CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: DREAM IT, BELIEVE IT, ACHIEVE IT

 Close [Copy link]
Post time 27-12-2024 04:23 AM | Show all posts
Saya harap kali ini kita ada juara - Rashid




Rashid optimis pemain negara mampu akhiri kemarau kejuaraan Terbuka Malaysia bulan depan.



KUALA LUMPUR: Legenda badminton, Datuk Rashid Sidek melontarkan cabaran kepada pemain negara untuk menamatkan kemarau kejuaraan menjelang saingan Terbuka Malaysia 2025 dari 7 hingga 12 Januari ini.
Bekas pemain nombor satu dunia itu berkata, berdasarkan prestasi semasa beberapa wakil negara dilihat berpotensi untuk merealisasikan misi berkenaan.
"Saya harap kali ini kita ada juara, tidak kira siapa, sama ada dalam acara perseorangan atau beregu. Yang paling penting kita ada wakil yang menjadi juara.
"Saya harap pemain dapat melakukan persiapan rapi dan memberikan persembahan terbaik pada hari kejohanan nanti," katanya kepada BH Sukan.


Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia muncul juara di kejohanan itu adalah menerusi bekas jaguh perseorangan lelaki, Datuk Lee Chong Wei yang merekodkan gelaran ke-12 pada edisi 2018.
Menurut Rashid, beberapa wakil negara seperti perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia; beregu lelaki kebangsaan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik; beregu lelaki profesional, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berpotensi untuk mencabar kejuaraan di kejohanan bertaraf Super 1000 itu.
Izzuddin-Sze Fei dan Tang Jie-Ee Wei berjaya muncul naib juara Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou, China, minggu lalu.
"Untuk Zii Jia, saya tidak pasti sama ada dia sudah pulih daripada kecederaan buku lali yang dialaminya ketika Jelajah Dunia Akhir dan boleh beraksi atau tidak, tetapi jika dia sudah pulih dia ada potensi. Sebelum dia tarik diri di Hangzhou, dia menunjukkan prestasi yang sangat baik.
"Izzuddin-Sze Fei juga ada peluang, saya fikir mereka kurang tekanan kerana bergerak secara profesional… kalah atau menang mereka sendiri bertanggungjawab. Diharapkan mereka dapatkan kekalkan momentum seperti di Jelajah Dunia Akhir.
"Begitu juga Tang Jie-Ee Wei, muncul naib juara di Jelajah Dunia Akhir pastinya meningkatkan lagi motivasi dan keyakinan mereka.
"Untuk Aaron-Wooi Yik sudah tentu kejohanan di laman sendiri ini menjadi pentas untuk mereka melakar satu lagi pencapaian selepas muncul juara dunia dan memenangi pingat gangsa Sukan Olimpik," katanya.
Terbuka Malaysia adalah kejohanan pertama bagi musim 2025 yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan AS$1.45 juta (RM6.48 juta).
Juara perseorangan akan meraih AS$101,500 (RM453,628) manakala juara beregu membawa pulang AS$107,300 (RM479,598).






https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2024/12/1341375/saya-harap-kali-ini-kita-ada-juara-rashid


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2024 04:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Tashu replied at 26-12-2024 11:37 PM
Nanti iols intai2.

Uols rajin berkuntum sana, sb tu jarang masuk sini.

Ye la.. gossip panaih kott
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 04:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Tashu replied at 26-12-2024 11:32 PM
Iols xdan nk menepek apa2 pun rini

Iols pun sama
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 04:25 AM | Show all posts
Aksi 'panas' separuh akhir Piala Malaysia





KUALA LUMPUR: Pertarungan sengit menanti empat pasukan selepas layak ke pusingan separuh akhir bagi merebut slot ke pentas final Piala Malaysia 2024/25.
Pertembungan suku akhir kedua antara Sabah FC dan Kuching City FC (KCFC) menjadi penutup tahun 2024 menyaksikan skuad kendalian Martin Stano mara ke separuh akhir selepas menang dengan agregat 1-0.
Aksi di Stadium Likas pada Isnin lalu bagaimanapun bukan mudah buat pasukan tuan rumah apabila skuad 'The Cats' memberikan tentangan cukup sengit untuk menjelmakan jaringan.
Namun, Stano memuji semangat juang anak buahnya untuk terus bertahan dan keputusan yang berakhir tanpa jaringan sekali gus melayakkan Sabah ke pentas separuh akhir berdepan Sri Pahang FC menerusi satu gol yang terhasil ketika suku akhir pertama, sebelum ini.





"Perlawanan yang sangat sukar buat kami dan kita boleh lihat babak pertama perlawanan agak terbuka dan pemain semakin hilang fokus.
"Tetapi kita bernasib baik untuk akhirnya layak ke separuh akhir dan kredit saya berikan juga kepada pengendali sebelum ini, Datuk Ong Kim Swee yang sudah membina skuad ini dari awal.
"Kita ada potensi besar dan banyak yang kita ingin capai termasuklah mara sejauh mungkin dalam Piala Malaysia," katanya.
Sementara itu, Terengganu FC (TFC) juga tidak berdepan laluan mudah apabila bakal menentang juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) di separuh akhir.
Pengendali TFC, Badrul Afzan Razali menyifatkan pasukannya mempunyai masa mencukupi bagi mempersiapkan diri berdepan JDT di mana beliau sedar banyak yang perlu dilakukan untuk memastikan misi ke final tercapai.
"Kita tahu Negeri Sembilan FC (NSFC) bermain bermati-matian di suku akhir dan pemain saya berjaya bangkit untuk dapatkan jaringan.
"Apa pun, saya bersyukur kita dapat mara ke separuh akhir dan kita semua tahu kekuatan JDT, jadi kita tidak boleh terlalu menghormati mereka dan perlu lawan sehabis baik," katanya.






https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/12/1341357/aksi-panas-separuh-akhir-piala-malaysia









Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 06:24 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 06:26 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2024 06:27 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 06:27 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2024 06:28 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 06:28 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 06:30 AM | Show all posts
Baru cekin ya?



iya sis
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 06:30 AM | Show all posts
cuti ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 06:30 AM | Show all posts
sempat masuk pukul 3 pagi je
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 06:31 AM | Show all posts
busy pagi derak
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 06:31 AM | Show all posts
tapi harii jumaat
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 06:31 AM | Show all posts
bukan ada kedai buka pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2024 06:32 AM | Show all posts
free lah sikit harini
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 06:32 AM | Show all posts
ada kenduri je kena pergi
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 06:32 AM | Show all posts
bolehla masuk forum
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 06:33 AM | Show all posts
Jln jem smlm


semua tempat iolss pegi jem

nak ke sampai rumah rasa  lama betul

padahal pagi makan je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.125192 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list