|
ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015
[Copy link]
|
|
ladyFinger12 posted on 31-7-2012 11:07 AM
Haaa! Kan betuiii? Meh sini nicki, belanja cheq berbuka
Berbuka...? No hal punya....
Jom le....
|
|
|
|
|
|
|
|
sarizu posted on 31-7-2012 11:09 AM
tak lah susah sgt nk memujuk...
Kalau merajuk lelama tak dapat susu....
|
|
|
|
|
|
|
|
Hati Sofea ni lembut je sbnrnya...
pssstt..mana Fandi belajar ilmu pujuk memujuk gaya sweet nih?? i likee |
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 31-7-2012 11:02 AM
Fandi mintak ofer susu
lady, nk tnya camner nk potong word tu? raff da try cari x jumpa..... |
|
|
|
|
|
|
|
x sabo nak tgk SOFEA jatuh cinta ngan FANDI...
|
|
|
|
|
|
|
|
shahrinas posted on 31-7-2012 12:27 PM
x sabo nak tgk SOFEA jatuh cinta ngan FANDI...
Love is already in the air....
Cuma tak nampak je....
|
|
|
|
|
|
|
|
Episode 31
TINININIT! TINININIT! TINININIT!
Bunyi yang asing kedengaran kuat, menganggu tidurnya yang lena. Fifi menutup telinganya dengan bantal tetapi bunyi itu terlalu bingit, memaksanya untuk bangun.
“Eee…kacaulah. Apa yang bising-bising ni?” Fifi merungut. Dengan mata yang masih terpejam, dia berpusing ke arah kiri, di mana terletaknya meja kecil di sebelah katilnya. Matanya di buka separuh. Ada sebiji jam loceng berbentuk empat segi di atas meja itu. Jam itu mengeluarkan lampu berwarna biru, merah dan hijau apabila berbunyi, bertukar-tukar. Fifi memaksa dirinya bangkit lalu duduk di atas katil.
“Siapa yang letak jam ni?” Fifi berkata sendiri, menggaru kepalanya yang tidak gatal lalu menguap. Jam yang masih berbunyi itu di angkat lalu menekan butang 'off'.
Eh…ada note.
Dalam samar cahaya lampu tidur, Fifi mengambil nota itu lalu di baca sekilas.
Jam ni untuk awak. Bangun awal dan jangan lupa solat subuh.
Ringkas nota yang tertulis. Fifi tersenyum, tiba-tiba rasa termalu sendiri. Memang dia culas mahu solat, terutamanya solat subuh.
“Bila pulak dia letak jam dalam bilik aku?” Fifi terfikir-fikir.
Malam tadi, dia dan Fandi berbual panjang. Buat pertama kali, perbualan mereka berkisar tentang Fandi pula. Tentang Alya, tentang kampung halaman Fandi, tentang keluarga Fandi. Mereka berbual hingga larut malam. Kemudian, Fifi terasa terlalu mengantuk dan menyandarkan kepalanya ke bahu Fandi. Dia tidak ingat apa yang terjadi selepas itu.
Tiba-tiba Fifi memegang dahinya. Ya, dia teringat yang ini. Dalam keadaan mamai, dia terasa Fandi mengucup dahinya sebelum dia benar-benar lena. Fifi tersenyum lagi.
Solat Subuh…
Fifi bangkit dari katilnya, mengambil tuala dan terus menuju ke bilik air.
****************************************************************
|
|
|
|
|
|
|
|
Hari sudah terang, jam sudah menunjukkan pukul 8:30 pagi. Fifi keluar dari biliknya dan langkahnya terhenti di hadapan bilik Fandi.
Mesti dah pergi kerja. Fifi tersenyum sendiri.
Perlahan-lahan dia bergerak ke hadapan, memegang tombol pintu lalu di tekan ke bawah. Serentak dengan itu, pintu tertarik ke belakang. Fandi muncul di depan matanya. Fifi yang terkejut, tidak dapat mengawal imbangan badan terdorong ke depan. Mujur Fandi sempat memeluknya. Kalau tidak, pasti dia sudah jatuh ‘bedebuk’ macam nangka busuk.
