|
[ULTRA BEST]Kisah Aku dan Mistik II : Cerita Pendek PAGES 65 KISAH 76
[Copy link]
|
|
Syumaimah posted on 24-1-2014 04:59 PM ![](static/image/common/back.gif)
Khennnnn..... orang silat nu memang ada 'gaya' tersendiri. Kalau terkejut pun ada style dia... he ...
Tu la..tapi saya sendiri tak berapa suka main keris sebab berseni-seni. hehehe....
|
|
|
|
|
|
|
|
Syumaimah posted on 24-1-2014 06:24 AM ![](static/image/common/back.gif)
Akan aku siasat hingga ke lubang cacing siapakah gerangan si pemilik Udang Masak Potai itu.... mpp ...
wah semangat TT...yg pelik mcm mane org tu tau itu peberet TT..jeng jeng jeng.
sapekah nian tu ..ke aku telepas bace mane2 kisah TT |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 24-1-2014 06:14 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
miszaimi posted on 24-1-2014 05:44 PM
wah semangat TT...yg pelik mcm mane org tu tau itu peberet TT..jeng jeng jeng.
sapekah nian tu. ...
Cane tak bersemangat, dari semalam aku dalam ketakBESTan tau... hehe
Tido pun tak berapa nak lena.. huhu
Tu yang heran cane leh tau my peberet...
oh Cik Nian tu? Hehe.. aku speku jer tapi tak mungkin lah cik Nian sbb sini bukan tempat dia. Kalau kampung aku dulu tu ada kemungkinan la tapi cik Nian tau ke masak Udang Sambal Potai.... hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 24-1-2014 06:15 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
serikandi_gurl posted on 24-1-2014 05:08 PM
Tu la..tapi saya sendiri tak berapa suka main keris sebab berseni-seni. hehehe....
WARGHHHHHHH ..... kagum nya aku kat ko siap boleh main keris lagi tu... tabik spring 10 kali... |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 24-1-2014 08:50 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Sambungan Kisah 34
Bila nampak Sham dah terjaga dan tak lagi menumbuk numbuk maka aku on lampu bilik tido. Kelihatan Sham berpeluh peluh dan sedikit tercungap seperti baru habis lumba lari...
aku suakan tisu padanya dan dia capai lalu lap peluh di dahi. Aku tak tolong lap pun sbb masih curiga dengan dia. Kot dia belum sedar sepenuh maunya aku kena penangan dia.. huh
Bila keadaan tenang Sham mengemaskan
silanya dan mula bersuara... bercerita pengalamannya sebentar tadi...
aku tekun mendengar, setekun menjawab soalan Addmath SPM...
Begini ceritanya....
Selepas mendengar ceramah, Sham menjeling jam ditangannya. Angka menunjukkan jam 12 malam. Mata Sham terasa sedikit mengantuk maklumlah selalu jam begini dah lentok atas katil.
Sham bergerak menuju ke motornya. Belum sempat dia hidupkan enjin tiba tiba bahunya ditepuk. Sham toleh, kelihatan Zul kawannya tersengih sengih. Zul menegur Sham "hai kawan dah nak balik ke? Malam masih muda. Jom lepak dulu. Minum minum...citer citer"....
Sham yang dah mengantuk ni kembali segar bila diajak lepak sambil minum . Sementelaah pula dah lama dia tak melepak bersama Zul. Zul ni antara kawan rapat dia di sini. Mereka selalu lepak bersama.
Mereka menuju ke kedai makan makan berhampiran dengan menaiki motor masing masing..
Setelah order makanan dan minuman mereka mula bersembang. Macam macam topik yang dibualkan. Dari isu semasa, isu negara hingga lah ke isu hal hal lelaki... biasaklah bila lelaki bersembang tak henggat dunia... sebab tu
aku nyampah klu ada kawan Sham ajak dia lepak, mesti aku sorang sorang je.... seb la ada Forum Cari ni tak de la sunyi sangat... hehe
Jam menunjukkan jam 1.30 pagi, Sham minta izin nak balik. Esok nak kerja. Kang tak pasal pasal tersengguk sengguk lak kang. Zul mengangguk dan masing masing berlalu.
