|
Pakaian/Aksesori/Senjata/Pengangkutan/Gaya Hidup Masyarakat Melayu Zaman Silam
[Copy link]
|
|
MENJAWAB SALAH FAHAM ORANG BUKAN MELAYU DI MALAYSIA MENGENAI TAMADUN DAN SEJARAH ORANG MELAYU
1. Salah Faham 1: Kesultanan Melayu Melaka ialah kerajaan Melayu pertama dalam sejarah ketamadunan bangsa Melayu.
Penjelasan : Ini adalah salah sekali. Kesultanan Melayu Melaka bukanlah kerajaan pertama Melayu dalam sejarah atau bukti permulaan Tamadun Melayu. Sebelum Melaka, sudah banyak kerajaan-kerajaan hebat yang bertakhta. Sebagai contoh, Empayar Melayu Srivijaya, Langkasuka, Funan, Champa, Ligor, Gangga Negara, Chih Tu, Pan Pan, dan sebagainya. Tamadun tertua bangsa Melayu ialah berusia 500 Sebelum Masihi, itu yang dapat dibuktikan dengan pembuktian kukuh, bukan sekadar hipotesis dan teori.
2. Salah Faham 2: Tetapi nama-nama kerajaan dahulu sebelum Melaka itu berunsurkan India. Ini membuktikan bahawa orang Indialah yang membina kerajaan-kerajaan itu.
Penjelasan : Nama tidak menunjukkan bangsa. Nama penulis artikel ini ialah Helmi Effendy, namun itu tidak menunjukkan bahawa Helmi ialah seorang arab. Saya tetap seorang Melayu dan ambilah pisau, belahlah tangan ini, darah yang menitik masih lagi darah seorang Melayu.
Berbalik kepada salah faham 2, nama-nama yang berunsurkan keindiaan itu adalah kerana orang Melayu dahulu adalah pengganut agama Hindu-Buddha. Orang Melayu memang satu bangs ayang mempunyai spritual yang tinggi. Mereka akan berbuat pelbagai cara untuk mendekatkan diri mereka dengan agama yang dianuti. Sebagai contoh, selepas kedatangan Islam, nama-nama orang Melayu, kebudayaannya semuanya diberi dengan nafas Islam sambil diadun dengan lokal genius tempatan.
Sematkan analogi di atas, sama juga dengan orang Melayu ketika zaman Hindu-Buddha dahulu. Nama yang berunsurkan Sanskrit diambil dan banyak disematkan pada kerajaan-kerajaan Melayu purba. Namun demikian, bukti-bukti lain membuatkan sejarawan memutuskan kerajaan itu sebagai kerajaan Melayu kerana batu bersurat, hikayat-hikayat, dan catatan orang asing tentang kerajaan ini.
Sebagai contoh, Srivijaya ialah sebuah Empayar Melayu. Namanya berunsurkan sanskrit. Tapi mereka memahat prasasti mereka menggunakan tulisan pallava dari India, namun bahasa yang dipakai ialah Bahasa Melayu Kuno, bukannya Tamil atau seumpama dengannya. Prasasti Kedukan Bukit ialah buktinya. Saya yakin tiada seorang pun orang tamil mampu membaca bahasa Melayu Kuno yang dipahatkan pada prasasti itu! Saya berani kerat jari saya kalau ada yang memahaminya.
3. Salah Faham 3: Tapi.. tapi.. Rajendra Chola pernah menawan seluruh semenanjung dan memberikan tamadun kepada bangsa Melayu. Buktinya ialah Tamadun Sungai Batu dan Lembah Bujang itu!
Penjelasan :Tapak purba di Sungai Batu, Lembah Bujang berusia 500 TAHUN SEBELUM MASIHI. Semasa beliau datang ke sini, peradaban di Lembah Bujang telah lama wujud. Bagaimana mahu dikatakan Lembah Bujang itu dibina oleh Rajendra Chola sedangkan bapa kepada moyang Rajendra Chola I, iaitu Vijayalaya Chola yang memerintah sekitar 848 -891 Masehi pun belum dilahirkan lagi?
Dan kerajaan yang diserang oleh Rajendra Chola ketika itu ialah sebuah Empayar Melayu Srivijaya, di mana sudah ada kuasa pemerintah Melayu yang memerintah Lembah Bujang atau Kedah Tua ketika itu.
Para sejarawan berpendapat dan sebulat suara mengatakan bahawa kerajaan Chola hanya menjarah Kedah bukannya menjajah. Mereka sekadar mahu mengacau perdagangan pelabuhan-pelabuhan Srivijaya,iaitu sebuah lagi empayar Melayu yang hebat. Srivijaya pada masa itu berjaya menguasai jalan perdagangan antarabangsa di Kepulauan Melayu, antara India dan China pada masa itu.
Inilah sebab tujuan Chola menyerang Srivijaya dan Kedah Tua, untuk mencabar hegemoni perdagangan Srivijaya itu sendiri. 1012–1044 Masihi ialah pemerintahan Rajendra Chola, kira-kira 1500 selepas berdirinya peradaban di Lembah Bujang dan Sungai Batu sendiri wujud.
Nama-nama seperti Kadaram yang wujud pada Kedah tidak boleh dijadikan hujah bahawa Kedah dibuka oleh orang Tamil. Jangan perasan seorang diri. Bangsa lain juga mempunyai nama mereka untuk Kedah Tua.
Pedagang Arab : Qilah,Kalah,Kalahbar,Qalha,Qilai
Pedagang Cina : Cheh-Cha,Chieh-cheh,Kie Taa,Kiteh,Kieteha
Orang Khmer : Keto
Orang Siam : Sai,Saiburi
4. Salah Faham 4: Bangsa Melayu tidak pernah wujud. Ianya adalah bangsa ciptaan British! Nama Melayu itu pun diberikan oleh British.
Penjelasan : Sebenarnya bangsa Melayu sudah wujud sejak sekian lamanya. Sebelum kedatangan British lagi, bangsa ini dan nama Melayu ini sudah wujud. alam catatan-catatan Dinasti China seperti Yuan dan Ming, nama orang Melayu banyak kelihatan. Orang China biasanya akan merujuk kepada bangsa Melayu.
Antara rekod terawal yang mencatatkan mengenai nama MELAYU dalam sejarah itu sendiri adalah di dalam peta Ptolemy seawal abad pertama Masihi yang mencatatkan kawasan di Semenanjung Emas yang turut dikenali sebagai Maleu-kolon. Antara sebutan dalam pelat Cina ialah Bok-la-yu, Mok-la-yu, Ma-li-yu-er, Oo-lai-yu, dan Oo-lai-yu. Dalam sejarah juga terdapat rekod bahawa sebuah kerajana yang menggunakan nama Malayu wujud di Nusantara seawal abad ke-7 Masihi.
Pada abad ke 14, umpamanya, Mpu Prapanca penyair Jawa di kraton Majapahit, dalam karynaya Desawarnama (1365) telah menyenaraikan daerah yang dikenalpasti sebagai tanah orang Melayu. In termasuklah Jambi, Palembang, Minangkabau, Siak, Kampar, Rokan, Pane, Kampe, Aru, Mandaileng, Tumiang, Perlak, Samudra, Lamuri, Barus di Sumatera dan Langkasuka, Kedah, Kelantan serta Pahang di Semenanjung Tanah Melayu.
Dalam sejarah, Nama Tanah Melayu sudah digunakan sebelum kedatangan British lagi. Antara bukti sejarah mengenainya adalah Tom Pires yang tinggal di Malaka pada tahun 1512 hingga tahun 1515 telah merujuk Melaka sebagai Terra de Tana Malaio.