“Sofea! Ya Allah. Awak okay tak ni?” Suara Fandi kedengaran panik. Risau sekiranya terjadi apa-apa kepada Fifi.
“Saya..saya okay” Fifi menjawab. Mukanya kemerahan menahan malu. Ini kali kedua peristiwa hampir sama terjadi kepadanya.
Padan muka aku! Siapa suruh skodeng bilik orang. Malunya…malunya….
“Awak…cari saya ke?” Fandi bertanya.
“Eh taklah.” Fifi menjawab, mencari-cari alasan untuk di berikan.
Mana Nicki ni? Fifi tercari-cari. Selalunya, kucing kesayangannya itu akan muncul untuk menyelamatkannya dari malu. Tapi kali ini, Nicki tak ada.
“Oh…saya tahu. Awak cari Nicki kan?” Fandi bertanya lagi. Tapi, kali ini suaranya kedengaran seperti menyindir. Fifi diam tidak menjawab. Bibirnya mula muncung.
“Tu Nicki” Fandi berkata, sambil menunjukkan ke arah Nicki yang sedang tidur mengerekot di atas katilnya.
Kurang asam punya kucing! Tak kenang budi!
“Awak cari Nicki ke, cari saya ni?” Fifi tersenyum malu, pelukan Fandi di lepaskan.
“Kenapa awak tak kerja hari ni?” Fifi menukar tajuk dengan pantas.
“Oh, saya cuti. Mama ada hal. Dia tak dapat temankan awak pergi buat check up, jadi dia suruh saya yang temankan awak. Mama tak beritahu ke?”
“Tak ada pun”
“Pergilah salin baju. Lepas breakfast kita pergi. Saya tunggu awak kat dapur” Fandi berkata lagi.
“Okay” Fifi mula melangkah ke arah biliknya.
“Awak” Fifi berpaling semula ke arah bilik Fandi.
“Lain kali kalau nak masuk, ketuk pintu dulu. Tapi, kalau tak ketuk pun tak apa. Saya tak kisah pun awak nak masuk bilik saya” Fandi berkata sambil tersengih.
“Siapa nak masuk bilik awak?” Fifi menjawab dengan soalan lalu terus masuk ke dalam biliknya. Fandi menggelengkan kepala dan tersengih lagi.
Kelakar betul budak ni…
**************************************
|
|
|
|
|
|
|
|
“Duduk Fifi. Kenapa tercegat kat situ?” Mak Ton menegur. Sambil-sambil mengemas dapur, dia memerhatikan Fifi yang dari tadi terjengah-jengah. Fifi tersengih malu. Apatah lagi apabila melihat Fandi menoleh ke arahnya dan tersenyum.
Isk..Mak Ton ni...!
Fifi melangkah perlahan-lahan lalu duduk di berhadapan dengan Fandi. Mukanya tepat memandang ke meja, langsung tidak mahu memandang Fandi.
“Fifi nak makan?” Mak Ton bertanya lagi. Fifi mengangguk laju.
“Tak apalah Mak Ton. Biar saya yang ambilkan” Fandi menahan sebelum sempat Mak Ton bergerak ke arah meja. Sebiji pinggan di ambil lalu menyendukkan bihun goreng untuk Fifi.
“Hah..yelah” Mak Ton menjawab. Kerja-kerjanya di teruskan.
“Cukup, awak?” Fandi bertanya. Fifi hanya mengangguk lagi. Sepinggan bihun goreng di hulurkan kepada Fifi. Tanpa memandang Fandi, pinggan itu di sambut.
“Baca doa, awak” Teguran Fandi menyebabkan Fifi semakin malu.
Apa kena dengan aku ni? Tangan di angkat lalu doa di baca dalam hati. Setelah itu, dia terus memulakan suapan. Fifi hanya menundukkan muka. Rasa tidak mampu untuk memandang Fandi. Dari ekor mata, Fifi tahu, Fandi sedang merenungnya.