Dari kedai makan nak ke rumah kami jaraknya dekat 20 minit jugak. Terpaksa melalui hutan yang sunyi. Walaupun jalan bertar tapi jarang kenderaan keluar masuk time time macam nih.
Sedang enak bawak motor tu dan sesekali Sham corner baring di tar mengalahkan pelumba handalan tiba tiba Sham rasa motornya berat.
Dia yang sememangnya berhati kering so dia buat tak endah walaupun motornya tu seakan anak gajah bertenggek di belakang (kalau macam bapak gajah mau tak bergerak motor tu)....Dia bawak dgn slow and steady jer... Macam x de apa apa berlaku sebagai salah satu teknik penyamaran untuk elak dikesan dari benda tu....
Hampir sampai rumah sedikit demi sedikit motor kembali ringan. Dia lega lah.... so dia pecut motornya. Tak sempat parking betul betul pun terus lompat naik tangga. Dia ni memang kalau naik motor laju giler sampai aku rasa cam serik nak naik dgn dia. Kat kawasan kampung ni pun bawak laju kemain sampai kecik gak kepala aku yang kat belakang nih.
Bayangkan dia bawak laju dan aku pulak pakai tudung yang agak labuh so boleh bayang dak tudung tu mengibas gibas sampai aku kena pegang. Kalau tak silap silap boleh tercabut tudung tuh.
Kepantasan dia bawak motor ni diakui oleh jiran jiran aku. Baru je nampak dia dengan motor menuju ke rumah, kelip mata kejap je dah tercongok dia di beranda.... hehe
sebab tu aku elakkan naik motor dgn dia. Silap aribulan aku buleh meroyan klu dia ajak naik motor. Huhu....
so lepas dia masuk dalam rumah dan terkejut tengok aku yang rambut dah macam mak lampir (isteri isteri sekalian sila pastikan diri anda sentiasa ayu jelita 24 jam yer wp tengah tido nanti somi kita kompius kita dgn Mak Lampir..... uhukkk)
Dia baring nak tido. Aku dah siap berdengkur dah kat sebelah... hehehe
Pelahan lahan dia pun lena. Aku pun tak tau la dia buat ke tak adab tido sebab aku pernah tanya dia dlu masa dia jadi jaga, apsal dia jarang kena kacau. Dia jawab dengan bangganya "sebab sebelum tido abang baca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM"...perghhh bangga tu....
Tengah sedap lena, dada dia rasa berat sangat macam kena tindih. Dalam keadaan kena tindih tu dia nampak satu makhluk besar dan berbulu bertenggek atas dada dia. Sebab tu dia duk tumbuk tumbuk. Rupanya dia tumbuk benda tu.
Dia berulang ulang kali sebut LAILAHAILLALLAH sambil tumbuk benda tu. Dia tak nampak pun aku. Memang tak nampak dah dia pejam mata...
Sekali dia kumpul kekuatan tumbuk benda tu sekuat hati dan pekik LAILAHAILLALLAH. .. Benda tu tercampak ke dinding dan ghaib.. dia terjaga bila aku tepuk aka tumbuk bahu dia sekuat hati... hehe
Patutla masa terjaga tu dia pegang bahu dia... opsss terlebih pukul lak...
Tamat la cerita dia....
habis je cerita, aku bantai gelakkan dia. Sham muncung je macam aku ni langsung tak tumpang sedih dgn tercemarnya rekod hati kering dia tu... hehe.... Bukan apa sebab sebelum ni dia suka sangat ejek aku time aku terjerit jerit dalam tido atau time aku menyanyi dan sesekali berdikir barat dalam tido. Seb la aku tak pernah lagi nyanyi lagu Metallica atau Cromok masa tengah tido... hehe
Nampaknya aku puas hati sbb dia dah tak boleh nak ejek aku lgi klu aku buat benda benda pelik masa tido... sebab aku akan ejek dia balik... haha
sekian cerita aku untuk episod ini... moga terhibur... Last edited by Syumaimah on 24-1-2014 09:16 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 25-1-2014 08:02 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
miszaimi posted on 25-1-2014 12:13 AM
klau ikot logik..yg tau peberet kite..mestila org yg rapat dgn kite..atau pon penah tgk ape kite m ...