Direkodkan dalam sejarah apabila Singgahsari, sebuah kerajaan di Jawa yang mahu menghapuskan sisa-sisa Empyar Srivijaya di Sumatera. Maka ekpedisi tentera dikerahkan ke Sumatera dan ekpedisi itu dipanggil sebagai Ekpedisi Pamalayu.
5. Salah Faham 5: Bangsa Melayu ialah pendatang dari Yunnan dan Taiwan, dan Indonesia.
Penjelasan : Sebenarnya asal usul Melayu itu daripada Yunnan dan Taiwan adalah teori yang sudah lapuk dalam diperkatakan kerana dunia akademik sedang memperkatakan teori baru dalam memperkatakan asal-usul sejarah Melayu itu yang dipanggil sebagai Teori Keluar Dari Benua Sunda. Antara ahli akademik yang memeprkatakan tentang teori ini adalah Dr. Stephen Oppenheimer, ahli sains dari Universiti Oxford, terutama melalui bukunya Eden in the East: the Drowned Continent of Southeast Asia (1998). Anda boleh baca teori yang dibangkitkan oleh beliau sehingga diterima oleh dunia akademik dalam buku beliau. Teori ini adalah disandarkan pada bukti-bukti ethnologi, arkeologi, kajian samudra, linguistik, analisis DNA dan folklor.
6. Salah Faham 6: Bahasa Melayu ialah sebuah bahasa ciptaan dan dipengaruhi oleh bahasa luar. Contoh, 60 peratus daripada bahasa Tamil dan Sanskrit. Bahasa Melayu hanya ada tiga perkataan asal sahaja.
Penjelasan : Ini ialah salah satu fahaman yang sangat salah. Bahasa Melayu sebuah bahasa yang menduduki salah satu cabang daripada keluarga bahasa-bahasa Melayu-Polinesia. Maka, tolong berhenti mendakwa “ 90% of the Malay language is derived from Sanskrit or Tamil ” (Sanskrit ialah bahasa rumpun Indo-Aryan, bukan Austronesia manakala Tamil ialah bahasa dalam rumpun Dravidian) atau “ bahasa Melayu asalnya hanya ada 3-4 perkataan ”.
Jika anda mengeluarkan ayat-ayat demikian di mana-mana seminar antarabangsa bidang linguistik, muka anda akan diludah oleh James T. Collins, K. Alexander Adelaar, Robert Blust dan ramai lagi pengkaji dari Barat yang menyelidik bahasa-bahasa di Alam Melayu. Tolonglah berasa malu kepada orang putih. Peminjaman bahasa memang berlaku dalam tamadun Melayu kerana proses pertembungan Tamadun Melayu.
Orang Melayu ialah bangsa yang membuka sebuah tamadun di antara laluan utama dunia berhubung dari barat dan timur. Pelabuhannya dikunjungi oleh pelbagai bangsa. Dicatatakan bahawa Tamadun Melayu Melaka menerima 2000 buah kapal setiap hari dari seluruh dunai dan juga dituturkan 88 buah bahasa di perlabuhannya. Maka, pinjaman bahasa memang berlaku. Biasanya bangsa yang mencipta empayar besar atau selalu bertembung dengan tamadun luar, perkara ini bukan sesuatu yang luar biasa. Bahasa Inggeris pun mempunyaI lebih 100 perkataan pinjaman bahasa Melayu.
Mari saya kongsikan kepada anda antara perkataan-perkataan asli dalam bahasa Melayu. ~~air, akar, aku, alu (pasangan kepada lesung), alur, anak, api, balai, **barat, bara, baru, bau, bayang, benua, beras, beri, besi, betina, bibir, bintang, buah, bukit, bulan, bulu, bunuh, cucuk, dahi, danau,
dapur, darah, darat, daun, dekat, dendam, dengar, duri, ekor, gatal, habuk, hampar, hanyut, hantar, hantu, hari, hati, hidung, hirup, hujan, hulu, huma, ikan, induk, ini, itu, jahit, jarum, kail, kanan,
kayu, kerbau, ketawa, kiri, kita, kuku, kulit, kutu, labah-labah, labuh, langit, laut, layar, leher, lelap, lesung, lintah, liput, luar, ludah, makan, malam, mati, mentah, mimpi, minum, nanah, nasi, nyiur,
orang, padi, pahit, paku, palu, panah, peha, penuh, puluh, putih, ratus, rumah, tahi, tampi, tanah, tanak, tanam, tangis, telinga, telur, timur, tiup, tua, tuli, ubi, udang, urat, yu (ikan).~~
7. Salah Faham 7: Melayu tidak mempunyai sistem tulisan mereka yang tersendiri.
Penjelasan : Kenyataan ini datang daripada mereka yang tidak memahami langsung apa itu sejarah. Membaca daripada facebook tidak membuktikan bahawa anda setaraf Prof Khoo Kay Kim atau Prof Nik Suhaimi. Tidak... jauh sekali. Orang Melayu mempunyai sistem tulisan mereka sendiri. Tulisan Jawi ialah datang daripada tulisan arab tetapi diubahsuai oleh orang Melayu untuk kegunaan bahasa Melayu. Manakala skrip yang lebih awal dipakai oleh orang Melayu ialah Tulisan Tanjung Tanah, Rejang, Rencong.
8. Salah Faham 8: Orang Asli Ialah Pemilik Dan Orang Asal Tanah Ini.
Penjelasan : Definisi orang asli itu perlu dibetulkan oleh anda. Orang Asli di Malaysia ada dua kategori. Kategori pertama ialah Aslian manakala kategori kedua dipanggil sebagai Melayu Proto. Orang Melayu pula terbahagi kepada dua iaitu Melayu Proto dan Deutro.
Mereka adalah kelompok kaum-kaum Austronesian yang tidak menerima anjakan tamadun. Melayu Proto yang lebih maju (kerana tinggal di pesisir pantai dan terdedah kepada pergaulan antarabangsa) lama kelamaan menolak Melayu Proto yang hidupnya berasaskan pertanian dan buruan binatang lebih jauh ke pedalaman.
Melayu Proto yang tinggal di pesisir pantai dan menjalankan perdagangan maritim lama kelamaan berubah menjadi Melayu Deutro. Mereka kemudiannya menubuhkan kerajaan dan negarakota dan mengaku bangsa mereka sebagai ‘Malayu’.
[Kesimpulan]
Dengan beberapa buah salah faham yang saya petik seringkali bermain dalam minda rakan-rakan bukan Melayu kita, maka saya harap segala kekusutan yang seringkali bermain dalam fikiran kita dapat dibetulkan. Dalam masa yang sama, saya bukakan post ini dengan soalan-soalan mengenai Tamadun Melayu yang sering bermain dengan minda kalian untuk kita betulkan bersama.
-HE (Helmi Effendy)-
|
|
|
|
|
|
|
|
The Different Types of Keris in Mindanao and Sulu
|
|
|
|
|
|
|
|
CATUR MELAYU
Permainan ini memerlukan kecekapan menyusun strategi bagi mengawal buah catur dari diambil pihak lawan. Ia dimainkan pada papan bersaiz lebih kurang 8 x 8 yang menjadikannya 54 petak yang mempunyai silih ganti warna terang dan gelap. Pemain yang dapat mengambil buah catur pihak lawan yang paling banyak dikiri pemenang.
Lokasi : Muzium Perak, Taiping
|
|
|
|
|
|
|
|
tak faham yg ini...
