CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Siti_ViPs

[HIJAB]Sixth Sense - Misteri Deria Ke-Enam

[Copy link]
 Author| Post time 10-10-2013 08:27 PM | Show all posts
unoryah posted on 10-10-2013 05:54 PM
kalau 6th sense tu tak mengganggu napa nak dibuang
boleh jg siti gunakan untuk membantu orang l ...

yup.. sekarang ni tinggal cahaya tu je.. tp cahaya tu menarik minat org di alam ghaib nak dekat dengan sy jugak..huhuhu..
so sy sekarang kene sentiasa berada dlm keadaan wudhu' sepanjang masa untuk mengelak kan mereka dekat dengan sy..
kalau benda jahat mesti lari..tp kalau yang macam jin islam ke.. dia akan tertarik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2013 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Siti_ViPs posted on 28-3-2013 02:44 PM
aku ada join satu group paranormal ni.buat aktiviti jadi volunteer.

aku nak bercerita pengalama ...

adr grup paranormal?best nyer
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Siti_ViPs posted on 28-3-2013 05:12 PM
tinggal dekat kuala pilah negeri sembilan..

ok, actually nampak aura tu pada kawan sendiri. ka ...

adr ker grup paranormal?mcm best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2013 01:06 PM | Show all posts
paranormal_boy posted on 11-10-2013 12:59 AM
adr ker grup paranormal?mcm best

saya selalu mengikuti WUJUD PARANORMAL TEAM dalam facebook dan GHOST TRAVEL (TEAM PARANORMAL)
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Siti_ViPs posted on 11-10-2013 01:06 PM
saya selalu mengikuti WUJUD PARANORMAL TEAM dalam facebook dan GHOST TRAVEL (TEAM PARANORMAL)

oh thank..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2013 01:20 PM | Show all posts
paranormal_boy posted on 11-10-2013 01:10 PM
oh thank..

welkem.. heehehe..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2013 01:31 PM | Show all posts
Assalamualaikum Siti, so sekarang macam mana?
dah bertambah sihat kah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2013 01:38 PM | Show all posts
AmMiNafeesa posted on 11-10-2013 01:31 PM
Assalamualaikum Siti, so sekarang macam mana?
dah bertambah sihat kah?

waalaikumussalam.. yup sekarang bertambah sihat..
cuma beberapa hari yang lepas sy mengalami perkara pelik lagi.. ini kali pertama sy jadi macamni. jap lagi sy cerita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2013 03:25 PM | Show all posts
Menunggu cerita baru ~~~~~Bersabar ye kak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2013 03:43 PM | Show all posts
Sebenarnya dalam beberapa hari yang lepas saya ada tolong seseorang. berikutan ada yang mengganggu anak nya.
habis sesi rawatan, malam tu lepas solat sunat dan solat tengah malam saya nak masuk tidur.

lelap sahaja mata saya nampak satu titik biru. titik biru tu semakin lama merebak menjadi besar. saya terus terbangun. pandang keadaan sekeliling.
oh, mungkin saya bermimpi sahaja.
saya lelap balik mata dan nampak lagi cahaya biru ni. saya nak bangun tapi akhirnya saya ikut sahaja cahaya biru tu.
cahaya tu semakin besar dan akhirnya terbentang sebuah jalan lurus yang panjang. saya terus ikut jalan tu sampailah ke satu tempat yang lapang
disebalik gunung ganang. lepastu datang dua orang tapi tak jelas. saya rasa orang la kot.
mereka menerangkan sesuatu pada saya. (sekarang saya tak ingat apa yang dibualkan).  lepastu saya nampak balik cahaya biru tu..cahaya tu menyerap saya dan saya terus terbangun dan berada dalam bilik. saya perhatikan jam dah nak subuh. badan saya rasa letih dan mata mengantuk sangat. benda tu macam betul-betul berlaku dan tempat tu macam wujud dan saya tak paham kenapa saya pergi kesana. saya pun tak tahu macam mana saya boleh ke sana.
bila tanya perawat saya dia just cakap "oh..atas gunung tu ke? hmmmmmmm"
bila saya tanya kenapa? dia just jawab balik tak ada apa-apa.

ianya seolah-olah mimpi. tapi seolah-olah real dan betul. saya betul-betul penat dan letih seperti saya tak tido satu malam dan merayau ketempat yang jauh dan sangat penat.

