CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: afja

[Aduan] Medical Card Takaful

[Copy link]
Post time 26-12-2012 01:15 PM | Show all posts
ibm632 posted on 26-12-2012 12:43 PM
kalau bajet anda terhad dan anda nak cover 1 famili dan tak memerlu takaful yg Gerenti Renew anda  ...

thanx ibm632, nak kata budget terhad tu, tak jugak. cuma saya rasa macam kerugian bila ambil individual medical card + saving sekarang ni. mungkin tu pandangan saya . nak tanya, "takaful yg Gerenti Renew" tu apa ek? sebab saya sekarang ni guna Great Eastern. dan rasa macam nak terminate je dan bertukar ke plan 1 family. AIA tu saya pernah dengar, tapi tak la pernah usha detail. pak cik saya pula ada ambil Medical Card MAA untuk cover 1 Family, tapi awal tahun lepas saya ada tanya MAA, tapi dia orang kata tak ada pulak. may be plan/pakej lama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2012 08:16 PM | Show all posts
joeyss posted on 26-12-2012 01:15 PM
thanx ibm632, nak kata budget terhad tu, tak jugak. cuma saya rasa macam kerugian bila ambil indiv ...

Gerenti renew tu maksudnya takde ape2 term yang memboleh syarikat Takaful terminate kita punya kad. Contoh dah guna banyak kali @ dah guna utk sakit2 yang major mcm jantung, buah pinggang, kanser, etc.. So, setiap tahun card kita tu mesti akan diperbaharui secara automatik selagi kita buat bayaran mcm biasa...

Btw, plan yang sekali dengan saving ni, benefit dan term yang ade tu mmg agak complete untuk kegunaan jangka masa panjang. Terpulang pada joeyss nak pilih yang mana pun, yang penting pastikan plan tu memenuhi keperluan diri dan family. Jumpa je mana2 agent dulu, tanya2, dan fahamkan betul2.

Sebab takaful / insurans ni, once kita dah sign up, then lepas beberapa tahun baru sedar tak memenuhi keperluan diri dah family, rugi sangat2 la. Tambah2 lak kalau kita dah pernah claim @ ditimpa sakit yang teruk. Time tu mmg dah jadi kes naya, sebab takaful / insurans ni mana leh tukar2 camtu je... Once dah sign up, pastikan plan tu sesuai dengan kita utk jangka masa panjang.

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2012 08:43 PM | Show all posts
mhh4554 posted on 26-12-2012 08:16 PM
Gerenti renew tu maksudnya takde ape2 term yang memboleh syarikat Takaful terminate kita punya kad ...

thanx mhh4554, 1st time dengar pasal "gerenti renew" ni. sebab sebelum-sebelum ni tak pernah pun ada agen yang datang & cerita pasal ni. semua dok cite pasal claim, wad, saving, elaun harian and benefit yang lain-lain company insurance selalu promote. lepas ni boleh la tanya berkenaan dengan "gerenti renew" pula.. ada extra charge tak untuk pelan gerenti renew ni?
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2012 08:48 PM | Show all posts
joeyss posted on 26-12-2012 08:43 PM
thanx mhh4554, 1st time dengar pasal "gerenti renew" ni. sebab sebelum-sebelum ni tak  ...

Tak ada extra charge utk medikal kad yg "gerenti renew" tu ... cuma pastikan tak ada penipuan semasa permohonan dan jugak caruman takaful tu cantik ... itu ajer....

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2012 08:52 PM | Show all posts
ibm632 posted on 26-12-2012 08:48 PM
Tak ada extra charge utk medikal kad yg "gerenti renew" tu ... cuma pastikan tak ada penipuan sema ...

tak ada penipuan? maksudnya dalam kontrak ada menyatakan ke? payment saya tak pernah sangkut (untuk insurance sekarang la).. dan lagi satu, nak tanya, memang ada ek jenis ejen yang akan datang collect payment? sebab dekat saya memang macam tu.. ada 2 or 3 jenis insurance yang ejennya akan datang collect payment setiap bulan. bukan apa, bila dah cerita pasal penipuan ni, risau jugak ejen masukkan caruman
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2012 08:57 PM | Show all posts
joeyss posted on 26-12-2012 08:52 PM
tak ada penipuan? maksudnya dalam kontrak ada menyatakan ke? payment saya tak pernah sangkut (untu ...

