CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wipers81

[CERPEN] *DARI BALIK TIRAI KEHIDUPAN* (U) -Alhamdulillah, dah selamat dibukukan

[Copy link]
Post time 30-1-2015 09:33 AM | Show all posts
wipers81 replied at 29-1-2015 04:16 PM
“Lisa,”
“Abang Hisham nak apa lagi? Kan ke abang dah baik semula dengan Kak Maz? Kenapa masih  ...

potongan bdn? so lisa ni gemuk ke pe.

Inilah lelaki..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2015 09:35 AM | Show all posts
wipers81 replied at 29-1-2015 04:17 PM
“Lisa, abang tetap nakkan Lisa semula.”
“Lisa tak nak. Cukuplah sekali abang kecewakan Lisa.” ...

peeghh..kemain ujian Lisa ni. but at least, dia sihat n boleh kerja.......
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 09:38 AM | Show all posts
wipers81 replied at 29-1-2015 04:23 PM
“Ayah cepatlah sikit.”
Panggilan itu membuatkan Marlisa berpaling dengan pantas. Seorang kanak- ...

Pernh bca cerpen tu. dia bertemu dgn llki kat pantai. bezanya, dia kat gigi pntai smpi basah kena langgar budak kecik.

Eh, bca ni. Teringat tc. Patung!
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh begitu alkisahnya...pinjam ayat Zamzam. Elok ler Lisa couple ngan Fakhrul Hadi tu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 30-1-2015 02:29 PM
Oh begitu alkisahnya...pinjam ayat Zamzam. Elok ler Lisa couple ngan Fakhrul Hadi tu..

Pandai betul @Ipo... Ingat trademark saya ya... Alhamdulillah... Ada follower jgk rupanya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2015 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Hehehe. Terima kasih sebab sudi baca karya saya yang tak seberapa ni. Adalah yang kata ia nya klise. Tapi takpe asalkan dapat berkarya dan yang penting ada moral yang saya mahu selitkan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2015 09:52 AM | Show all posts
wipers81 replied at 1-2-2015 01:15 AM
Hehehe. Terima kasih sebab sudi baca karya saya yang tak seberapa ni. Adalah yang kata ia nya klise. ...

spa kata tu? Er..sy tk kata cter ni klise. Yg sy kata klise tu yg lain. Bkn yg ni. So jgn slh fhm. Cter ni mmng bkn cter cinta bese.

Sy menanti cter ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2015 12:53 AM | Show all posts
Edited by wipers81 at 3-2-2015 03:05 PM

                PART 5


                Marlisa memandang keliling rumah besar itu. Susun atur perabotnya, mencuit perhatian. Kemas dan sangat teratur. Alangkah indah jika rumahnya dihiasi sebegitu. Walaupun kelihatan mewah namun tetap ringkas susun aturnya. Nampaknya, Fakhrul Hadi datang dari keluarga yang agak berada. Hari ini, mama lelaki itu menjemputnya ke rumah, mahu berkenalan dengannya. Dia yang pada mulanya menolak, akur juga kerana rimas dipujuk tanpa henti oleh Fakhrul Hadi.

               “Marlisa sihat?”

                Sapaan itu menyebabkan Marlisa pantas menoleh lalu senyuman yang manis disimpul di bibirnya yang mugil itu sebaik susuk yang berdiri di belakangnya dikenal pasti..

               “Alhamdulillah sihat makcik.”

                Marlisa menerpa pula ke arah wanita yang bertongkat itu. Walaupun nampak semakin berusia namun keayuan di wajah itu masih terserlah. Dia cuba membantu wanita itu duduk. Diamat-amati seketika wajah wanita berusia itu. Masih segak bergaya lagi orangnya. Raut wajah wanita tersebut dihiasi dengan kelembutan dan sangat menyenangkan mata Marlisa untuk menatap lama-lama.

               “Apa yang ada kat muka mama sampai Lisa tenung macam tu?”

               “Maaf,” Marlisa gugup. Malu pula apabila ditegur begitu. Ditambah pula dengan wanita itu menggelar dirinya mama. Semakin gugup dia jadinya.

               “Lisa memang macam tu mama. Suka tenung muka orang lama-lama. Kalau tak, dia tak sangkutlah dengan anak mama yang hensem ni.”

                Marlisa mengetap bibir sambil menunduk wajah yang sudah mulai kelihatan merah. Geram pula dengan mulut Fakhrul Hadi yang bertuah itu. Dia pula yang dibahankan. Ada ke patut?

               “Hadi,” Puan Hajah Sakinah menegur anak bujangnya sebaik melihat Marlisa menunduk wajah.


