|
Wardina (aka ituini) dan Australia berpisah tiada
[Copy link]
|
|
annehuda posted on 23-6-2014 09:25 AM
errrr tp bukan ke sbnrnye kt malaysia ni pun OKU ade diberi elaun khas tiap2 bln oleh kerajaan? aku ...
Mmg ada elaun khas utk anak oku, ada sekolah khas juga utk anak2 ni, cuma yg sy dgr - nak dptkan kemudahan tu kdg2 mencabar sket dgn karenah birokrasi. Tp adat la kan.. nak minta pinjaman pelajaran yg akan dibyr semula pun semput & basah2 ketiak sediakan dokumen.
Harap kerajaan boleh permudahkan permohonan utk anak/org oku ni sbb bkn semua org asal dr bandar & senang. Xde kemudahan & tatau cmne nak cari info - mls nak tanye pun ia jugak kdg2 masyarakat kita ni
Minah ni mmg iols x suka- budget bagus & seolah Malaysia ni hampeh sgt. Cepat la berambus ke oz tu & jgn blk lg ke Malaysia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hehehehehe... Hazrey sudah sound...
Typical lah... we tend to be judgmental towards everything.
Yer.. dapat percuma itu ini.. dapat cuti itu ini.. Ingat government nak kasi free itu ini tu memang free ke? Sapa yang tanggung all the expenses? Tax payers la kan.. as one of the contributors..
Tapi Wardina ni tau ke berapa rate income tax kat Australia? Sila check link ni .. https://www.ato.gov.au/Rates/Individual-income-tax-rates/
Memang la tak patut adik Firdaus tu dibuat macam tu.. dah macam kat Afrika tu dah jadinya.. tapi kena selidik dulu pucuk pangkalnya.. dan yang paling penting - pulihkan kesihatan adik Firdaus tu - dari segi fizikal dan mental (trauma diperlakukan macam tu, buang habit semasa dikurung macam makan najis etc).
|
|
|
|
|
|
|
|
Tolong bagitau kat WARDINA mangkuk tu :
FAEDAH UNTUK OKU BERDAFTAR DENGAN JKM
Faedah yang akan diperolehi oleh OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang disediakan oleh pelbagai agensi di Malaysia.
Jabatan Kebajikan Masyarakat
1) Bantuan am;
2) Elaun Pekerja Cacat;
3) Geran Pelancaran;
4) Bantuan alat tiruan/sokongan;
5) Pusat Pemulihan Dalam Komuniti;
6) Institusi Penjagaan dan Pemulihan JKM;
7) Bengkel Terlindung;
8) Pendaftaran dan pengeluaran kad kenal diri OKU;
9) Khidmat Nasihat dan Kaunseling;
10) Bantuan bagi OKU yang Tidak Berupaya (BTB) akan mendapat bantuan kewangan RM150.00 sebulan; dan
11) Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPOKUT) akan mendapat bantuan kewangan sebanyak RM300.00 sebulan.
KESELAMATAN NEGARA
1. Jabatan Pendaftaran Negara
Pengecualian bayaran membuat MyKad dan carian daftar kelahiran dan kematian
2. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri/ Jabatan Imigresen
Pengecualian bayaran dokumen perjalanan (Pasport)
PENDIDIKAN
1. Kementerian Pelajaran:
a) Program Pendidikan Khas (Bahagian Pendidikan Khas);
b) Program Pendidikan Integrasi; dan
c) Elaun RM50.00 sebulan kepada pelajar Sekolah Rendah dan Menengah
2. Kementerian Pengajian Tinggi (Bahagian Biasiswa)
a) Bantuan Kewangan Pelajar OKU IPT
- Diberikan kepada pelajar OKU yang mengikuti pengajian peringkat tertiari (Diploma ke atas) secara sepenuh masa di IPTA, IPTS, politeknik dan kolej komuniti.
- Kadar bantuan kewangan sebanyak RM300.00 sebulan. Bayaran dibuat sekali berdasarkan tuntutan yang dibuat pada setiap semester melalui institusi pengajian.
- Maklumat lanjut di laman web:
http://www.mohe.gov.my/webkpt_v2 ... mp;subcode=SUB005an, sara hidup, penginapan dan alat bantuan belajar.
b) Bantuan Kewangan Program Pendidikan Khas di Politeknik/Kolej/Komuniti
- Diberikan kepada pelajar OKU (kurang upaya pendengaran) yang mengikuti program pendidikan khas (sijil kemahiran khas) di politeknik terpilih.
