Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed
[email protected]
Usahawan, pengacara dan pelakon popular, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa, 29, menjadi selebriti Malaysia pertama melangkah ke pentas antarabangsa menerusi fesyen Muslimah.
"Inilah impian saya yang mahu meneroka pasaran antarabangsa menerusi pintu fesyen Muslimah. Harapan saya, penggemar fesyen dunia membuka mata terhadap fesyen Muslimah dan hijab.
"Saya lihat, tidak ramai selebriti dan ikon bertudung memulakan langkah berani untuk fesyen hijab. Hanya supermodel cantik Amerika Syarikat keturunan Somalia, Halima Aden, yang agak ke depan dalam berbuat demikian. Neelofa berkata, LV Malaysia yang terlebih dulu melamarnya untuk menjalinkan kerjasama berkenaan.
"Ia membabitkan kempen untuk baju, kasut dan skaf jenama terkenal ini. Apa yang menarik, mereka bertanya mengenai kisah penghijrahan dan fesyen bertudung sebelum bersetuju untuk bekerjasama," katanya yang akan menyertai Minggu Fesyen Paris pada September depan.
Ok kita tunggu dan lihat fesyen muslimah ape yg Hajjah akan bawak ke Paaris
|