Tumpang cerita sikit boleh? Sebab cerita pasal seram kat tempat kerja kan? Perihalnya begini. Ada satu malam tu seorang technician ni meninggal dalam tidur (Indian). Kiranya pagi esok tu baru start kecohla kat kilang. Kawan I baru keluar toilet lelaki dan tersempak seorang amoi ni so dia saja tanya you dah tau ke si technician ni passed away semalam? Tiba-tiba amoi ni marah “eh, you ni tak baik tau gurau-gurau hal mati ni… orang cina tak suka tau”. Kawan I ni memang jenis suka menyakat orang tapi dengan seriusnya kawan I cakapla “betulla dia dah passed away. I tau I jahat tapi I tak main-main bab mati ni”.. Kemudian kebetulan I baru keluar dari toilet ladies, kawan I terus tanya “eh Spank, ada dengar kan technician passed away semalam?” I pun jawabla “Dengar dah..kesian family dia sebab tiba-tiba jek takde..” Waktu tu jugak muka amoi ni pucat lesi dan dia cakap “Siapa yang I tersempak dekat depan toilet ni sebelum you mai tadi? I betul-betul nampak technician tu” Takde jawapan keluar, kitorang 3 terus cabut lari. Pastu adela dengar pasal orang nampak dia berdiri dekat machine seolah-olah menjaga mesin tu tapi nampak macam samar-samar jek. Berteman jugakla siapa yang nak pegi ke toilet masa tu.. Sekian. Idokla seram mana, saje jek nak share…![](static/image/smiley/default/titter.gif) |