CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gabanzack

Merged: All about BALI (gabanzack/shahgti/ranggii)

 Close [Copy link]
matz_rockz This user has been deleted
Post time 27-9-2006 03:43 PM | Show all posts


simple meal hati ayam,pucuk ubi,begedel,that one looks like udang goreng (sorri tak remember) cheap and good about 7000 rupiah (S$1.30)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


matz_rockz This user has been deleted
Post time 27-9-2006 03:45 PM | Show all posts


souvenir shop kat pasar ubud
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 27-9-2006 04:04 PM | Show all posts
kat gunung kawi,my balinese friend ceritakan sikit,gua nya di korek pakai kuku aje.














Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2006 04:20 PM | Show all posts
1st time nak gi sana klu sampai sana pukul 9:00malam naik teksi selamat tak?

[ Last edited by  ira_229 at 29-11-2006 09:54 AM ]
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 27-9-2006 04:42 PM | Show all posts
Originally posted by ira_229 at 27-9-2006 04:20 PM
1st time nak gi sana klu sampai sana pukul 9:00malam naik teksi selamat tak?nak gi sana dgn my hubby siapa2 boleh recommend?



you staying kat kuta ???
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2006 04:46 PM | Show all posts
not decide yet! ini tengah survey! macam mana dgn Harris selamat tak? or Bali Garden?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2006 04:49 PM | Show all posts
i tot for the 1st nite nak stay kat area Kuta then pindah kat Legian! dengar cerita members kat sini macam best aje tak berani for this time maybe some otehr time!

[ Last edited by  ira_229 at 29-11-2006 09:53 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2006 08:38 PM | Show all posts
:ting::ting: :ting: :ting:

[ Last edited by  whiteroselady at 27-9-2006 08:40 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2006 10:44 AM | Show all posts
Originally posted by ira_229 at 27-9-2006 04:49 PM
i tot for the 1st nite nak stay kat area Kuta then pindah kat Legian! dengar cerita members kat sini macam best aje tak berani nak advanture for this time maybe some otehr time!


Kuta a bit crowded sbb near to town and shopping mall  tp Legian jauh sedikit..lebih secluded and more expensive.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 10:49 AM | Show all posts
Originally posted by ira_229 at 27-9-2006 04:46 PM
not decide yet! ini tengah survey! macam mana dgn Harris selamat tak? or Bali Garden?


Dua2 Hotel kat tepi pantai kat Kuta ...I think Hariss hotel 3 or 4 stars Hotel..penah tengok  tp Bali Garden x perasan lak..
Klu ikut map..Harris kat utara sikit..a bit busy sikit dkt dgn Hard Rock..tp Bali Garden dkt dgn waterpark
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 10:53 AM | Show all posts
Originally posted by ira_229 at 27-9-2006 04:20 PM
1st time nak gi sana klu sampai sana pukul 9:00malam naik teksi selamat tak?nak gi sana dgn my hubby siapa2 boleh recommend?


baik2 penyeluk saku
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 11:00 AM | Show all posts
Terima kasih ek! semua for the advice!
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 04:15 PM | Show all posts
Hai, mendengar pengalaman kawan-kawan disini tak dapat bayangkan betapa seronoknya dan rasa tak sabar nak pergi. Tapi saya tengah fikir nak p sendiri atau pakai travel agent. Saya planning mungkin bulan Jan - My birthday, Feb - Chinese New Year or May -my anniversary.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 09:46 AM | Show all posts
Originally posted by ira_229 at 27-9-2006 03:21 PM


Princess!

U boleh tolong listkan u gi mana2 masa u gunakan kidmat Pak Nyoman ni tak? TQ



listnya ada di page-page  sebelum nie....kena cari kat belakang..:nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 11:45 AM | Show all posts
Poskad dari Dreamland
Oleh Haswari Ali



BAGI masyarakat `biasa
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 11:55 AM | Show all posts
Asmaradana di Pulau Dewata
Oleh Zainal Abidin Sulaiman (Yang mengunjungi Pulau Bali, Indonesia, baru-baru ini)



SUASANA nyaman dan mententeramkan jiwa apabila menginap
di perkampungan Club Med Bali yang menghadap laut
di Nusa Dua, Bali.

Ulang tahun ke-20 Club Med Bali turut diserikan persembahan Tarian Barong

BALI adalah sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Dewata atau Pulau Seribu Pura yang menyimpan pelbagai keunikan budaya serta panorama alam dan pantainya.


