"Saya tak pernah ada apa-apa hubungan istimewa dengannya."
Demikian penjelasan penyanyi Kaka Azraff, 26, yang menafikan dakwaan dia menjalin hubungan dengan Hans Wong, teman lelaki pelakon Tasha Shila menyebabkan hubungan percintaan Tasha dengan lelaki itu retak.
Kaka yang ditemui di majlis pelancaran muzik video dan single terbarunya, Bukan Hal Aku di ibu kota kelmarin menolak sama sekali dakwaan berkenaan dan menganggap ia adalah tuduhan tidak berasas.
Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff berkata, dia juga tidak pernah keluar berdua dengan Hans seperti yang didakwa.
"Berjumpa memanglah ada, tetapi bersama dengan rakan artis yang lain. Tidak pernah berdua sebagaimana didakwa," katanya.