CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ariellin

~ Harum Subur Di Hati (BPR) ~ T.A.M.A.T ~

 Close [Copy link]
 Author| Post time 21-8-2010 05:06 PM | Show all posts
arie, menengokkan ur 1st n3 tu, mcm Naim nie dah pergi jauh drpd hidup Juwita.. dlm erti kata la ...
mikoodette Post at 21-8-2010 13:09



tu bkn lagu rabbani ke...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2010 05:07 PM | Show all posts
harap2 xde la yg kaco daun kat pasangan ni lg
amandaatika Post at 21-8-2010 10:14


harap2 ye...  mg aman bhgia hgga akhir hayat..amin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2010 05:10 PM | Show all posts
arie...blog private ya?
leh tak add amanda
amandaatika Post at 21-8-2010 10:17



amanda, hang tgk blog sapa..??  blog yg tu ka..?? blog tu dh lama diam...ju x abih sekolah g rasanya....
pastu aku terus type kat cni jek...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2010 05:41 PM | Show all posts
Malam aritu, tak ada apa pun yang berlaku.  Lepas makan kek, kami duk gesel-gesel tang sini sikit, cuit-cuit tang sana sikit, terus tertidur.  

"Morning dear..", singgah satu ciuman di pipi aku.  

"Morning..", sepatah aku jawab.  

Orang sibuk di dapur, dia boleh membuta tidur lepas subuh tadi.  Lepas tu request nak breakfast nasi lemak dengan rendang ayam pencen.  Mengada-ngada betul.  Ni baru aku mintak supaya dia beri aku masa untuk hati aku ni terbuka terima dia dengan ikhlas, esok lusa kalau aku cakap aku betul-betul dah jatuh cinta pada dia, harus lah dia mintak aku masakkan nasi beriani gam kari kambing untuk dia bersantap.  Mengarut sungguh, kan?

Kelam kabut aku masak rendang ayam pencen ni.  Semalam aku telefon Mama mintak resepi nasi lemak dengan rendang ayam pencen tu.  Mama cakap, Marshila gelak guling-guling bila dapat tau aku telefon mintak resepi.   Budak bertuah tu, kalau satu hari aku jumpa dia, aku botakkan kepala dia.  At least, aku cuba untuk memasak, dari dia yang langsung tak pernah ke dapur.  Semuanya harap mama.  Lepas tu, aku listkan semua bahan-bahan yang diperlukan, mintak si tengkujuh tu meredah Pasar Pudu.  

Yang bagusnya tentang Naim ni, walaupun dia ada pangkat, dia berdarah tengku-rak, dia tetap humble.  Tu yang aku jadi jatuh suka dengan dia.  Diulangi, jatuh suka, okey!  Belum ada cinta-cinta lagi dalam hati ni untuk dia.  Cewah !! Cakap harus gebang.

"Dian Juwita, lambat lagi ke?  Dah lapar ni?", dia pegang perutnya sambil menjengah kuali di atas dapur.  

"Sekejab lagi.  Tunggu lah dulu..",

"Nak tunggu berapa lama lagi ni?  Awak ni tau masak ke tidak?", dia tanya aku.  Perli nampak?

"Tau..", confirm aku tau.  Dulu masa di Tunas Setia aku masak maggi, kongsi ramai-ramai.  Tak ada pulak yang mengadu sakit perut.

"Dian Juwita, ayam ni dah hangus..", jeritan Naim mengembalikan aku ke alam nyata.

"Ha...apa?", kelam kabut aku tengok ayam yang di dalam kuali.  

"Hangus...", aku capai sudip.  

"Aduh....Naim......panas !!!", sudip terlepas dari tangan.

Naim yang berada di sisi terus mematikan api dapur.  Kemudian, dengan kelam kabut membawa aku ke sinki.  Membasuh tangan aku yang terpegang sudip panas tadi.

"Macam mana boleh tak perasan, sudip tu panas?", dia tanya perlahan.