Mereka adalah kelompok kaum-kaum Austronesian yang tidak menerima anjakan tamadun. Melayu Proto yang lebih maju (kerana tinggal di pesisir pantai dan terdedah kepada pergaulan antarabangsa) lama kelamaan menolak Melayu Proto yang hidupnya berasaskan pertanian dan buruan binatang lebih jauh ke pedalaman.
maksudnya, melayu proto di pesisiran pantai tolak melayu proto ke pedalaman? org asli ke tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
PEMANSUHAN BAHASA MELAYU DI MINDANAO DAN SULU OLEH FILIPINA
Dahulu mereka tidak pernah mengenali bahasa Tagalog sebelum pemansuhan bahasa Melayu.Hanya Bahasa Melayu sahaja bahasa mereka .
Satu bukti bahawa orang sulu dan mindanao berbahasa melayu dengan tulisan jawi : Surat :
" Maka adapun dagangan yang dilarangkan Paduka Seri Sultan Muhammad Muizzuddin yang telah tersebut itu iaitu apiun, dan demikian lagi segala alat senjata besar kecil tiada boleh dijual kepada orang lain, jikalau pada pihak anak cucu Paduka Seri Sultan sekalipun jika bukan izin daripada Paduka Seri Sultan, hanya Paduka Seri Sultan yang membeli jua adanya. "
-H4ZIE-
|
|
|
|
|
|
|
|
4 KUASA DUNIA DAN ASIA VS TAMADUN MELAYU CHAMPA
1. Dinasti Han dan Dinasti Sui, China
Pada peringkat awalnya,kerajaan Champa merupakan sebuah kerajaan yang kuat dan selalu melancarkan serangan ke wilayah selatan China.
Serangan Champa ke wilayah China yang direkodkan adalah sekitar tahun 248 dan 270 Masihi.Pada tahun 270 Masihi itu pula,Champa (rajanya ketika itu bernama Fan-Hsiang menurut rekod China) bergabung tenaga dengan jirannya,kerajaan Funan (yang juga merupakan sebuah kerajaan Melayu) untuk menyerang wilayah Kiu-sou milik China sehinggalah satu perjanjian damai dibuat di antara kedua-dua pihak,antara China dan Melayu (Funan dan Champa) pada tahun 280 Masihi.
Pada tahun 420 Masihi,Champa diperintah oleh seorang raja bernama Yang-Mah.Raja tersebut kemudiannya menyerang wilayah Tonkin dan meminta maharaja China mengiktiraf kekuasaanya.Sekali lagi pada tahun 431 Masihi,tentera Champa menyerang wilayah Tonkin.
Pembesar China yang menguasai Tonkin ketika itu,Tan Ho-tche akhirnya melancarkan serangan habis-habisan ke atas ibu kota Champa dan membunuh rajanya.Pemerintah berikutnya,Fan Chen tch’eng (Dewanika) akhirnya berdamai dengan China pada tahun 456 Masihi.
Ketika China berpecah dan saling berebutkan kawasan, Rudravarman, seorang Brahmin yang ditabalkan menjadi raja Champa akhirnya digantikan oleh Shambuvarman (Fan-Fan Tche).Raja tersebut mengambil peluang atas suasana huru hara dan perpecahan dalam negeri di China untuk menyerang wilayah selatannya.
Apabila seluruh negara China akhirnya berjaya disatukan oleh Dinasti Sui di bawah pemerintahan Maharaja Yang Jian (541~604),pengganti baginda,Maharaja Yang Guang berazam mahu mengembalikan semula kegemilangan China sepertimana pada zaman Dinasti Han dahulu.Baginda kemudiannya mengarahkan tentera China menakluk kembali wilayah-wilayah yang pernah dikuasai oleh Dinasti Han dahulu dan antara kerajaan yang terpaksa menghadapi kemaraan tentera Dinasti Sui itu ialah kerajaan Goryeo di Semenanjung Korea dan kerajaan Champa di Indo China.Maharaja Yang Guang mengarahkan jeneral Liu Feng sebagai ketua turus angkatan tentera China untuk menakluk Champa.
Pada tahun 604 Masihi, Jeneral Liu Feng kemudiannya menggerakan tentera China mengepung Champa dengan 10 000 angkatan tentera berjalan kaki dan berkuda yang dipimpin oleh Ning Changzhen, Li Yun, and Qin Xiong sementara Liu Fang sendiri mengetuai angkatan laut China mengepung perairan Champa.
Sementara itu,tentera Champa pula terdiri dari tentera berjalan kaki,tentera berkuda,tentera bergajah dan tentera badak sumbu yang dijinakkan.Pada pertembungan pertama tentera Champa dengan tentera Dinasti Sui,tentera China cuba menghambat askar Champa namun berjaya dibalas kembali oleh askar Champa.Tentera China menggunakan anak panah untuk mengganyang ancaman tentera bergajah Champa dan berjaya menawan kota Indrapura yang merupakan pusat pentadbiran Champa dan membakarnya.
Raja Shambuvarman terpaksa berundur ke kawasan pergunungan untuk menyusun serangan yang seterusnya untuk menawan kembali kota Indrapura.Namun,penguasaan tentera China di kota tersebut tidaklah lama akibat serangan wabak penyakit yang menyebabkan banyak tentera mereka mati.Dengan mudahnya,kota Indrapura ditawan semula oleh tentera Champa dan menghalau saki baki tentera China di sana.
Saki baki kekuasaan Dinasti Sui berjaya dihambat oleh Champa dan kemudiannya pada tahun 628 Masihi,Raja Shambuvarman menghantar utusan ke China untuk mendesak Maharaja Yang Guang meminta maaf kepada Champa.Maharaja tersebut akur dan memohon maaf,berjanji tidak akan menganggu Champa lagi.
Masa keamanan dan kemakmuran ini dipergunakan sebaiknya oleh Shambuvarman untuk membaiki dan membina semula candi-candi yang dibakar sebelum itu.Selain membaiki semula candi Siva-Bhadresvara (yang dibina oleh Bhadravarman pada abad ke 4 Masihi),baginda turut membina sebuah candi baru yang dinamakan sebagai Shambubhadreswara.
Tidak lama kemudian ketika pemerintahan China berpindah tangan dari Dinasti Sui ke Dinasti Tang,berlaku sekali lagi konflik antara Champa dan China apabila para menteri China tidak berpuas hati dengan Champa dan mendesak Maharaja Li Shimin untuk menyerang Champa.
Maharaja tersebut menolak permintaan menteri-menteri tersebut dan memberi alasan bahawa kekalahan dinasti China yang terdahulu (yakni Dinasti Sui) terhadap Champa harus dijadikan pedoman kepada pemerintahan Dinasti.
2. Amukan Bala Berkuda Mongol Yang Menggila
Pada abad ke 13,satu kuasa besar baru muncul di daratan steppe di Asia Tengah.Kuasa besar ini terkenal dengan tenteranya yang sangat ganas dan dahagakan pembunuhan dan pertumpahan darah.Kuasa besar ini menjadi mimpi ngeri kepada empayar China,empayar Islam di Timur Tengah dan beberapa buah kerajaan di Eropah. Dan,kuasa besar itu namanya ialah Empayar Mongol yang pada masa kemuncaknya menjadi empayar daratan terbesar di dunia.