               “Lisa jangan ambil hati. Anak bujang mama ni memang kaki mengusik.”

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-2-2015 12:54 AM | Show all posts
Edited by wipers81 at 2-2-2015 01:07 AM



               Marlisa yang mengangkat muka perlahan-lahan melebarkan senyum yang patut dikira lebih kepada sengihan. Lidahnya semakin kelu, rasa sangat kekok. Walaupun dia agak ramah sebelum ini namun apabila berdepan wanita berusia yang dilihat lebih ramah darinya, semakin gugup pula dia.

              “Lisa okey ke? Mama tengok semacam aje?”

              “Saya okey. Maaf makcik, Lisa,”

              “Apa pula bermakcik-makcik ni? Panggil mamalah, kan lagi manis. Susah ke nak sebut perkataan mama tu Lisa?”

               Marlisa menggeleng perlahan. Air liur ditelan sambil bibir menyengih lagi. Canggung dia dengan suasana begini. Belum pernah lagi dia merasa kemesraan yang lembut begini sepanjang 23 tahun hidup di muka bumi. Tidak tahu apa yang sepatutnya dia lakukan. Sungguh, pengalaman mesra dalam kelembutan ini belum pernah dirasai hingga perasaannya rasa dibuai-buai. Aneh benar gelora bahagia yang melandanya.

              “Wajib tau panggil mama. Kena biasakan tau Lisa sayangku. Kan ke awak nak jadi menantu rumah ni?” Fakhrul Hadi semakin galak mengusik. Bukan senang mahu mengusik Marlisa tanpa mendapat respon. Selalunya, ada saja jawapan dari Marlisa jika diusik. Mungkin sebab mama, maka Marlisa malu-malu. Fakhrul Hadi ketawa sebaik melihat Marlisa mencebik ke arahnya.  

              “Lisa.”

                Panggilan yang lembut nadanya itu mampu menyentakkan Marlisa. Sempat lagi dia mengelamun. Lambat-lambat senyuman diukir. Dia memandang Fakhrul Hadi yang setia duduk di sebelah mamanya. Lelaki itu, mempamer senyuman yang... boleh menggugat imannya. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan dan kini terhala ke arah wanita berusia itu pula.

               “Insya Allah mama. Lisa cuba ya,” kekok menyebut perkataan mama itu. Perkataan yang sudah agak lama dibisukan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2015 12:55 AM | Show all posts
Edited by wipers81 at 2-2-2015 01:09 AM



Marlisa duduk mengambil angin di laman rumah besar itu. Perut sedang kekenyangan dan sambil mengambil angin di laman matanya meliar ke sekitar, melihat keadaan sekeliling yang penuh dengan pepohon yang menghijau. Udara segar yang dihirup tenyata memberi kesegaran di minda dan ketenangan di hati. Melihat bunga-bungaan yang kembang mekar kuntumannya yang penuh dengan warna-warni menambahkan lagi ketenangan. Sebaris senyuman, terukir manis di bibirnya. Beria-ia mama Fakhrul Hadi mengajaknya makan tengahari bersama dan kini dia ditahan pula dari pulang ke rumah. Mama lelaki itu menyuruhnya bermalam di sini. Dia yang pada mulanya menolak terpaksa juga bersetuju. Sebak pula saat melihat mata wanita berusia itu yang kelihatan bergenang.

“Ingatkan saya ke?”

Kuss semangat. Awak ni Fakhrul terperanjat saya. Buatnya saya ada sakit lemah jantung, tak ke naya?” Marlisa mengurut dada yang berlapikkan tudung. Dari tadi tudung itu tidak pernah lekang dari kepalanya. Aurat, perlu dijaga.

“Habislah saya kalau awak ada sakit tu. Kempunanlan nak kahwin dengan awak Lisa... Aduh,” Fakhrul Hadi menyeringai kesakitan. Mujur baik cubitan ‘mak ketam’ di sebelah berlapikkan t-shirt yang dipakai. Terasa seperti mahu terkoyak kulitnya. Bisa.

“Mengadalah awak ni,” Marlisa mencebik. Entah mengapa apabila setiap kali Fakhrul hadi mengungkit pasal hal perkahwinan... hatinya terusik. Tidak tahu, perasaan bagaimana yang perlu dia rasakan. Suka atau benci?

“Kenapa Lisa? Kenapa awak macam tak suka bila saya bangkitkan hal kahwin?”

“Mana ada?” Marlisa cuba berdalih.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2015 12:57 AM | Show all posts
Edited by wipers81 at 2-2-2015 01:12 AM



“Saya bukan buta Lisa. Awak... tak suka saya ke?”

