CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farahanafarah

TAK SEINDAH SYURGA

[Copy link]
Post time 3-1-2013 11:11 AM | Show all posts
sellie003 posted on 3-1-2013 08:38 AM
Setuju tp aku nak double treeple terus ending....

Sellie, iols duk tunggu lah smlm manalah tahu tuan punya tanah nak bg kita double triple ending tp hampa sampai ke sudah tarak apa ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2013 11:42 AM | Show all posts
Sherasi posted on 3-1-2013 11:11 AM
Sellie, iols duk tunggu lah smlm manalah tahu tuan punya tanah nak bg kita double triple ending tp ...

Tulh pasal...ntah mana tuan tanh kedaung nih...asal berenti babak suspen dia ilang...igt adeler bau2 bacam nak tepek pagi ni...

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2013 12:03 PM | Show all posts
sellie003 posted on 3-1-2013 11:42 AM
Tulh pasal...ntah mana tuan tanh kedaung nih...asal berenti babak suspen dia ilang...igt adeler ba ...

Jom ramai2 kita seru nama tuan tanah kedaung biar tuan tanah panas bontot duk ingat nak hapdet thread dia jer ...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2013 12:20 PM | Show all posts
@farahanafarah

Jom kita seseru....
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2013 01:34 PM | Show all posts
yeay yeayy.. da kantoi dgn TD.. kembali kan lisa kepada TD...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2013 01:50 PM | Show all posts
FARAHFARAHFARAH... KEMBALIKAN LISA & TD...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2013 01:52 PM | Show all posts
FARAHANAFARAH....FARAHANAFARAH....FARAHANAFARAH....
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2013 04:54 PM | Show all posts
Farah..plzz update lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2013 10:51 PM | Show all posts
Farah oh farah, mana hang menghilang ni, kami duk tunggu utk n3 hang ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2013 01:58 PM | Show all posts
FARAHHHHHHHHHHHH,next n3 pls
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 02:01 AM | Show all posts
ala, sambungla lagi, berenti time suspen ni.. hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2013 09:02 PM | Show all posts
Cik farah mana n3 bru ni????????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2013 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
sori ada tough paper xleh nk update..soriiii harap sabor... ;)
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2013 11:27 PM | Show all posts
Horrray farah sudah kembali... WELKAM BACK LALING...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 11:47 AM | Show all posts
assalam semua.. lama dah tak masuk forum ni... dah banyak update.. citer pun dah banyak.. tengah sedap follow citer ni... tetiba sentap la pulak.. tunggu punya tunggu N3 masih tak da lagi... bila nak bagi n3 baru ni tuan rumah......rasanya semua pun dah tak sabar nak tau apa jadi dgn lisa ni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 04:26 PM | Show all posts
korang ni tak paham2 ke TT tgh exam tuh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2013 02:56 PM | Show all posts
ye la biar dia selsai exam..baru dia selesai kan lisa ..pulak
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 02:04 PM | Show all posts
agak2 cerita ni ada sambungan ke tidak?
kalau dah tak nak sambung, nak remove dah dari bookmark!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2013 10:16 PM | Show all posts
salam semua...sorry, ada problem sikit. dalam sibuk2 jawab exam nenek pulak meninggal tapi tak boleh balik sebab esoknya ada paper pagi...nak balik dengan flight lepas tu balik campus balik pun memang tak sempat so mood memang down dengan paper yang masih banyak time tu...dahlah nenek duduk dengan my family, so dah biasa balik rumah ada nenek. rasa sangat ralat.

habis je exam 16hb baru terus balik dan uruskan tahlil yang my family buat tiap minggu...memang dalam mood sedih dan berkabunglah. ralat dan terkilan sebab tak sempat balik dan tengok dia padahal memang dah tau dia sakit tapi sibuk sangat dengan class, preparation utk exam, sedangkan boleh je balik sehari dua walaupun agak penat. now rasa menyesal tapi tu lah memang tak guna menyesal pun...pengajaran untuk semua, dunia ni sementara, kerja tak kan pernah habis tapi kalau ada masa tu baliklah jenguk orang tua di kampung...nanti kalau jadi apa2 rasa terkilan macam apa saya rasa sekarang...

masa nak taip cerita pasal lisa yang kehilangan nenek agak susah sebab kita tak pernah rasa but now dah rasa apa yang lisa rasa (walaupun tu hanya watak khayalan) sorry jugak untuk semua yang menunggu...maaf memang tak ada mood nak bukak lappy. ada 2 bab yang nak dipost...memang tak terubat rindu dengan TD n lisa but ok lah dari tak de kan...


p/s : mohon seminit waktu kalian, sedehkan Alfatihah untuk arwah nenek saya...terima kasih, hanya Allah yang akan balas segalanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2013 10:22 PM | Show all posts
BAB 34

        Beria-ia lisa menangis dalam toilet. Tertahan tahan suaranya takut didengari orang lain. Geram sangat dengan kelakuan tengku dennis sebentar tadi.