Orang Mongol berjaya menumpaskan pemerintahan Dinasti Song di China dan salah seorang dari pembesar Mongol telah mengasaskan dinasti pemerintahan sendiri di China yang dinamakan sebagai Dinasti Yuan,
“ Kalau kalian mendengar berita yang askar Mongol kalah dalam sesuatu peperangan,jangan percaya ! ”
Ungkapan di atas menggambarkan betapa hebatnya kekuasaan tentera Mongol yang tidak pernah kalah dalam pertempuran mereka,di samping sifat mereka yang dahagakan pertumpahan darah ibarat serigala lapar.Ketika Dinasti Song di China,Empayar Abbasiah di Timur Tengah dan kerajaan Korea tumbang di tangan Mongol,sebaliknya pula yang berlaku di Indo China.
Ketika bangsa Arab di Timur Tengah pening kepala untuk menangani amukan Mongol, ketika bangsa Cina di Tanah Besar menjadi mangsa kekejaman Mongol manakala anak dara di Eropah tidak tidur lena tatkala mendengarkan cerita kegenasan dan kerakusan Mongol, namun di Asia Tenggara,tentera Mongol bukannya tandingan nenek moyang kita ketika itu.
Ketika itu, jalan perdagangan rempah ratus dan sutera di antara China dengan negara-negara seperti India dan Timur Tengah dikawal oleh Champa.Champa bertindak sebagai orang tengah disamping kerajaan jiran Champa iaitu Vietnam. Laluan rempah inilah yang mahu dikuasai oleh Kublai Khan ketika itu.Sebuah ekpedisi ketenteraan yang diketuai oleh seorang jeneral Mongol yang bernama Sodu telah dihantar ke Indo China oleh Kublai Khan untuk menguasai dua kerajaantersebut.
Perang ini menyaksikan bagaimana Dai-Viet dan Champa yang sering berperang sesama sendiri akhirnya bersatu di bawah satu panji menentang sekurang-kurangnya 500 000 askar Mongol yang dihantar Kublai Khan untuk menawan bumi IndoChina ketika itu. Dalam beberapa siri pertempuran sepanjang perang itu berlaku, Putera kerajaan Dai-Viet telah memimpin barisan askar campuran Viet-Champa. Tran Hung Dao dikatakan memimpin 300 000 orang askar campuran menghalau tentera manakala terdapat juga puluhan ribu askar Champa berkawal di kaki gunung, menunggu untuk memberi serangan mengejut ke atas armada Mongol yang akhirnya berjaya dihalau kembali ke tanah mereka.
Pada tahun 1281, menyaksikan Mongol masih belum menyerah kalah, maka dihantarnya 100 armada kapal untuk menjatuhkan Champa. Diceritakan bagaimana Sodu dan tentera Mongol berjaya menawan kota Vijaya.Namun, kejayaanya itu tidak lama apabila askar-askar Mongol akhirnya berjaya dikalahkan kembali oleh Champa yang melakukan teknik serangan gerila.Seperti biasa Mongol akhirnya tewas dalam pertempuran ini.
3. Empayar Melayu Srivijaya, Armada Laut Terbaik Dunia
Semasa Champa diperintah oleh raja Satyavarman,kerajaan tersebut terpaksa menghadapi kemaraan tentera Empayar Sriwijaya (digelar sebagai Jawa oleh orang Cham) dari selatannya.
Masihkah para pembaca tahu insiden “ Maharaja Zabag ” yang ditulis oleh seorang pengembara Arab bernama Sulayman dalam kitab al Rujjar pada abad ke 8 menceritakan mengenai seorang raja Khmer yang menghina maharaja Zabag dan akhirnya diserang negaranya secara mengejut oleh tentera Maharaja tersebut dan kepala raja Khmer tersebut akhirnya dipancung oleh tentera tersebut.
Ya,insiden ini memang benar-benar terjadi di mana kerajaan Khmer yang disebut oleh Sulayman itu merujuk kepada Kerajaan Chenla yang menguasai daratan Kampuchea pada kurun ke 6 Masihi,manakala Zabag ialah panggilan orang Arab yang merujuk kepada Empayar Srivijaya.Dikatakan pada tahun 774 Masihi,tentera Srivijaya (yang pada masa itu dikuasai oleh Dinasti Sailendra) dari Pulau Jawa telah menyerang kerajaan Chenla dan menakluknya,kerana raja Chenla didapati telah menghina Maharaja Srivijaya.
Empayar Srivijaya bukan sahaja menakluk Chenla,malah melakukan serangan dan penjarahan ke atas Champa.Pada masa pemerintahan raja Satyavarman (Ichwaraloka) di Champa,kerajaan tersebut diserang oleh tentera Srivijaya dari selatan.Tentera Srivijaya telah menjarah dan memusnahkan candi Po Nagar.
Satyavarman beserta tentera Champa kemudiannya menyerang balas tentera Srivijaya yang menyerang negeri mereka dalam satu pertempuran laut pada tahun 784 Masihi dan berjaya mengundurkan tentera Srivijaya.
Sekali lagi pada tahun 787 Masihi,di mana tentera Srivijaya sekali lagi menyerang selatan Champa dan menjarah sebuah candi bernama Bhadradhipaticwara di Pandurangga.Champa yang pada masa itu diperintah oleh Indravarman I,adinda kepada Satyavarman sekali lagi berjaya mematahkan serangan tersebut.
4. Kerajaan Khmer, Bangsa Purba Asia Tenggara
Peperangan antara Champa dan Dai-Viet berbara semula apabila raja Rudravarman III yang menaiki takhta Champa pada tahun 1061 Masihi,telah mengarahkan serangan ke atas wilayah Dai-Viet namun baginda dan tentera Champa dikalahkan serta merta oleh raja Vietnam,Ly Thanh Tong lalu ditawan.Untuk melepaskan dirinya,raja tersebut akhirnya menyerahkan wilayah dari kawasan Gate Of Annam hingga ke genting Lao Bao kepada kerajaan Dai-Viet.Namun disebabkan tindakannya,beliau tidak dapat menduduki semula takhtanya.
Beliau digantikan oleh raja Hariwarman IV yang berjaya menghalau saki baki orang Dai-Viet dari Champa kemudian membayar ufti perlindungan kepada Vietnam.
Pada masa itulah,Champa pula diserang oleh satu lagi jirannya di barat iatu kerajaan Khmer.Serangan pertama Khmer ke atas Champa dibuat pada tahun 1080 Masihi di mana banyak candi dan biara dihancurkan namun Raja Hariwarman IV berjaya mengalahkan serangan orang Khmer tersebut.Raja tersebut akhirnya turun takhta untuk bertapa dan mengabdikan diri kepada tuhan sebelum akhirnya mangkat pada tahun 1081.
Sekali lagi pada tahun 1145 Masihi,kerajaan Khmer di bawah pemerintahan Suryavarman II sekali lagi menyerang Champa dan menawan ibu kotanya,menyebabkan pusat pemerintahan terpaksa berpindah jauh lagi ke kota Vijaya di selatan,namun tentera Champa masih dapat mengalahkan tentera Khmer yang sedang mara untuk menyerang Vijaya pada masa itu.Serangan orang Khmer ke atas Champa diakhiri oleh raja Jaya Hariwarman yang berjaya menghalau saki baki tentera Khmer dan Vietnam,seterusnya menyatukan kembali Champa.
Seorang pegawai istana,Jaya Indrawarman berjaya merampas kuasa dari putera Jaya Hariwarman pada tahun 1167 Masihi.Di bawah pemerintahannya,kerajaan Champa kembali kuat malahan pada tahun 1177 Masihi,Champa dapat melancarkan serangan ke atas kerajaan Khmer dan menjarah kota Angkor,ibu kota kerajaan tersebut.
