, seperti aku sendiri



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2014 12:45 PM | Show all posts
RED 666 posted on 13-4-2014 11:37 AM
bukan susah sgt pun sebenarnya nak bersyukur kalau diberi kesenangan

kalau hidup senang memang  ...

saya masih dgn prinsip :

"sesiapa yg payah nak manage diri time susah, berkemungkinan besar macam tu la dia susah nak manage diri dia time senang....."


kadang2 sy terpikir kenapa Allah tak jadikan kita tak  senang.......sebab kapasiti(kebolehan) diri kita kalau jadi senang memang hancussss....


tak percaya cuba anda cari sebarangan org yg perangai tah hapa2 yg banyak mengutuk Tuhan kerana keadaan dirinya susah dan tidak bernasib baik,
cuba bayangkan dirinya tiba2 dapat duit sejuta.....

anda cuba bayangkan apa terjadi padanya...adakah dia jadi beriman,,,,

atau jadi si kaya yg buruk perangai.....apatah lagi ketika miskinnya asyik berperangai ntah hapa2...dan tidak berakhlak....


sebenarnya, org beriman, time apa pu dia tenang.....insyaAllah....

kalau tak pentingkan iman, time apa pun kemungkinan dgn izin Allah, dia susah nak manage diri dia...

mungkin,
macamana perangai dia time susah, macam tu lah dia time senang......


wallahua'lam...



Last edited by ussopp on 13-4-2014 12:57 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2014 01:03 PM | Show all posts
ussopp posted on 13-4-2014 12:45 PM
saya masih dgn prinsip :

"sesiapa yg payah nak manage diri time susah, berkemungkinan besar mac ...


bergantung kepada sesetengah org, tak semua akan jadi semakin teruk bila ditakdirkan senang

ada org susah yang akan berubah jadi lebih baik selepas senang, disebabkan sedar diri betapa susahnya nak jadi senang. mereka juga akan lebih byk membantu golongan susah sebab lebih memahami keadaan org lain yg lebih susah disebabkan pernah merasainya sendiri

bagi aku, seseorang yg susah mungkin tidak berupaya menguruskan dirinya sendiri disebabkan kekurangan dan kesusahan yang dialaminya itu

kalau dah senang, petik jari jelah, semua boleh dapat, rasa susah nak urus diri upah sajalah pembantu


Last edited by RED 666 on 13-4-2014 01:08 PM

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 01:25 PM | Show all posts
RED 666 posted on 13-4-2014 01:03 PM
bergantung kepada sesetengah org, tak semua akan jadi semakin teruk bila ditakdirkan senang

a ...

memang lah bergantung.....

tapi cuba lihat kebanyakkan orang yg miskin sekarang.....kalau dia memang dah takda iman, time dia kaya camna.....



sy sendiri selalu melihat satu orang tua yg sy selalu lihat......dia ni banyak kekurangan  dari bab2 hidup senang...dan sy tgk perangai dia...kuat menipu, berlagak.....pemalas....

sy terpikir, nasib baik dia tak kaya, kaya dia kaya, mau diludahnya muka org.....



tp kalau kita tgk org yg ketika miskin baik hati, pun belum tentu time kaya dia baik hati, tp peluangnya tu cerahlah sikit.....

wallahua'lam.....


apa pendapat anda, kalau time miskin dia banyak menyalahkan Tuhan.......adakah dia akan semakin bagus time kaya...?
ujian ketika miskin dia dah fail....ujian time kaya, anda rasa okay...?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2014 01:34 PM | Show all posts
ussopp posted on 13-4-2014 01:25 PM
memang lah bergantung.....

tapi cuba lihat kebanyakkan orang yg miskin sekarang.....kalau dia m ...

ada juga org miskin yg sering menyalahkan tuhan bila dikurniakan kesenangan mereka akan berterima kasih dan bersyukur kerana merasakan akhirnya tuhan sudah pun menjawab doa mereka

dan mereka pasti akan membantu golongan yg sudah kerana berasa tersentuh melihatkan org susah disebabkan pernah merasainya sendiri.

tapi tak dinafikan ada org susah yg semakin bongkak bila senang dan biasanya org jenis ini mmg semasa susahnya jenis berperangai buruk dan menyusahkan org lain

tak semua manusia sama dan mereka boleh berubah

ada yg asalnya jahat, sombong, takbur tapi kemudian berubah jadi baik

ada yg asalnya baik tapi kemudian jadi jahat pula

semuanya bergantung kepada diri sendiri mengawal diri daripada terpengaruh dengan apa yg berlaku disekeliling diri kita

org2 miskin yg berbuat jenayah ni biasanya kerana mereka terpaksa, demi survival mereka

tapi bagaimana dgn org2 senang yg berbuat jenayah pula? sedangkan tuhan yg mengurniakan mereka kesenangan? jawapannya ialah sebab mereka TAMAK!

Last edited by RED 666 on 13-4-2014 01:39 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 47606 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 47191 Replies : 2
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38406 Replies : 25
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39220 Replies : 41
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41746 Replies : 360
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49996 Replies : 147
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276078 Replies : 8051
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64352 Replies : 376
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145506 Replies : 2458
Amukan Ablasa di Twitter : Peminat bengang Aina Abdul corot di tangga 41
ashilalatAmukan Ablasa di Twitter : Peminat benga
Views : 36180 Replies : 220

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.149311 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list