        “sebelum keluar bukak mask tu dulu.”  Arahan itu membuatkan lisa ketar lutut. Ligat kepalanya berfikir alasan.

        “maaf deh pak, saya lagi selesema..flu. kalau kebuka, takut jangkit sama bapak…maaf ya. Saya permisi dulu.” Cepat-cepat lisa mahu berlalu. Logic atau tidak alasannya tadi belakang kira. Janji lepas! Tak pasal-pasal kena jadi minah indon.

        Baru selangkah dia menapak, tangannya sudah ditarik dari belakang dan dia terasa tubuhnya melayang. Mata dipejam, takut membayangkan kesakitan tubuhnya terhentak ke lantai namun sebaliknya yang dirasakan. Tubuhnya di hempas lembut ke tilam empuk.

        Cepat-cepat matanya dicelik. Perkara pertama yang menyapa matanya ialah wajah tengku dennis. Lisa segera meronta mahu melepaskan diri tapi tengku dennis lebih tangkas bertindak. Kedua belah tangan itu sudah dikunci dengan tangan kirinya. Manakala tangan kanan sudah bersedia mahu menarik mask yang menutupi hidung dan mulut gadis itu.

        Tubuh tengku dennis yang menindih tubuhnya cuba ditolak lagi tapi apa kudratnya. Langsung tidak berganjak tubuh itu. saat tangan tengku dennis sudah berada di topeng habuk itu, lisa memalingkan wajahnya ke arah kiri tapi apakan daya topeng itu sudah terlucut dari wajahnya.

        “I got youuuuu…” ujar tengku dennis meleret. Lisa masih belum dilepaskannya. Seronok berada dalam keadaan seperti ini.

        “dah puas hati? Sekarang lepaskan saya!” marah lisa. Tajam matanya menikam mata tengku dennis.

        “susah payah aku dapat, ingat senang aku nak lepaskan?” tengku dennis senyum mengejek.

        “mana kau pergi selama ni? Kau tinggal kat mana?” tanya tengku dennis lagi. Pipi lisa dielus dengan tangan kanannya. Wajahnya hanya beberapa inci dari wajah gadis itu.

        “apa awak peduli mana saya nak pergi pun!”

        “wah! Makin garang dan sombong nampaknya…” sindir tengku dennis lagi.

        “awak yang tinggalkan saya tepi jalan tu. So, mana saya nak pergi pun suka hati sayalah!” sembur lisa geram. Dia tinggalkan aku tepi jalan sekarang dia tanya mana aku pergi. Rasa nak hempuk saja wajah di depannya.

        Lisa kembali meronta. Tidak senang dalam kedudukan mereka berdua yang berpelukan diatas katil dan dengan tingkah lepas laku tengku dennis yang selamba saja mengusap pipinya dan sekali sekala jari itu merayap dibibirnya juga. Gila!

        “tepilah!” marah lisa apabila dia tidak Berjaya melepaskan diri.

        “so, bila nak balik rumah aku?” soal tengku dennis.

        “buat apa nak balik rumah awak? Saya dah ada hidup saya sendiri.” Bicara lisa lagi.

        Tengku dennis ketawa besar. Hidup sendiri tahi kucing!

        “hidup sendiri? Kau kata kau ada hidup sendiri. Kalau kau ada hidup sendiri kenapa kau perlu kerja di hotel aku jugak? Kenapa tak kerja ditempat lain? Kau memang tak boleh berenggang dengan aku kan?” pedas berapi tekaan tengku dennis pada telinga lisa.

        Gadis itu hanya terkebil-kebil memandang wajah tengku dennis yang semakin rapat. Tanpa amaran bibirnya melekat dengan bibir tengku dennis. Lama bibir itu menjadi santapan bibir tengku dennis. Tercungap-cungap lisa setelah bibirnya dilepaskan. Tak guna!