BERURUT di spa dapat
menghilangkan tekanan
dan melegakan badan.

Dengan pemandangan di sekitarnya yang menarik serta keramahan penduduknya, menjadikan Bali sebuah destinasi pelancongan terkenal di seluruh dunia. Pelancong dari pelbagai masyarakat datang bersantai dan melepaskan lelah di pulau yang penuh ketenangan itu.

Tiada bangunan tinggi melebihi pokok kelapa atau bunyi deruman kereta dan desingan motosikal bagai mat rempit di Kuala Lumpur. Pihak berkuasa mahu mengekalkan keaslian dan keindahan pulau itu.

Club Med Bali adalah salah satu destinasi percutian yang menjadi tumpuan pelancong. Ia terletak di Tenggara pulau itu iaitu di wilayah Nusa Dua. Perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Denpasar mengambil masa kira-kira 30 minit.

Baru-baru ini, Club Med Bali yang menyambut ulang tahun ke-20, mengadakan kempen bagi menggalakkan pelancong dari seluruh dunia bercuti di situ. Kira-kira 200 terdiri daripada pelbagai agensi pelancongan dan wartawan dari negara Asia Pasifik dijemput berkampung di Club Med Bali selama tiga hari.

Peserta diberi taklimat oleh Presiden dan Ketua Eksekutif Club Med Asia dan Pasifik, Joel Tiphonnet mengenai strategi untuk menggalakkan pelancong bercuti di Club Med berkenaan.

Peserta dibawa melihat kemudahan termasuk bilik penginapan, spa, gelanggang sukan serta rekreasi kanak-kanak.

Club Med Bali mempunyai 402 bilik penginapan, menjadikannya salah satu penginapan terbesar di Asia dan Pasifik. Ada sebuah dewan yang boleh memuatkan 400 orang. Di sini juga terdapat padang golf enam lubang, gelanggang bola tampar pantai dan gelanggang badminton.

Untuk aktiviti laut, disediakan kegiatan luncur air, snorkeling dan kayak. Bagi mereka yang suka aktiviti lebih lasak, disediakan acara meredah jeram. Selain itu, aktiviti lasak lain yang mencabar termasuk terjun banji dan flying trapeze.

Pengurus Besar Vacances (M) Sdn Bhd, Jimmie Ng memberitahu, Club Med sebenarnya sesuai untuk percutian keluarga. Biasanya keluarga akan memikirkan aktiviti anak mereka dan memerhatikan kegiatan mereka.

Namun di Club Med ibu bapa boleh bersantai dengan selesa. Mereka boleh berehat dengan senang hati sementara aktiviti anak mereka diatur dan diawasi oleh kakitangan Club Med yang berpengalaman. Ini termasuk bersukan, renang dan sebagainya. Ibu bapa tidak perlu pening kepala memikirkan apa nak buat untuk anak-anak mereka.

揗ereka yang tidak mahu menyertai aktiviti yang dianjurkan boleh berehat saja di pantai, di kolam atau berurut di spa,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2006 11:56 AM | Show all posts
Aktiviti lasak di Pulau Bali
Oleh Mohd Zohri Sukimi


Mendayung rakit menyusuri Sungai Ayung, menunggang gajah di Desa Taro

PULAU Bali sinonim dengan Pantai Kuta, keunikan kraftangan, sifat peramah penduduk, landskap indah dan satu-satu wilayah majoriti penganut Hindu di Indonesia. Bagaimanapun, jarang orang memperkatakan Bali sebagai destinasi rekreasi dan aktiviti lasak.

Berkunjung ke Bali baru-baru ini, penulis berpeluang merasai kehebatan pakej pilihan yang ditawarkan Hard Rock Hotel Bali dan dikendalikan Bali Adventure Tours, mendayung di Sungai Ayung dan menunggang gajah di Desa Taro.

Berdekatan Ubud atau kira-kira satu setengah jam perjalanan dari Kuta, selepas mendaftar dan menandatangani surat insurans di pos pusat, penulis memakai jaket keselamatan, topi pelindung dan dibekalkan sebatang dayung.

Penulis menuruni anak tangga sejauh kira-kira 100 meter untuk ke tebing sungai dan rakit yang boleh memuatkan antara lima hingga tujuh orang.

Sebelum memulakan cabaran, penulis bersama wartawan Travel Times dan sepasang pelancong warga Russia, diberikan taklimat ringkas oleh seorang jurumudi, seorang pemuda tempatan mengenai cara mengendalikan rakit.