Ini menimbulkan dendam oleh raja Khmer, Jayawarman III kepada raja Champa.Beliau lalu berpakat dengan putera Champa bernama Vidyanandana untuk menyerang Champa.Komplot ini berjaya dan Vidyanandana berjaya menawan Jaya Indravarman dan dibawa ke Angkor.
Kekosongan takhta Champa diambil oleh seorang kerabat diraja bernama Suryajayawarmandewa.Pada masa sama,Vidyanandana juga mengisytiharkan dirinya sebagai raja Champa di Pandurangga.Ini menyebabkan Champa akhirnya berpecah kepada dua.Namun Vidyanandana berjaya menghapuskan pesaingnya seterusnya menyatukan kembali Champa.
Perang antara Khmer dan Champa berakhir apabila raja Jaya Parameswarawarman II menaiki takhta Champa.Ketika itu,orang Khmer sibuk menangkis serangan musuh mereka,orang Thai di barat.Champa mengambil manfaat atas masa aman ini untuk membaiki semula candi-candi yang rosak.
- Raja Arif Danial -
|
|
|
|
|
|
|
|
GABUNGAN TENTERA MELAKA PADA TAHUN 1511
E. Model Perpaduan Dalaman-Luaran Menerusi Peperangan Melaka-Portugis
Mengikut maklumat Rumpun Melayu dan bangsa-bangsa lain serantau yang mempertahankan Melaka daripada serangan tentera-tentera Portugis di dapati dari sebuah manuskrip Portugis kurun ke-17 yang telah diterjemahkan ke Bahasa Inggeris dan diterbitkan oleh Universiti Malaya.
Maklumat ini didapati dari manuskrip Francisco De Sa De Meneses, Malaca Conquistada, terjemahan Inggeris oleh Edgar C. Knowlton, Jr. pada 1970. Ada dua pihak yang mempertahankan Melaka tatkala pada tahun 1511 tersebut, iaitu pahlawan-pahlawan daripada berbagai suku kaum Rumpun Melayu dan pahlawan-pahlawan dari berbagai bangsa serantau yang menyebelahi Melaka.
Senarai Tentera Melaka dari Pelbagai kaum :
Melaka : Ardonio, Argeo/Argeao, Audali, Baturel, Belugano, Damur (ulama/ilmuwan yang baru pulang dari Mekah), Emirem, Eurillo, Guazel/Gazel (penghulu, abang Argeo), Indoraspis (nakhoda), Raju, Rustacao/Rustam/Khan (ketua perang), Sarcamante, Turcaferno
Patani : Ariavo (ketua perang)
Jawa : Tuan/Tuao Colascar (ketua perang)
Borneo/Brunei : Malano (ketua perang)
Mindanao : Ragois (ketua perang)
Daru/Arus/Darus : De Tayde/DeTayde/Deitayde/Detayde/De Taide/Dataide (saudara lelaki Raja Daru dan ketua perang)
Bintao/Bertam/Bintang/Bentan : Ormonte (ketua perang tentera tambahan)
Luchu/Farmosa/Taiwan/Okinawa: Cambir (ketua perang)
Pegu : Eraspe (ketua perang)
Mongol, Khorasan dan Turki : Solimao (ketua perang)
Siam : Batrao (suami Glaura), Mulias
Kemboja : Carol
Gujarati : Abdela/Audela/Abdala/Audala/’Abdullah (orang kaya)
Falsafah Perpaduan Kaum Berdasarkan Data Melayonesia
Oleh Dr. Mohammad Alinor bin Abdul Kadir ASASI, PDP (Penyelidik Bersekutu) dan AKK 13/12/2014
(((Dipetik dan dikongsi dengan keizinan)))
|
|
|
|
|
|
|
|
Baju Zirah Melayu Semenanjung (Peninsula Malay Armor)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by HangPC2 at 5-7-2015 11:00 AM
Meriam Lela Rentaka Brunei (Brunei Swivel Gun)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by HangPC2 at 11-7-2015 02:33 PM
MALACCA (1515)
Das Lendas da India de Gaspar Corriea
Ini adalah gambaran Bandar Melaka 4 tahun setelah ia jatuh ke tangan Portugis. Oleh kerana itu lukisan ini adalah gambaran terdekat kota atau bandar Melaka sebelum ia jatuh ke tangan penjajah. Kubu Afamosa pada waktu itu masih lagi dalam bentuk yang agak ringkas seperti yang kita dapat lihat. Apa yang menarik ialah di puncak menara di kubu tersebut ternampak seolah-olah sebuah kubah kecil. Adakah ini bermakna menara dalam kubu A Famosa tersebut sebenarnya adalah menara Masjid Agung Melaka yang diguna semula oleh Portugis sebagai menara kawalan ?
Catatan Portugis sendiri menyebut yang mereka menggunakan bahan-bahan dari punggaran Masjid dan kuburan diraja Melaka untuk membina Kota A Famosa atau Kota Santiago tersebut. Berkemungkinan kota Portugis tersebut ditambah dan diperbaki daripada kota yang telah sedia ada yang diperbuat dari mampatan tanah dan batu.
Apa yang pasti bandar ini kelihatan padat dan penuh dengan pelbagai bentuk bangunan. Ianya menepati diskripsi bandar Melaka seperti yang tercatat dalam Sejarah Melayu iaitu sebuah bandar yang tidak berputusan dengan rumah dan kedai.
- Al Semantani Jones -
|
|
|
|
|
|
|
|
MENGENALI KUCING KAMPUNG @ MALAY CATS (KUCING MALAYSIA)
Apabila berbicara tentang kucing kampung mesti ramai yang berkata baka kucing kampung ini jenis yang biasa-biasa saja tiada yang istimewa seperti baka kucing-kucing yang mahal seperti mainecoon, parsi, Bengal dan banyak lagi. Ini ditambah lagi banyak kucing jenis ini hanya menjadi kucing gelandangan dan terbiar di jalanan. Namun jika anda seorang pencinta kucing yang sejati, anda tidak akan mengklasifikasikannya jenis baka kucing kampung ini direndah-rendahkan martabatnya kerana ianya juga sebenar antara makhluk ciptaan Allah.
Kucing kampung sebenarnya lebih dikenali sebagai “Malay Cats” di dalam dunia kucing. Kriteria fizikal yang terdapat pada seekor kucing kampung “Malay Cats” adalah ianya adalah dari jenis berbulu pendek atau Domestic Short Haired dan corak bulunya adalah berceloreng seakan-akan jenis kucing Tabby. Telinganya pula jenis telinga besar dan bentuk fizikal badannya adalah besar terutama sekali kucing jantan. Ekornya panjang serta mempunyai hujung ekor yang berbelang-belang seakan-akan ekor seekor musang dan ada juga kucing kampung “Malay Cats” yang ekornya panjang serta dihujungnya bengkok.
Mengikut salsilah asal keturunan si Kucing Kampung “Malay Cats” dikatakan bahawa kucing kampung sebenarnya nenek moyangnya adalah kucing dari baka Manx yang origin asalnya adalah dari Isle of Man, sebuah negara jajahan Koloni British yang terletak di sebuah pulau di Laut Irish di Great Britain. Keberadaannya di bumi Malaysia sekarang adalah akibat daripada kucing baka Manx telah dibawa masuk oleh orang Eropah daripada bumi asal mereka sewaktu mereka bertapak di bumi Malaysia suatu waktu dahulu dan kemudian mengahwinkannya dengan kucing baka-baka tempatan yang lain maka terjadilah Kucing Kampung yang dikenali dengan nama “Malay Cats” sekarang. Memandangkan baka kucing Manx itu sendiri adalah daripada kucing yang mempunyai bulu yang pendek serta berbelang-belang maka adalah tidak mustahil Malay Cats juga sedemikian rupa malah fizikalnya juga boleh mengikut baka kucing Manx yang besar serta tegap. Untuk itu jika sekiranya ada yang berkata bahawa kucing kampung “Malay Cats” tidak mampu membesar seperti kucing baka maincoon itu adalah tanggapan yang salah. Ini kerana sekiranya kucing kampung “Malay Cats” diberikan makanan kucing premium serta mempunyai persekitaran yang kondusif nescaya ianya juga akan membesar seperti kucing-kucing baka mahal yang lain.