"Cuba tengok dapur ni, bersepah-sepah.  Kalau tak tahu masak, cakaplah tak tahu.  Kita boleh breakfast kat luar, kan?",

Aku diam.  Memandang tangan yang kemerahan disiram air paip.

"Tapi aku ikhlas nak masak..", suara ku tahan-tahan.  Memang aku ikhlas.  Janganlah nak pertikaikan keikhlasan aku ni.  Bukan senang aku nak memasak.  Yang aku tau, sediakan sardin roll.  Tu pun, setelah bertungkus lumus belajar dengan Miss Wong.

"Mujur tak ada apa-apa...", dia cium dahi aku.  Lama.  

"Jom, kita lunch kat luar.  Saya belanja", tengok, betapa ikhlasnya aku hari ini.  Tadi ikhlas nak masak, lepas tu sekarang ikhlas nak belanja.  Betapa baiknya hati aku..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2010 05:51 PM | Show all posts
agagagahhhhhh, budak umur lapan belas gitulah kedahnya...hik hik hik...dok membayangkan aku masa umur-umur tu...huihhhh pandai masak tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2010 06:01 PM | Show all posts
Aku pakai dress kaler biru laut dengan bunga kaler pink, pakai inner kaler hitam dengan jeans, tudung kaler biru.  Siap !  Naim nak drive tapi aku gedik nak naik tren.  Macam jakun !

Dari rumah di Bangsar, Naim park kereta sport kaler merah cili dia yang ada lambang singa ke harimau berdiri kaler kuning yang aku tak tahu jenama apa di KL Sentral.  Lepas tu, kami naik Putra LRT ke stesen Central Market.  Tak sampai lima minit, dah sampai.  Kalau naik kereta, nak kena redah jem semua.  Jadi gunakanlah pengangkutan awam yang telah disediakan oleh Kerajaan.

Aku biarkan Naim pimpin tangan aku masa melintas jalan. Kami masuk ke Central Market.  Nyaman bila rasa air-cond.  Best je.  Kami naik tangga menuju ke food court di tingkat satu.

Aku makan chicken chop sementara Naim makan nasi ayam. Duduk di tempat paling hujung dan tersorok.

"Naim...", aku jerit perlahan.  Geram.  Dia senyum seperti selalu.  Gatal.

Boleh pulak dia gesel-geselkan kaki dia dekat kaki aku.  Geli lah !  Aku nak makan pun tak selesa.  Kalau dibagi pelempang sedas dua, harus sewel budak tengkujuh ni.

"Hello Man...", kami berpandangan.  Perempuan yang hanya pakai baby T kaler hitam itu, dengan skirt pendek menampakkan pangkal peha, tersenyum memandang ke arah Naim.  

"Ruby..", Naim macam serba salah.  Aku buat tak tahu.  

"Siapa perempuan ni?", tersedak aku dengar soalan Ruby ni.  

"Dian Juwita, my wife..Dia Juwita, my friend, Ruby", aku diperkenalkan kepada Ruby.  Aku bangun.  Hulurkan tangan.  Muka Ruby dah kelat-kelat masam nak tak nak salam aku.  Gasak lah..

"You tak beritahu I pun yang You dah kawin?', dia merengek-rengek.  Rimasnya.  Mengganggu konsentrasi aku je lah.

Mungkin betul Naim tak bagitahu sesiapa pun pasal kami sebab itu perjanjian di awal pernikahan kami.  Cuma ahli keluarga terdekat aje yang tau.   Cuma malam dinner syarikat tempoh hari, baru aku ni dibawa untuk berjumpa dengan board director dan staff yang lain.  Okey lah tu.  Apa nak dikisahkan.  Tapi perempuan yang namanya Ruby ni..

"Sorry lah...kami dah lama kawin pun..dah basi..", muka Naim dah mula serba salah.  Nasi ayam dia tak luak lagi.  

"Baby, I nak balik..", aku hulurkan tangan.  Naim terpinga-pinga.  Ruby juga.  