“Apa yang awak merepek ni Fakhrul?”

“Saya serius Lisa. Saya memang nak kahwin dengan awak. Saya memang cintakan awak.

Marlisa membisu. Otaknya seakan-akan tepu. Seolah-olah gagal mencerna dengan baik pertanyaan dari lelaki yang sudah melabuhkan duduk di kerusi sebelah. Mahu menoleh, memandang wajah lelaki itu, dia seperti tidak mampu. Batang lehernya bagai diskru dengan ketat hingga sukar untuk digerakkan.

“Lisa, saya ada silap cakap ke?” Fakhrul Hadi memandang wajah manis yang tidak beriak itu. Kepastian, itu yang dia perlukan.

“Tak, awak tak buat salah apa pun. Bagilah saya sikit masa,”

“Lisa, dah dekat enam bulan masa yang awak minta. Tak apalah Lisa, kalau awak masih belum bersedia saya akan tunggu walau lama mana pun.”

Mata Marlisa sudah bergenang. Sebak kian menghimpit. Tutur kata lelaki itu... kedengaran sangat ikhlas. Selama mengenali lelaki bernama Fakhrul Hadi, dia rasa sangat bahagia. Kejamkah dia kerana selalu mengguris hati lelaki itu? Zalimkah dia kerana sering menangguh? Sebaik Marlisa memejam mata, air jernih itu mulai terjun. Basah kedua pipinya.

“Lisa, saya minta maaf. Tak ada niat nak buat awak menangis. Saya,” Fakhrul Hadi semakin serba salah. Menyesal pula dia kerana terlalu mendesak.

“Tak, awak tak salah. Saya minta maaf Fakhrul sebab dah banyak kali buat awak kecewa. Beri saya sikit masa lagi. Insya Allah, saya akan terima jika ditakdirkan awak adalah jodoh saya,” semakin laju air matanya mengalir.

“Lisa,”

“Jangan putus asa Fakhrul. Jangan jemu, tunggu saya,” Marlisa pantas bangun dari kerusi. Melaju langkahnya masuk ke dalam rumah besar itu terus sahaja dia menuju ke kamar yang disediakan untuknya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2015 01:00 AM | Show all posts
Edited by wipers81 at 2-2-2015 01:15 AM



Beberapa ketika dia mendengar bunyi ketukan di pintu kamarnya. Digagahkan juga untuk bangkit. Sedikit membulat matanya sebaik melihat susuk kecil yang sedang berdiri di hadapannya.

“Dah balik anak ibu ni,” tubuh kecil itu diraih ke dalam dakapan dan satu ciuman hinggap di pipi kanak-kanak comel itu. Tangan si kecilitu ditarik ke dalam lalu diheret hingga ke katil.

“Ibu, marahkan ayah ke?”

Marlisa sedikit tergamam namun cuba mengawal. Dia mengusap lembut kepala anak kecil itu. Mengertikah anak kecil itu akan apa yang dia rasa? Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyum walau raut wajahnya kelihatan lesu dan sugul. Padah apabila menangis semahu-mahunya tadi.

“Kenapa Amzar cakap macam tu?”

“Amzar dengar ayah dengan ibu sembang tadi. Betul ke ibu marahkan ayah?”

Marlisa hampir hilang kata-kata. Amzar, sangat terkenal dengan kepetahan walau baru berusia enam tahun.

“Tak Amzar. Buat apa nak marahkan ayah yang tak buat salah apa pun kat ibu.”

“Habis tu, kenapa ibu tak nak kahwin dengan ayah? Ibu tak suka jadi ibu Amzar ke?”

Marlisa terdiam lagi. Terkedu dia dengan ayat yang keluar dari mulut anak kecil itu. Denyutan jantungnya bagai mahu terhenti. Kepetahan Amzar, bagai belati tajam yang mampu menghiris hati. Tubir matanya sudah terasa panas. Perlukah dia menangis lagi, itupun di hadapan anak kecil itu?

“Amzar, kenapa cakap dengan ibu macam tu?”

Marlisa berpaling ke wajah yang terjengul di muka pintu kamar. Sempat lagi tangan menyentuh kepalanya... mujurlah bertutup. Dia sedikit lega namun kembali hiba sebaik melihat kemuraman di wajah si kecil itu.

“Ibu tak nak Amzar ayah. Ibu tak suka Amzar,” anak kecil itu sudah mula teresak-esak.

“Amzar, siapa kata ibu tak sayang Amzar,”

“Kalau macam tu, kahwinlah dengan ayah.”