- Kadar bantuan adalah RM3360/semester, mengambil kira bantuan yuran, sara hidup, penginapan dan alat bantuan belajar.
c) Saluran khas bagi pengambilan OKU di IPTA
- Pengambilan pelajar OKU dibuat menerusi saluran khas (tanpa perlu bersaing dengan kategori biasa) yang hanya berdasarkan kelayakan minima sahaja
- Penempatan universiti disesuaikan dengan kemudahan dan bidang yang disediakan oleh IPTA
3. Universiti Terbuka Malaysia
50% potongan yuran pengajian
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dan lagi...
KEISTIMEWAAN DAN KEMUDAHAN KEPADA GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA
Sukan
Majlis Paralympik Malaysia telah ditubuhkan bagi menggalakkan sukan dan rekreasi di kalangan orang kurang upaya. Jabatan dan NGOs bersama-sama menganjur dan menggalakkan orang kurang upaya di dalam berbagai-bagai bidang sukan dan riadah. Kejohanan Sukan Paralympik Malaysia bagi Orang Kurang Upaya/ Jemputan ASEAN diadakan dua tahun sekali. Skim insentif bagi ahli-ahli sukan orang kurang upaya dan hadiah-hadiah berbentuk kewangan kepada pemenang atlit-atlit di Kejohanan-kejohanan Sukan Antarabangsa disediakan.
Kegiatan Kesenian dan Kebudayaan
Untuk menggalakkan orang kurang upaya menyertai berbagai-bagai kegiatan kesenian dan kebudayaan, satu kumpulan Kesenian Orang Kurang Upaya ditubuhkan dan satu tabung juga dilancarkan bagi memudahkan kumpulan ini menjalankan aktiviti dan latihan.
Kemudahan Pendidikan
Kementerian Pendidikan di bawah Jabatan Pendidikan Khas menyediakan kelas khas kepada kanak-kanak cacat pengelihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program pendidikan dijalankan di sekolah khas pendidikan dan melalui program integrated di sekolah biasa. Kerajaan juga mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan kemahiran di institusi-institusi pengajian di bawah kelolaan Kementerian pendidikan. Bagi Pelajar yang berjaya mereka akan mendapat elaun bulanan sebanyak RM300.00 sebulan.
Kemudahan Akses di Bangunan Awam
Satu Jawatankuasa telah ditubuhkan untuk memastikan orang kurang upaya ada akses tanpa halangan dalam menggunakan kemudahan-kemudahan awam. Akses orang kurang upaya kepada kemudahan-kemudahan dalam dan luar bangunan telah dimasukkan dalam pindaan kepada Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984.
Dalam hubungan ini Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dan memainkan peranan dalam menggalakkan berbagai kemudahan diwujudkan bagi membolehkan mereka yang kurang upaya bergerak bebas. Satu daripada pencapaian ini ialah penubuhan Jawatankuasa Teknikal yang Urusetianya ialah SIRIM telah merangka “ Kod Amalan Akses Bagi Orang Kurang Upaya Ke Bangunan Awam” yang mana telah menghasilkan pindaan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 berkaitan dengan kehendak-kehendak bangunan untuk orang kurang upaya di mana bangunan baru diwajibkan mempunyai kemudahan akses kepada orang kurang upaya. Antaranya termasuklah “ram” dan “railings”, laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas dengan reka bentuk yang sesuai, tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya.
Kemudahan Dan Galakan Pelepasan Cukai
Kerajaan juga memperluaskan potongan cukai berganda dalam tahun 1981 kepada majikan-majikan mengambil pekerja kurang upaya dan dalam tahun 1991. Kerajaan pula menambahkan bagi pelepasan pengecualian cukai bagi ibubapa yang mempunyai anak kurang upaya di bawah umur 18 tahun. Kerajaan juga memberi ribet cukai kepada pembayar cukai bagi membeli alat-alat khas bagi kegunaan sendiri atau kegunaan anak dan ibubapa yang kurang upaya;
Sebagai galakan berterusan bagi memelihara orang kurang upaya dan sebagai pelepasan tambahan kepada potongan diri RM5,000 dan potongan untuk isteri RM3,000, Kerajaan telah meluluskan pelepasan tambahan sebanyak RM5,000 diberi kepada pembayar cukai yang kurang upaya dan sebanyak RM2,500 lagi kepada pasangan yang kurang upaya mulai tahun 1995.
