|
[BEST]kisah-kisah angker nona sari - UPDATE!
[Copy link]
|
|
Edited by non.sari at 3-10-2017 02:51 PM
DIA MASIH ADA
Cerita ini berkisarkan hal rumah mak ayah aku yang aku kira baru sangat lah kejadian nya. Tidak lah terlalu seram Cuma kadang-kadang masih menjadi kemusykilan yang mana makhluk ni rupa-rupanya masih lagi tinggal bersama-sama mak ayah aku dekat rumah tu. Cuma aktif atau tidak saja.
Sebagai contoh pada suatu petang tu. Aku, kakak aku dan emak aku sedang rancak berborak dekat dengan tangga rumah mak ayah aku. Sedang seronok berborak-borak, mata aku secara tiba-tiba laju memandang ke arah tangga berdekatan tempat kami berborak. Sebab aku macam terperasan kelibat orang duduk di tangga seolah-olah mahu mendengar sama apa yang kami borakkan.
Entah lah, mata aku ni memang tak pernah bernasib baik. Mudah saja dinampakkan makhluk-makhluk ni. Memang aku ternampak sesuatu duduk bersama-sama kami tetapi beza nya dia di tangga, kami dibawah tangga. Bentuk dia? Tak adalah dinampakkan jelas rupanya, Cuma seperti sehelai kain putih melekat ditangga rumah. Bila aku terkejut lalu menegur benda tu ‘’eh apa tu??’’ cepat terus dia hilang.
Mak aku ni pulak jenis berani. Lepas aku tegur benda tu, terus dia pandang aku, nak kan kepastian apa yang aku tegur dan apa yang aku nampak. Aku Cuma geleng untuk mengelakkan mak aku risau. Mak aku yang sering mengamalkan konsep pedulik hape aku ini terus saja naik atas bilik yang mana dia seperti yakin benda tu naik ke bilik sedangkan aku tak cakap apa-apa pun..huhu
Terus saja dia sound ‘’kau jangan nak ngada-ngada nak sibuk-sibuk dalam rumah ni ye! Ni rumah aku! Kau boleh keluar. Jangan duduk rumah ni lagi!’’ begitulah ayat mak aku yang aku tak yakin benda tu nak dengar. Sebab aku yakin benda tu masih ada lagi. Sampai sekarang. Tak seram kan? Ye, aku pun rasa tak seram..
hanya sekadar menambah cerita di dalam thread sahaja.
Sekian.
|
|
|
|
|
|
|
|
Fuh habis merempit baca sejak jumpa thread ni. Thanks sari! Ada masa kongsi la cerita lagi
Paling seram story hospital tu. Pernah juga aku alami nampak bilik dari belakang meriah kemahen lampu, bunyi2 lagu bagai (jenis bilik ada tingkap/jaring kat atas), sekali bila pusing ke depan bilik kat pintu tu sunyi sepi mati. Dem. Dah kena main zaman duduk asrama dulu la. |
|
|
|
|
|
|
|
yeaahhh..
|
|
|
|
|
|
|
|
hahah
actualy sampai sekarang tak serik-serik lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
ouchh mrs.zamani.
sampai sini ngko yek..
bila tb balik kisah ni,lebih kurang macam sama je situasi kisah aku pergi raya rumah sedara aku tu.
awal-awal dia dah aim.
|
|
|
|
|
|
|
|
harus, iols penunggu bod MPS ni jugak
kan? masa tu aku nak ambik baju kat ampaian belakang. gigih la turun bawah, awal lagi tu sekitar pukul10.30-11 mlm nak ambik tudung nak iron. lampu dapur dewan makan pun ada lagi. turun tangga, bilik tu belah kanan masa turun tangga, tak perasan lagi. pusing la belakang ambik baju, tu nampak bilik tu cerah dan bising. lega la rasa. sekali masa nak naik tangga balik, bilik dah jadi belah kiri, sunyi sepi terus. mustahil orang dalam tu semua keluar dalam jangka masa yg sangat singkat tanpa tinggalkan jejak langsung. patut lah mula2 tu dah rasa semacam, memang nak kena main rupanya malam tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Pergh.... berhari aku rempit .... well done tt. Tq for sharing yr experience.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku saspek pontianak tergolek bawah kereta kwn ko tu..silap landing termasuk bwh kereta
pastu bila time kwn ko terbongkok2 periksa acik tu tgh bersusah payah nak keluar dri bwh kereta..
itu yg india bwk lori tu nampak cepat2 dia suruh masuk kereta
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahun ni xde update lagi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|