Lagi lama aku mengadap perempuan ni, lagi migrain kepala otak aku.  Dan sepantas itu, Naim mohon diri dari Ruby.  Aku nampak dia hentak-hentakkan kaki di situ.  Hati kecil tergelak.  Apa punya perempuan lah...buat malu kaum betul.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-8-2010 06:03 PM | Show all posts
agagagahhhhhh, budak umur lapan belas gitulah kedahnya...hik hik hik...dok membayangkan aku masa umu ...
cmf_blingblings Post at 21-8-2010 16:51


aku dulu pun x pndai masak   dah kijer duk menyewa..baru lah bertatih   kalau harap duk ngan mak...kmpem somi minum air masak jek ...  tu pun kalu reti masak air..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2010 06:08 PM | Show all posts
Reply 582# ariellin

arieeeeeeeeeeee
cam ada prkara lain je ganggu gugat dorang ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2010 06:09 PM | Show all posts
Reply 583# ariellin

ooo...camtu kekdahnya...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2010 06:10 PM | Show all posts
thanks 4 n3 yg bnyak ni...
bekal utk brbuka
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2010 06:10 PM | Show all posts
bilalah c dian juwita ni nak jatuh cinta....
kang naim give up... padan muka...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2010 06:35 PM | Show all posts
Tanpa mintak izin, aku terus masuk.  Letak mug berisi milo ais di sebelah Naim.  Kemudian aku duduk baring di katil dia.  Bantal bau badan Naim.  

"Kau buat apa?  Sibuk ke?", aku tanya.  Dia diam.

"Dengar tak?", aku tanya lagi bila Naim tak beri respon.

"Naim...", aku jerit sedikit.

"Tengah semak akaun ni..", dia jawab juga akhirnya.

"Aik...Vice President pun kena tengok akaun ke?  Company besar tak ada akauntan?", sangat tak logik.

"Bukan tak ada, Dian Juwita ku sayang, tapi saya pun kena lah turun padang check mana yang patut.  Sebagai ketua, kita tak boleh lepas tangan bla bla bla...", malas aku nak dengar.  Dari sekolah sampai dah tua ni, tak habis-habis pasal akaun.  Semak kepala otak aku ni.

Dia menoleh pada aku.  Senyum.  Lepas tu menyeringai gatal.  Kemudian dia hirup milo ais tadi.  Lepas tu, perlahan dia bangun dari kerusi menuju ke katil.  Cepat-cepat aku bangun.  

"Nak pergi mana..?", dia baringkan aku semula.  Tangannya menyelak rambut yang dah menutup muka.

"Siapa Ruby tu..?", tangannya bermain dengan bulu mata aku.  Kemudian ke telinga.  Naim !!

"Kawan..kenapa?", lepas tu dia mengelus perlahan pipi aku.

"Tak ada apa.  Saja tanya..", memang aku saja gatal mulut nak bertanya.  

"Okey..apa kata, awak ubah panggilan awak tu...dari aku kepada sayang...", hah!  tak ada topik lain ke nak cerita petang-petang yang nyaman dek air-cond ni.

"Tak nak lah..geli...",

"Emmm...macam mana kalau Baby?",

"Baby? Eeeee loya..", aku sendiri tak sanggup nak bahasakan diri aku macam tu rupa.  Kalau Marshila dapat tahu, wajar dia berlari bogel dalam bilik sebab gelihati.

"Habis tu, apa..? Tak romantik lah awak ni...", bunyi macam dah putus asa.  Padan muka.  

"Bagi aku cari ilham dulu..", dia dah baring di sebelah aku. Diam.

La...tidur rupanya...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2010 08:43 PM | Show all posts
TT watak naim akan dimatikan ker???
klau ikut dr pemahaman lirik 'Harum Subur Di Hati' hero mmg akan meninggalkan heroine disaat cinta sedang mekar kan...
cepat arr smbung x sabar arr ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2010 09:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by ariellin at 21-8-2010 20:43

Miss Wong terkedek-kedek datang berjumpa aku.  Ditangannya ada sejambak bunga.  Dia senyum berdiri di depan aku.

"Amoi, You tak mau tanya ka ini bunga sapa punya?", dia sengih.  Berlagak lah tu.

