CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7625|Reply: 50

Aliff Aziz Kongsi Pengalaman Hadapi Kemurungan Hidup

[Copy link]
Post time 9-5-2016 04:19 PM | Show all posts |Read mode
Aliff Aziz Kongsi Pengalaman Hadapi Kemurungan Hidup
[size=0.688em]Diterbitkan: Isnin, 9 Mei 2016 5:45 AM


[size=0.75em]Aliff Aziz menganggap tunangnya Bella Astillah banyak mengubah hidup dia menjadi lebih baik.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi kelahiran Singapura iaitu Aliff Aziz hampir-hampir menghadapi kemurungan yang teruk ketika mengambil keputusan untuk berehat daripada dunia hiburan lebih dua tahun gara-gara kontroversi hidup dilaluinya sebagai penyanyi.

Aliff atau nama sebenarnyaMohamad Aliff Aziz, 26, berkata selama tempoh berehat itu, dia banyak bermuhasabah memikirkan kesilapan yang telah menjatuhkan maruahnya sekeluarga sekali gus membuatkan dirinya rasa begitu tertekan.

“Bayangkan dalam tempoh itu masa saya banyak berkurung di rumah tanpa melakukan sebarang aktiviti selain hanya tahu menonton televisyen dan melayari laman sosial. Tahap kemurungan saya begitu teruk sehingga nak kemaskini Instagram pun saya jadi takut.

“Beberapa kali saya cuba post gambar kemudian  saya padam dan perkara itu berlarutan agak lama sehingga saya fikirkan saya sudah gila.



“Semua itu bukan kerana saya mengambil bahan-bahan terlarang yang mengkhayalkan tetapi ia berkaitan dengan kekecelaruan jiwa sehingga apa yang saya buat rasa serba tak kena. Nak berhadapan dengan orang luar pun malu! Sehinggalah kekosongan itu diisi dengan kehadiran insan bernama Bella Astillah iaitu tunang saya sekarang, semuanya kembali normal. Dialah yang banyak mengubah saya,” katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, penyanyi ini turut meluahkan rasa kesalnya dengan sikap segelintir peminat yang terus menghukumnya dalam setiap perkara tanpa memberikannya peluang untuk berubah.

[size=0.75em]Aliff Aziz membuat persembahan ketika pelancaran albumnya pada Jumaat lalu.


Malah tempias itu turut dirasai Bella sehingga ada pihak cuba menghasut keluarga tunangnya itu agar menjauhi diri daripadanya dengan alasan yang adakalanya tidak masuk akal.

“Manusia mana yang tidak buat silap. Setiap kali saya berusaha untuk berubah ke arah yang lebih positif, mereka (haters) ini akan mencari kesilapan lain untuk menampakkan yang saya ini terus-menerus melakukan kesilapan. Mereka tidak bagi peluang langsung.

“Perkara ini membuatkan saya rasa tegar dan cuba ambil sikap tidak ambil peduli lagi dengan orang-orang sebegitu. Selagi saya tahu ia positif dan disenangi orang-orang sekeliling, saya buat. Cukuplah keluarga dan sahabat-handai yang tahu misi dan visi saya selepas ini dan saya akan pastikan kontroversi lalu tidak lagi berulang,” katanya.

Diusik tentang hari pernikahannya, Aliff tanpa berselindung mengakui dia kini sedang dalam persiapan ke arah itu namun masih belum bersedia berkongsi tarikh keramat berkenaan kepada umum.

Apa yang pasti, majlis itu akan diadakan di Kuala Lumpur dalam tahun ini.

Bercerita tentang album 'Rebirth' yang dilancarkan pada Jumaat lalu kata Aliff,  judul yang diilhamkannya itu memberi 1001 makna kepadanya ke arah menjenamakan kembali namanya di persada industri seni agar lebih matang berfikir tanpa dibayangi sebarang kontroversi lampau.

Album yang mengandungi 10 buah lagu ini turut mendapat sentuhan beberapa komposer terkenal antaranya Faizal Tahir, Kunci Demak, Tun Teja dan Azlan Abu Hassan.

Tiga buah lagu feturing bersama artis wanita seperti Siti Nordiana, Killa Fairy dan Emma Suhaimi turut dimuatkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-5-2016 04:20 PM | Show all posts
“Beberapa kali saya cuba post gambar kemudian  saya padam dan perkara itu berlarutan agak lama sehingga saya fikirkan saya sudah gila.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2016 04:20 PM | Show all posts
motip buka thread pasal alif aziz. choiiiii jah hidup
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 04:21 PM | Show all posts
kalau tak insaf lagi,tak taulah nak kata apa dah aliff oiiii
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku plak yg murung pas baca pasal dia nih
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 04:42 PM | Show all posts
ok. so?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2016 04:47 PM | Show all posts
go to hell with ur probs la bbnu woiiii
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 04:50 PM | Show all posts
Dia berbakat sebenarnya. Menyanyi okay, berlakon pun okay. Plus dia ada rupa & the height. Quite complete package la tp sayang attitude & work attic problem. Macam serabut aje jiwa dia dulu, one controversy after another.

Good to hear he's doing better.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2016 04:59 PM | Show all posts
ok. sila belajar dari kesilapan dan jangan ulangi.
selamat maju jaya lah diucapkan.
jangan risau tentang penerimaan masyarakat. tumpukan pada kerjaya. sedangkan bekas penagih masih disayangi masyarakat, contoh dato jamal, abam zamani,
ezad exist etc.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni suara sedap.lagu dia pun ada yg sedap
Lepas ni harap bebas la kontroversi bina semula career
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 05:05 PM | Show all posts
mintak2 la betul insap.. amen
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye ye la tu ko tak ambil bahan terlarang.

Padahal ko ni dengar kata kuat mabuk
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 05:13 PM | Show all posts
aku rasa ko ni jenis lelaki pemalas...
esuk dah kawen bini tanggung ko...
bini xde duit ko tendang mcm bola..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2016 05:14 PM | Show all posts
bbnu sekarang ade rupa sikit gigih pergi audition, masuk modeling somko. tengok ai rilek jahhhh wlau pun air muka ala2 kpop gitewwwww




















Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 05:18 PM | Show all posts
x sangka dhani bukak thread ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 05:20 PM | Show all posts
Cyberbullying is terrifying. Kesalahan yg dihaplod sampai bila2 akan diungkit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2016 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Good luck alif.jgn berhenti utk jd yg lbh baik
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jargon at 9-5-2016 05:40 PM

aliff.klo ko dah xlaku sgt g apply steward airasia..rupa  jntan mcm ko cpt laku klo kat aairasia...

sbb  bff aku  br  je  dpt  training  jd  cabin crew  ak  n  muka  dia  ade  iras  alif  ni  sikit  la  tang  mulut...pdhal  kategori  bimboy...spm  pon  xde A  ok...cuma b.i  tu  credit lah...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Come.on aliff..fighting for better healthy lifestyle...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
rilekle lif.bkn u sorng. at least lu bukn bks plcur pahtu dpt  anugerah lagik.org dok sanjung..puih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.226523 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list