        “lepaslah!” jerit lisa lantas menggigit telinga tengku dennis. Tempat itu saja yang senang dicapainya. Terjerit tengku dennis dibuatnya.

        Lisa segera bangun setelah Berjaya melepaskan diri.

        “awak memang tak guna!” jerit lisa lantang. Bercucuran air matanya. Tanpa menunggu sesaat dia berlari keluar. Troli dan segala-galanya ditinggalkan di dalam bilik tengku dennis. Lari punya lari akhirnya disini dia tersadai melepaskan kesedihan.

        Terkilan sungguh dengan kelakuan tengku dennis sebentar tadi. Lama dia menangis di situ sebelum kocek uniformnya bergegar. Handphone yang diberi tengku dennis tidak lama dulu diambil. Fikirnya mahu memulangkan satu hari nanti tapi bila jadi macam ni, rasa nak baling aje ke dinding biar pecah berkecai. Sakit hati!

        Sekali lagi handphonenya bergegar. Skrin di pandang.

        Private number. Lisa tak layan, jari dilarikan di atas skrin sentuh itu. cancel!

        Tak sampai sesaat, nombor yang sama naik di skrin. Penting agaknya. Lisa berdeham membetulkan suara sebelum menjawab.

        “hello…” sapa lisa pada pemanggil dihujung talian.
        Senyap…

        “hello…” sapa lisa sekali lagi. Kalau tak jawab jugak dia nekad akan memutuskan talian. Siapalah yang banyak sangat masa nak main-main ni.

        “lisa…” belum sempat si pemanggil melanjutkan bicara, lisa terus memutuskan talian. Dia cam suara itu, suara tengku dennis. Setelah sekian lama baru sekarang nak telefon. Masa dia ditinggalkan ditepi jalan tidak pula lelaki itu menelefon. Langsung tidak fikir keselamatannya. Kalau dirogol ke, diculik dan dijadikan pelacur ke macamana?

        Lisa membebel tidak henti dalam hatinya. Perasaan sedih bertukar menjadi geram. Malas mahu berlama melayan perasaan, dia keluar dari toilet, tempat persembunyiannya. Cukup bulan ni dia nak berhenti kerja. Apa nak jadi, jadilah! Dia tak nak terserempak atau ada apa-apa kaitan lagi dengan lelaki itu. biarlah semuanya menjadi sejarah.


Sudah naik lenguh jari tengku dennis mendail nombor lisa. Nasib baik gadis itu tidak menukar nombor telefon jadi senanglah untuk dia menjejakinya. Tengku dennis keluar dari lif menuju ke lobi dengan niat mahu mencari lisa. Dari kejauhan dia dapat melihat gadis itu laju melangkah. Dia tersenyum namun seketika Cuma apabila melihat seorang lelaki menghampiri lisa dan gadis itu melayan lelaki itu mesra. Bukan main lebar sengihnya lagi.

        Drama sebabak itu memanaskan hati tengku dennis tapi pada saat wajah lelaki itu berpaling dia dapat melihat dengan jelas, wajah itu seolah-olah pernah dilihatnya. Tanpa berlengah handphone segera dihalakan ke arah mereka. Butang camera ditekan. Beberapa keeping gambar dirakam.

        Nombor razman didail segera.

        “raz…datang hotel sekarang, kat bilik. Ada hal sikit.” Tengku dennis segera bersuara apabila talian bersambung.

        “kenapa?” soal razman.

        “datang dulu, nanti aku cerita.” Terus dia memutuskan talian dan berpatah balik menuju ke lif. Hatinya perlu disejukkan. Sebelum terbakar lebih baik dia berlalu dari situ.

        Tengku dennis baru teringat akan bodyguardnya lantas mendail nombor telefon bimbit adam. Pada lelaki itu dia berpesan supaya datang ke biliknya.

        Tak sampai 5 minit adam dan bob sudah berada dalam biliknya. Pada mereka ditunjukkan gambar yang baru diambilnya sebentar tadi.

        “kau kenal siapa lelaki tu? Aku rasa macam pernah tengok tapi tak boleh nak ingat kat mana.” Tengku dennis menyalakan api rokok. Asap disedut dan dihembus perlahan. Wajah adam dan bob yang berkerut dipandang.

        “saya rasa tak pernah nampakla bos tapi yang perempuan ni macam pernah Nampak.” Adam bersuara sambil kerut kening. Tengku dennis mendengus.