"You punya lah..sapa kasi?", aku mula nak bergosip.  Penat mata memandang komputer.  Miss Wong cium bunga itu.  Bukan main lagi dia..

"You salah, ma..ini You punya..", ha?  Aku punya?  Naim punya kerja lah ni.  Miss Wong hulur bunga itu pada aku.  

Wangi...teringat sebakul bunga yang Naim bawak masa di Stesen Puduraya bertahun lalu.  Walaupun perkara itu memalukan tapi bila difikirkan kembali, baru aku sedar yang kenangan itu sangat manis untuk dikenang.  Naim yang tak faham bahasa.

"Sudah lah, You mau cium berapa lama?", sergahan Miss Wong menyentakkan aku.  

Aku sengih.  Tengok kad yang dikirim.

"I Luv U"

Sengih lagi.  Ada-ada aje Naim ni.  Aku letak bunga tu disisi komputer.  

Aku tengah mengadap TV, cerita Winter Sonata, masa Naim balik dari office.  Aku buat tak tahu dengan dia.  Mata masih leka melihat scene Yoo Jin dan Jung Sang yang sedang buat bear (kut) dari ais masa diorang ponteng kelas.  Lepas tu, kepala bear tu jatuh.  Kemudian Jung Sang curi-curi cium Yoo Jin.

Naim dah duduk disebelah aku membawa se-mug air milo kegemaran dia.  

"Tengok cerita apa?", Naim pegang tangan aku dengan tangan kirinya.  Hidung menangkap bau wangi Naim.  Dah hampir sepuluh jam kat office pun, dia masih wangi.

"Winter Sonata..", Naim cium pulak tangan aku.  Aku masih buat tak tahu.  Kena fokus.  Nanti terlepas satu scene, dah rugi.

"Dah dinner?", saja aku tanya walaupun aku tahu, kebiasaannya dia memang dah sapedek di luar sebelum balik ke rumah.

"Sudah...", aku mengeliat geli bila leher aku dah jadi mangsa dia.  

"Ishhh, janganlah kacau..nak tengok TV ni..", aku tolak dia perlahan.

"Pergilah mandi..busuk..", saja aku nak kenakan dia.  

"Kalau wangi pun, bukan orang tu nak cium saya", sempat dia cium pipi aku sebelum dia masuk ke bilik.

"Naim....", aku jelir lidah.  Padan muka.

"Naim!!", spontan dia menoleh bila dengar aku tiba-tiba menjerit.

"Kenapa?", Naim datang semula menghampiri aku.

"Thank's sebab bagi bunga pagi tadi", ada riak keliru di wajahnya.  

"Bunga?", Naim menyoal.

"Ya..bunga.  Terima kasih", aku ikhlas ni.  

"Tapi saya tak ada hantar bunga pada awak..", mendengar itu, membuatkan aku mengerut dahi.

Kalau bukan si tengkujuh ni, siapa pulak yang baik hati buang duit bagi bunga untuk aku?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2010 09:46 PM | Show all posts
adoi... sapa yg nk kaco daun ni....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2010 09:47 PM | Show all posts
sad ending ke citer ni...?
ko jgn buat mcam tu arie....
kang x pasal2 ada org bom rmh ko ni(aku lah tu)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2010 10:03 PM | Show all posts
sad ending ke citer ni...?
ko jgn buat mcam tu arie....
kang x pasal2 ada org bom rmh ko ni(aku l ...
amandaatika Post at 21-8-2010 20:47



jgn lah bom umah aku   takut aku terkena tempiasnya...nati aku x leh raya   letih aku tawaf 1 jln tar td
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2010 11:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by ariellin at 21-8-2010 22:34

Masuk arini, dah seminggu aku dapat jambangan bunga dari pengirim misteri.  Akal waras aku masih tak boleh berfikir siapa saspek dalam kes ini.

Kemudian, aku buat pakatan sulit dengan Miss Wong.  Kalau dia terima lagi kiriman bunga tu, minta alamat atau apa-apa nombor yang boleh dihubungi dari mamat despatch.

