CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: chacon

[Jenayah] Tembakan rambang Christchurch: "Assalamualaikum..." ucap PM New Zealan

  [Copy link]
Post time 20-3-2019 08:31 AM | Show all posts
Pengebumian pertama mangsa keganasan di NZ hari ini


CHRISTCHURCH: Ratusan orang ramai berkumpul di tanah perkuburan hari ini untuk menghadiri pengebumian pertama mangsa pembunuhan beramai-ramai di dua masjid Jumaat lalu.

Pengganas Australia menembak mati 50 jemaah di dua masjid di Christchurch Jumaat lalu dalam kejadian yang disiarkan secara langsung oleh pelampau kulit putih berkenaan.

Pagi ini, ratusan penduduk kebanyakannya beragama Islam berkumpul di tanah perkuburan tidak jauh dari Masjid Linwood, lokasi sasaran kedua serangan pengganas itu.

Mereka berpelukan sesama sendiri, berada di bawah khemah besar bersebelahan beberapa kubur yang baru digali.

Antara yang hadir ialah pelarian Afghanistan, Abdul Aziz, yang berhadapan dengan pengganas itu di Masjid Linwood.

Pegawai majlis tidak menyiarkan nama mereka yang dikebumikan hari ini tetapi sebahagian yang hadir memberitahu mereka dimaklumkan dua jenazah akan dikebumikan.


Jenazah dibawa ke Memorial Park Cemetery di Christchurch untuk dikebumikan. - Foto Reuters
“Selepas solat, jenazah akan dibawa ke tanah perkuburan itu dan dikebumikan,” kata pegawai Majlis Bandaraya Christchurch, Jocelyn Ritchie.

Anggota keluarga mangsa meluahkan kesedihan kerana kegagalan pihak berkuasa menyerahkan mayat untuk dikebumikan dengan segera, seperti dituntut Islam.

Cuma enam daripada 50 mayat dikembalikan kepada keluarga mereka setakat ini.

Pesuruhjaya Polis, Mike Bush, berkata proses lambat kerana keperluan mengenal pasti mangsa dan mengelakkan pendakwaan terhalang. — AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2019 08:32 AM | Show all posts
sabar la ahli keluar.. kalau ikut kita mmg nak cepat je kebumi.. tapi akibat dri perundangan nanti mudah di kemudian hari elok la.. bagi betul2x depa bedah siasat habis2x..

berdebar tunggu balance 6 mangsa lagi..


Haziqqqq pulanglahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 08:44 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 08:47 AM | Show all posts
Queenmastani replied at 20-3-2019 02:41 AM
Harap2 hati ni tabah taknak tgk vid..so far boleh tahan lagi..

dah tgk sebijik mcm yg main game tembak2 like pubg n seangkatan dgnnya...bezanya itu realiti n btl2 nyawa melayang...

saddiq ckp sekadar game tp utk org yg x pnh layan game camtu jd nyampah dgn komen saddiq
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 09:13 AM | Show all posts
haruslah replied at 20-3-2019 08:26 AM
harap2 haziq bukan dpd 50org tu

harap2 haziq ni lari sbb trauma
kalau baca satu artikel ni ..kemungkinan besar ... ...

''Mohd Haziq’s mother is with police to provide the correct name and pictures as some bodies have yet to be identified and there maybe a need to carry out a deoxyribonucleic acid (DNA) test before obtaining any statement from police.


tapi kita masih berharap dan berdoa moga ada keajaiban berlaku ..  


Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 09:29 AM | Show all posts
Queenmastani replied at 19-3-2019 05:02 PM
Sampai hari ni belum tgk vid tu lagi..tknk murung..tknk sedih walaupon dh puas nangis tgk keadaan se ...

aku nasihatkan jgn tgk...aku pun menyesal tgk...harap blh delete dari kepala aku ni...unfortunately, it keep rewind in my mind...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2019 09:57 AM | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Queenmastani replied at 20-3-2019 02:41 AM
Harap2 hati ni tabah taknak tgk vid..so far boleh tahan lagi..

Tak payah tgk. Tak payah tgk. Tak payah tgk.  Kalo tgk confirm menyesal and kemurungan. Its so violent!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2019 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
lurve82 replied at 20-3-2019 09:29 AM
aku nasihatkan jgn tgk...aku pun menyesal tgk...harap blh delete dari kepala aku ni...unfortunatel ...

Betul. Impact dia sgt dasyat. Smbil solat pon i boleh menangis. Ish, terkesan sgt. Tu i tgk skip2 je tu. Mmg tak sanggup la nk tgk every second smpai habis video tu. Totally menyesal. Harap ada hikmah i tertengok video tu, dpt tingkatkn keimanan i macam mangsa2 kt sana.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Haziq tu belom ditemui lagi?
And yang meninggal dah 50 orang?
Siapa yang ke.50 tu rakyat mana?
Kulit putih ke terrorist?
Kah!
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 01:16 PM | Show all posts
naina replied at 20-3-2019 11:48 AM
Haziq tu belom ditemui lagi?
And yang meninggal dah 50 orang?
Siapa yang ke.50 tu rakyat mana?

