Bab 4 Puteri sengaja memilih restoran itu apabila dia tanpa sengaja melihat Afiza sedang makan di situ. Malah dia sengaja memeluk erat pinggang Hairi ketika melewati meja yang di duduki Afiza tadi. Bukan itu sahaja dia sengaja memilih meja yangbertentangan dengan tempat duduk Afiza. Dia mahu Afiza melihat kemesraan Hairi dan dia. Selagi mungkin dia cuba untuk memiliki Hairi sepenuhnya.
Pandangan Hairi kaku melihat Afiza di situ. Walaupun jauh tapi dia boleh melihat pandangan lelaki itu kepada Afiza. Pandangan yang penuh kasih sayang.Malah dia melihat Afiza tertawa riang bersama wanita berusia yang pada firasat Hairi ibu lelaki tersebut. Hatinya geram melihat Afiza yang seperti tidak mempedulikan kehadiran dia di restoran itu bersama Puteri.
Puteri tersenyum lebar apabila dia perasan yang Afiza seolah-seolah tidak menyedari kehadiran mereka di situ. Satu kemenangan buat dirinya kerana pasti Hairi akan bergaduh besar dengan Afiza. Pasti Hairi sedang cemburu melihat kemesraan Afiza dan lelaki berbaju kemeja hijau belang itu.
“Hairi itu bukan Fie ke?” Puteri menyuntik jarumnya.
Soalan Puteri di balas anggukan sahaja daripada Hairi. Dia berpura-pura tekun memilih menu. Dia tidak mahu Puteri sedar perasaan cemburu yang sedang menguasai dirinya tika ini. Boleh sahaja Puteri jadikan alasan untuk tidak membenarkan dia memiliki Afiza.
“Siapa lelaki tu? Nampak mesra je.” Semacam tidak berpuashati dengan jawapan sambil lewa daripada Hairi.
“Itu bos Afiza. And you tak payah nak menimbulkan spekulasi.” Bengang Puteri mendengar jawapan Hairi.
Seperti di sangka Hairi, Puteri menggunakan lelaki itu untuk membangkitkan cemburunya. Memang dia cemburu tapi dia tidak mungkin akan tunjukkan pada Puteri. Perempuan itu sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki dia. Dan dia juga sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan Afiza. Adil baginya Puteri inginkan dia dan dia inginkan Afiza.
“Hairi, kenapa you terima cadangan dia?” Puteri berbalik pada topik asal pertemuan mereka.
Bukan tidak boleh berbincang di rumah tetapi dia tidak mahu papa atau mamanya mendengar perbincangan mereka. Dia tidak lupa wajah papa yang menyinga ketika dia memberitahu Hairi meletakkan syarat yang dia tetap akan menikahi Afiza sekiranya Puteri ingin bersamanya. Mula- mula dia tidak kisah dan bersetuju sahaja dengan permintaan Hairi. Tetapi hati kecilnya semakin di hasut rasa ingin menguasai Hairi sepenuhnya. Dia tidak mahu kasih Hairi di kongsi.
Hairi memandang hadapan tempat Afiza duduk yang sudah kosong. Dia sendiri tidak yakin dengan keputusannya yang bersetuju dengan permintaan Afiza.Tapi demi Afiza dia sanggup sekali pun Afiza meletakkan syarat dia tidak boleh menyentuh Puteri. Sedangkan Afiza Cuma meletakkan syarat yang dia tidak mahu kewujudan Puteri diketahui. Itu sahaja.
Last edited by NaylaArisha on 23-6-2014 11:46 PM
|