CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: intan_smsb

~★ Macam-macam Kuiz - Negeri Sembilan~★ 11th Assgmnt - pg41, post#1016

[Copy link]
Post time 31-5-2014 11:21 AM | Show all posts

port dicson


rembau


seremban


tampin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2014 03:59 PM | Show all posts
@intan_smsb

1) JELEBU

Makan banyak perut sebu
Tidur petang membawa ke malam
Kami berkonvoi pergi Jelebu
Ingin berendam di dalam jeram





2) JEMPOL

Fasha mengidam makan kacang pool
Mencarilah Jejai sampai ke seberang
Eko pelancongan tarikan di Jempol
Cuti sekolah jemputlah datang





3) KUALA PILAH

Singgah sebentar di Kuala Pilah
Beli daging salai untuk mertua
Dulu bercinta kini tak endah
Kenangan bersama dikenang jua





4) PORT DICKSON

Dara membisu senyum berahsia
Hati si teruna bertanda tanya
Port Dickson padat dengan manusia
Bermain pasir  bermandi manda


Last edited by bianglala on 1-6-2014 04:04 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 04:02 PM | Show all posts
5) REMBAU

Riuh oh riuh murai berkicau
Bulunya cantik tidak terperi
Pagi ke petang jelajah Rembau
Hendak mencari seiras Khairy





6) SEREMBAN


Naik komuter sampai ke Seremban
Hajat nak jumpa kawan Internet
Menyusun bangku untuk pertabalan
Mesti teratur tak boleh senget





7) TAMPIN


Tampin daerah di hujung sempadan
Tempat makcik memborong kain
Dia tak sudi nak jadi kawan
Mohon awak mencari yang lain




Last edited by bianglala on 1-6-2014 04:04 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 05:11 PM | Show all posts
intan_smsb posted on 29-5-2014 04:35 PM
❊❊Terbuka kepada semua forumer CARI❊&#10058 ...

Sila bina pantun 4 kerat daripada nama-nama daerah dan sertakan gambar daerah tersebut:-

1) Jelebu

Tulang ikan jangan di telan
Takut tercekik menyusahkan ibu
Jika anda ke Negeri Sembilan
Jangan di lupa menjengah ke Jelebu




2) Jempol

Dari Jempol terus ke Kertih
Terasa lapar terus makan maggi
Mengapakah saya berasa letih
Adakah kerana saya tak makan lagi?..



3) Kuala Pilah

Ke Kuala Pilah menaiki kereta
Singgah sebentar di rumah cik Sena
Sudah lama tak mendengar berita
Apa khabar agaknya dia di sana




4) Port Dickson

Berjalan-jalan bersama kekasih
Singgah sebentar melepaskan dahaga
Port Dickson pantainya bersih
Tempat beriadah bersama keluarga




5) Rembau

Kenangan lama selalu terimbau
Apabila juruhebah memainkan lagu
Sudah lama tidak ke Rembau
Apa kata kita ke sana di hari minggu?..



6) Seremban

Anak ayam dalam reban
Anak itik berenang sekawan
Ada apakah di Seremban
Sehingga hati boleh tertawan



7) Tampin

Kaki tersandung terus dipimpin
Nampak lebam dan juga berdarah
Mari kita jelajah ke Tampin
Lengkap sudah 7 daerah



@intan_smsb


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
intan_smsb posted on 30-5-2014 11:30 PM
Tari sayam ajak mira borak kt rmh borak plsss... muah2

Baik boss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2014 09:26 AM | Show all posts
Kuiz : Pantun tentang daerah di Negeri Sembilan beserta gambar daerah

*** Harap Maklum tarikh tutup akan di tunda pada 3hb Jun pukul 3 petang



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2014 10:17 AM | Show all posts
intan_smsb posted on 2-6-2014 09:26 AM
Kuiz : Pantun tentang daerah di Negeri Sembilan beserta gambar daerah

*** Harap Maklum tarikh tu ...

chetan tqsm 4 yr kedit
@ciksurie uols mana?

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2014 11:31 AM | Show all posts
aku da lah fail bab pantun..

aku datang support jah la yang @intan_smsb  @moyas



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2014 11:44 AM | Show all posts
cantleyi posted on 2-6-2014 11:31 AM
aku da lah fail bab pantun..

aku datang support jah la yang @intan_smsb  @moyas

nama kocen betina ku kakton. wey..lontar la seketol dua pantun
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2014 12:03 PM | Show all posts
moyas posted on 2-6-2014 11:44 AM
nama kocen betina ku kakton. wey..lontar la seketol dua pantun

aku da kata aku tak pandai

mu jangan pakse kawe deh

meme tok reti nii
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2014 06:55 PM | Show all posts
abg joni dep @ip_lepat

makan nasi lauk sutun
cepatlah tepek pantun
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2014 08:41 PM | Show all posts
anniez08 posted on 2-6-2014 06:55 PM
abg joni dep @ip_lepat

makan nasi lauk sutun

dah lupa daaa.. kejap lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2014 09:35 PM | Show all posts
ip_lepat posted on 2-6-2014 08:41 PM
dah lupa daaa.. kejap lagi.

