View: 7224|Reply: 44
|
Novel Linda Rafar Diciplak!
[Copy link]
|
|
Syarikat Penerbitan Antara Punca Novel Linda Rafar Diciplak
Linda Rafar bakal keluar dengan novel terbaharu Januari depan.
PETALING JAYA: Pelakon Linda Rafar kesal dengan syarikat penerbitan PTS Litera Utama Sdn Bhd kerana kurang memberi promosi serta mengedarkan novel tulisannya iaitu Menunggumu Di Pintu Syurga sehingga ia diciplak.
Linda atau nama sebenarnya, Azlinda Abdul Rafar, 36, berkata, perkara tersebut menyebabkan novel tentang anaknya Allahyarham Rezaimen Kiflin Kifli, 12, yang meninggal dunia pada 5 Julai lalu gagal berada di pasaran secara menyeluruh sehingga menyusahkan orang ramai untuk mendapatkannya.
"Saya tidak berpuas hati dengan perkhidmatan syarikat penerbitan novel itu yang kurang promosi dan memastikan pengedaran novel itu dijual diseluruh Malaysia termasuk Singapura dan Brunei.
"Disebabkan perkara itu saya sendiri yang terpaksa menghantar novel-novel itu kepada peminat yang ingin membelinya dari Singapura dan Brunei. Saya yakin mereka ciplak sebab tiada stok di negeri itu.
"Saya juga terima banyak rungutan daripada peminat yang kesal kerana gagal untuk dapatkan novel itu di pasaran," katanya kepada mStar Online, di sini Rabu.
Dia juga mahu pihak penerbitan tersebut bertanggungjawab dengan mengambil tindakan sewajarnya agar penjualan karya secara cetak rompak itu dihentikan.
Linda berkata, dia telah dimaklumkan tentang perkara tersebut oleh beberapa pembaca yang menjumpai penjualan novel ciplak itu di beberapa kedai buku di Johor Bahru.
"Saya sedih dan terkilan apabila novel luahan perasaan saya tentang Memen (Rezaimen Kiflin) telah diciplak sewenang-wenangnya oleh orang tidak bertanggungjawab.
"Saya dimaklumkan perkara ini oleh beberapa peminat yang mendapati novel yang sama dijual dengan kualiti rendah di sebuah pasaraya ternama di Johor Bahru. Novel itu bukannya mahal, hanya RM15 sahaja senaskah," ujarnya.
Gambar kenangan Linda ketika menjaga arwah anaknya.
Rezeimen Kiflin merupakan anak kedua pelakon itu hasil perkahwinan pertama bersama bekas suaminya iaitu Keifli Othman. Allahyarham meninggal dunia pada 5 Julai lalu akibat penyakit kanser perut.
Dalam pada itu, Linda berkata, sambutan mengalakkan terhadap novel itu yang kini sudah terjual lebih 50,000 naskhah memberi semangat kepadanya menyiapkan siri kedua novel tersebut.
Katanya, novel kedua itu lebih terperinci berkenaan apa yang dilalui oleh dirinya sebagai ibu sepanjang menjaga arwah anaknya itu.
"Novel kedua sudah 60 peratus siap dan mungkin Januari depan ia akan berada dipasaran. Kali ini lebih terperinci pengalaman indah saya bersama arwah," ujarnya.
Tambah Linda, hatinya berasa tenang apabila dapat meluahkan segala perasaannya dalam sebuah novel dan dikongsikan kepada pembaca.
Katanya, ramai pembaca yang beri maklum balas positif dan mengakui menangis selepas membaca novel tersebut.
"Kini setiap malam saya masih menangis bila teringatkan Memen dan perkara itu saya curahkan dalam novel untuk kongsi kepada pembaca.
"Ramai pembaca yang beri kata-kata semangat dan turut merasai apa yang saya lalui selepas membaca novel itu," katanya.
Dalam pada itu, Linda berkata, dia juga menerima banyak tawaran daripada syarikat produksi filem dan drama untuk mengadaptasi novel tersebut.
Bagaimanapun dia terpaksa menolak kerana beranggapan ia bukan masa yang sesuai untuk melakukan perkara itu.