Aaaa kakakakaka... baru tau nian tu apa ek... hehe
sepatutnya gitu ler ataupun tu feberet seme orang kan... hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Syumaimah posted on 24-1-2014 09:23 AM
Perak Utara... nape tu kakak Syafiq79?
Tapi tercampak aka berkhidmat di Pantai Timur
Ooo ptt le dok hang...hampa..depa...bagus...sambung lg tt...hrp akk x penah pg tmpt tt..tktnya... |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 25-1-2014 10:47 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
syafiq79 posted on 25-1-2014 10:30 AM
Ooo ptt le dok hang...hampa..depa...bagus...sambung lg tt...hrp akk x penah pg tmpt tt..tktnya...
Sori la kalau kakak Syafiq79 dan kengkawan tak suka aku guna loghat aku. Sebabnya bila menulis ni rasa cam aku bersembang tu terkeluar sket loghat aku tu....
sori ekkkk.... hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Syumaimah posted on 25-1-2014 10:47 AM
Sori la kalau kakak Syafiq79 dan kengkawan tak suka aku guna loghat aku. Sebabnya bila menulis ni ...
Akk ok...x kisah...jgn guna loghat yg akk x phm sudah...utara ke n9 ke ok lg...best |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 25-1-2014 12:16 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
syafiq79 posted on 25-1-2014 10:51 AM
Akk ok...x kisah...jgn guna loghat yg akk x phm sudah...utara ke n9 ke ok lg...best
Kalu kawe kecek klate agok agok sek sek demo pehe dop? Hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 25-1-2014 12:46 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kisah 35 : Shah kena hangkut....
Kisah seterusnya nih adalah pengalaman adik lelaki aku si Shah yang aku pernah citer di episod sebelum nih. Dia ni kan paling banyak la kena. Last dia kena dalam dua tahun lepas. Kali ni memang dia teruk gak kena sampai hampir tak waras. Sian dia.
tapi episod kali ni aku nak citer kisah lain dlu....
kisah ni berlaku pada Shah masa dia baru abih SPM. Lepas abih SPM dan sambil nak tunggu result SPM tu Shah ada follow Jemaah Tabligh yang agak aktif kat kampung aku dlu.
Shah ni sempat la keluar tabligh beberapa hari dan dia suka cerita pengalaman masa dia keluar tu. Aku pun dengar dengan penuh kagum sambil pasang angan angan nak kawin dgn orang tabligh... hehe
Satu hari tu Shah sambut takaza untuk keluar 40 hari ke Penang. .. so berbekal duit dan barang keperluan secukupnya Shah bersama beberapa orang lagi jemaah bergerak ke Penang.
mula mula Shah stay kat satu masjid ni selama beberapa hari. Dia tak pulak cakap masjid mana. Tapi yang pasti kat Penang. Masa masuk masjid tu Shah tak de lak rasa pape pun sbb masjid kan..
Malam pertama tu depa tido tak de pape yang berlaku hingga masuk malam kedua. Malam kedua ni Shah tido kat satu ruang tepi masjid ni bersama beberapa orang kawan dia.
Tengah syok tido tu Shah rasa badan dia kena goyang dan suara panggil dia "Shah... shah... bangun....bangun... awat tidoq kat bilik air nih?"...
haaa bilik air? Dengar je bilik air terus Shah bingkas bangun dan buka mata luas luas. Pandang kiri kanan, sah dia tido kat bilik air. Shah dongak, kelihatan sorang pakcik jugak rakan dia duk berdiri depan dia dgn muka kompius...
Shah naik pelik bila fikir macam mana dia yang tido kat tepi masjid tu boleh sampai ke bilik air. Tak kan la dia tido sambil bergolek sejauh ini. Kawan kawan lain elok je...
Shah bangun dan join depa buat qiyamullail. ...