“Awak, boleh tak awak jangan tengok saya? Saya nak makan pun tak boleh dah ni…” Fifi berkata, dia masih menundukkan wajah. Kata-kata Fifi menyebabkan tawa Fandi terburai.
“Yang awak malu-malu kucing ni kenapa?” Fandi masih ketawa.
“Tak ada apa-apa” Fifi menjawab. Fandi menggelengkan kepala, senyuman masih terukir di bibirnya.
“Kelakarlah awak ni…”
“Awak, awak pergi duduk kat depan ajelah”
“Saya nak temankan awak makan”
“Kalau nak teman, janganlah tengok”
“Kenapa tak boleh tengok?”
‘‘Kalau macam ni, sampai petang pun saya tak habis makan”
“Yelah. Saya tunggu awak kat depanlah ya?”
“Okay” Fifi meneruskan suapan, sambil matanya memandang Fandi yang sudah pun bergerak ke ruang tamu. Bibirnya mengulum senyuman.
**********************************************
|
|
|
|
|
|
|
|
“Awak” Fifi memanggil. Dia berdiri di sebelah Fandi yang ralit dengan telefon bimbitnya.
“Tak habis-habis dengan handphone” Suaranya seperti merajuk. Fandi tersengih.
“Yelah..yelah. Saya simpan handphone ni. Awak pun simpanlah muncung awak, tu sebelum saya tarik” Fifi tersenyum.
“Dah siap?”
“Dah”
“Betul ke dah siap?”
“Betullah dah siap…” Fifi menjawab lagi, keningnya berkerut. Fandi menarik nafas lalu bangun berdiri berhadapan dengan Fifi.
“Sofea Raihana, saya doakan hati awak terbuka secepat mungkin untuk bertudung dan menutup aurat” Usai berkata begitu, Fandi memegang dagu Fifi lalu mengucup dahinya. Fifi terpana melihat kelakuan Fandi. Kakinya seperti terpaku di lantai.
“Jom awak” Fandi menegur apabila melihat Fifi terdiam. Perlahan Fifi melangkah, menuruti langkah Fandi yang sudah ke depan, menuju ke arah kereta. |
|
|
|
|
|
|
|
wahhhh, lomantiknye ! hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Hek elehh.... malu malu kucing!
Dgn si shark habis terbarai semuanya! :@
errr... lady emo |
|
|
|
|
|
|
|
freddianza posted on 31-7-2012 03:49 PM
Lady..mesti la memalu bila cintakan kerana Allah.
Dulu tu cinta kerana nafsu tu yang barai.:cur ...
Ohhh... lupa... masa dgn si Shark Allah tak ada. kui kui..
|
|
|
|
|
|
|
|
rafflesia76 posted on 31-7-2012 11:57 AM
lady, nk tnya camner nk potong word tu? raff da try cari x jumpa.....
Cari punya lady tak tauuu... lady taip kat word dan formatkan siap2 pastu paste kat cari
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 31-7-2012 03:53 PM
Ohhh... lupa... masa dgn si Shark Allah tak ada. kui kui..
Hahahahah.tahu punn
|
|
|
|
|
|
|
|
Masa buat maksiat, buat jahat, mana nak nampak TUHAN? Betul tak?
But then again, tak ada manusia yang sempurna. Semua mesti ada kelemahan masing-masing. Terpulanglah pada kita sama ada nak terus berada dalam gelap ataupun mencari sinar terang. Pengalaman hidup jadikan pengajaran dan iktibar.
Ujian yang datang pun lain-lain. Ada yang di uji dengan kekayaan, ada yang di uji dengan kemiskinan, ada yang di uji dengan peperangan, ada yang di uji dengan janji-janji manis lalu tergadai body .
Kalau ada insan yang nak berubah menjadi lebih baik, denga ikhlas, kenapa kita tak bagi sokongan? Sedangkan kita sendiri belum tahu apa yang bakal terjadi pada diri sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|