Pada pandangan saya sebagai ejen .... pembayaran yg paling saya prefer payment thru Kredit Kad dan Otodebit

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-12-2012 09:03 PM | Show all posts
ibm632 posted on 26-12-2012 08:57 PM
Pada pandangan saya sebagai ejen .... pembayaran yg paling saya prefer payment thru Kredit Kad dan ...

saya rasa tu pun cara terbaik jugak, sebab selamat. tapi may be ejen nak beramah mesra dengan pelanggan dia dan setiap bulan boleh bertanya khabar
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2012 09:13 PM | Show all posts
joeyss posted on 26-12-2012 09:03 PM
saya rasa tu pun cara terbaik jugak, sebab selamat. tapi may be ejen nak beramah mesra dengan pela ...

hehehe... kena bersangka baik tu ...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2012 10:14 PM | Show all posts
ibm632 posted on 26-12-2012 09:13 PM
hehehe... kena bersangka baik tu ...

tu la.. risiko tinggi jugak hihi.. tapi nak tak nak kena saling mempercayai
so 2013 ni hopefully dalam cari insurance yang terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2013 05:51 PM | Show all posts
saya pemegang kad medikal prubsn, every month byr rm150 untuk insurance coverage. Kebetulan last week, saya terjatuh and pergi ke hospital swasta ( colombia hospital, puchong), bila saya kuarkan kad medikal, dia cakap kad ni hanya untuk masuk wad aje. saya dh pelik, agent saya ckp kalau accident boleh je pergi ke mana hospital swasta yang under prubsn,infact agent saya sendir pernah citer dgn saya mana2 yang berkaitan dgn accident even jatuh pn bleh pergi ke hospital swasta untuk treatment.

saya frustrated sangat! walaupun bil yang dikenakan tidak smpi 200, tapi saya frust kenapa cakap lain, bile kene lain.. saya xtau sape yang silap, hospital or agent. but one thing for sure,  saya tengah consider untuk terminate prubsn nih.. tetiap bulan kita bayar cantik, bila kene musibah, xboleh pakai.. buang duit saya je, duit yang saya bayar tetiap bulan untuk insurance baik saya simpan untuk tabung saya sendiri aje mcmni. mungkin saya ambil yang paling murah, kene amek yang paling mahal kot baru dapat yang elok2
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2013 12:54 PM | Show all posts
optimak5 posted on 2-1-2013 05:51 PM
saya pemegang kad medikal prubsn, every month byr rm150 untuk insurance coverage. Kebetulan last wee ...

Salam,

Saya bersimpati dengan optimak5. Ya, medikal kad hanya digunakan untuk warded semata2. Kalau accident teruk sesangat dan memerlukan warded, medikal kad akan digunakan. Jika accident kecik kecik jer.... medikal kad tak leh guna. Tapi, optimak5 boleh claim accident yang kecik kecik cara reimbursement.

Happy new year
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2013 02:51 PM | Show all posts
terima kasih mbk sebab replied.

but saya masih tak puas hati lagi, bila saya tanya agent pasal bil dia mentioned yang bil akan ikut ko-takaful which is minimum 300 and max 1000. since bil saya ni RM 137, saya xboleh claim. Now saya marah sangat2... takkan saya nak kene cakap dgn hospital, you bilkan i pnya sakit ni lebih dari 1k, nanti i claim i bleh dpt 700 dari insurance, lagi rm300 saya cover dulu.. xkn nk tggu saya sakit melarat smpi masuk hospital and nazak baru bleh claim???

Bukan saya berkira sangat nak claim pasal RM137 saya ni, xbanyak pada sesetengah orang, tapi kenapa xcakap awal2 benda ni xbleh, kalau saya tau baik saya xamek insurance langsung, baik masuk hospital kerajaan aje. kalau bil melambung boleh mintak JKM untuk pengurangan so xpyh nk byr byk2.. skrg ni hospital kerajaan pun dah bagus kalau x se-par dgn private at least tgh climbing to be at that level.

