CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: R2D2

[Tempatan] Tarik balik deklarasi kematian penumpang pesawat - Waris MH370

[Copy link]
Post time 1-2-2015 03:55 PM | Show all posts
pyropura replied at 1-2-2015 05:58 AM
ko ni mengeja pun tak betul, lagi mau cakap urang bodo...bahasa apa ''stupi'' tuh...?? jawa JDT  ...

alah setakat tertinggal huruf d..typo error je pun.nak jadi grammar police plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2015 04:52 PM | Show all posts
Langkah membuat deklarasi kematian merupakan langkah yang paling bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan waris mangsa.

Syarikat insurans dah boleh buat bayaran untuk settlekan pinjaman rumah.
Balu mangsa dah boleh move fwd untuk kawin lagi.
Syarikat MAS boleh tutup buku dan MAS (NEW) boleh move fwd untuk jaga kebajikan pekerja-pekerjanya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 06:18 PM | Show all posts
primemova replied at 1-2-2015 10:34 AM
Diorang ni nak jugak ke mh370 tu dikeluarkan dari santa gracias ke apa benda tu.... ?


...wakakakak...santa gracias....sapa tuh? gundik ko ke...gracias tu maknanya thank you,  kak.......
ni cuma tertinggal huruf ''d'' jugak kaaa....??

Diego Garcia, kak....len kali jangan suka cakap orang bodoh.
..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2015 12:42 AM | Show all posts
Penjelasan DCA berhubung status MH370

KUALA LUMPUR: Susulan pengumuman oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) berhubung status pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan penumpang serta anak kapalnya, pelbagai dakwaan dilemparkan.

Satu hakikat yang agak perit untuk diterima waris mangsa; selagi tiada bukti ditampilkan, selagi itulah mereka menganggap ahli keluarga mereka belum meninggal dunia.

Bagi mereka, DCA tidak seharusnya mengisytiharkan pesawat itu hilang biarpun usaha mencari masih diteruskan.

Sehubungan itu, Pengarah Pengurusan Trafik Udara Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Ahmad Nizar Zolfakar tampil di Astro AWANI untuk menjelaskan perkara itu.

Menurutnya, dalam hal ini, pihak DCA telah membuat pengisytiharan mengikut protokol antarabangsa selain bertujuan memudahkan waris mangsa meneruskan kehidupan.

"Dengan pengisytiharan yang dibuat, diharap waris dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik, lebih-lebih lagi dalam pengurusan berkaitan akaun atau pinjaman," jelas Ahmad Nizar.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2015 12:43 AM | Show all posts
MH370: MAS nafi dakwaan tidak hubungi waris sebelum isytihar kemalangan

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini menafikan dakwaan pihaknya gagal memaklumkan kepada waris mangsa MH370 berhubung pengisytiharan kemalangan pesawat itu, Khamis lalu.

Syarikat itu, dalam kenyataan medianya hari ini, menjelaskan bahawa pihaknya telah menghubungi kesemua waris mangsa MH370 sebelum pengumuman rasmi itu dibuat.

Terdahulu, waris penumpang dan kru pesawat malang itu mendakwa kerajaan tidak mengendalikan pengumuman itu dengan betul iaitu memaklumkan perkembangan terbaharu kepada waris mangsa terlebih dahulu sebelum pengisytiharan rasmi kepada orang ramai.

“Kesemua waris telah dimaklumkan melalui telefon dan juga sistem pesanan ringkas (SMS) apabila panggilan tidak dijawab,” menurut kenyataan itu sambil menambah bahawa langkah itu telah diambil Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sebelum pengumuman pada Khamis.

Kenyataan itu turut menambah bahawa waris penumpang di China telah dimaklumkan melalui SMS yang dihantar Pusat Komunikasi dan Sokongan Keluarga MAS di Beijing.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 05:37 AM | Show all posts
mano bulih tarik balik.....jumat lopeh ...masjid negaro...dah buek doa dan tahil....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2015 03:19 PM | Show all posts
da la byk spekulasi..rmai jugak keyboard warrior
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2015 04:06 PM | Show all posts
atekome replied at 31-1-2015 01:41 PM
Itu yg d mksd kn oleh pihak mangsa..diowang bkn tk blh trima if terhempas or d tembak or ape saje  ...

apakah tindakan sewajarnya itu?? cer citer..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.076597 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list