semalam pulak kawan mimpi saya tu mesej saya bertanyakan mengenai astral.
sebab berlaku juga pada dia. tetapi lain sikit daripada saya. dia lelap mata dan dia rasa dia macam dalam pandangan mata orang lain. kawasan tu macam dekat kawasan istana lama. macam zaman viking..
Dia tengah mencari dokumen-dokumen sulit dan manuskrip lama. bila dapat manuskrip tu macam satu rahsia. ada dalam dalam english dan ade dalam manuskrip kuno. tapi benda tu berlaku sepintas lalu. dan tiba-tiba suasana berubah menjadi bilik dia.dia berada dalam bilik.

hmmmm.. adakah ini jugak telepati?? pelik.. saya pun ada mimpi seorang yang penglihatan tembus. dan kawan mimpi saya ni pulak bagitau mata dia menjadi pandangan hijau dan tembus keseluruh blok tempat tinggal dia. macam plan pembangunan blok tu.

nampaknya sampai kehari ini sitxh sense saya masih aktif. ambil masa la nak tutup.

sebab semasa menulis artikel ni seseorang melintas sebelah saya dan pandangan nya adalah makhluk lain yang besar dan sangat menakutkan. terkejut saya. saya terus tunduk dan tak pandang. tapi dah tak nampak selalu.. harap harapan nak jadi normal tak lama lagi akan tercapai.. huhhu..
berikutan perawat saya bagitahu saya sangat pelik dan banyak benda pelik berlaku. setiap malam dia terpaksa datang rumah berkawal..

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 04:48 PM | Show all posts
hrrmmmm tak dapat menyangkal ape yang berlaku
Insyaallah harapan kakak akan tercapai
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 05:14 PM | Show all posts
kalau begitu kenapa tak biarkan saja penjaga tu ikut..lagipun dia memang tak buat apa2 pun..dan org2 biasa mcm kitaorg ni bukannya nampak pun..
yang nampak org2 istimewa ni hanya org2 yang segolongan dan dari alam lain jer kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2013 06:18 PM | Show all posts
AmMiNafeesa posted on 11-10-2013 05:14 PM
kalau begitu kenapa tak biarkan saja penjaga tu ikut..lagipun dia memang tak buat apa2 pun..dan org2 ...

dia dipisahkan dari saya pun tanpa pengetahuan. tahu-tahu je perawat cakap mereka dah kurung.
tapi yang pelik mereka boleh datang melawat saya lagi.. maksud lelaki berjubah putih dan berketayap putih.
berselendang emas dan ada tasbih ditangan. badan dia sangat bercahaya dan sangat terang.
dia masih boleh melawat saya lagi..

cuma sekarang perawat saya dah letak lagi jauh. perawat saya kata ianya tak bahaya & tak ada pape pun. dia nak lepaskan
semalam. saya tanya dia kalau dah lepas dia akan ke mana? perawat saya kata dia akan kembali pada saya semula.
sebabnya dia hanya mau jaga saya saja.

ada beberapa perkara yang saya musykil. saya tak mau dulu dia dilepaskan. biarlah dulu. perawat saya juga cakap
dia seorang yang boleh di bawak berbincang. mungkin saya boleh berbual dengan dia dan cakap.tapi saya tak sedia lagi.
so buat masa sekarang biar keadaan macamni dahulu.

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 08:21 PM | Show all posts
Tau tak siapa yang mengamanah kan jurutera binaan tu jaga tt? Ke sebab itu adalah pendamping keturunan family tt, tapi oleh kerana tt yang terpilih, pendamping jurutera tu mengikut tt?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2013 08:40 PM | Show all posts
aerolz posted on 11-10-2013 08:21 PM
Tau tak siapa yang mengamanah kan jurutera binaan tu jaga tt? Ke sebab itu adalah pendamping keturun ...

arwah atuk.. sy dijaga oleh arwah atuk dari kecik. bila dia dah pergi, mungkin sebab family tak jaga sy. dia amanahkan untuk menjaga sy dari kejahatan.
tak tahu butir dia macam mana. saya kena bercakap sendiri dengan jurutera tu.tpi saya belum sedia
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 08:59 PM | Show all posts
Siti_ViPs posted on 11-10-2013 08:40 PM
arwah atuk.. sy dijaga oleh arwah atuk dari kecik. bila dia dah pergi, mungkin sebab family tak ja ...

Owww.. rasanya, tt mesti ready la untuk berhadapan dengan jurutera tu.. kalau tau sape yang mengamanahkan tu, okay laa.. so takde benda nak khuatir kan..