Jam pukul empat setengah petang.  Aku senyum bila Miss Wong datang berlenggang kangkung dengan jambangan bunga itu.  

"Dapat tak?", aku tanya dia.

Dia tunjuk sekeping kertas kaler kuning.  Aku rampas dari dia.  

Fazdwan !!  Aku tepuk dahi.  Kenapalah aku tak terfikir pasal dia.

"Ini bunga You mau ka?  Sudah penuh lah moi You punya meja.  Kasi sama I lah..", Miss Wong dah peluk jambangan bunga ros kaler kuning tu.

Miss Wong yang putih melepak, tinggi lampai dan cantik, tapi masih belum kawin lagi walau pun umur dia dah hampir tiga puluh tiga tahun.  Si Ah Teng juruteknik tu sampai dah lanjut usia duk ngurat Miss Wong, tapi sampai ke sudah tak dapat.  

"Ambil lah Miss..I tak mau.  Hari ni, I boleh balik awal tak?  I mau pergi KLCC ma. Jumpa I punya adik..", dia tau kalau aku sebut adik tu, maknanya Marshila.

"Ada aje You punya alasan.  Pergilah..",

"Thank's".

Dari jauh aku nampak Marshila yang melambai-lambai ke arah aku.

"Sorry, lambat.  Hujan tadi..", aku duduk dengan menatang dulang yang dipenuhi dengan set double cheese burger.  Rasa lapar sangat.

"Tak apa.  AKu pun baru sampai.  Mama dengan Papa kirim salam.  Lepas tu, diorang sibuk tanya, bila diorang nak menimang cucu", hampir tersedak aku saat ni.

Cucu?  Mama nak cucu?

"Suh mama beli kat pasar malam", ayat cover.

Macam mana nak dapat cucu, wahai mama ku sayang, kalau...

"Kau ingat beli daging ayam?  Hentak kang.  Aku serius lah..",

"Ya, aku pun serius", sambil menyumbat straw di mulut.  Haus.  Tajam pandangan Marshila.

"Kau kenapa?  Macam tak makan setahun...",

"Dah cakap tadi kan, lapar..",

"Ye lah, aku tau lah kau lapar, tapi aku pelik.  Sebab kau kan tak suka ankel McD..",

"Alah, selera kan boleh bertukar.  Macam ultraman",

"Masalahnya, janganlah kau samakan selera yang bertukar dengan ultraman yang bertukar uniform tu.  Ketuk kepala, mau?",

"Ni, tak payah nak pertikaikan pasal selera aku.  Kau ni jumpa aku, kenapa? Nak kawin ke?",

Marshila senyum lebar.  Ya lah tu..

"Kau memang kakak aku..sayang kau", kakak?  Aku ni muda dua bulan dari dia, tapi malas nak berbalah, aku mengaku kalah aje lah.  Kakak pun kakak lah..

"Dengan sapa?",

"Dengan orang lah.  Takkan dengan beruk",

"Emmm...memang layak pun kau kawin dengan beruk sebab aku kasihankan nasib orang yang malang tu", terus dia menjerit.  Aku buat tak tahu.  Padan muka.

"Dengan siapa?", Aku malas lah nak berteka teki.  Aku hirup milo ais yang berbaki.  Sejak kenal Naim ni, hari-hari melantak milo.  Dah imune badan aku dengan milo.  

"Nama dia Aidil.  Engineer dekat company si tengkujuh tu.  Kebetulan okey!  Jangan nak speku..", dia dah warning aku awal.

"Jodoh namanya tu..", aku malas nak bercekau dengan dia.  Perut dah kenyang.  

Kami diam seketika.  Melayan perasaan.

"Kau dengan Naim, okey?", soalan Marshila aku diamkan.  

MAcam mana nak cakap ye?  

"Okey lah..tak ada lah kalau berjumpa nak bergaduh macam dulu..",

"Dah ehem-ehem belum..dah lama siot kau kawin dengan dia..",  aku bulatkan mata memandang dia yang tersengih macam kerang busuk.