Kemudahan Pengangkutan Awam
Jabatan sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat pengangkutan supaya memberi tambang konsesi kepada orang kurang upaya. Sehingga kini terdapat beberapa buah syarikat pengangkutan telah memberi insentif pengangkutan kepada golongan kurang upaya. Antaranya Sistem Penerbangan Malaysia memberi tambang murah sehingga 50% bagi penerbangan dalam negeri, Keretapi Tanah Melayu memberi tambang konsesi sehingga 50% bagi semua perjalanan bagi semua kelas, Syarikat bas TRANSNASIONAL memberi konsesi 25% daripada harga tambang dan PUTRA-LRT juga telah memberi konsesi tambang kepada golongan kurang upaya.
Pengecualian Bayaran Rawatan Perubatan
Orang kurang upaya dikecualikan daripada bayaran rawatan di Hospital Kerajaan termasuk bayaran wad kelas tiga, bayaran pakar dan ubat-ubatan.
Pengecualian Bayaran Dokumen Perjalanan
Jabatan Imigresen mengecualikan bayaran ke atas perkhidmatan menyedia dan memproses dokumen perjalanan (passport Antarabangsa) kepada golongan kurang upaya.
Kemudahan Peluang Pekerjaan
Komitmen kerajaan untuk membuka peluang pekerjaan kepada golongan kurang upaya terbukti melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10/1988 yang telah dikeluarkan dimana kouta 1% peluang pekerjaan di sektor awam diperuntukkan kepada golongan orang kurang upaya.
Bagi Sektor Swasta, Jawatankuasa Penggalakan Pengajian Orang Cacat Di Sektor Swasta telah ditubuhkan dalam tahun 1990 di bawah Jabatan Buroh Semenanjung Malaysia telah mewujudkan Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya di Sektor Swasta yang merupakan suatu garis panduan kepada agensi kerajaan, majikan, pertubuhan majikan, pekerja, kesatuan sekerja dan pertubuhan orang kurang upaya serta orang kurang kurang upaya sendiri untuk pendaftaran dan penempatan kerja orang kurang upaya bekerja di sektor swasta.
Bagi orang kurang upaya, mereka boleh membuat pendaftaran di mana-mana pejabat buruh di negeri dan daerah )
Kemudahan Membeli Kereta Dan Motorsikal Nasional
Kerajaan memberi pengecualian cukai jualan sebanyak 50% ke atas pembelian kereta atau motorsikal nasional bagi orang kurang upaya yang berkeupayaan memandu dan tidak berkeupayaan memandu.
Bagi orang kurang upaya yang berkeupayaan memandu, setiap permohonan mestilah disertakan dokumen berikut:-
Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya;
Kad Pengenalan;
Lesen Memandu yang sah;
Maklumat Kenderaan - Model, No.Enjin, No.Chasis dll.
Bagi golongan orang kurang upaya yang tidak berkeupayaan memandu, mereka boleh mendapat kemudahan tersebut dengan syarat Pihak kedua ( Ibubapa/isteri) boleh memandu bagi pihak mereka. Setiap , permohonan mestilah disertakan dolumen berikut:-
Lesen memandu - pihak kedua;
Kad Pengenalan - pihak kedua;
Maklumat yang menyokong hubungan antara penama dan pihak kedua;
Kad Pengenalan;
Kad Pengenalan OKU;
Maklumat Kenderaan – Model, No.Enjin, No.Chasis dll.
Kemudahan Alat Ganti Orang Kurang Upaya
Kerajaan memberi pengecualian duti impot dan cukai jualan ke atas semua peralatan direka khas untuk kegunaan orang kurang upaya.
Pencen Terbitan
Kerajaan melalui JPA menyediakan pencen terbitan kepada anak/tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia.
Kemudahan Mendapat Latihan dan Pemulihan
Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan program latihan kepada kanak-kanak kurang upaya dengan menyediakan program latihan kemahiran dan pemulihan diri di Institusi-institusi Jabatan. Buat masa ini perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan ini kepada kategori kurang upaya anggota dan akal (bermasalah pembelajaran) sahaja.