Sekarang ni tt kena decide la either nak simpan or buang jauh.. Tapi personally, saya sarankan tt untuk buang je la.. memandangkan dia adalah jin islam, dan setakat ni, dia sekadar menjaga tt, mungkin takde apa perlu dirisaukan. cumanya, seeloknya lepaskan aje.. Sebab penjaga sebenar kita setentunya Allah kan.. takut nanti bila dah kahwin ada anak, lain pulak yang jadi.. (ni sebab kita nak jaga keturunan la yee.. bukan ape punn..) memandangkan jurutera tu boleh bawak bincang, rasanya dia pun boleh lepaskan tt. tt pun faham kan ape yang saya try sampaikan.. Itu pendapat saya secara personal laa..

Then pasal cahaya dari tt tu, memang itu diri tt. itu reflection diri seseorang itu sendiri. Memang semua yang ghaib ni memang mudah tertarik dengan cahaya macam tu. terutamanya jin islam.. sebab tu, tt nak kena tau la cara untuk jauhkan diri dari dorang, cara hadapinya semuaa.. Tt normal, cumanya hijab tu je terlebih advance. Macammana cara tt handle, itu yang menentukan sejauh mana kita melihat dan membandingkan diri dengan orang lain..

Itu je la yang saya dapat bagi pendapat. Sebab ramai jugak la saya kenal orang macam tt ni.. Jangan risau, selagi kita yakin dan bersandar pada Allah, semuanya akan baik-baik je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2013 07:53 AM | Show all posts
aerolz posted on 11-10-2013 08:59 PM
Owww.. rasanya, tt mesti ready la untuk berhadapan dengan jurutera tu.. kalau tau sape yang mengam ...

bagi saya manusia dengan jin memang tak boleh bersama.. saya memang akan suruh dia pergi. buat masa sekarang dia dikurung di satu tempat yang jauh. seperti mana dia ada datang melawat saya hari tu.saya suruh dia pergi dan dia betul-betul pergi.

untuk cahaya tu memang tak boleh nak buat ape. perawat saya pun memang cakap saya memang kene jaga diri. takut akan ada yang terpikat lagi.
untuk hijab tu jugak memang sampai sekarang da tak boleh nak buat pe jugak..

so, misi saya sekarang kene selesaikan jurutera ni dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 03:53 PM | Show all posts
Assalam tt..
Pernah kaji tak mungkin ibu tt buat apa2 perjanjian waktu mengandungkan tt..
Mungkin apa yg jadi pada tt sebenarnya ada bersangkutan dgn ibu tt..
Pernah tanya tak kenapa tt diserahkan pd atuk dan nenek.. dan kenapa ibu tt tak rapat dgn tt..
Terasa ada hubung kait di situ..

Cuma pendapat sy yg tak ada apa2 ilmu.. smg tt sentiasa dilindungi Allah swt.. amin.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Siti_ViPs posted on 11-10-2013 03:43 PM
Sebenarnya dalam beberapa hari yang lepas saya ada tolong seseorang. berikutan ada yang mengganggu a ...

Assalamualaikum siti..harap ko dlm keadaan sejahtera hendaknya..sy pernah juga mengalami mimpi mcm kawan tt tu..sy bermimpi pernah ada d kwsn perang mcm dalam cerita LOTR tu,ikut skali dalam mimpi tu berperang..dgn naik kudanya,dgn panahnya,dgn pedang tu smua..bila sy terjaga dr tidur terasa badan sy penat, mcm betul-betul sy pg jalan jauh..
Sy pernah terbaca yg apabila kita tidur,roh akan keluar dr badan dan ia akan berjalan-jalan ke mana-mana..ada yg pg ke masa depan dan ada juga yg pg ke masa lampau.. Jadi sy simpulkan shja yg sebenarnya memang roh sy ada pg kat tempat tu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 12:03 PM | Show all posts
Aku pernah gak berlaku sixth sense ni...terutama bila aku nak tahu sesuatu dan hilang sesuatu...

Semasa separuh sedar kalau lihat objek berwarna ungu memang kerap berlaku mimpi /bayangan peristiwa akan datang contoh nya aku pernah nampak nombor(tarikh tertentu) pada langsir berwarna ungu...malam tu lak aku mimpi aku bekerja keras mengutip kerang bersama sorang kawan..pada tarikh yg aku lihat di langsir tu aku dapat panggilan untuk kerja di Sarawak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 10:06 AM GMT+8 , Processed in 0.133698 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list