CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: maya2014

Badi mayat..

[Copy link]
 Author| Post time 14-10-2014 02:26 PM | Show all posts
cheeky_meal posted on 14-10-2014 09:50 AM
hehe..scary kan klau ada pokok2 besar y agak menyeramkan n xdtebang...kt ofis aku ada jugak..mcm p ...

Kenangan ..................


Tempat: Rumah setinggan.
Masa: 7.00 Malam


Liaaaaa !!!! laung mak aku (lia tu mmg gelaran aku) sampai sekarang. sambung balik .. " Tutup tingkap tu hari dah senja ". Mak aku masa tu tengah berus baju. Dalam bilik air. Dulu-dulu bilik air takde bumbung . pakai air telaga. tengok atas nampak langit . kalau hujan ,mandi hujan terus. Dengan malas aku menuju ke tingkap rumah aku.

Tiba-tiba dari jauh aku nampak susuk tubuh wanita, bajunya putih lusuh , sekali tengok macam kapas pun ada. Aku tak jadi tutup tingkap. Lidah aku jadi kelu, tubuh aku terus kaku... aku tengok perempuan tu berjalan sambil menggendong sesuatu. Seolah-olah dia perasan aku, senyum pulak mak cik ni..........

Bila aku sedar dari lamunan terhenti tadi tu. aku jerit sekuat hati.. Makk !!! ada makcik pompuan lalu putih je... Mak aku keluar terus dari bilik air tu.
Dia tengok dekat tingkap. "Mana ada, aku suruh tutup tingkap yang kamu duduk dekat tingkap buat ape".. Ceh!! mak aku takut sebenarnya tu ... malam tu pulak kat rumah jiran aku, Pak cik Mail...


OOO yah (yah tu mak aku) ...masa tu dah pukul 1 pagi... mak aku kejut arwah abah dan buka pintu. " Ada tak susu tepung? kata Pak cik Mail.. Mak aku kata ada. Dia mintak sikit mak aku bagi laaa. tak tanya pun sebab pak cik tu pun ada anak kecil.

Esoknya , bapak aku tanya pak cik Mail tu hal semalam. Pak Cik Mail cakap ada perempuan bawa anak dalam kain batik. Mintak susu katanya anak dia lapar... Perempuan tu cakap suaminya belum balik. Dia pulak duduk dekat seberang. Jadi sebab tu la dia datang mintak susu dekat rumah aku, kebetulan susu rumah dia memang dah habis.Jadi arwah abah aku cakap. Seberang tu hutan banat, mana ada rumah. Pak Cik Mail cakap dia tahu... sebab yang perempuan tu dukung memang batu nesan. Batu air...... .

Berani pulak pak cik tu , aku terfikir jugak mungkin ke perempuan tu yang aku nampak senja tu. Tapi pakcik tu memang berani, dia pernah tumpangkan orang sampai ke kubur lepas tu hilang.. kalau aku ntah la. pengsan kot..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.031429 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list