Kemudahan Geran Pelancaran
Jabatan Kebajikan Masyarakat juga membantu golongan kurang upaya yang berpendapatan kecil atau yang ingin menjalankan perniagaan kecil dengan menyediakan peruntukkan geran pelancaran berkadar maksimum RM2,000
Sumbangan Kepada Program-Program OKU
Jabatan menggalakkan penyertaan aktif dan sumbangan daripada sektor swasta/ korporat untuk memainkan peranan yang lebih besar dan positif bagi kebajikan orang kurang upaya selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menuju ke arah masyarakat penyayang menghadapi Wawasan 2020 dan menepati Dasar Kebajikan Masyarakat Negara.
Kemudahan Telekom
Syarikat Telekom Malaysia telah menyediakan insentif/kemudahan kepada golongan orang kurang upaya seperti berikut:-
Bayaran Sewa bulanan di kecualikan kepada golongan kurang upaya.
Panggilan 103 (operator) tidak dikenakan sebarang caj
Menyediakan panggilan menunggu atau panggilan pindahan secara percuma.
Bagi orang kurang upaya berumur 19 tahun dan ke atas mereka layak memohon menggunakan maklumat sendiri dan bagi mereka berumur 18 tahun dan ke bawah mereka juga boleh memohon perkhidmatan bagi pihak keluarga mengikut syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak STMB.
Takaful Malaysia Berhad
Menyediakan Insuran(Perlindungan) bagi OKU yang merangkumi Perlindungan bagi:-
Kemalangan;
Kematian - urusan pengkebumian;
Keilapan Kekal (kurang upaya/disability) akibat penyakit;
Keilapan Kekal akibat kemalangan;
Perbelanjaan perubatan kecederaan akibat kemalangan
Syarat-syarat permohonan:
Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat;
Berdaftar dengan mana-mana persatuan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Abang saya OKU macam-macam kemudahan dia dapat. Telefon pun bayar SEHENGGET je, kita ada? Tukar kaki palsu yang berteknologi canggih sikit pun percuma je. So, aku rasa okay je kemudahan OKU yang kerajaan bagi cuma kesedaran awam tu je masih kurang macam ramp, lif tu semua. |
|
|
|
|
|
|
|
Very good @beldandy... and semua maklumat tu hanya di hujung jari saja kan.... maybe not as good as what Wardina thinks.. but dah ok sangat la tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak ada nya Wardina ni nak migrate ke Ostrolia. Aritu kuar paper dia dengan biz partner lancarkan butik pakaian muslimah |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah wardina.. punya laa banyak bantuan kerajaan untuk anak anak dan orang OKU kat Malaysia ni.. cuma memang proses nak memohon tu agak susah. Bukan ape.. kene bagi bukti betul betul laa tentang kewujudan orang OKU tu.. tapi taklaa sesusah mana. cuma standard laa ade prosedur yang perlu kita ikut.. tak boleh hentam keromo sahaja.
Sedangkan guru pendidikan khas kat sekolah pon dapat elaun lebih dari cikgu biasa.. inikan pulak kanak kanak OKU itu sendiri.
Membanding dengan Negara yang telah maju seperti Australia, UK memang mudah. Cuba compare dengan Asia Tenggara..tengok pulak Malaysia bagaimana.
Cakap memang mudah Wardina.. masyarakat tak prihatin laa apa laa.. Kalau isu ni tak terbongkar.. kau pon tau ke anak kanak kanak ni terbiar macam ni.. ko pon sama laa tak prihatin namanya..
Jangan mendongak ke langit sangat.. |
|
|
|
|
|
|
|
ooo..bodohnya Wardina nih...
Kalo x tau apa2 pasal kebajikan OKU, x pyh la komen.
My friend kat ofis ada anak OKU, dh buat kad OKU... selalu pegi fisioterapi kat hospital gomen... dia dpt pelbagai facilities.
My friend pun keja setakat kerani, skolah SPM x lepas...gaji pun kecik. hasben dia pun gaji x brape nk besar. Anak ada ramai, tp sorang tu jah OKU... x de plak dia abaikan anak dia. Dia tau jah tempat nk rujuk hak anak dia as OKU. Elok jah anak OKU dia hepi hidup dgn family dia walopun hidup x brape selesa.