Beberapa kali jugak la Shah kena macam tu. Elok je tido kat tepi masjid sekali bangun pagi esok dah ada kat luar masjid la kat kaki lima la. Tapi yang peliknya dia sorang je yang kena... naik pening dia memikirkan. Dia ada buat salah ke apa ke. ...
kisah seterusnya bila satu malam tu Shah terjaga dan kelih jam pukul 3 pagi so dia bangun.dan bersiap nak qiyamullail. Dia tak kejutkan rakan rakan dia sbb dia nak buat solat tahajjud dlu baru nak kejut depa...
siap amik wudhuk semua, Shah angkat takbir nak solat tahajud. Masa dia angkat takbir dan sebut ALLAHHUAKBAR tu kedengaran kat belakang dia ramai orang tengah angkat takbir gak. Dia dah cuak, nak pusing belakang kang batal solat.
Dia heran tak kan ramai naw orang ikut dia solat. Macam puluh puluh jika dengar suara tu. Lagi pulak dia yakin dia sorang sorang je nih. Dia cuba khusyukkan solat wp khusyuk tu dah lari berbatu batu dah...
Dia angkat takbir dan rukuk kedian sujud. Pun masih kedengar ramai suara kat belakang angkat takbir gak...
bila tang sujud tu dia sempat jeling bawah bukaan kaki dia... sekali ramai la pulak makmun kat belakang dia. Siap berjubah putih tu.
Dia dah rasa nak melompat time tu gak tapi dia tahan kan hati wp dalam hati ni DUP DAP DUP DAP.... dia gigihkan jugak abihkan dua rakaat tu...
Bila dia duk tahiyat dan bagi salam, dan dan tu gak dia toleh belakang... dia terperanjat! !! Tak de orang pulak.... tadi masa solat dua rakaat macam ramai makmun kat belakang dia...
dia garu garu kepala.... terus kejut kawan kawan dia suh qiyamullail. ..
bila dah siang sket ada la pak imam datang....Shah bersembang dgn pak Imam dan buka cerita pasal kejadian kejadian yg dia alami.
Abih je Shah citer, Pak Imam senyum sambil berkata "masjid ni bukan kita je guna nak oi... depa pun guna gak"...
rupa rupanya masjid tu tempat jin jin islam bersolat gak. Sebenaqnya depa ada je kat situ dan memandangkan Shah ni ada sixth sense kot tu dia je yang boleh rasa kehadiran jin jin islam tu...
tang dia kena angkat tu kata Shah jin jin islam tu saja nak bergurau dgn dia... mak aih kasar tul cara bergurau tu... hehe
sekian untuk episod kali ini. Moga terhibur Last edited by Syumaimah on 25-1-2014 12:51 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Semua citer2 ko best2 lah, aku hari2 masuk sini tgu update hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Wahhhh..best2...sekali buka thread..bnyaknya update..puas hati bca... lol |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 25-1-2014 01:17 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
@yong posted on 25-1-2014 01:02 PM
Wahhhh..best2...sekali buka thread..bnyaknya update..puas hati bca...lol
Aku kan tt yang rajin update benang... wakakakaka |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 25-1-2014 01:18 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
juliesha posted on 25-1-2014 01:00 PM
Semua citer2 ko best2 lah, aku hari2 masuk sini tgu update hehe
Hehe... tengkiu tengkiu.. aku pun kutip pengalaman orang gak....
tengkiu sudi ziarah... hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Syumaimah posted on 25-1-2014 01:17 PM
Aku kan tt yang rajin update benang... wakakakaka
Hahahaha...bgus2....update bnyak2 tau..senang sekali buka trus baca 10 cerita..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 25-1-2014 05:01 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kisah 35
Kisah ni berlaku kat aku masa aku masih di U. Kalau ikutkan masa ni aku kena gangguan jin hutan tu cuma aku je yang tak perasan dan buat buat tak perasan. ...
Masa aku masih lagi menuntut di U nih aku ada dengar perkhabaran sedih mengenai seorang rakan sekelas aku (lelaki) meninggal dunia asbab kemalangan di kampung.
Terkedu seketika... sebab aku memang ingat lagi wajah dan keletah dia. Arwah ni pendiam, tak banyak cakap. Baik je orangnya.
Masih terbayang bayang wajahnya... aku sedekah kan al fatehah untuk dia semoga tenang di sana. Amin.. tak sangka dia pergi dengan usia semuda itu.
hampir setahun pemergian dia, aku makin lupakan dia maklumlah aku pun tak rapat dgn dia. Satu malam aku bermimpi..