Bagi pencinta kucing yang mempunyai baka kucing kampung “Malay Cats” yang mana ekor kucingnya panjang dan bengkok sebenarnya ada cerita legenda mengenai mengapa ianya sedemikian rupa. Diceritakan bahawa kucing kampung “Malay Cats” yang berekor bersimpul sebenarnya adalah kerana suatu waktu dahulu ada sesetengah bangsa Eropah terutama sekali bangsa Portugis mempunyai adat resam yang pelik terhadap kucing mereka. Dikatakan bahawa kucing-kucing di Portugis suatu waktu dahulu memang disengajakan untuk mereka mengepit hujung ekor kucing sejak daripada anak kucing lagi kerana dikatakan ianya akan membawa rezeki yang melimpah ruah kepada pemiliknya. Apabila kedatangan bangsa Portugis ke bumi Melaka suatu waktu dahulu mereka juga membawa kucing-kucing baka Manx yang berekor bersimpul dan akhirnya wujudlah kucing kampung “Malay Cats” berekor bersimpul.
Inilah sedikit informasi perkongsian bijak di dalam kita cuba mengenal kucing kampung “Malay Cats” yang sebenarnya banyak terdapat di sekeliling kita di Malaysia sekarang. Janganlah mereka dipandang sebelah mata sahaja dan dibuang di jalanan seperti tiada harga kerana sebenarnya kucing kampung ini juga mempunyai keistimewaan-keistimewaan yang tersendiri contohnya mereka bijak untuk berkomunikasi dengan tuannya samada melalui isyarat mahupun meowing. Dan yang pasti kucing kampung “Malay Cats” adalah antara pemburu yang terhandal di dalam dunia kucing.
Sumber : Paw Prints of My Heart
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by HangPC2 at 16-8-2015 01:44 AM
KEJATUHAN EMPAYAR MELAYU 1511: BENARKAH MELAKA KALAH KERANA TIDAK MENGGUNAKAN SENJATA API ?
15 Ogos 1511, adalah tarikh yang sangat memilukan umat Melayu. Hari ini, tewasnya sebuah empayar kebangaan umat Melayu keseluruhannya. Masih terngiang-ngiang di telinga saya, beberapa orang rakan malah guru yang mengejek dan mencemuh dengan kata-kata
" Alah…apalah hebat sangat pada Melaka, Portugis serang tak sampai seminggu terus kalah teruk, lari lintang pukang "
" Melaka kalah dengan mudah kerana teknologi persenjataan yang sangat lemah, bayangkanlah orang kita berperang hanya guna keris, sumpit dan tombak, padahal Portugis guna meriam dan senapang, mana tak kalahnya.."
" Orang Melaka semua jakun sebab tak pernah tengok Meriam lalu lari lintang pukang ".
Kalaulah mereka tahu hakikat yang sebenar, kalaulah.
Sebenarnya apakah yang berlaku dalam peristiwa 1511 ini dan bagaimanakah gambaran sebenar detik-detik Melaka mempertahankan dirinya dari diperkosa Portugis ?
Hakikat yang sebenarnya ramai tidak tahu adalah Melaka sudah mencapai kedudukan politik yang unggul sementara perdagangannya juga terus berkembang, dan pelabuhannya menggamit pelbagai bangsa datang singgah dari segenap pelusuk dunia. Imej bandar terapung seperti Venice dan Genoa serta pasar dan rumah yang tidak berputusan hingga Muar bukanlah satu khayalan atau cakap-cakap kosong sahaja.
Walaupun memang wujud kepincangan dalam pemerintahan, pergeseran, perebutan dan pelbagai lagi konflik dalaman yang sering kita dengar namun ianya belum cukup parah untuk menjatuhkan Melaka jika dibandingkan dengan serangan Portugis. Tambahan lagi oleh sebab begitu makmurnya Melaka maka banyaklah kaum-kaum ‘asing’ yang mula dengki, hasad dan cemburu akan kekayaan Melaka. Pembelotan kaum-kaum asing ini juga ibarat gunting dalam lipatan yang memudahkan lagi kemaraan Portugis.
Sesungguhnya tidak semua persoalan tentang kejatuhan Melaka dapat kita rungkaikan disini. Namun memadai rasanya untuk kita membuka perbincangan dalam hal kesungguhan dan semangat juang Melaka bagi mempertahankan maruah dan kedaulatannya daripada dinodai oleh Portugis.
Sebelum itu yang paling penting ialah pandangan kita bahawa Melaka ketinggalan dari segi teknologi meriam, senapang atau istinggar dan peluru serta lain-lain senjata api perlu diubah dan dibuang sejauh mungkin. Seperti yang saya pernah sebut dahulu angkatan Portugis dicatatkan membawa pulang ribuan pucuk meriam dan senapang yang dirampas dari Melaka. Teknologi pembuatan dan penggunaannya juga adalah standing dengan teknologi barat.
John Crawfurd memetik catatan De Burros dalam bukunya, A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries, bahawa ketika Portugis menawan Melaka dahulu, mereka berjaya merampas antara 3000 hingga 8000 senjata api daripada Melaka, dan De Burros sendiri mengatakan bahawa Portugis sendiri tidak mampu untuk menghasilkan senjata api sebanyak itu. Bahkan catatan De Burrous menjelaskan lagi kepada kita bahawa Portugis menjumpai sebuah meriam Melayu Melaka yang jauh lebih besar daripada meriam yang dipunyai oleh Portugis dan meriam itu telah dihantar ke India.
Catatan yang lain pula, seperti yang dinukilkan oleh Godinho Eredia dalam buku Asia Portugueza, karya Manuel de Faria Y Souza dalam E. Koek, Portuguese History of Malacca, sewaktu kedatangan Portugis di Melaka, jumlah meriam yang dipunyai kerajaan tersebut adalah sangat banyak. Tiga ribu pucuk meriam besar telah dijumpai dalam kota Melaka, 5000 pucuk lagi telah sempat dibawa lari oleh tentera Melaka apabila kota itu tumbang.
Albuquerque menyatakan bahawa terdapat 2000 pucuk meriam yang diperbuat daripada tembaga dan yang lain diperbuat daripada besi di Melaka. Faria y Souza mengatakan bahawa sebahagian besar daripada 8000 pucuk senjata api atau meriam yang dipunyai kerajaan Melaka adalah berasal dari Pahang. Ini bermakna Pahang merupakan sebuah negeri penghasil senjata api yang berkualiti dan banyak pada zaman itu.
Menurut Eredia lagi, semua meriam-meriam itu dihasilkan dengan amat baik dan tidak dapat ditandingi walaupun dengan meriam buatan Portugis. Daripada catatan Eredia ini, dapat disimpulkan bahawa teknologi senjata api yang dimiliki oleh bangsa Melayu Melaka pada waktu tersebut adalah sama tarafnya dengan teknologi persenjataan orang Eropah, malahan mungkin lebih baik.
