CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123
Return to list New
Author: GhostWalking

[Tempatan] Warga Emas Sendirian Di Hutan Dikelilingi ‘Hutan Batu’UPDATE#41

[Copy link]
 Author| Post time 31-12-2014 08:34 AM | Show all posts
Saya tak mahu ke rumah orang tua – Pakcik Muhammad
Pakcik Muhammad yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang itu, datang ke Kuala  Lumpur untuk mencari rezeki seawal usia 18 tahun. - Foto Facebook Polis Wangsa  Maju


[size=100%]
KUALA LUMPUR, 31 Disember:
Rentetan pendedahan polis Wangsa Maju yang  menemui seorang warga emas tinggal bersendirian dalam sebuah pondok usang di  belukar, The Rakyat Post cuba menjejaki insan kurang bernasib baik  itu.

Tidak disangka perjalanan menuju ke pondok  Muhammad Deris sebenarnya melalui denai di sebalik pokok-pokok lanskap di  kawasan dikelilingi kediaman golongan elit.

Di sebalik kawasan perumahan banglo dan kediaman  serba mewah itu, rupanya terselit sebuah pondok usang yang hampir rebah  menyembah bumi yang dianggap ‘mahligai’ oleh warga emas berkenaan.

Keadaan persekitaran yang becak digenangi  air, sudah pasti menyukarkan pergerakan orang tua itu untuk keluar masuk.

Kehadiran wartawan The Rakyat  Post yang ditemani dua pegawai polis itu, disambut dengan salakan dua  ekor anjing.

Hati mana tidak tersentuh melihat seorang warga  emas yang dimamah usia, duduk berseorangan di bawah pokok dan tanpa berbaju,  menyambut kedatangan kami yang tidak diundang dengan senyuman tawar.

“Ada orang datang, jumpa pakcik nak hantar ke  rumah yang ramai orang tua tu, pakcik tak mahu…pakcik duduk sini pun tak  apalah.

“Kalau nak bantu pakcik, pakcik cuma nak satu  rumah sahaja yang ada satu bilik pun cukup dah, dengan duit sedikit, itu  sahaja,” katanya ketika ditanya mengapa dia memilih untuk terus tinggal di  pondok kecil dalam belukar itu, sejak sekian lama.

Pakcik Muhammad yang sudah berusia 74 tahun itu,  ditemui sepasukan anggota polis dari Balai Polis Wangsa Maju yang sedang  melakukan Ops Santa, pada 25 Disember lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Balai Wangsa Maju,  Sarjan Jasman Aris, pihaknya mendapat maklumat awal, kemungkinan pondok itu  menjadi sarang jenayah ataupun maksiat.

“Malam itu, kami memang sudah bersiap sedia  dengan semua anggota lengkap bersenjata, kami memang dah sedia untuk menyerbu  tempat berkenaan, tetapi apa yang kami temui sangat mengejutkan.

“Ketika itu, saya arahkan semua anggota untuk  tidak berbuat apa-apa dan kami masuk ke dalam pondok berkenaan melihat seorang  tua bertongkat,” katanya mengulas kembali penemuan warga emas itu.

Pakcik Muhammad yang berasal dari Kuala Lipis,  Pahang itu, datang ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki seawal usia 18  tahun.

Menurutnya, ketika meninggalkan keluarga, dia  mempunyai seorang abang dan kakak, namun abangnya telah meninggal dunia.

Sementara kakaknya pula tidak diketahui sama ada  masih hidup atau sudah meninggal dunia, kerana telah terputus hubungan sejak  sekian lama.
“Kalau pakcik ada anak saudara pun, pakcik  sendiri pun tidak mengenali mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Jasman yang mengiringi penulis  ketika melawat warga emas itu memberitahu, pihaknya telah bekerjasama dengan  Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk membantu Pakcik  Muhammad.

“Kami cuba dapatkan bantuan daripada MAIWP bagi  meringankan beban Pakcik Muhammad, dan pihak berkenaan bersetuju menyalurkan  bantuan perumahan.

“Buat masa ini, MAIWP akan bantu bawa Pakcik  Muhammad ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk memperbaharui MyKad  miliknya,” katanya.


Sumber:Therakyatpost
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2014 07:27 PM | Show all posts
betul tu,mmg xpakai otak. nk habiskan duit zakat je
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 07:35 PM | Show all posts
Pakcik ni hernia ke? Mcm dh teruk gak klu btl ..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian sebatang kara je.

Harap harap dia dapatlah terima bantuan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 07:58 PM | Show all posts
bukan sembarang pak cik ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2015 02:43 AM | Show all posts
kalau masyarakat prihatin napa sampai 30 tahun pakcik tu duduk sensorang x cukup makan dlm pondok tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2015 02:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Mintak MAIWP byarkan sewa rumah pcik tu lah...mintak rumah dgn DBKL...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2015 02:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Takkn nk buatkn rumah dln semak tu.....lebih baik carikn dia flat DBKL
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2015 03:16 AM From the mobile phone | Show all posts
I bet dia x suka org ganggu dia
Satu persatu pihak dtg
Privasi dia terganggu


Dia x meminta, org beri dia ambil, tgk gaya masih sihat...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2015 10:56 AM | Show all posts
BotakChinPeng replied at 30-12-2014 10:38 AM
Hutan konon.

Kalau nak ikut pekerja rakyatpost....cuma tempat yg tak ada pokok langsung macam fla ...

kan dia tulis..dikelilingi 'hutan batu'....ke aku salah bace?

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2015 11:02 AM | Show all posts
ya Allah sedihnya.. hidup sebatang kara, duk sorg2 dalam hutan.. semoga Allah permudahkan semuanya tuk dia..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2015 02:56 PM | Show all posts
zulka: lepasni ada la org nak ambil pakcik ni jadi pelakon.......jadi guru silatke...


kau ni mesti terkenang atuk Latif Borgiba bila tengok gambar pakcik ni ....hohoho



Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2015 03:02 PM | Show all posts
Sebelah pondok pocit ni mcm ada neighbour....
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2015 03:04 PM | Show all posts
oni313 replied at 30-12-2014 01:09 PM
ada keluar citer ni kat page FB balai polis w.maju semalam...

kalau benar la pakcik ni duduk seja ...

dah 30 years heshe tingal situ.
katanya abg2 polis wangsa maju dok hantar makanan sekarang sementara pihak JKM/baitulmas berbirokrasi.
rasanya mmg abg2 polis wangsa maju dah laporkan kat pihak berwajib JKM. baitulmal pelbagai
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2015 11:39 AM | Show all posts
sedih betul dgr citer pakcik ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2015 11:52 AM | Show all posts
jazaa replied at 2-1-2015 02:48 AM
Mintak MAIWP byarkan sewa rumah pcik tu lah...mintak rumah dgn DBKL...

jom like reramai;

https://www.facebook.com/baitulmal.wp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2015 12:13 PM | Show all posts
kesiannya atuk ni...30 tahun means sejak umur 44 lah dia start tinggal situ...time tu mungkin dia keje kat estet getah tu...harap2 kebajikan dia sentiasa terjaga lepas ni.,,
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2015 01:20 PM | Show all posts
siannya atukkkkkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 09:19 PM GMT+8 , Processed in 1.313452 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list