Aku berjalan di satu jalan yang sunyi seorang diri. Dikejauhan aku lihat susuk tubuh seorang lelaki yang aku rasa aku kenal. Makin lama makin dia mendekati aku hingga akhirnya kami bertemu secara berdepan.
Bila dah berdepan rupa rupan lelaki itu adalah arwah rakan aku tu. Aku pandang dia. Dia tunduk ke bawah. Air muka nampak sedih. Aku tegur dia "Eh lama tak nampak ko la. Ko apa citer skang?"
Dia diam membisu langsung tak menjawab. Aku pelik. Dia angkat muka dan pandang aku, sayu...
Tiba tiba. ... aku terjaga dari tido. Badan aku sedikit menggigil. Rasa pelik dgn mimpi aku tu. Kenapa muka dia sedih dan tak jawab pun pertanyaan aku?
Esoknya aku bagitau mak pasal mimpi aku tu. Mak cakap "sedekah kan lah al fatehah untuk dia lepas solat"... aku angguk...
Sejak tu aku tak mimpikan dia lagi... moga dia tenang di sana...
Beberapa bulan kemudian...
aku tak sihat, demam. Masa ni aku duk umah sewa dan masih menuntut di U. Aku terpaksa ponteng kuliah dab terbaring di rumah.
Malam tu aku berbaring di tilam dan sebelah aku roommate dah siap landing nak tido. Biasa la demam demam ni kita tak larat nak bangun kan...
so roommate aku tutup lampu dan get ready nak tido.
Aku pulak dah siap sedia berbaring sambik berselimut kesejukan. Sesekali aku batuk kecil. Perlahan lahan aku lalok...
Dalam aku khayal nak tido tu, aku perasan ada lebih kurang 4-5 orang susuk tubuh berdiri mengelilingi aku. Masing masing memandang aku, kosong.
aku cuba amati susuk tubuh kelima lima mereka tu.... Tiba tiba.... jantung aku rasa macam nak terhenti. Badan aku automatik menggigil dan mata aku terbuntang...
Satu persatu wajah mereka aku amati... ya ALLAH mereka adalah sedara mara aku yang dah lama meninggal. Arwah makcik makcik aku, arwah pakcik pakcik aku dan sedara terdekat yang dah lama meninggal sedang berdiri mengelilingi aku.
Aku takut teramat sgt. Terfikir apakah aku akan ikut jejak mereka kah?...
Mereka tak bercakap pun hanya memandang. Aku cuba capai tangan kawan aku tapi tak mampu. Aku sempat capai rambutnya dan aku tarik sekuat hati.
Dia menjerit sambil bangun... Dia pandangan aku kat sebelah sambil membebel "adeh.... nape ko tarik rambut aku? Sakit la"...
Sedikit demi sedikit susuk susuk tubuh depan aku tu menghilang dan baru lah aku boleh bersuara. Itupun amik masa beberapa minit...
Bila dah sedikit redha, aku citer apa yang aku nampak tadi. Bukan main terkejut lagi kawan aku tu... hehe
Dia siap cakap lagi "waaa... aku takut lah... ko yakin ke dah tak de?"..
Aku angguk lemah sambik tersenyum... sampai skang aku tak faham dgn apa yang aku alami nih... betul ke tu memang roh roh depa? Atau qarin atau aku berkhayal? Hanya ALLAH yang tahu...
Selepas tu aku kerap mimpi didatangi arwah arwah yang telah pergi... sampai satu tahap aku jadi macam bingung dan ketakutan.
Takut kot aku ke yang nak mati. ..
bila aku dah sembuh dari gangguan jin hutan tu aku tak mimpi dah....
tu ler kisah aku kali nih.... moga terhibur Last edited by Syumaimah on 25-1-2014 05:05 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 25-1-2014 06:50 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Lama tak 'nampak' Momod Medangmru.... hehe
Momod oh momod, tak nak bagi aku tacang ker? Gigih ni menulis ni ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 25-1-2014 08:14 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Yeayyyy dapat tacang.... macih momod Medangmru
memang kena seru momod ni pastu terus datang... hehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|