        “memanglah macam pernah Nampak! Tu kan lisa!” bengang saja suara tengku dennis kedengaran. Adam terkejut, bob pun sama. Drama apa pulak ni.

        “bukan ke cik lisa hilang. Macamana dia boleh ada kat sini pulak?” soal adam lagi. Bob hanya bertindak sebagai pendengar. Iphone tersebut dihulur kembali pada bosnya.

        “entah…aku pun tak tau.” Asap rokok disedut kembali.

        Ketukan di muka pintu kedengaran. Setlah mendapat anggukan dari tengku dennis bob menuju ke pintu dan membukanya. Wajah razman menyapa matanya. Mereka berbalas senyum

        “kenapa kau call aku suruh datang tergesa-gesa ni?” soal razman sambil melabuhkan punggung di hadapan tengku dennis.

        Iphone disua kepada razman. Dia memandang tengku dennis sekilas sebelum mencapai gadget itu. skrin iphone ditatap dengan muka yang berkerut.

        “kau kenal?” tanya tengku dennis pendek.

        “ni lisa kan?” soal razman kembali.

        Tengku dennis menenyeh rokok yang masih bersisa ke dalam asthray. Kenapa lisa yang semua orang perhatikan.

        “bukan perempuan tu tapi lelaki tu…” tengku dennis mengawal suaranya. Lama razman menatap gambar tersebut.

        “aku rasa aku kenal dia. Kalau tak salah aku, ni lelaki yang aku tunjukkan pada kau kat kelab malam tak lama dulu. Lelaki yang cuba nak tarik pelanggan kita, yang cuba nak kacau business kita. Kalau tak silap aku nama dia mikail. Kau Nampak kat sofa tu, belakang mikail tu…itu jimmy, orang kuat mikail.” Razman menghulurkan kembali iphone kepada tengku dennis.

        Dia menganggukkan kepala. Matanya menatap wajah lelaki yang dikatakan mikail dan jimmy itu. tidak sangka gambar yang diambil termasuk sekali dengan orang kuat lelaki itu. lagi mudah kerjanya.

        “tapi aku rasa muka mikail ni macam pernah tengok. Bukan kat kelab tapi kat tempat lain. Kita ada terserempak dengan dia selain di kelab ke?” soal tengku dennis lagi.

        Razman berfikit sejenak. Setahunya tak ada.

        “aku rasa tak ada…”

        “tak apalah kalau macam tu. Bob, aku nak kau siasat siapa mikail. Macam biasalah. Nanti report pada aku. Jangan lambat sangat.” tengku dennis mula member arahan. Bob hanya mengangguk.

        “kau pulak intip lisa. Kat mana dia tinggal dan sebagainya. Aku nak tahu sebelum lusa.” Arah tengku dennis lagi.

        “ai ai kapten!” adam menabik hormat. Dia tersengih. Suka dengan kerja itu, boleh cuci mata tengok cik lisa yang cantik gebu.

        “dah, korang boleh keluar. Malam nanti get ready. Aku nak keluar.” Adam dan bob mengangguk serentak.
        Tengku dennis menumpukan pula perhatiannya pada razman.

        “macamana dengan business?” soal tengku dennis. Razman tersenyum lebar.

        “semuanya okay. Kesemua kapal kita dapat lepas dengan selamat. Tak ada satu pun yang sangkut. Duit semua sudah masuk dalam akaun. Aku rasa tak ada masalah. Bulan depan transaksi macam biasa tapi kapal kita tak akan singgah port klang. Dari mexico akan terus ke Singapore.” Tengku dennis hanya mengangguk. Tidak ada apa yang perlu dia risaukan, razman cekap orangnya.

        “budak-budak yang kita baru rekrut dah habis training. Mereka semua ada kat pulau. Bila kau nak pergi tengok?” tanya razman pula. Tengku dennis urut dagu. Dia berfikir kemudian tersenyum.

        “minggu depan…aku nak kau uruskan semua. Aku tak nak naik flight. Sediakan kereta.” Tengku dennis mengeluarkan arahan.

        “anytime..kalau macam tu aku balik office dulu. Kau tak masuk office ke?” tanya razman apabila sahabatnya itu santai dengan jeans dan t shirt tanpa kolar. Lelaki itu hanya menggeleng.




p/s : maaf sekali lagi untuk semua yang menunggu...have a good day guys..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.097786 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list