“Ya, tapi bukan sekarang,”

“Amzar benci ibu!”

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2015 01:01 AM | Show all posts
Edited by wipers81 at 3-2-2015 03:05 PM


“Amzar,” Marlisa memanggil lemah. Tidak berdaya mahu mengejar anak kecil itu yang semakin laju, pergi meninggalkannya. Air matanya kembali tumpah. Sayu hati melihat rengekkan Amzar.

“Lisa, jangan ambil hati dengan Amzar.”

“Fakhrul, Lisa tak sanggup nak duduk lama-lama kat sini. Lisa nak balik,”

“Tolonglah Lisa. Sabar ya, Amzar kan budak-budak lagi. Dia kata macam tu sebab dia sayangkan awak macam ibu kandung.”

“Saya... Fakhrul, saya pun sayangkan dia. Saya minta jasa baik awak, hantar saya balik. Tolong beri ruang untuk saya bertenang.”

Fakhrul Hadi akhirnya mengalah. Dia tidak mahu Marlisa menjadi semakin tertekan. Sejarah silam gadis itu, berada di genggamannya. Dia tidak mahu Marlisa terluka lagi. Dia benar-benar sayangkan Marlisa. Bukan mudah dia mahu dekati Marlisa, gadis yang sangat menjaga tatsusila. Yang penting baginya, restu mama. Pada pandangan pertama, mama sangat berkenan dengan Marlisa dan mama juga tahu kisah silam gadis itu.




** jeng, jeng, jeng ** nantikan kisah seterusnya.

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 06:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian marlisa... Trauma terhadap perkahwinan tak hilang lg...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 09:05 AM | Show all posts
wipers81 replied at 1-2-2015 05:01 PM
“Amzar,” Marlisa memanngil lemah. Tidak berdaya mahu mengejar anak kecil itu yang semakin laju ...

i love marlisa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2015 03:00 PM | Show all posts
Edited by wipers81 at 3-2-2015 03:37 PM

PART 6 dan yang akhir.


“Termenung jauh nampaknya isteri abang ni?” Wajah wanita yang memandangnya ditatap. Bahu wanita yang sedang meleret senyum itu dipaut.

“Tak ada apalah bang. Saja teringat kenangan lama.”

“Yang manis ke, yang pahit sayang?”

“Abang ni, ada-ada ajelah,” rusuk kiri lelaki itu menjadi mangsa cubitan. Sebaik mendengar suaminya mengaduh kecil, Marlisa ketawa kecil. Rasakan.

“Abang,”

Hah, mesti ada apa-apa ni? Sayang teringin apa?”

Ish abang ni. Pernah ke Lisa mengidam yang bukan-bukan? Malaslah nak cakap,” tiba-tiba dia menarik muka monyok.

“Alah, merajuklah pula. Janganlah merajuk,  anak dalam perut tu muka dia berkedut nanti. Yalah sayang, abang minta maaf banyak-banyak. Lisa nak cakap apa?” Tepat matanya memandang seraut wajah yang kian tembam dan semakin berseri-seri itu.

“Lisa cuma nak ucap terima kasih kat abang sebab sudi terima Lisa seadanya. Lisa... cintakan abang,” terus sahaja dia menundukkan wajah. Masih lagi malu-malu. Perkataan keramat itu... sangat payah mahu disebut dan hari ini keluar dari mulutnya dengan sangat lancar.

“Lisa sayang, abang pun cintakan isteri abang ni. Macam mana Lisa boleh terima abang dan keluarga, macam tulah abang terima Lisa. Selagi insan bernama Fakhrul Razi bin Yahya ni menjadi suami kepada Marlisa binti Huzair, selama itulah dia akan membahagiakan Lisa. Dah, jom kita turun. Amzar tunggu kat bawah tu.”

“Lah, tak makan lagi ke anak bertuah tu?”

“Tunggu ibu dialah.”

“Ya Allah, Lisa dah pesan suruh makan dulu. Yalah, yalah jom. Karang kurus pula anak abang tu.”