Seorang berbangsa Itali yang terlibat di dalam penyerangan terhadap Melaka pada tahun 1511 menyatakan bahawa terdapatnya penggunaan pelbagai jenis senjata api berat yang telah menyebabkan kehilangan nyawa yang agak ramai di pihak portugis. Menurut beliau, walaupun akhirnya tentera Melayu Melaka kalah, namun mereka digambarkan mempunyai semangat keperwiraan yang tinggi, sangat terlatih dalam ilmu peperangan dan mempunyai simpanan senjata yang bermutu serta pelbagai.
Thomas John Newbold, seorang pegawai British di Melaka pernah mencatatkan di dalam Political and Statistical Account of the British Settlements in The Straits Of Malacca, Volume 2 bahawa kilang-kilang yang menghasilkan senjata api seperti meriam-meriam milik bangsa Melayu sudah lama bertapak bukan sahaja di Semenanjung Tanah Melayu, bahkan di sekitar Kepulauan Melayu. Terengganu menjadi hub penghasilan senjata api di Semenanjung, manakala Gerisik merupakan hub untuk Pulau Jawa, dan hub untuk Sumatera pula ialah Minangkabau.
Bahkan Newbold turut mengulas mengenai pemandangan biasa yang dilihatnya ketika berada di Tanah Melayu pada abad ke-18 yang dipercayai Newbold sudah lama budaya itu itu bertapak di Tanah Melayu. Katanya, tidaklah sesuatu yang menghairankan andai dapat melihat pendekar Melayu yang lengkap bertanjak dan berbusana Melayu bersama keris dan senjata api Melayu seperti Istingar.
Kita lihat pula tulisan R. J. Wilkinson, “ The Capture of Malacca, A.D. 1511 ”. Beliau menyebut mengenai beberapa perkataan sepert “ Malay gun-fire ” dan “ heavy fire ” merujuk kepada bala askar Melaka ketika itu ketika menceritakan mengenai kejatuhan Melaka yang boleh dijadikan dalil bahawa orang Melayu kita ketika itu sudah memiliki senjata api.
Diceritakan bahawa ketika askar Portugis cuba memasuki muara Sungai Melaka yang cetek dan berlumpur itu, mereka telah dihujani oleh divisyen askar Melaka yang menggunakan senjata api dan menghujani askar Portugis dengan senjata api
Walaupun dalam naskah Sulalatus Salatin ada ditulis yang serangan meriam Portugis menggemparkan orang Melaka bagai bertih digoreng, namun petikan tersebut harus ditafsir sebagai penyedap cerita untuk khalayak pembaca atau pendengar. Jambatan Melaka yang kita lihat dalam lukisan seperti di muzium atau dalam buku-buku teks sejarah yang sering digambarkan dengan penuh daif dan uzur juga perlu kita buang jauh-jauh.
Catatan Portugis sendiri mendapati jambatan tersebut terbina dengan sangat kukuh, malah rekod-rekod China beberapa dekad sebelum serangan Portugis melaporkan bahawa ada lebih kurang 20 buah kedai di atas jambatan tersebut. Saya menggambarkan jambatan ini seperti jambatan London Bridge yang pada zaman pertengahan penuh dengan kedai-kedai. Pihak Portugis juga mengalami kesukaran dan mengambil masa untuk merobohkan jambatan tersebut atas maklumat risikan dari Ruy de Aroujo.
Di dalam buku teks sekolah juga kita diberitahu atau digambarkan pertempuran berlaku di daratan kota Melaka sahaja, namun dari catatan Portugis didapati pertempuran sebenarnya telah bermula sejak di laut lagi. Sebelum pihak Portugis berjaya mendarat, mereka dilaporkan telah diserang tentera Melaka di perairan yang mengakibatkan kehilangan 100 nyawa di pihak Portugis.
Pihak Melaka menggunakan perahu atau lancara yang diisi dengan minyak dan bahan pembakar kayu serta dihalakan ke kapal-kapal Portugis. Taktik ‘Fire Ship’ ini sering digunakan di Eropah juga seperti dalam perang Inggeris dengan Sepanyol pada zaman ratu Elizabeth.
Selain itu tembakan meriam dari Melaka menghala ke kapal-kapal Portugis juga turut mendatangkan kecelakaan. Oleh itu pendapat yang mengatakan meriam Melaka tidak boleh menembak jauh juga harus dibuang kelaut.
Melaka juga melaksanakan strategi menggertak dan tindakan perang psikologi untuk menakutkan pihak lawan dengan mengeluarkan sejumlah perahu perang, lancara, tongkang, sampan dan sebagainya yang lengkap bersenjata untuk menunjukkan kekuatannya kepada Portugis. Walaupun begitu kekuatan sebenar Melaka yakni armada jong perang gergasinya yang diketuai laksamana pada waktu itu tiada di perairan.
Maklumat daripada catatan Giovani Da Empoli mengesahkan bahawa tentera Melaka telah menggunakan lancara serta perahu berapi untuk memusnahkan kapal Portugis. Di kawasan pantai pula pertahanan dikukuhkan dengan pancangan kayu dan besi-besi tajam atau kawat beracun serta meriam-meriam pelbagai jenis besar dan kecil beserta dengan peti-peti berisi serbuk peluru.
Sebenarnya saudara sekalian perang Melaka bukan berlaku dalam jangka masa yang singkat. Pada masa ketibaan Portugis pada 28 Jun 1511 pertempuran tidak terus terjadi sebaliknya kedua-dua belah pihak menggunakan taktik tunggu dan lihat, masing-masing menunggu siapa yang akan menyerang dahulu.
Hal ini diselangi dengan sesi perundingan dan diplomasi yang tidak kemana. Pihak Portugis mahu tawanan Portugis termasuk Ruy de Aroujo dibebaskan. Selang tiga minggu dari itu keadaan mula semakin tegang. Beberapa siri pertempuran kecil berlaku di laut dan dikawasan penginapan para pedagang berdekatan pantai.
Portugis menyerang empat kapal Jawa dan sebuah kapal Sumatera. Kemudian kapal-kapal saudagar Gujarat di pelabuhan juga dibakar termasuk rumah penduduk di pantai. Walaupun Sultan kemudiannya membebaskan tawanan, namun perang tetap tidak dapat dielakkan lagi.
Pihak Portugis sebenarnya sangat tahu akan kelemahan Melaka. Hal ini kerana mereka telah mempunyai perancangan yang jitu. Mereka mempunyai kelebihan dari segi risikan atau maklumat yang diberi oleh Ruy de Aroujo dan orang-orang dalaman Melaka sendiri seperti Utimutiraja, seorang perempuan Parsi dan Nainachittu. Melaka mempunyai musuh di setiap penjuru malah didalam kelambunya sendiri. Namun demikian Portugis tidak pernah memperkecilkan kemampuan pertahanan Melaka.
Albuquerque sendiri pernah menyebut bahawa
" Kita tidak akan dapat menawan melaka dengan hanya dua batang pedang yang berkarat ! "
Di waktu subuh sebelum serangan habis-habisan dilancarkan, Albuquerque memberi ucapan bahawa Melaka harus ditundukkan supaya aliran rempah tidak akan sampai ke Makkah dan Kaherah dan sinar Islam disini akan padam ! Ungkapan beliau ini jelas menunjukkan niat sebenar mereka.
Barisan ketenteraan Portugis sebenarnya lebih ramai dari yang kita ketahui. Namun kita sering mendengar jumlah tentera Portugis hanyalah 1200 orang termasuk 600 tentera upahan Malabari dan kapalnya lebih kurang 19 buah.