"Beberapa filem dan lebih 10 buah produksi drama yang merisik untuk mengadaptasi novel itu tetapi saya tolak.
"Saya memang berhajat untuk filemkan kisah ini tetapi bukan masa sekarang. Saya tidak mahu dikatakan sengaja meraih keuntungan atas kematian anak saya," ujarnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
50k tu
bagus la
expresskan rase
its not easy for her
atau sape2 sj dlm situasi yg sama
klu kt hollywood nu dh bnyk kisah2 spt yg dialami linda difilemkan
klu btul2 ade yg nk buat
hrpnya biarlah jujur |
|
|
|
|
|
|
|
Ntahlah tak berapa berkenan caranya, nampak dilakkukan krn duit. Klu nak luah perasaan sepatutnya pd suami kuarga n kwn2 rapat. |
|
|
|
|
|
|
|
Hermm...I was there during the book launch..
Komen aku...ARTIS TETAP ARTIS!
Boleh pulak putarkan lagu2 nyanyian masa tu ek..
|
|
|
|
|
|
|
|
mira dh beli buku dia
lom kesempatan nk baca |
|
|
|
|
|
|
|
nak promosi cmn lagi?
aku rasa nmpak je novel dia dimana2.
tapi tak berminat nak beli. |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm... bertabahlah linda.. |
|
|
|
|
|
|
|
bosan. klo da xlaku buku tu nk wat cmne. ko la salah, penulisan ko x best. xmpu buat org rasa hiba. mesti harap dpt royalti byk buat cover kos memen tu. skali x dpt |
|
|
|
|
|
|
|
Orange1 posted on 24-12-2014 06:04 PM
Ntahlah tak berapa berkenan caranya, nampak dilakkukan krn duit. Klu nak luah perasaan sepatutnya pd ...
Selalu luahkan perasaan rindu kat anaknye dlm ig....
|
|
|
|
|
|
|
|
moga linda & family terus tabah...bkn mudah |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak taulah berapa puluh ribu naskhah buku yang PTS cetak. Sekarang ni kan semuanya serba mudah. Ramai penulis yang pos sendiri buku kepada pembaca siap sign otograf lagi. Aku tak tau lah Linda pos sendiri buku ke tak.
Berkesempatan bertemu sendiri dengan Puan Ainon PTS beberapa bulan yang lalu. Walaupun dia ni CEO tapi sempoi gila. Masa tu ada acara yang boleh kira agak besarlah jugak dalam dunia penulisan ni. Dia pakai baju kurung biasa. Tudung awning. Orang kaya tapi takdelah nak tudung fareeda bagai. Mekap pun tak. Lipstick atau lipgloss takde walaupun secalit. Bila bercakap pasal penulisan dan bisnes memang bersemangat dia. Banyaklah yang dia cerita pasal reality dunia penulisan sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah 50k terjual apa lg yang dia tak puas hati? lagipun 100% ke dia yg tulis? setahu aku ada penulis bersama yg tulis buku tu. agak2 kalau dia sendiri yg tulis 100%, ayat2 dia tu boleh menjentik hati orang ke?
phuiii. |
|
|
|
|
|
|
|
Co-author Baharuddin Bekri
|
|
|
|
|
|
|
|
macam2 cara nak buat duit...
buku ina naim laku tak? |
|
|
|
|
|
|
|
cik_kembong posted on 24-12-2014 07:13 PM
Selalu luahkan perasaan rindu kat anaknye dlm ig....
Iols x sanggup buka ig sheols
Iols hati tisu.. mmg xleh ( |
|
|
|
|
|
|
|
intan_smsb posted on 24-12-2014 10:45 PM
Iols x sanggup buka ig sheols
Iols hati tisu.. mmg xleh (
Iols follow masa memen tgh sakit kat hukm lg....
She is a very strong woman.... |
|
|
|
|
|
|
|
kata kurang promosi and masalah pengedaran tak cukup luas... tapi dah terjual 50k....
tak faham la...
btw, good luck la PTS...
Iols baca fixi jeh |
|
|
|
|
|
|
| |
|