KLANG - Misteri kehilangan DJ sambilan, Azhar Mohamad, 45, atau lebih dikenali DJ Kahong belum terungkai apabila operasi pencarian hari kedua menemui jalan buntu.
Operasi juga dihentikan berikutan maklumat awam mengesyaki mangsa tidak berada di lokasi kejadian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Zaidi Athan berkata, operasi mencari dan penyelamat mangsa dihentikan jam 4.30 petang semalam selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan polis.
“Kita simpulkan mangsa tiada di lokasi selepas mengambil kira maklumat rakan mangsa dan keluarga.
“Oleh itu, pusat operasi di sini ditutup secara rasmi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, operasi pencarian selama dua hari turut melibatkan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Skuad Pantas Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan juga pihak bomba sendiri.
Berikutan kehilangan mangsa pada Isnin lalu, pelbagai spekulasi timbul berdasarkan cakap-cakap rakan dan kenalan terdekat apabila mangsa didakwa berada di tempat lain.
Mengulas perkara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Nor Omar Sappi berkata, polis sudah berbincang dengan bomba untuk menghentikan operasi selepas mengambil rakaman percakapan daripada keluarga, rakan-rakan DJ dan juga kenalannya.
Dalam pada itu, pihak Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Selangor (Selangor FM) semalam menafikan yang Azhar bekerja sebagai DJ sambilan di stesen radio tersebut.
Pengarah Selangor FM, Dr Syafiq Alfonse berkata, Azhar Mohamad atau Kahong bukan DJ di Selangor FM.
“Memang diakui nama beliau sama dengan DJ kita Azhar Mohamad atau Damak dan juga Azhar Mamat.
“Bagaimanapun Damak yang bertugas sebagai DJ dan juga penerbit sudah meninggal dunia setahun lalu.
“Azhar Mamat pula masih bertugas sebagai juruteknik di unit kamera TV,” katanya.
Katanya, pihaknya kesal apabila mangsa yang hilang dikaitkan dengan Selangor FM sehingga menerima panggilan bertalu-talu daripada orang ramai yang bertanyakan kes kehilangan mangsa.
kalau sebelum hilang pun gini, macam takde susut badan pun kan sis?
siapa yang report heshe hilang dulu?
yang pasal heshe hilang memang betul la ada di report kan sebab akak masih ingat lagi thread itu dolu2.
akak ingat dah jumpa sebab macam senyap jah lepas itu kan
heshe jenis suka kelentong orang ke gimana sis?
tapi pandai jua heshe create story board siap di jumpai balik di tempat yang konon2 heshe hilang itu?
siapa yang report heshe hilang dulu2 sis??
doktor boleh check jah kan apa yang heshe makan pelbagai? itu pun kalau doktor bother untuk check dengan kes2 hauk sebegini la
entah2 dalam perut itu ada sisa2 nasi lemak, roti canai bagai
pastu heshe fefeeling ummah dok cari dia 2 bulan gitu namun ada cikki mana post artikel katanya pencarian heshe dah di stop selepas 2nd day sebab info ala2 mencuriga kan gitu. so takde la orang cari heshe sangat kecuali sehari dua selepas heshe feeling hilang tu jah