“Amboi isteri abang ni. Dia pun anak Lisa juga,” sempat lagi hidung isterinya yang mancung itu dicuit.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2015 03:08 PM | Show all posts
Jeng, jeng, jeng
FAKHRUL RAZI???
Silap taip ke nama tu?
Jom nantikan pengakhiran cerita ini
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2015 03:35 PM | Show all posts

Alaaa sweeetnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2015 11:51 PM | Show all posts
Edited by wipers81 at 3-2-2015 11:54 PM



Marlisa berjalan beriringan. Sambil bibir dihiasi tawa kecil, mereka menuruni tangga dengan penuh berhati-hati. Keadaan Marlisa yang semakin sarat, sedikit membataskan pergerakkannya. Betapa indahnya hidup apabila bahagia dapat dikecapi. Tiga tahun mendirikan rumahtangga bersama Fakhrul Razi ternyata membahagiakan Marlisa. Tambahan pula, tidak lama lagi dia akan menimang cahaya mata sulung. Hidup laranya telah lama ditinggalkan. Penyeri hidup mereka, Ahmad Amzar benar-benar menambah lagi makna bahagia di dalam hidup Marlisa.

Amzar yang pada mulanya disangka anak kepada Fakhrul Hadi ternyata dijaga dan ditatang sebagai anak sendiri oleh lelaki itu. Mendengar kisah Amzar, Marlisa menginsafi diri. Anak kecil yang kehilangan kedua ibu bapa sekaligus sangat tabah menghadapi dunia, membuatkan dia kagum dengan ketabahan si kecil itu. Amzar, adalah anak kepada arwah kakak Fakhrul Hadi yang meninggal dunia bersama suami tercinta dalam satu kemalangan ngeri.

Marlisa telah mengahwini Fakhrul Razi. Sebenarnya Fahkrul Razi adalah abang kembar kepada Fakhrul Hadi. Telah ditakdirkan, sebulan selepas dia mengikat tali pertunangan dengan Fakhrul Hadi, lelaki itu telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Sama sekali Marlisa tidak menduga bahawa Fakhrul Hadi telah mewasiatkan kepada abangnya supaya menjadi pengganti dirinya apabila dia telah tiada. Walau pada mulanya Marlisa tidak dapat menerima Fakhrul Razi sebagai pengganti namun waktu penentu segalanya dan dengan izin dari Yang MahaEsa akhirnya pintu hatinya terbuka juga untuk lelaki itu.

Mama, adalah orang yang sangat Marlisa hormati dan kasihi. Wanita itu, terlalu kental hatinya. Menghadap satu demi satu anak-anaknya pergi bertemu Tuhan Pencipta sekelian alam. Mamalah juga yang memainkan peranan hingga bersatunya dia dengan Fakhrul Razi yang sebelum ini langsung tidak dikenali hati budi. Jika arwah Fakhrul Hadi sangat gemar mengusik, membangkitkan suasana dengan telatah ceria sebaliknya buat Fakhrul Razi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2015 11:51 PM | Show all posts
Edited by wipers81 at 3-2-2015 11:56 PM



Pada awal perkenalan, Marlisa sering makan hati. Kedinginan Fakhrul Razi hampir-hampir membuat dia mengalah. Dia semakin menemui jalan buntu tetapi ternyata jodohnya dengan lelaki itu sangat kuat. Tidak disangka, rupa-rupanya Fakhrul Razi memang ada hati dengannya namun keegoan lelaki itu yang bak menara Kuala Lumpur menjadi kekangan. Fakhrul Razi, lelaki yang selalu menerbitkan rasa menyampah padanya mampu menjadi suami yang romantis dan imam buat dirinya. Marlisa berbangga mempunyai suami yang penyayang seperti Fakhrul Razi. Ternyata lelaki itu sangat berbaloi untuk dimiliki. Dia tidak pernah putus berdoa dan memanjat kesyukuran ke hadrat Illahi atas kurniaan yang tidak ternilai itu.

Walaupun Abang Hisham ada mengganggu hidupnya, Fakhrul Razi bijak menanggani situasi. Kak Maznah, Abang Hisham, walau nama itu sedaya upaya mahu diluputkan dari ingatan namun dia tidak mampu. Pertalian darah antara dia dengan Maznah tidak akan pernah putus. Walau di mana mereka berada, Marlisa tidak pernah putus berdoa. Dia mengharapkan yang terbaik untuk mereka berdua dan anak-anak saudaranya. Harapan yang sama juga untuk seluruh kaum keluarganya yang semakin menampakkan tanda-tanda keinsafan sekarang, membuka ruang menerima dirinya. Syukur ke hadrat Illahi.




Ujian, walau hebat sekalipun tangganilah dengan zikrullah.
Dugaan, walau sebesar mana sekalipun tangganilah dengan solat dan doa.
Sebagai manusia, tidak pernah boleh lari dari diuji.
Semakin kita diuji, semakin kita tabah jika diperhalusi.
Sabarlah, tabahlah, cekallah... pastinya kita akan matang.





~TAMAT~

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.113768 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list