Agent PRU BSN yang saya deal ni memang bermasalah betul nak menerangkan betul2, blur bila tanya itu tanya ini.. sakit hati sangat..

now saya nak kene confirmkan betul dgn semua agent PRU BSN kat sini, kalau saya ada sakit yang xmemerlukan warded ( demam dan sewaktunya tak termasuk) cth macam small burn, etc.. perlu ke saya ke hospital private utk rawatan or better pergi ke hospital kerajaan? even saya dah ada medikal kad yang saya byr tetiap bulan? kalau saya ke private, bleh claim but ikut ko-takaful or based on amount yang saya kene charge? what if my bill less than RM300? bleh claim or pandai2 byr sendiri?

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2013 03:05 PM | Show all posts
optimak5 posted on 3-1-2013 02:51 PM
terima kasih mbk sebab replied.

but saya masih tak puas hati lagi, bila saya tanya agent pasal bi ...
now saya nak kene confirmkan betul dgn semua agent PRU BSN kat sini, kalau saya ada sakit yang xmemerlukan warded ( demam dan sewaktunya tak termasuk) cth macam small burn, etc.. perlu ke saya ke hospital private utk rawatan or better pergi ke hospital kerajaan? even saya dah ada medikal kad yang saya byr tetiap bulan? kalau saya ke private, bleh claim but ikut ko-takaful or based on amount yang saya kene charge? what if my bill less than RM300? bleh claim or pandai2 byr sendiri?

Salam,

utk medical kad bole digunakan jika awak admitted di hospital panel pvt utk rawatan sakit/kemalangan

jika tidak overnite, utk rawatan kecederaan kecil masih bole claim..tp re-imburse basis (byr dulu & claim kemudian), pass original resit pd ejen & dia akan uruskan tuntutan awak

jika claim tersebut under out-patient mcm kes awak rm130 tu..maka 10% ialah rm13 saje..so u akan dpt balik claim rm117



Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2013 03:39 PM | Show all posts
salam jenglut,

terima kasih replied problem saya.

Kalau apa yang tuan bgtau tu memang betul, so which means saya xkan ada problem untuk submit claim and get the remaining amount 90% from the bill. Saya akan refer kat agent tu and kalau dia xphm jugak, saya suruh dia call tuan jenglut or tuan ibm plak. this small thing become big because of lack of knowledge and experience by my agent.

Saya cuba tengok yang ni dulu, kalau benda ni bleh selesai elok, saya teruskan dgn polisi insurance saya ni, if not, saya akan cari replacement yang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2013 01:09 PM | Show all posts
kalau ader apa apa masalah pasal PruBSN Takaful  boleh tanya agent kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2013 05:42 PM | Show all posts
optimak5 posted on 3-1-2013 03:39 PM
salam jenglut,

terima kasih replied problem saya.

Then satu lagi, tanya agent samada plan awak ade Accident Medical Reimburment tak?
Kalau ade, that mean awak boleh claim 100% jumlah bill tu tanpa tolak 10%.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2013 01:03 PM | Show all posts
nak tanya ejen kt sini.. benfit takaful & ADD kepada pewaris/penama tu.. dikira sbg Hibah atau Wasiat atau Pemegang amanah?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 09:28 PM | Show all posts
kazaraf posted on 8-1-2013 01:03 PM
nak tanya ejen kt sini.. benfit takaful & ADD kepada pewaris/penama tu.. dikira sbg Hibah atau Wasia ...

Pemegang amanah yang mana beliau perlu mengagihkan duit tersebut mengikut hukum.

Atau kalau ade agent lain yang mempunyai pendapat lain....silakan berkongsi pendapat.

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 12:01 PM | Show all posts
kazaraf posted on 8-1-2013 01:03 PM
nak tanya ejen kt sini.. benfit takaful & ADD kepada pewaris/penama tu.. dikira sbg Hibah atau Wasia ...

pemegang amanah... dan menjadi tanggungjawab pemegang amanah untuk membahagikan harta itu dari segi hukum Faraid
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 03:52 PM | Show all posts
mbk posted on 9-1-2013 12:01 PM
pemegang amanah... dan menjadi tanggungjawab pemegang amanah untuk membahagikan harta itu dari seg ...

hmm. aku baru dpt info lain dpd ejen aku.
ia tidak dikira hibah/pemegang amanah ke apa.
tp sbb da namanya takaful.. ia jd tabarru', smeua pemegang polisi takaful yg ada scr tak langsung tolong-mnolong.. bg value benifit tu..
hehe cmne ni

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.080799 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list