"Kau tak ada soalan lain ke nak tanya?  Mentang-mentang nak kawin.  Gatal lah tu..", aku kenakan dia.  Padan muka.

"Aku saja je tanya..mana lah tau dah potong reben...", galak dia ketawa.

"Ringan-ringan je..", opss...

"Apa dia, Ju?", selamat.  Nasib baik dia tak dengar atau dia ni saja-saja buat tak dengar.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2010 11:20 PM | Show all posts
betul2 keballah budak dian ni kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2010 11:30 PM | Show all posts
Hari ini hari rajin aku.  Oleh sebab aku ni nak mulakan hidup yang baru, jadi aku perlu ada semangat yang baru.  Bunyi macam orang nak pergi berperang pulak!

Pagi-pagi lepas siapkan sardine roll (lagi) untuk si tengkujuh tu, aku terus tukar uniform.  Dari t-shirt gedabak dan seluar track kepada baby T dan short.  Memudahkan pergerakan aku.

Mula-mula aku sapu sampah.  Dimulakan dari master bedroom a.k.a bilik aku.  Macam Belanda dapat tanah kan?  Tuan rumah sendiri duduk di bilik kecik.  

Lepas tu, aku kemas bilik tengkujuh.  Sapu habuk-habuk yang terlekat.  Punggah baju kotor dia masuk dalam bakul supaya senang nak dihantar ke kedai dobi.  Maklum aje lah, selama hidup dengan dia ni, sehelai baju dia pun aku tak pernah sentuh.  Jadi jangan harap aku nak ringankan tulang mencuci baju dia.  Baju-baju aku memang aku cuci sendiri sebab aku ni bukan kaya raya nak hantar berkilo-kilo baju ke kedai dobi.  

Lepas tu aku kemas bilik tetamu.  Kat area sini memang tak banyak kerja.  Sebab jarang digunakan.  Kemudian, aku beralih ke ruang tamu.  Habis celah-celah bedah tu aku sapu, aku lap dan membawa ke area dapur.  Mujur rumah ber-air-cond.  Kalau tak, hari-hari aku kena buat kerja rumah ni.  Patut mintak upah dari Naim ni.

Dah setel semuanya, aku mop lantai.  Dari satu bilik ke satu bilik, dari ruang tamu ke dapur.  Sudahnya, aku ketiduran di atas sofa dii ruang tamu.  

Sedar-sedar, Naim dah ada depan mata.  

"Hmmm, dah balik?  Pukul berapa ya?", mata terpisat-pisat mencari jam di dinding.  Tak jelas.  Aku tenyeh sekali lagi....awalnya dia balik.

"Kenapa balik awal?", aku tanya dia lagi.  Dia longgarkan tali leher.  Kemudian menyinsing lengan baju.  Naim kuak rambutnya.  Nampak maskulin sangat.  Hati berdebar.

"Kenapa ni?", bila aku tengok muka dia resah gelisah.

"Tak ada apa-apa", suara dia perlahan.

"Okey lah..nak mandi.  Belum solat lagi..", aku minta izin.  

Cepat-cepat tubuh aku dipeluk.  Dia masih diam.  

"Kenapa?", aku tanya lagi.

"Entah..rasa nak demam", aku cecahkan tangan ke dahinya.  Ye lah..panas.  

"Sakkit tekak tak?", dia angguk.

"Ada batuk?", dia angguk.

"Pening?", dia angguk lagi.  Layaknya aku ni ambil course medic je dulu.

Aku bangun dari sofa.  Kemudian aku baringkan Naim disitu.  

Dalam hati berkira-kira sama ada nak tanggalkan tali leher dia ke tidak   Nak buka baju dia ke tidak.  Alah...buat aje lah.  Darurat ni.  Aku redha jek.  

"Sekejab.  Aku ambil air dengan panadol",

"Jangan tinggalkan saya, Dian Juwita", dia merintih.  Sayu aku mendengarnya.  Tapi perasaan tak boleh dilayan, nanti terbuai-buai, sendiri yang susah.

"Sekejab ye", dan aku bingkas bangun dari situ.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.075765 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list