X perlu salahkan sape2 dlm kes kat Nilai tu. Mmg 100% salah emak dia sendiri. Apehal nk tuding jari kat org lain.. dia yg sorokkan anak dia drp pandangan masyarakat luar. Maybe dia dh muak kena kemas tahik anak dia hari2... budak2 OKU mcm ni mmg mencabar kesabaran kita menjaganya, apa lagi bila anak OKU tu dh semakin besar. Tp emak dia si Lola tersebut dh surrender kot.
Paling x bleh blah ada komen yg nk salahkan gomen... oii.. selebriti sgtkah si Lola tu? even jiran dia pun x tau mcm mana keadaan budak tu. Ingat gomen tu Tuhan ka boleh nampak semua hal yg berlaku dlm setiap rumah kat Malaysia nih??? Lagipun dlm pesbuk si Lola tu semua indah2 belaka kann... |
|
|
|
|
|
|
|
Olohlohloh..Wardina tongong oii..byk juga bantuan kerajaan masia kt OKU ni..
wardina je tak ambik tahu sebab anak2 kau lahir dah perfect sempurna...
yg kau amek tahu kelas kuda, kelas memanah kelas swimming dan hapa2 lagi...
tax kat ostolia sana berapa percent oiiii..memang lah facilities dia canggih oiiii...
|
|
|
|
|
|
|
|
kawan ai OKU ade kad OKU, sangat untung.. pegi man2 selalu dapat setengah harga.... yela, tapi bile fikirkan, mmg patut die dapat kemudahan camtu sebab die OKU kan... |
|
|
|
|
|
|
|
lipstickz posted on 23-6-2014 09:48 AM
Mmg ada elaun khas utk anak oku, ada sekolah khas juga utk anak2 ni, cuma yg sy dgr - nak dptkan k ...
ai rs wardina ni tak paham berita kot. mayb pd pandangan die budak tu terabai sbb tak dipedulikan kerajaan, tp sbnrnye mmg mak budak tu yg perangai mcm cadbury ntah2 mak die tiap2 bulan sedap2 makan elaun OKU tuh. yg part ni ai akui JKM ni jarang sesgt wat spotcheck budak2 OKU jenis hilang mobility terus ni. pdhal budak tu sblm ni gemuk sihat je bila pengasuh die kawen n pindah tu yg jd mcm tu. hopefully wardina lepas ni jgnla ignorant sgt. yelah mayb Malaysia tak mampu nk kasi suma serba serbi percuma mcm kt australia negara bapak die tu, tp at least ade. mcm kt US nun takde hospital awam, kalau xde health insurance mmg xde sape hospital nak amek. harapkan badan kebajikan jelah
|
|
|
|
|
|
|
|
asal wardina berkata2 jer mesti kena..
bagus bro hazrey.. |
|
|
|
|
|
|
|
mobic posted on 23-6-2014 09:38 AM
Kat malaysia pun budak2 oku dapat elaun. Sekolah2 kebangsaan pun memang dah ada kelas2 pendidikan kh ...
Dia x tau sebab anak2 dia pegi sekolah private. Sebab tu hazrey suruh dia buat research dulu sebelum tulis.. |
|
|
|
|
|
|
|
Extralink posted on 23-6-2014 10:08 AM
Dia x tau sebab anak2 dia pegi sekolah private. Sebab tu hazrey suruh dia buat research dulu sebel ...
anak die sekolah private ke home schooling? |
|
|
|
|
|
|
|
klau budak2 ade surat doktor sahkan mmg ade problem mmg senang je nk mohon kad oku tu...
yg susah kena interview bagai tu bila org dewasa yg tiba2 hilang upaya.
mmg kena selidik sbb byk org jugak yg suka nak salah gunakan kad oku yg diberi...mknanya x oku tp nak mengaku oku sbb nk keistimewaan tu sume
sbb tu gomen pun kena make sure sblm kuarkan kad tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
leon_mclaren78 posted on 23-6-2014 10:02 AM
ooo..bodohnya Wardina nih...
Kalo x tau apa2 pasal kebajikan OKU, x pyh la komen.
My friend kat of ...
sebut pasal FB mak budak yg x berdosa tu... terus aku rasa menyirap. opps OT jap. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila dah asyik kene kutuk pasal ni..Lepas tu nanti wardina macam biasa laa buat buat innocent..
Buat2 die teraniaya.. nak tutup FB IG segala.. mula laa buat drama.
Macam kes die dgn ustaz don tu..
Eh tolonglaa Wardina.. koser sangat.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|