Maklumat daripada catatan Giovanni menunjukkan bahawa sewaktu tiba di Pedir, jumlah kapal termasuk yang ditawan di perjalanan mencecah angka 25 buah. Di Pasai, lapan buah kapal dari Cambay lagi menjadi mangsa tawanan atau dirosakkan. Dengan demikian kita menganggarkan lebih kurang 27 buah kapal telah tiba di perairan Melaka.
Malahan terdapat beberapa buah kapal lagi di Melaka yang ditawan dan tawanannya dijadikan barisan sokongan dalam serangan keatas Melaka. Giovanni turut melaporkan bahawa dalam serangan pada 25 julai 1511 terdapat 1500 orang tentera Portugis yang terlibat, dengan pasukan bantuan daripada orang Cina sebanyak 400 orang dan bantuan dari seorang putera Sumatera (Raja Kampar menantu Sultan Mahmud sendiri) juga lebih kurang 400 orang.
Ini semua belum termasuk tentera bantuan dari orang Pegu, Siam, malah orang-orang Keling dibawah Nainachittu dan tentera upahan Jawa yang sengaja berperang dengan tidak bersungguh-sungguh setelah ketua mereka Utimutiraja disogok Portugis.
Pertempuran berlaku dengan sengit di beberapa lokasi seperti di Jambatan, bukit Melaka, Bandar pelabuhan, Istana dan Masjid sultan. Pertahanan Melaka turut diperkuatkan oleh ribuan tentera Jawa yang pada permulaan ogos dibayar tiga bulan gaji terkehadapan disamping barisan pejuang Turki dan Khorusones atau Parsi sejumlah 3000 orang.
Seperti yang saya telah sebutkan tadi, walaupun tentera Jawa ini telah dibayar gaji awal untuk tiga bulan, mereka tetap belot dan tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Melaka kerana penghulu mereka Utimutiraja telah membuat pakatan dengan Alfonso de Albuquerque dan memberitahu anak-anak buahnya agar ‘ tidak perlu bersusah payah menggadaikan nyawa sendiri untuk mempertahankan harta benda orang lain ’.
Persoalannya adakah kekuatan Melaka yang sebenar telah digunakan sepenuhnya ? Sebenarnya kekuatan Melaka yang sebenar adalah terletak pada armada lautnya. Namun demikian armada laut Melaka yang terdiri daripada jong-jong yang besar tidak berada di perairan Melaka pada ketika itu.
Sebelum mulanya serangan yang penghabisan oleh Portugis, Sultan sengaja melambat-lambatkan pelepasan tawanan dan cuba berdiplomasi kerana menunggu armada lautnya bersama Laksamana. Namun tindakan Sultan yang sengaja melengah-lengahkan masa tersebut diketahui Portugis yang menyebabkan serangan total dilakukan sebelum sempat armada itu sampai.
Hal ini disebabkan pihak Portugis sangat takut dengan risikan yang diberikan oleh Ruy de Aroujo yang mengatakan bahawa Sultan Melaka mempunyai satu armada laut yang sangat kuat yang diketuai oleh seseorang yang bernama ‘ Laksamana ’ yang dapat membakar hangus seluruh armada Portugis jika mereka lambat bertindak.
Terdapat catatan dari Portugis yang menyebut bahawa sewaktu Melaka diserang, Laksamana bersama armada Melaka sedang mengadakan rondaan di kawasan perairan jajahan takluk Melaka, mungkin sekitar Riau-Lingga. Ini kerana dalam catatan tersebut diberitahu bahawa Raja Lingga bersama Laksamana telah berpatah balik apabila mengetahui bahawa Melaka sudah jatuh ke tangan Portugis dan Sultan Mahmud Shah dan keluarganya berundur ke Bentayan di Muar.
Pada pendapat saya Raja Lingga dan Laksamana tahu bahawa kejatuhan Melaka bukanlah bermakna kejatuhan empayar Melaka kerana adat Melayu itu 10 negeri boleh dicari, selagi ada raja berdaulat. Jadi jika raja berundur maka pembesar dan raja-raja taklukannya tidak akan membuat keputusan sendiri untuk terus menyerang Melaka, sebaliknya berundur bersama Sultan untuk mengatur strategi baru.
Sultan Mahmud Shah juga dikatakan bertitah, adat kita raja Melayu, negeri alah raja mati, yang melambangkan bahawa perjuangan Melaka sebenarnya belum tamat selagi baginda dan waris-warisnya belum mati.
Apa yang dapat saya simpulkan disini ialah kekalahan Melaka kepada Portugis bukanlah satu kekalahan yang mudah seperti yang sering disebut-sebut. Bukan disebabkan teknologi persenjataan yang lemah dan bukan kerana kejakunan tentera Melaka terhadap tembakan meriam tentera Portugis. Barisan pertahanan Melaka telah berjuang berhabis-habisan baik dari segi diplomasi, pertanahan, taktik dan strategi pertempuran.
Pihak Portugis sendiri mengakui bahawa pejuang-pejuang Melayu Melaka adalah gagah perkasa dan terlatih dalam ilmu peperangan serta dilengkapi dengan pelbagai jenis senjata berpotensi. Namun begitu kita tidak boleh pandang rendah pada kekuatan Portugis. Orang Portugis mempunyai pengalaman tempur dan kepungan laut yang sama hebatnya dengan bangsa Melayu.
Sebelum mereka menyerang Melaka banyak kota pelabuhan lain seperti di India dan Teluk Parsi yang berjaya mereka tawan, malah mereka pernah bertempur dengan armada Turki Uthmaniah yang terkenal hebat itu.
Kekalahan Melaka adalah sebab kurangnya kesepaduan dan kesepakatan diantara ‘ Anakvanua ’, dan sikap terlalu memberi kepercayaan kepada ‘ anak dagang ’ atau bangsa ‘ asing ’.
Bak kata pepatah ‘ apalah diharap pada dagang, bertukar musim berlalulah ia ’.
Sikap terlalu bertoleransi yang ditunjukkan oleh orang Melayu sejak zaman berzaman ini akhirnya memakan diri sendiri apabila golongan-golongan ‘ dagang ’ ini mula menunjukkan belang mereka dan menikam dari belakang !
Baik dagang Kalingga, dagang Ming, dagang Burma, maupun dagang Kampar dan Mojo yang serumpun sebangsa, semuanya menjadi duri dalam daging. Harapkan pegar,pegar pula makan padi.
Peristiwa ini seharusnya menjadi pengajaran kepada anak-anak vanua pada hari ini, dan bukannya kisah Melaka kalah berperang kerana menggunakan keris dan sumpit semata-mata yang ternyata tidak benar.
Sekian, wallah hu a’lam.
~ Al Semantani Jones dan Helmy Effendy ~
Rujukan :
• Prof Emeritus Dr. Muhammad Yusof Hj. Hashim , Kisah Melaka 1511, Institute Kajian Sejarah Dan Patriotism Malaysia, 2006.
• Abdul Aziz Zakaria, Portugis Dalam Sejarah Melaka, DBP, 1963.
• Portuguese Documents on Malacca: 1509-1511, National Archives of Malaysia, 1993.
• Muhammad Yusoff Hashim, Muzaffar Desmond John Tate, The Malay Sultanate of Malacca: A Study of Various Aspects of Malacca in the 15th and 16th Centuries in Malaysian History, Dewan Bahasa & Pustaka, 1992.
* The Capture of Malacca, A.D. 1511 oleh RJ Wilkinson
* Asia Portugueza oleh Manuel de Faria Y Souza dalam E. Koek
* A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries oleh De Burrowss
|
|
|
|
|
|
|
| |
|