Jurumudi memberitahu kod arahan kepada setiap pendayung, sama ada kami perlu mendayung ke depan atau belakang, berhenti, bersedia melanggar tebing atau batu dan waktu mengimbangi badan sambil memegang tali keselamatan.

Pengalaman pertama menyusuri Sungai Ayung sejauh lapan kilometer cukup menyeronokkan. Air sungai jernih, tetapi mengalir deras dan dihiasai bungkah batu besar memberi cabaran getir kepada pendayung.

Kami sudah lali apabila rakit berpusing dan terlanggar tebing atau bongkah batu. Setiap kali rakit dihanyutkan dan menyusup di celah batu lalu terhempas ke bawah, pasti ada yang menjerit. Jika tidak kerana sebelah kaki disisip ke dalam pelapik khas, sudah pasti ada yang terpelanting ke dalam sungai.

Saat paling sukar ialah apabila rakit tersangkut di celah atau atas batu. Beberapa kali kami terjebak dalam situasi begitu. Bagaimanapun, kerjasama pendayung dan kebijaksanaan jurumudi membolehkan semua perangkap dilepasi.

Walaupun sibuk di air, penulis sempat menikmati pemandangan daratan sepanjang Sungai Ayung. Keindahan hutan dengan suasana hijau yang damai, diselang seli perkampungan tradisi serta beberapa pusat peranginan dan hotel tersergam menggamit pelancong.

Kami berehat di tebing air terjun paling tinggi di sungai itu sebelum perjalanan diteruskan hingga pos terakhir. Keseluruhan perjalanan mengambil masa hampir dua jam.

Selepas menikmati makan tengah hari, kami melawat Elephant Safari Park di Desa Taro. Taman safari yang direka cantik seluas dua hektar itu adalah antara taman gajah terbaik di dunia dan mempunyai muzium yang memaparkan sejarah lengkap gajah.

Penulis bertuah kerana berpeluang menaiki seekor gajah betina berusia 40 tahun, gajah paling besar dan tua di taman itu selama 40 minit meredah hutan dan belukar.

Gembala gajah memberitahu penulis bahawa semua pelatih dan pawang gajah di taman itu dibawa dari Sumatera kerana Bali bukan habitat asal haiwan itu.

Selepas diberi peluang memberi tebu kepada gajah, pengunjung taman dihiburkan dengan aksi sekumpulan gajah mempamerkan bakat seperti menendang bola, melukis dan bermain bola keranjang.

Menjelang senja, penulis tiba di Kuta dengan harapan suatu hari nanti, berpeluang merasai sekali lagi pengalaman menarik itu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2006 09:44 AM | Show all posts
Originally posted by ira_229 at 27-9-2006 04:20 PM
1st time nak gi sana klu sampai sana pukul 9:00malam naik teksi selamat tak?nak gi sana dgn my hubby siapa2 boleh recommend?


once u exit from the airport, turn to ur right and walk straight abt 10m or so and u will see a taxi booth. U will have to pay at the booth first depending on the location of ur hotel. U will be issue a receipt for the ride. Or juz get a hotel transfer if u gonna take a package.



P/s: Juz a suggestion since u're a first timer there, why not get a 10am flight and transit over in JKT for abt 30mins and then straight to Denpasar. Gonna reach there roughly ard 1430hrs or so.

[ Last edited by  Bobpley at 30-9-2006 10:05 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2006 10:03 AM | Show all posts
Originally posted by ira_229 at 27-9-2006 04:46 PM
not decide yet! ini tengah survey! macam mana dgn Harris selamat tak? or Bali Garden?


Harris resort baik gak tu hotel cuma jauh jer dari kedai²..

Try tanya travel agent abt Mercure Kuta Hotel, I paid abt S$400 or so w/o tax during promotion. dpt 4d3n incl 1night free and breakfast.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2006 09:03 AM | Show all posts
Nak tumpang tanya ngan korang yg dah ke Bali ni, korang rasa Bali ni baby friendly tak?? my asben tgh gatal nak ke Bali ni, tapi baby kecik lagi, kalau jadi pegi, waktu tu umo 1 tahun, so still stroller bound la, nampak macam tak stroller friendly je Bali ni. Kitorang selalu bawak baby lam backpack, tapi kalau leh boh lam stroller lagi mudah kerja gitu hehhe..

Kalau takleh ke Bali, ada any other suggestion nak g mana tak? dgr kawan kata Sabah pun best gak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.274332 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list