CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farakim88

Engku Aleesya Baby Erra Fazira

  [Copy link]
Post time 8-10-2012 10:58 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2012 10:59 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 10:59 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 10:59 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 11:11 AM | Show all posts
baju mak lagi singkat dr anak
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 11:32 AM | Show all posts
watachiwa posted on 8-10-2012 11:11 AM
baju mak lagi singkat dr anak



urban tu!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2012 11:38 AM | Show all posts
naper jarang gambo mereka bertiga ekkk...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 11:43 AM | Show all posts
lelaki x minat bergambar2ni kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2012 11:52 AM | Show all posts
fotostet erra habis si aleesya ni.. memang comel
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 11:58 AM | Show all posts
chinese look gitew
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 12:35 PM | Show all posts
Erra main lama makin cengkung..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 01:24 PM | Show all posts
chumellnya...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 01:46 PM | Show all posts
I like body erra skrg.x flabby.just nice
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 02:36 PM | Show all posts
ya Allah, comelnyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 03:11 PM | Show all posts
anak erra dh bole jg model iklan kanak2 yg selalu tgk depa amik yg ada chinese look

comel sangat anak sheol
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 04:18 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2012 04:30 PM | Show all posts
rambut era berserabiut
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 04:52 PM | Show all posts
Bertegas Dalam Sayang

PETANG Khamis minggu lalu, Erra Fazira, 38, dihubungi BH. Beberapa hari sebelum itu, Erra sempat menghantar emel gambarnya bersama anak tersayang, Engku Aleesya, 3, untuk dikongsi buat tatapan pembaca ruangan Glamor Santai ini.

Sebelum sesi temubual ini dijalankan, Wajah Eksklusif Astro itu memohon untuk menghantar anaknya ke sekolah nurseri terlebih dulu. Itu antara sebahagian rutin harian Erra jika tidak mempunyai komitmen seni. Peranannya sebagai ibu dalam memastikan kasih sayang dan perhatian terhadap Aleesya terus mengalir masih diutamakan.

Jika di Barat, kelibat dan gelagat Suri, buah hati Katie Holmes dan Tom Cruise sering menjadi perhatian ramai terutama terhadap obsesinya dalam berpakaian, di Malaysia pula kehadiran Aleesya tak kurang hebatnya. Pesona si comel ini turut menarik perhatian ramai yang memandangnya.   “Beginilah cara Erra habiskan masa senggang bersama dia (Aleesya).

Selalunya bab menghantar Aleesya ke nurseri, Erra akan lunaskan dan bapanya pula mengambil giliran menjemputnya pulang. Erra juga akan bawa dia keluar bermain dengan kawan sebayanya.    “Erra ada kawan yang kebetulan mempunyai anak yang sebaya. Jadi, Aleesya dapat berjumpa kawannya, Erra pula bertemu ibunya.

Aktiviti ini ibarat dua dalam satu. Anak Erra ini pun senang nak jaga. Cuma biasalah ada sikap degil sedikit. Erra perhatikan dia juga lambat mesra dengan orang. Dia bukan jenis yang terus jumpa akan jadi peramah terutamanya golongan lelaki,” kata pemilik tubuh bernama penuh Fazira Wan Chek ini.

Berbanding Erra, buah hatinya itu lebih manja dengan bapanya. Erra agak tegas dan boleh dikatakan garang sedikit dalam mendidik Aleesya. Erra ada caranya tersendiri dalam memanjakan anaknya selain perhatian  dan kasih sayang. Cara yang dimaksudkan itu diterjemahkan Erra dengan membelikan pakaian kepada anaknya.

“Memang boleh dikatakan Erra lebih memewahkan Aleesya daripada segi bab pakaian. Bab membeli mainan itu lebih kepada bapanya. Hampir setiap hari pulang dari kerja, bapanya akan belikan hadiah. Mewah itu tak bererti pakaian berjenama semata-mata.  “Tak guna beli yang jenama sangat, sebab kanak-kanak cepat membesar.

Ia jadi pembaziran pula. Erra kadang-kadang membeli pakaiannya menerusi online di internet. Selalunya, Aleesya ulang pakai baju yang sama pun dalam tiga empat kali selepas itu sudah tak muat.   “Memang Aleesya cepat membesar. Jadi untung juga ada kawan yang sebaya, jadi Erra akan serahkan pakaian terpakai Aleesya kepada kawan atau sanak saudara.

Dengan cara itu, baju lamanya yang sudah tak dipakai tidak dibiar begitu saja,” kata Erra yang pernah membawa Aleesya ke gedung barang permainan terkenal Toys R Us tetapi tidak terlalu mengajar Aleesya meminta barang yang dimahukan kerana sedari kecil sudah dilatih untuk tidak dimanjakan dengan berlebihan.

Erra mengakui anaknya itu lebih kurang sama dengannya kerana gemar berfesyen. Mereka juga mempunyai persamaan nyata kerana dua beranak ini masih ada sisi lasak. Kata Erra, biarpun anaknya gemar bergaya tetapi si kecil itu tidak suka disamakan dirinya dengan gelaran Princess.  “Alih-alih Aleesya akan cakap Princess ialah Erra sendiri.

Macam-macam bukan?. Tapi itulah hakikatnya. Erra juga akan memilih tiga pasang pakaian untuk dipilihnya. Jadi dia akan pilih ikut seleranya dan seolah-olah dia yang menentukan apa yang mahu dipakai. Sedangkan tiga pasang pakaian pilihan itu terbaik Erra buatnya,” kata Miss Malaysia/World 1992 itu.   Dalam perkembangan lain, teman baik kepada Umie Aida ini akan mengacarakan program bual bicara wanita dipanggil Primadona.

Difahamkan ia akan disiarkan di Astro Warna dan Erra akan bergandingan dengan Ziela Jalil, Rozita Che Wan dan Raja Azura.   “Insya-Allah rakaman program ini akan dimulakan 8 Oktober ini. Selain itu, Erra akan ke lokasi penggambaran telefilem Demi Kamu, Cinta! arahan Michael Ang dan akan membabitkan pelakon Indonesia juga.

Selepas itu, sekitar akhir Oktober, Erra akan ke lokasi filem KL Meroyan juga bersama Michael Ang,” katanya.  Di akhir perbualan, Erra turut memberitahu, dia juga ada menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual pakaian wanita, tudung, aksesori serta hamper. Kepada yang berminat boleh singgah di Fan Page, Eea’s OneStop di Facebook untuk maklumat lanjut.   http://www.facebook.com/pages/Eeas-One-Stop/354679807944774?ref=ts&fref=ts

“Erra ada membuka pejabat di Taman Tun Dr Ismail. Di situ jugalah ada diletakkan barang yang dijual. Selalunya yang datang di situ ialah mereka yang rapat, melalui temu janji dan sudah tahu mengenai perniagaan ini. Ada kalanya, pihak Erra ada terbabit membuka gerai di beberapa lokasi.

Perniagaan ini sudah diusahakan bertahun-tahun,” katanya yang sejak 4 Oktober lalu muncul dengan filem Ngorat di sisi Aaron Aziz dan Iedil Putra.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 04:58 PM | Show all posts
She's got her mother's smile...cantik nye
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 07:05 PM | Show all posts
comey sgt!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.070152 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list