mmg sedari hari pertama lagi angka kematian adalah 50 sis. mula2 je kata 49. and till now ada few more bodies that still couldnt be indentified. tak pasti la mayat yang ke 50 tu dah dpt dikenalpasti atau belum.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalah nya nama yg disahkan mati dah 50 org..
Cuma tak tau mana satu kan

Tengok gambar semua tu

So haziq takda pula gambar dlm 50 org tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 01:51 PM | Show all posts
Edited by gujiwa at 20-3-2019 01:53 PM
rebecca_nur replied at 20-3-2019 01:31 PM
Masalah nya nama yg disahkan mati dah 50 org..
Cuma tak tau mana satu kan
tak silap ada yang masih tak tahu siapa.. sbb cedera teruk.. so susah nak kenal.. kena buat dna test..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
rengsa jah fikir tentang dik haziq...... betul harap ssmua nya selamat i harap beliau bersembunyi....tetapi asyik fikir yang negative jah .....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 02:13 PM | Show all posts
ke mana la pegi si haziq tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari perkhabaran yg aku dgr, mmg berita pasal haziq ni not a happy ending.....hanya masa yg menentukan

Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2019 05:25 PM | Show all posts


CHRISTCHURCH: Seorang pengarah syarikat, Philip Neville Arps, didakwa di Mahkamah Daerah Christchurch pada Rabu atas kesalahan mengedar video siaran langsung yang dirakam pelaku serangan masjid Christchurch Jumaat lalu.

Arps, 44 tahun, diletakkan di bawah tahanan polis sehingga kes itu dibicarakan pada 15 April ini.

Rakaman asal dibuat Brenton Tarrant itu menjadi tular selepas insiden tembakan di dua masjid pada waktu solat Jumaat, yang mengakibatkan setakat ini 50 nyawa terkorban dan puluhan mangsa lagi cedera.

Video itu yang dikongsi melalui Facebook telah diarahkan untuk dilupuskan daripada media sosial oleh Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden.

Mahkamah Daerah Christchurch menolak pemohonan Arps untuk dibebaskan dengan ikat jamin.

Ahli perniagaan itu ditahan atas dua pertuduhan mengedar rakaman siaran langsung tersebut dan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 14 tahun.

Syarikat perniagaan milik Arps ketika ini berada di bawah pemerhatian pihak berkuasa kerana logo syarikat itu mempunyai simbol Nazi, sama seperti yang dipaparkan dalam satu manifesto dikeluarkan oleh Tarrant.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 05:35 PM | Show all posts
CHRISTCHURCH: Pesuruhjaya Polis New Zealand, Mike Bush memaklumkan setakat ini, identiti 21 mangsa yang terbunuh dalam serangan pengganas di dua masjid Christchurch Jumaat lalu telah dikenal pasti dan diserahkan kepada keluarga masing-masing.

Menjelang tengah hari waktu tempatan, enam lagi akan dikenal pasti dan identiti majoriti mangsa akan disahkan polis pada penghujung hari ini (Rabu).

Bush turut mengesahkan pihak yang terlibat dengan proses identifikasi mangsa akan cuba sedaya upaya melengkapkan proses tersebut walaupun mengambil masa yang agak lama.

Seramai 120 orang termasuk pakar forensik dari luar negara terlibat dalam keseluruhan proses pengecaman dengan pihak berkuasa menumpukan kepada usaha mempercepatkan proses jenazah diserahkan kepada keluarga.

Menjawab kritikan mengenai proses penyerahan jenazah yang dikatakan mengambil masa yang lama, Bush menegaskan, siasatan menyeluruh dan terperinci perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang kesilapan.

Sebarang kesilapan, katanya, akan melemahkan kes pertuduhan terhadap suspek di mahkamah kelak.


“Kita kena membuktikan sebab kematian yang memuaskan untuk menyakinkan koroner dan hakim. Seseorang itu tidak boleh dijatuhkan hukuman tanpa bukti yang lengkap,” kata Bush pada satu sidang media pada Rabu.

Beliau turut menyatakan, pihak polis mengambil masa 5 minit 39 saat untuk bertindak dan berada di lokasi sebagai respon kepada panggilan yang diterima mengenai kes tragedi solat Jumaat itu.

“Dalam masa 21 minit, pengganas itu, yang kini dalam tahanan polis, sudah ditangkap dan kami dapat menghalang lebih banyak mangsa terkorban.

"Kami juga percaya kami telah berjaya menghalangnya daripada meneruskan serangan di tempat lain,” tambahnya.

Penyerang itu ditangkap dua pegawai polis di Jalan Brougham, susulan dua insiden tembakan di masjid di Deans Ave dan Linwood.  


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 20-3-2019 02:17 PM
Dari perkhabaran yg aku dgr, mmg berita pasal haziq ni not a happy ending.....hanya masa yg menentuk ...

Sedihnya andai dia antara yg terkorban. Tapi most likely walau selalu berdoa dia selamat. Ya la andai dia selamat tak kan dia hilang gitu je tak cari ayahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 07:30 PM | Show all posts
pilot replied at 20-3-2019 08:47 AM
dah tgk sebijik mcm yg main game tembak2 like pubg n seangkatan dgnnya...bezanya itu realiti n btl ...

Risau plak ank iolss mg main pubg

Syed saddiq tu dia ketagih jgk pubg..itu yg taknak kerajaan banned tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.161778 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list