wokey....
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 11:50 AM | Show all posts
1) Jelebu



Hati sedih sangatlah rawan
Dikala ini memerlukan kawan
Gadis Jelebu sangat rupawan
Hati jejaka cepat tertawan



2) Jempol



Dari Jempol mengayuh basikal
Badan letih terasa dahaga
Kalau kail panjang sejengkal
Lautan dalam jangan diduga


3) Kuala Pilah



Si gadis desa bernama milah
Sekali pandang sungguh terpesona
Balik kampung di Kuala Pilah
Untuk melawat ibu di sana



4) Port Dickson



Puteri jelita berlagu madah
Diiringi dengan indahnya irama
Port Dickson terkenal pantainya indah
Marilah kita bersuka ria bersama



5) Rembau



Berlari-lari mengejar kerbau
Kerbau di ikat terlepas tali
Kini sudah sampai di Rembau
Boleh berjumpa dengan Pakcik Ali



6) Seremban



Kerbau di kandang tidak di tengok
Takut hilang entah ke mana
Seremban lama tidak dijengok
Marilah esok kita ke sana



7) Tampin



Wartawan kepoh segalanya di media
Segala gossip disisip di mana-mana
Terasa rindu nak berjumpa si dia
Tapi kampungnya jauh di Tampin sana







Last edited by ip_lepat on 3-6-2014 12:20 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 12:22 PM | Show all posts
@intan_smsb



Ke jelobak ke Jelebu,
Tuai padi tigo tangkai,
Kalau kono qomat jolobu,
Tak mati badan meghasai.



Waktu petang Milah berjalan,
Milah badan sudah gedempol,
Kalau datang ke Negeri Sembilan,
Jangan lupa singgah ke Jempol.


Kisah ini kisah si Ujang,
Hati merindu pada si Milah,
Tengah berjalan berangan panjang,
Sampai tersesat ke Kuala Pilah.



Mandi manda di Teluk Kemang,
Singgah sebentar pekan Port Dickson,
Jauh benar dia berenang,
Boleh sampai ke Teluk Anson.



Pergi ke Rembau melawat sedara,
Sedara yang sakit rupanya dah sihat,
Alang dah sampai hingga ke sana,
Memborong sakan lepaskan hajat.



Hati teruna dah jatuh sayang,
Pada si dara dari Seremban,
Siang malam asyik terbayang,
Molek diikat tali pertunangan.



Ramadhan bakal berkunjung tiba,
Selepas ramadhan syawal pula,
Pergi ke Tampin dengan bapa,
Membeli kain membuat baju raya.



Last edited by novelloverzz on 3-6-2014 12:24 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 04:47 PM | Show all posts
@intan_smsb



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2014 03:14 PM | Show all posts
novelloverzz posted on 3-6-2014 08:47 AM
@intan_smsb

Bukan kacang sebarang kacang,
Kacang melilit si kayu jati,
Bukan sayang sebarang sayang,
Sayang ada di seri Menanti.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2014 03:20 PM | Show all posts
dellema posted on 8-6-2014 07:14 AM
Bukan kacang sebarang kacang,Kacang melilit si kayu jati,Bukan sayang sebarang sayang,Sayang ada d ...

Permatang rimba bersuluh terang,
Ranting bersilang taut pegaga,
Jambatan ilmu  menjadipenghubung,
Bertaut ia di teratak zaaba



Masam manis buah kuini
Jangan pula makan tanpa sedar,
Perut lapar perlu diisi,
Ke PD kita pekena ikan bakar,


Bayang redup si pohon kelapa
Tempat berteduh si anak rusa
Cendol rembau sedap terasa,
Hendak ke sana jauh pula.


Daun gelenggang pengubat santau,
Pohonnya condong tumbuh berjejeran,
masak lemak terngiau-ngigau-ngigau,
temankan den ke Pasar Seremban.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Comments

sebenarnye kuiz ni da tamat tempoh, jd sy bg rated 1/2 utk pantun yg hanya bkaitan dgn kuiz yg diberikan sjh. Tq  Post time 9-6-2014 09:24 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2014 10:25 AM | Show all posts
dellema posted on 8-6-2014 07:20 AM
Permatang rimba bersuluh terang,Ranting bersilang taut pegaga,Jambatan ilmu  menjadipenghubung,Ber ...

sorry gelojoh nak berforum
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2014 11:17 AM | Show all posts
dellema posted on 9-6-2014 10:25 AM
sorry gelojoh nak berforum

dell...
kita pantun kat pahang nak
kat sana dpt tacang
kalu berpantun

sila masuk sini
tari ada kat situ
http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=520951&extra=page%3D1&page=81
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.181776 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list